MS • Basmeih Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
Al-Infitar•Ayah 7
ٱلَّذِىخَلَقَكَفَسَوَّٮٰكَفَعَدَلَكَ٧
Allathee khalaqaka fasawwakafaAAadalak
MS • Basmeih Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
Al-Infitar•Ayah 8
فِىٓأَىِّصُورَةٍمَّاشَآءَرَكَّبَكَ٨
Fee ayyi sooratin ma shaarakkabak
MS • Basmeih Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
Al-Infitar•Ayah 9
كَلَّابَلۡتُكَذِّبُونَبِٱلدِّينِ٩
Kalla bal tukaththiboona biddeen
MS • Basmeih Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
Al-Infitar•Ayah 10
وَإِنَّعَلَيۡكُمۡلَحَـٰفِظِينَ١٠
Wa-inna AAalaykum lahafitheen
MS • Basmeih Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
Al-Infitar•Ayah 11
كِرَامًاكَـٰتِبِينَ١١
Kiraman katibeen
MS • Basmeih (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
Al-Infitar•Ayah 12
يَعۡلَمُونَمَاتَفۡعَلُونَ١٢
YaAAlamoona ma tafAAaloon
MS • Basmeih Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
Al-Infitar•Ayah 13
إِنَّٱلۡأَبۡرَارَلَفِىنَعِيمٍ١٣
Inna al-abrara lafee naAAeem
MS • Basmeih (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
Al-Infitar•Ayah 14
وَإِنَّٱلۡفُجَّارَلَفِىجَحِيمٍ١٤
Wa-inna alfujjara lafee jaheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
Al-Infitar•Ayah 15
يَصۡلَوۡنَهَايَوۡمَٱلدِّينِ١٥
Yaslawnaha yawma addeen
MS • Basmeih Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
Al-Infitar•Ayah 16
وَمَاهُمۡعَنۡهَابِغَآئِبِينَ١٦
Wama hum AAanha bigha-ibeen
MS • Basmeih Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
Al-Infitar•Ayah 17
وَمَآأَدۡرَٮٰكَمَايَوۡمُٱلدِّينِ١٧
Wama adraka ma yawmu addeeni
MS • Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Al-Infitar•Ayah 18
ثُمَّمَآأَدۡرَٮٰكَمَايَوۡمُٱلدِّينِ١٨
Thumma ma adraka mayawmu addeen
MS • Basmeih Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Yawma la tamliku nafsun linafsinshay-an wal-amru yawma-ithin lillah
MS • Basmeih (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation