MyKhatam
Sign In

Surah Al-A'la

Surah 87 · 19 Ayahs · Meccan · Juz 30

Read with Uthmanic Arabic text, transliteration, Sahih International English translation, and Malay Basmeih translation.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.

Al-A'la Ayah 1
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى ١
Sabbihi isma rabbika al-aAAla
MS • Basmeih Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
Al-A'la Ayah 2
ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ ٢
Allathee khalaqa fasawwa
MS • Basmeih Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
Al-A'la Ayah 3
وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ ٣
Wallathee qaddara fahada
MS • Basmeih Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
Al-A'la Ayah 4
وَٱلَّذِىٓ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ ٤
Wallathee akhraja almarAAa
MS • Basmeih Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
Al-A'la Ayah 5
فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحۡوَىٰ ٥
FajaAAalahu ghuthaan ahwa
MS • Basmeih Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
Al-A'la Ayah 6
سَنُقۡرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ ٦
Sanuqri-oka fala tansa
MS • Basmeih Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
Al-A'la Ayah 7
إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّهُۥ يَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ وَمَا يَخۡفَىٰ ٧
Illa ma shaa Allahuinnahu yaAAlamu aljahra wama yakhfa
MS • Basmeih Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
Al-A'la Ayah 8
وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَىٰ ٨
Wanuyassiruka lilyusra
MS • Basmeih Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
Al-A'la Ayah 9
فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ ٩
Fathakkir in nafaAAati aththikra
MS • Basmeih Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
Al-A'la Ayah 10
سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَىٰ ١٠
Sayaththakkaru man yakhsha
MS • Basmeih Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
Al-A'la Ayah 11
وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلۡأَشۡقَى ١١
Wayatajannabuha al-ashqa
MS • Basmeih Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
Al-A'la Ayah 12
ٱلَّذِى يَصۡلَى ٱلنَّارَ ٱلۡكُبۡرَىٰ ١٢
Allathee yasla annaraalkubra
MS • Basmeih Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
Al-A'la Ayah 13
ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحۡيَىٰ ١٣
Thumma la yamootu feeha walayahya
MS • Basmeih Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
Al-A'la Ayah 14
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ١٤
Qad aflaha man tazakka
MS • Basmeih Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
Al-A'la Ayah 15
وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ ١٥
Wathakara isma rabbihi fasalla
MS • Basmeih Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
Al-A'la Ayah 16
بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ١٦
Bal tu/thiroona alhayata addunya
MS • Basmeih (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
Al-A'la Ayah 17
وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ وَأَبۡقَىٰٓ ١٧
Wal-akhiratu khayrun waabqa
MS • Basmeih Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Al-A'la Ayah 18
إِنَّ هَـٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ ١٨
Inna hatha lafee assuhufial-oola
MS • Basmeih Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
Al-A'la Ayah 19
صُحُفِ إِبۡرٰهِيمَ وَمُوسَىٰ ١٩
Suhufi ibraheema wamoosa
MS • Basmeih Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation