Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
73. Al-Muzzammil (20 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Muzzammil Ayah 1
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُزَّمِّلُ ١
Ya ayyuha almuzzammil
MS • Basmeih Wahai orang yang berselimut!.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 2
قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً ٢
Qumi allayla illa qaleela
MS • Basmeih Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 3
نِّصۡفَهُۥٓ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً ٣
Nisfahu awi onqus minhu qaleela
MS • Basmeih Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 4
أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً ٤
Aw zid AAalayhi warattili alqur-anatarteela
MS • Basmeih Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 5
إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً ثَقِيلاً ٥
Inna sanulqee AAalayka qawlan thaqeela
MS • Basmeih (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 6
إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡــًٔا وَأَقۡوَمُ قِيلاً ٦
Inna nashi-ata allayli hiya ashaddu wat-anwaaqwamu qeela
MS • Basmeih Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 7
إِنَّ لَكَ فِى ٱلنَّهَارِ سَبۡحًا طَوِيلاً ٧
Inna laka fee annahari sabhantaweela
MS • Basmeih (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 8
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً ٨
Wathkuri isma rabbikawatabattal ilayhi tabteela
MS • Basmeih Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 9
رَّبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱتَّخِذۡهُ وَكِيلاً ٩
Rabbu almashriqi walmaghribi lailaha illa huwa fattakhithhu wakeela
MS • Basmeih Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 10
وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرًا جَمِيلاً ١٠
Wasbir AAala mayaqooloona wahjurhum hajran jameela
MS • Basmeih Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 11
وَذَرۡنِى وَٱلۡمُكَذِّبِينَ أُوۡلِى ٱلنَّعۡمَةِ وَمَهِّلۡهُمۡ قَلِيلاً ١١
Watharnee walmukaththibeenaolee annaAAmati wamahhilhum qaleela
MS • Basmeih Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 12
إِنَّ لَدَيۡنَآ أَنكَالاً وَجَحِيمًا ١٢
Inna ladayna ankalan wajaheema
MS • Basmeih Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 13
وَطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ وَعَذَابًا أَلِيمًا ١٣
WataAAaman tha ghussatinwaAAathaban aleema
MS • Basmeih Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 14
يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ وَكَانَتِ ٱلۡجِبَالُ كَثِيبًا مَّهِيلاً ١٤
Yawma tarjufu al-ardu waljibaluwakanati aljibalu katheeban maheela
MS • Basmeih (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 15
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ رَسُولاً شَـٰهِدًا عَلَيۡكُمۡ كَمَآ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولاً ١٥
Inna arsalna ilaykum rasoolanshahidan AAalaykum kama arsalna ilafirAAawna rasoola
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 16
فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذًا وَبِيلاً ١٦
FaAAasa firAAawnu arrasoolafaakhathnahu akhthan wabeela
MS • Basmeih Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 17
فَكَيۡفَ تَتَّقُونَ إِن كَفَرۡتُمۡ يَوۡمًا يَجۡعَلُ ٱلۡوِلۡدٰنَ شِيبًا ١٧
Fakayfa tattaqoona in kafartum yawmanyajAAalu alwildana sheeba
MS • Basmeih (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 18
ٱلسَّمَآءُ مُنفَطِرُۢ بِهِۦ‌ۚ كَانَ وَعۡدُهُۥ مَفۡعُولاً ١٨
Assamao munfatirunbihi kana waAAduhu mafAAoola
MS • Basmeih Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 19
إِنَّ هَـٰذِهِۦ تَذۡكِرَةٌ‌ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلاً ١٩
Inna hathihi tathkiratun famanshaa ittakhatha ila rabbihi sabeela
MS • Basmeih Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
Audio (Mishary)
Al-Muzzammil Ayah 20
۞إِنَّ رَبَّكَ يَعۡلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدۡنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيۡلِ وَنِصۡفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَ‌ۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ‌ۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحۡصُوهُ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡ‌ۖ فَٱقۡرَءُواۡ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرۡضَىٰ‌ۙ وَءَاخَرُونَ يَضۡرِبُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ يَبۡتَغُونَ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ‌ۙ وَءَاخَرُونَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۖ فَٱقۡرَءُواۡ مَا تَيَسَّرَ مِنۡهُ‌ۚ وَأَقِيمُواۡ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواۡ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقۡرِضُواۡ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنًا‌ۚ وَمَا تُقَدِّمُواۡ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرًا وَأَعۡظَمَ أَجۡرًا‌ۚ وَٱسۡتَغۡفِرُواۡ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمُۢ ٢٠
Inna rabbaka yaAAlamu annaka taqoomu adnamin thuluthayi allayli wanisfahu wathuluthahu wata-ifatunmina allatheena maAAaka wallahu yuqaddiruallayla wannahara AAalima an lan tuhsoohufataba AAalaykum faqraoo ma tayassara minaalqur-ani AAalima an sayakoonu minkum marda waakharoonayadriboona fee al-ardi yabtaghoona min fadliAllahi waakharoona yuqatiloona fee sabeeliAllahi faqraoo ma tayassara minhu waaqeemooassalata waatoo azzakatawaaqridoo Allaha qardan hasanan wamatuqaddimoo li-anfusikum min khayrin tajidoohu AAinda Allahihuwa khayran waaAAthama ajran wastaghfirooAllaha inna Allaha ghafoorun raheem
MS • Basmeih Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary)