Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
78. An-Naba (40 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

An-Naba Ayah 1
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ ١
AAamma yatasaaloon
MS • Basmeih Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 2
عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ ٢
AAani annaba-i alAAatheem
MS • Basmeih Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 3
ٱلَّذِى هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ ٣
Allathee hum feehi mukhtalifoon
MS • Basmeih Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 4
كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ ٤
Kalla sayaAAlamoon
MS • Basmeih Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 5
ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ ٥
Thumma kalla sayaAAlamoon
MS • Basmeih Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 6
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدًا ٦
Alam najAAali al-arda mihada
MS • Basmeih (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 7
وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادًا ٧
Waljibala awtada
MS • Basmeih Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 8
وَخَلَقۡنَـٰكُمۡ أَزۡوٰجًا ٨
Wakhalaqnakum azwaja
MS • Basmeih Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 9
وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتًا ٩
WajaAAalna nawmakum subata
MS • Basmeih Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 10
وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسًا ١٠
WajaAAalna allayla libasa
MS • Basmeih Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 11
وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًا ١١
WajaAAalna annaharamaAAasha
MS • Basmeih Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 12
وَبَنَيۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعًا شِدَادًا ١٢
Wabanayna fawqakum sabAAan shidada
MS • Basmeih Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 13
وَجَعَلۡنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا ١٣
WajaAAalna sirajan wahhaja
MS • Basmeih Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 14
وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡمُعۡصِرٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا ١٤
Waanzalna mina almuAAsiratimaan thajjaja
MS • Basmeih Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 15
لِّنُخۡرِجَ بِهِۦ حَبًّا وَنَبَاتًا ١٥
Linukhrija bihi habban wanabata
MS • Basmeih Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 16
وَجَنَّـٰتٍ أَلۡفَافًا ١٦
Wajannatin alfafa
MS • Basmeih Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 17
إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ كَانَ مِيقَـٰتًا ١٧
Inna yawma alfasli kana meeqata
MS • Basmeih Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 18
يَوۡمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجًا ١٨
Yawma yunfakhu fee assoorifata/toona afwaja
MS • Basmeih Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 19
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوٰبًا ١٩
Wafutihati assamao fakanatabwaba
MS • Basmeih Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 20
وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا ٢٠
Wasuyyirati aljibalu fakanatsaraba
MS • Basmeih Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 21
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادًا ٢١
Inna jahannama kanat mirsada
MS • Basmeih Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 22
لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔـابًا ٢٢
Littagheena maaba
MS • Basmeih Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 23
لَّـٰبِثِينَ فِيهَآ أَحۡقَابًا ٢٣
Labitheena feeha ahqaba
MS • Basmeih Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 24
لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرۡدًا وَلَا شَرَابًا ٢٤
La yathooqoona feehabardan wala sharaba
MS • Basmeih Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 25
إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا ٢٥
Illa hameeman waghassaqa
MS • Basmeih Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 26
جَزَآءً وِفَاقًا ٢٦
Jazaan wifaqa
MS • Basmeih Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 27
إِنَّهُمۡ كَانُواۡ لَا يَرۡجُونَ حِسَابًا ٢٧
Innahum kanoo la yarjoona hisaba
MS • Basmeih Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 28
وَكَذَّبُواۡ بِـَٔـايَـٰتِنَا كِذَّابًا ٢٨
Wakaththaboo bi-ayatinakiththaba
MS • Basmeih Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 29
وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ كِتَـٰبًا ٢٩
Wakulla shay-in ahsaynahu kitaba
MS • Basmeih Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 30
فَذُوقُواۡ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا ٣٠
Fathooqoo falan nazeedakum illaAAathaba
MS • Basmeih (Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 31
إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا ٣١
Inna lilmuttaqeena mafaza
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 32
حَدَآئِقَ وَأَعۡنَـٰبًا ٣٢
Hada-iqa waaAAnaba
MS • Basmeih (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 33
وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابًا ٣٣
WakawaAAiba atraba
MS • Basmeih Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 34
وَكَأۡسًا دِهَاقًا ٣٤
Waka/san dihaqa
MS • Basmeih Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 35
لَّا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوًا وَلَا كِذّٰبًا ٣٥
La yasmaAAoona feeha laghwanwala kiththaba
MS • Basmeih Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 36
جَزَآءً مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابًا ٣٦
Jazaan min rabbika AAataan hisaba
MS • Basmeih Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 37
رَّبِّ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا ٱلرَّحۡمَـٰنِ‌ۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابًا ٣٧
Rabbi assamawati wal-ardiwama baynahuma arrahmani layamlikoona minhu khitaba
MS • Basmeih Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 38
يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ صَفًّا‌ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابًا ٣٨
Yawma yaqoomu arroohu walmala-ikatusaffan la yatakallamoona illa man athinalahu arrahmanu waqala sawaba
MS • Basmeih (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 39
ذٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّ‌ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔـابًا ٣٩
Thalika alyawmu alhaqqu famanshaa ittakhatha ila rabbihi maaba
MS • Basmeih Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
Audio (Mishary)
An-Naba Ayah 40
إِنَّآ أَنذَرۡنَـٰكُمۡ عَذَابًا قَرِيبًا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَـٰلَيۡتَنِى كُنتُ تُرٰبَۢا ٤٠
Inna antharnakum AAathabanqareeban yawma yanthuru almaro ma qaddamatyadahu wayaqoolu alkafiru ya laytanee kuntuturaba
MS • Basmeih Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
Audio (Mishary)