بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ ١
Ya ayyuha almuddaththir
MS • Basmeih Wahai orang yang berselimut!
Audio (Mishary)
قُمۡ فَأَنذِرۡ ٢
Qum faanthir
MS • Basmeih Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Audio (Mishary)
وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ ٣
Warabbaka fakabbir
MS • Basmeih Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Audio (Mishary)
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ ٤
Wathiyabaka fatahhir
MS • Basmeih Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Audio (Mishary)
وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ ٥
Warrujza fahjur
MS • Basmeih Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Audio (Mishary)
وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ ٦
Wala tamnun tastakthir
MS • Basmeih Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Audio (Mishary)
وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ ٧
Walirabbika fasbir
MS • Basmeih Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Audio (Mishary)
فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ ٨
Fa-itha nuqira fee annaqoor
MS • Basmeih Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
Audio (Mishary)
فَذٰلِكَ يَوۡمَئِذٍ يَوۡمٌ عَسِيرٌ ٩
Fathalika yawma-ithin yawmunAAaseer
MS • Basmeih Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
Audio (Mishary)
عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٍ ١٠
AAala alkafireena ghayruyaseer
MS • Basmeih Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
Audio (Mishary)
ذَرۡنِى وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدًا ١١
Tharnee waman khalaqtu waheeda
MS • Basmeih (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
Audio (Mishary)
وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالاً مَّمۡدُودًا ١٢
WajaAAaltu lahu malan mamdooda
MS • Basmeih Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
Audio (Mishary)
وَبَنِينَ شُهُودًا ١٣
Wabaneena shuhooda
MS • Basmeih Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
Audio (Mishary)
وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدًا ١٤
Wamahhadtu lahu tamheeda
MS • Basmeih Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
Audio (Mishary)
ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ ١٥
Thumma yatmaAAu an azeed
MS • Basmeih Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
Audio (Mishary)
كَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأَيَـٰتِنَا عَنِيدًا ١٦
Kalla innahu kana li-ayatinaAAaneeda
MS • Basmeih Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
Audio (Mishary)
سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا ١٧
Saorhiquhu saAAooda
MS • Basmeih Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
Audio (Mishary)
إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ١٨
Innahu fakkara waqaddar
MS • Basmeih Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
Audio (Mishary)
فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ١٩
Faqutila kayfa qaddar
MS • Basmeih Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
Audio (Mishary)
ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ٢٠
Thumma qutila kayfa qaddar
MS • Basmeih Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
Audio (Mishary)
ثُمَّ نَظَرَ ٢١
Thumma nathar
MS • Basmeih Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
Audio (Mishary)
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ ٢٢
Thumma AAabasa wabasar
MS • Basmeih Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
Audio (Mishary)
ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ ٢٣
Thumma adbara wastakbar
MS • Basmeih Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
Audio (Mishary)
فَقَالَ إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا سِحۡرٌ يُؤۡثَرُ ٢٤
Faqala in hatha illa sihrunyu/thar
MS • Basmeih Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
Audio (Mishary)
إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ ٢٥
In hatha illa qawlu albashar
MS • Basmeih "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
Audio (Mishary)
سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ ٢٦
Saosleehi saqar
MS • Basmeih (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
Audio (Mishary)
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا سَقَرُ ٢٧
Wama adraka ma saqar
MS • Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
Audio (Mishary)
لَا تُبۡقِى وَلَا تَذَرُ ٢٨
La tubqee wala tathar
MS • Basmeih Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
Audio (Mishary)
لَوَّاحَةٌ لِّلۡبَشَرِ ٢٩
Lawwahatun lilbashar
MS • Basmeih Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
Audio (Mishary)
عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ ٣٠
AAalayha tisAAata AAashar
MS • Basmeih Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
Audio (Mishary)
وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓئِكَةًۙ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُواۡ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواۡ ٱلۡكِتَـٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاۡ إِيمَـٰنًاۙ وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواۡ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلۡكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلاًۚ كَذٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِى مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ ٣١
Wama jaAAalna as-habaannari illa mala-ikatan wamajaAAalna AAiddatahum illa fitnatan lillatheenakafaroo liyastayqina allatheena ootoo alkitabawayazdada allatheena amanoo eemananwala yartaba allatheena ootoo alkitabawalmu/minoona waliyaqoola allatheena feequloobihim maradun walkafiroona mathaarada Allahu bihatha mathalan kathalikayudillu Allahu man yashao wayahdee man yashaowama yaAAlamu junooda rabbika illa huwa wamahiya illa thikra lilbashar
MS • Basmeih Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
Audio (Mishary)
كَلَّا وَٱلۡقَمَرِ ٣٢
Kalla walqamar
MS • Basmeih Sebenarnya! Demi bulan,
Audio (Mishary)
وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ ٣٣
Wallayli ith adbar
MS • Basmeih Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
Audio (Mishary)
وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ ٣٤
Wassubhi ithaasfar
MS • Basmeih Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
Audio (Mishary)
إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ ٣٥
Innaha la-ihda alkubar
MS • Basmeih Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
Audio (Mishary)
نَذِيرًا لِّلۡبَشَرِ ٣٦
Natheeran lilbashar
MS • Basmeih Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
Audio (Mishary)
لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ ٣٧
Liman shaa minkum an yataqaddama awyataakhkhar
MS • Basmeih (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
Audio (Mishary)
كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ ٣٨
Kullu nafsin bima kasabat raheena
MS • Basmeih Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
Audio (Mishary)
إِلَّآ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡيَمِينِ ٣٩
Illa as-haba alyameen
MS • Basmeih Kecuali puak Kanan,
Audio (Mishary)
فِى جَنَّـٰتٍ يَتَسَآءَلُونَ ٤٠
Fee jannatin yatasaaloon
MS • Basmeih (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
Audio (Mishary)
عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ٤١
AAani almujrimeen
MS • Basmeih Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
Audio (Mishary)
مَا سَلَكَكُمۡ فِى سَقَرَ ٤٢
Ma salakakum fee saqar
MS • Basmeih (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
Audio (Mishary)
قَالُواۡ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ ٤٣
Qaloo lam naku mina almusalleen
MS • Basmeih Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
Audio (Mishary)
وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ ٤٤
Walam naku nutAAimu almiskeen
MS • Basmeih "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
Audio (Mishary)
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ ٤٥
Wakunna nakhoodu maAAa alkha-ideen
MS • Basmeih "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
Audio (Mishary)
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤٦
Wakunna nukaththibu biyawmi addeen
MS • Basmeih "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
Audio (Mishary)
حَتَّىٰٓ أَتَـٰنَا ٱلۡيَقِينُ ٤٧
Hatta atanaalyaqeen
MS • Basmeih "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
Audio (Mishary)
فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَـٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِينَ ٤٨
Fama tanfaAAuhum shafaAAatu ashshafiAAeen
MS • Basmeih Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
Audio (Mishary)
فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ ٤٩
Fama lahum AAani attathkiratimuAArideen
MS • Basmeih (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
Audio (Mishary)
كَأَنَّهُمۡ حُمُرٌ مُّسۡتَنفِرَةٌ ٥٠
Kaannahum humurun mustanfira
MS • Basmeih Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
Audio (Mishary)
فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ ٥١
Farrat min qaswara
MS • Basmeih Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
Audio (Mishary)
بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِىٍٕ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً ٥٢
Bal yureedu kullu imri-in minhum an yu/tasuhufan munashshara
MS • Basmeih (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
Audio (Mishary)
كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأَخِرَةَ ٥٣
Kalla bal la yakhafoonaal-akhira
MS • Basmeih Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
Audio (Mishary)
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٌ ٥٤
Kalla innahu tathkira
MS • Basmeih Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
Audio (Mishary)
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ٥٥
Faman shaa thakarah
MS • Basmeih Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Audio (Mishary)
وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ ٥٦
Wama yathkuroona illaan yashaa Allahu huwa ahlu attaqwawaahlu almaghfirat
MS • Basmeih Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
Audio (Mishary)