Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
75. Al-Qiyamah (40 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Qiyamah Ayah 1
لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ ١
La oqsimu biyawmi alqiyamat
MS • Basmeih Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 2
وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ ٢
Wala oqsimu binnafsi allawwamat
MS • Basmeih Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 3
أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُۥ ٣
Ayahsabu al-insanu allannajmaAAa AAithamah
MS • Basmeih Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 4
بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ ٤
Bala qadireena AAala annusawwiya bananah
MS • Basmeih Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 5
بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَـٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُۥ ٥
Bal yureedu al-insanu liyafjura amamah
MS • Basmeih (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 6
يَسۡــَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَـٰمَةِ ٦
Yas-alu ayyana yawmu alqiyama
MS • Basmeih Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 7
فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ ٧
Fa-itha bariqa albasar
MS • Basmeih Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 8
وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ ٨
Wakhasafa alqamar
MS • Basmeih Dan bulan hilang cahayanya,
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 9
وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ ٩
WajumiAAa ashshamsu walqamar
MS • Basmeih Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 10
يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَئِذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ ١٠
Yaqoolu al-insanu yawma-ithinayna almafar
MS • Basmeih (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 11
كَلَّا لَا وَزَرَ ١١
Kalla la wazar
MS • Basmeih Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 12
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ ١٢
Ila rabbika yawma-ithinalmustaqar
MS • Basmeih Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 13
يُنَبَّؤُاۡ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَئِذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ ١٣
Yunabbao al-insanu yawma-ithinbima qaddama waakhkhar
MS • Basmeih Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 14
بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ ١٤
Bali al-insanu AAala nafsihibaseera
MS • Basmeih Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 15
وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ ١٥
Walaw alqa maAAatheerah
MS • Basmeih Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 16
لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦٓ ١٦
La tuharrik bihi lisanakalitaAAjala bih
MS • Basmeih Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 17
إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُۥ وَقُرۡءَانَهُۥ ١٧
Inna AAalayna jamAAahu waqur-anah
MS • Basmeih Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 18
فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُۥ ١٨
Fa-itha qara/nahu fattabiAAqur-anah
MS • Basmeih Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 19
ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُۥ ١٩
Thumma inna AAalayna bayanah
MS • Basmeih Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 20
كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ ٢٠
Kalla bal tuhibboona alAAajila
MS • Basmeih Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 21
وَتَذَرُونَ ٱلۡأَخِرَةَ ٢١
Watatharoona al-akhira
MS • Basmeih Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 22
وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ ٢٢
Wujoohun yawma-ithin nadira
MS • Basmeih Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 23
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ ٢٣
Ila rabbiha nathira
MS • Basmeih Melihat kepada Tuhannya.
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 24
وَوُجُوهٌ يَوۡمَئِذِۭ بَاسِرَةٌ ٢٤
Wawujoohun yawma-ithin basira
MS • Basmeih Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 25
تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ ٢٥
Tathunnu an yufAAala bihafaqira
MS • Basmeih Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 26
كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ ٢٦
Kalla itha balaghati attaraqiy
MS • Basmeih Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 27
وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ ٢٧
Waqeela man raq
MS • Basmeih Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 28
وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ ٢٨
Wathanna annahu alfiraq
MS • Basmeih Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 29
وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ ٢٩
Waltaffati assaqu bilssaq
MS • Basmeih Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 30
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمَسَاقُ ٣٠
Ila rabbika yawma-ithin almasaq
MS • Basmeih (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 31
فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ ٣١
Fala saddaqa wala salla
MS • Basmeih (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 32
وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ٣٢
Walakin kaththaba watawalla
MS • Basmeih Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 33
ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ ٣٣
Thumma thahaba ila ahlihiyatamatta
MS • Basmeih Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 34
أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ ٣٤
Awla laka faawla
MS • Basmeih (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 35
ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ ٣٥
Thumma awla laka faawla
MS • Basmeih Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 36
أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى ٣٦
Ayahsabu al-insanu an yutrakasuda
MS • Basmeih Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 37
أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً مِّن مَّنِىٍّ يُمۡنَىٰ ٣٧
Alam yaku nutfatan min manayyin yumna
MS • Basmeih Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 38
ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ ٣٨
Thumma kana AAalaqatan fakhalaqafasawwa
MS • Basmeih Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 39
فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ ٣٩
FajaAAala minhu azzawjayni aththakarawal-ontha
MS • Basmeih Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
Audio (Mishary)
Al-Qiyamah Ayah 40
أَلَيۡسَ ذٰلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡــِۧىَ ٱلۡمَوۡتَىٰ ٤٠
Alaysa thalika biqadirin AAalaan yuhyiya almawta
MS • Basmeih Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
Audio (Mishary)