بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
وَٱلنَّـٰزِعَـٰتِ غَرۡقًا ١
WannaziAAati gharqa
MS • Basmeih Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
Audio (Mishary)
وَٱلنَّـٰشِطَـٰتِ نَشۡطًا ٢
Wannashitati nashta
MS • Basmeih Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
Audio (Mishary)
وَٱلسَّـٰبِحَـٰتِ سَبۡحًا ٣
Wassabihati sabha
MS • Basmeih Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
Audio (Mishary)
فَٱلسَّـٰبِقَـٰتِ سَبۡقًا ٤
Fassabiqati sabqa
MS • Basmeih Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
Audio (Mishary)
فَٱلۡمُدَبِّرٰتِ أَمۡرًا ٥
Falmudabbirati amra
MS • Basmeih Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -
Audio (Mishary)
يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ ٦
Yawma tarjufu arrajifa
MS • Basmeih Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
Audio (Mishary)
تَتۡبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ ٧
TatbaAAuha arradifa
MS • Basmeih Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
Audio (Mishary)
قُلُوبٌ يَوۡمَئِذٍ وَاجِفَةٌ ٨
Quloobun yawma-ithin wajifa
MS • Basmeih Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
Audio (Mishary)
أَبۡصَـٰرُهَا خَـٰشِعَةٌ ٩
Absaruha khashiAAa
MS • Basmeih Pemandangannya tunduk gerun.
Audio (Mishary)
يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرۡدُودُونَ فِى ٱلۡحَافِرَةِ ١٠
Yaqooloona a-inna lamardoodoona feealhafira
MS • Basmeih Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
Audio (Mishary)
أَءِذَا كُنَّا عِظَـٰمًا نَّخِرَةً ١١
A-itha kunna AAithamannakhira
MS • Basmeih "Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
Audio (Mishary)
قَالُواۡ تِلۡكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ ١٢
Qaloo tilka ithan karratun khasira
MS • Basmeih Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
Audio (Mishary)
فَإِنَّمَا هِىَ زَجۡرَةٌ وٰحِدَةٌ ١٣
Fa-innama hiya zajratun wahida
MS • Basmeih (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
Audio (Mishary)
فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ ١٤
Fa-itha hum bissahira
MS • Basmeih Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
Audio (Mishary)
هَلۡ أَتَـٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ ١٥
Hal ataka hadeethu moosa
MS • Basmeih Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
Audio (Mishary)
إِذۡ نَادَٮٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوًى ١٦
Ith nadahu rabbuhu bilwadialmuqaddasi tuwa
MS • Basmeih Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
Audio (Mishary)
ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ١٧
Ithhab ila firAAawna innahu tagha
MS • Basmeih (Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
Audio (Mishary)
فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ ١٨
Faqul hal laka ila an tazakka
MS • Basmeih "Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
Audio (Mishary)
وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ ١٩
Waahdiyaka ila rabbika fatakhsha
MS • Basmeih `Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
Audio (Mishary)
فَأَرَٮٰهُ ٱلۡأَيَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰ ٢٠
Faarahu al-ayata alkubra
MS • Basmeih (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
Audio (Mishary)
فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ ٢١
Fakaththaba waAAasa
MS • Basmeih Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
Audio (Mishary)
ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ ٢٢
Thumma adbara yasAAa
MS • Basmeih Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
Audio (Mishary)
فَحَشَرَ فَنَادَىٰ ٢٣
Fahashara fanada
MS • Basmeih Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -
Audio (Mishary)
فَقَالَ أَنَاۡ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ ٢٤
Faqala ana rabbukumu al-aAAla
MS • Basmeih Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
Audio (Mishary)
فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلۡأَخِرَةِ وَٱلۡأُولَىٰٓ ٢٥
Faakhathahu Allahu nakalaal-akhirati wal-oola
MS • Basmeih Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
Audio (Mishary)
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَعِبۡرَةً لِّمَن يَخۡشَىٰٓ ٢٦
Inna fee thalika laAAibratan limanyakhsha
MS • Basmeih Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
Audio (Mishary)
ءَأَنتُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُۚ بَنَـٰهَا ٢٧
Aantum ashaddu khalqan ami assamaobanaha
MS • Basmeih (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
Audio (Mishary)
رَفَعَ سَمۡكَهَا فَسَوَّٮٰهَا ٢٨
RafaAAa samkaha fasawwaha
MS • Basmeih Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
Audio (Mishary)
وَأَغۡطَشَ لَيۡلَهَا وَأَخۡرَجَ ضُحَـٰهَا ٢٩
Waaghtasha laylaha waakhraja duhaha
MS • Basmeih Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
Audio (Mishary)
وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذٰلِكَ دَحَـٰهَآ ٣٠
Wal-arda baAAda thalikadahaha
MS • Basmeih Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
Audio (Mishary)
أَخۡرَجَ مِنۡهَا مَآءَهَا وَمَرۡعَـٰهَا ٣١
Akhraja minha maahawamarAAaha
MS • Basmeih Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
Audio (Mishary)
وَٱلۡجِبَالَ أَرۡسَـٰهَا ٣٢
Waljibala arsaha
MS • Basmeih Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
Audio (Mishary)
مَتَـٰعًا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَـٰمِكُمۡ ٣٣
MataAAan lakum wali-anAAamikum
MS • Basmeih (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
Audio (Mishary)
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ ٣٤
Fa-itha jaati attammatualkubra
MS • Basmeih Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
Audio (Mishary)
يَوۡمَ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا سَعَىٰ ٣٥
Yawma yatathakkaru al-insanu masaAAa
MS • Basmeih Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
Audio (Mishary)
وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ ٣٦
Waburrizati aljaheemu liman yara
MS • Basmeih Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
Audio (Mishary)
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ٣٧
Faamma man tagha
MS • Basmeih Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
Audio (Mishary)
وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ٣٨
Waathara alhayata addunya
MS • Basmeih Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
Audio (Mishary)
فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ ٣٩
Fa-inna aljaheema hiya alma/wa
MS • Basmeih Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
Audio (Mishary)
وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ ٤٠
Waama man khafa maqamarabbihi wanaha annafsa AAani alhawa
MS • Basmeih Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
Audio (Mishary)
فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ ٤١
Fa-inna aljannata hiya alma/wa
MS • Basmeih Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
Audio (Mishary)
يَسۡــَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَـٰهَا ٤٢
Yas-aloonaka AAani assaAAatiayyana mursaha
MS • Basmeih Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
Audio (Mishary)
فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَٮٰهَآ ٤٣
Feema anta min thikraha
MS • Basmeih Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
Audio (Mishary)
إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَـٰهَآ ٤٤
Ila rabbika muntahaha
MS • Basmeih Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
Audio (Mishary)
إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَـٰهَا ٤٥
Innama anta munthiru manyakhshaha
MS • Basmeih Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
Audio (Mishary)
كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَهَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاۡ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَـٰهَا ٤٦
Kaannahum yawma yarawnaha lamyalbathoo illa AAashiyyatan aw duhaha
MS • Basmeih (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
Audio (Mishary)