بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
وَٱلۡمُرۡسَلَـٰتِ عُرۡفًا ١
Walmursalati AAurfa
MS • Basmeih Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
Audio (Mishary)
فَٱلۡعَـٰصِفَـٰتِ عَصۡفًا ٢
FalAAasifati AAasfa
MS • Basmeih Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
Audio (Mishary)
وَٱلنَّـٰشِرٰتِ نَشۡرًا ٣
Wannashirati nashra
MS • Basmeih Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
Audio (Mishary)
فَٱلۡفَـٰرِقَـٰتِ فَرۡقًا ٤
Falfariqati farqa
MS • Basmeih Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
Audio (Mishary)
فَٱلۡمُلۡقِيَـٰتِ ذِكۡرًا ٥
Falmulqiyati thikra
MS • Basmeih Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
Audio (Mishary)
عُذۡرًا أَوۡ نُذۡرًا ٦
AAuthran aw nuthra
MS • Basmeih Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -
Audio (Mishary)
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوٰقِعٌ ٧
Innama tooAAadoona lawaqiAA
MS • Basmeih (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
Audio (Mishary)
فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتۡ ٨
Fa-itha annujoomu tumisat
MS • Basmeih Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ فُرِجَتۡ ٩
Wa-itha assamao furijat
MS • Basmeih Dan apabila langit terbelah;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ نُسِفَتۡ ١٠
Wa-itha aljibalu nusifat
MS • Basmeih Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلرُّسُلُ أُقِّتَتۡ ١١
Wa-itha arrusulu oqqitat
MS • Basmeih Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
Audio (Mishary)
لِأَىِّ يَوۡمٍ أُجِّلَتۡ ١٢
Li-ayyi yawmin ojjilat
MS • Basmeih (Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
Audio (Mishary)
لِيَوۡمِ ٱلۡفَصۡلِ ١٣
Liyawmi alfasl
MS • Basmeih (Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
Audio (Mishary)
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ ١٤
Wama adraka ma yawmualfasl
MS • Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١٥
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!
Audio (Mishary)
أَلَمۡ نُهۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٦
Alam nuhliki al-awwaleen
MS • Basmeih Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?
Audio (Mishary)
ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأَخِرِينَ ١٧
Thumma nutbiAAuhumu al-akhireen
MS • Basmeih Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
Audio (Mishary)
كَذٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ١٨
Kathalika nafAAalu bilmujrimeen
MS • Basmeih Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١٩
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!
Audio (Mishary)
أَلَمۡ نَخۡلُقكُّم مِّن مَّآءٍ مَّهِينٍ ٢٠
Alam nakhluqkum min ma-in maheen
MS • Basmeih Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
Audio (Mishary)
فَجَعَلۡنَـٰهُ فِى قَرَارٍ مَّكِينٍ ٢١
FajaAAalnahu fee qararinmakeen
MS • Basmeih Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
Audio (Mishary)
إِلَىٰ قَدَرٍ مَّعۡلُومٍ ٢٢
Ila qadarin maAAloom
MS • Basmeih Hingga ke suatu masa yang termaklum?
Audio (Mishary)
فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَـٰدِرُونَ ٢٣
Faqadarna faniAAma alqadiroon
MS • Basmeih Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٢٤
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!
Audio (Mishary)
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ كِفَاتًا ٢٥
Alam najAAali al-arda kifata
MS • Basmeih Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -
Audio (Mishary)
أَحۡيَآءً وَأَمۡوٰتًا ٢٦
Ahyaan waamwata
MS • Basmeih Yang hidup dan yang mati?
Audio (Mishary)
وَجَعَلۡنَا فِيهَا رَوٰسِىَ شَـٰمِخَـٰتٍ وَأَسۡقَيۡنَـٰكُم مَّآءً فُرَاتًا ٢٧
WajaAAalna feeha rawasiyashamikhatin waasqaynakum maan furata
MS • Basmeih Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٢٨
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!
Audio (Mishary)
ٱنطَلِقُوٓاۡ إِلَىٰ مَا كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ٢٩
Intaliqoo ila ma kuntumbihi tukaththiboon
MS • Basmeih (Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.
Audio (Mishary)
ٱنطَلِقُوٓاۡ إِلَىٰ ظِلٍّ ذِى ثَلَـٰثِ شُعَبٍ ٣٠
Intaliqoo ila thillinthee thalathi shuAAab
MS • Basmeih "Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -
Audio (Mishary)
لَّا ظَلِيلٍ وَلَا يُغۡنِى مِنَ ٱللَّهَبِ ٣١
La thaleelin walayughnee mina allahab
MS • Basmeih "Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.
Audio (Mishary)
إِنَّهَا تَرۡمِى بِشَرَرٍ كَٱلۡقَصۡرِ ٣٢
Innaha tarmee bishararin kalqasr
MS • Basmeih "Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,
Audio (Mishary)
كَأَنَّهُۥ جِمَـٰلَتٌ صُفۡرٌ ٣٣
Kaannahu jimalatun sufr
MS • Basmeih "(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٣٤
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).
Audio (Mishary)
هَـٰذَا يَوۡمُ لَا يَنطِقُونَ ٣٥
Hatha yawmu la yantiqoon
MS • Basmeih Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
Audio (Mishary)
وَلَا يُؤۡذَنُ لَهُمۡ فَيَعۡتَذِرُونَ ٣٦
Wala yu/thanu lahum fayaAAtathiroon
MS • Basmeih Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٣٧
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
Audio (Mishary)
هَـٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِۖ جَمَعۡنَـٰكُمۡ وَٱلۡأَوَّلِينَ ٣٨
Hatha yawmu alfasli jamaAAnakumwal-awwaleen
MS • Basmeih Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
Audio (Mishary)
فَإِن كَانَ لَكُمۡ كَيۡدٌ فَكِيدُونِ ٣٩
Fa-in kana lakum kaydun fakeedoon
MS • Basmeih Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٠
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!
Audio (Mishary)
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى ظِلَـٰلٍ وَعُيُونٍ ٤١
Inna almuttaqeena fee thilalinwaAAuyoon
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -
Audio (Mishary)
وَفَوٰكِهَ مِمَّا يَشۡتَهُونَ ٤٢
Wafawakiha mimma yashtahoon
MS • Basmeih Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
Audio (Mishary)
كُلُواۡ وَٱشۡرَبُواۡ هَنِيٓـــَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٤٣
Kuloo washraboo hanee-an bimakuntum taAAmaloon
MS • Basmeih (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."
Audio (Mishary)
إِنَّا كَذٰلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٤٤
Inna kathalika najzee almuhsineen
MS • Basmeih Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٥
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
Audio (Mishary)
كُلُواۡ وَتَمَتَّعُواۡ قَلِيلاً إِنَّكُم مُّجۡرِمُونَ ٤٦
Kuloo watamattaAAoo qaleelan innakummujrimoon
MS • Basmeih Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٧
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -
Audio (Mishary)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرۡكَعُواۡ لَا يَرۡكَعُونَ ٤٨
Wa-itha qeela lahumu irkaAAoo layarkaAAoon
MS • Basmeih Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٩
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
Audio (Mishary)
فَبِأَىِّ حَدِيثِۭ بَعۡدَهُۥ يُؤۡمِنُونَ ٥٠
Fabi-ayyi hadeethin baAAdahuyu/minoon
MS • Basmeih (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?
Audio (Mishary)