MyKhatam
Sign In

Surah Al-Ma'arij

Surah 70 · 44 Ayahs · Meccan · Juz 29

Read with Uthmanic Arabic text, transliteration, Sahih International English translation, and Malay Basmeih translation.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.

Al-Ma'arij Ayah 1
سَأَلَ سَآئِلُۢ بِعَذَابٍ وَاقِعٍ ١
Saala sa-ilun biAAathabin waqiAA
MS • Basmeih Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,
Al-Ma'arij Ayah 2
لِّلۡكَـٰفِرِينَ لَيۡسَ لَهُۥ دَافِعٌ ٢
Lilkafireena laysa lahu dafiAA
MS • Basmeih Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -
Al-Ma'arij Ayah 3
مِّنَ ٱللَّهِ ذِى ٱلۡمَعَارِجِ ٣
Mina Allahi thee almaAAarij
MS • Basmeih Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik -
Al-Ma'arij Ayah 4
تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِى يَوۡمٍ كَانَ مِقۡدَارُهُۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ ٤
TaAAruju almala-ikatu warroohuilayhi fee yawmin kana miqdaruhu khamseena alfasana
MS • Basmeih Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).
Al-Ma'arij Ayah 5
فَٱصۡبِرۡ صَبۡرًا جَمِيلاً ٥
Fasbir sabran jameela
MS • Basmeih Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.
Al-Ma'arij Ayah 6
إِنَّهُمۡ يَرَوۡنَهُۥ بَعِيدًا ٦
Innahum yarawnahu baAAeeda
MS • Basmeih Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),
Al-Ma'arij Ayah 7
وَنَرَٮٰهُ قَرِيبًا ٧
Wanarahu qareeba
MS • Basmeih Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),
Al-Ma'arij Ayah 8
يَوۡمَ تَكُونُ ٱلسَّمَآءُ كَٱلۡمُهۡلِ ٨
Yawma takoonu assamao kalmuhl
MS • Basmeih (Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,
Al-Ma'arij Ayah 9
وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ كَٱلۡعِهۡنِ ٩
Watakoonu aljibalu kalAAihn
MS • Basmeih Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)
Al-Ma'arij Ayah 10
وَلَا يَسۡــَٔلُ حَمِيمٌ حَمِيمًا ١٠
Wala yas-alu hameemun hameema
MS • Basmeih Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
Al-Ma'arij Ayah 11
يُبَصَّرُونَهُمۡ‌ۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِى مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِئِذِۭ بِبَنِيهِ ١١
Yubassaroonahum yawaddu almujrimu lawyaftadee min AAathabi yawmi-ithin bibaneeh
MS • Basmeih Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,
Al-Ma'arij Ayah 12
وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ ١٢
Wasahibatihi waakheeh
MS • Basmeih Dan isteri serta saudaranya,
Al-Ma'arij Ayah 13
وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِى تُــٔۡوِيهِ ١٣
Wafaseelatihi allatee tu/weeh
MS • Basmeih Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,
Al-Ma'arij Ayah 14
وَمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنجِيهِ ١٤
Waman fee al-ardi jameeAAan thummayunjeeh
MS • Basmeih Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
Al-Ma'arij Ayah 15
كَلَّآ‌ۖ إِنَّهَا لَظَىٰ ١٥
Kalla innaha latha
MS • Basmeih Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,
Al-Ma'arij Ayah 16
نَزَّاعَةً لِّلشَّوَىٰ ١٦
NazzaAAatan lishshawa
MS • Basmeih (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,
Al-Ma'arij Ayah 17
تَدۡعُواۡ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ ١٧
TadAAoo man adbara watawalla
MS • Basmeih Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),
Al-Ma'arij Ayah 18
وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰٓ ١٨
WajamaAAa faawAAa
MS • Basmeih Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).
Al-Ma'arij Ayah 19
۞إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا ١٩
Inna al-insana khuliqa halooAAa
MS • Basmeih Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
Al-Ma'arij Ayah 20
إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعًا ٢٠
Itha massahu ashsharrujazooAAa
MS • Basmeih Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
Al-Ma'arij Ayah 21
وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا ٢١
Wa-itha massahu alkhayru manooAAa
MS • Basmeih Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
Al-Ma'arij Ayah 22
إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ ٢٢
Illa almusalleen
MS • Basmeih Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
Al-Ma'arij Ayah 23
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ دَآئِمُونَ ٢٣
Allatheena hum AAala salatihimda-imoon
MS • Basmeih Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
Al-Ma'arij Ayah 24
وَٱلَّذِينَ فِىٓ أَمۡوٰلِهِمۡ حَقٌّ مَّعۡلُومٌ ٢٤
Wallatheena fee amwalihimhaqqun maAAloom
MS • Basmeih Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
Al-Ma'arij Ayah 25
لِّلسَّآئِلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ ٢٥
Lissa-ili walmahroom
MS • Basmeih Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
Al-Ma'arij Ayah 26
وَٱلَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ٢٦
Wallatheena yusaddiqoonabiyawmi addeen
MS • Basmeih Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
Al-Ma'arij Ayah 27
وَٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ ٢٧
Wallatheena hum min AAathabirabbihim mushfiqoon
MS • Basmeih Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
Al-Ma'arij Ayah 28
إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمۡ غَيۡرُ مَأۡمُونٍ ٢٨
Inna AAathaba rabbihim ghayru ma/moon
MS • Basmeih Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
Al-Ma'arij Ayah 29
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ ٢٩
Wallatheena hum lifuroojihim hafithoon
MS • Basmeih Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Al-Ma'arij Ayah 30
إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ ٣٠
Illa AAala azwajihim awma malakat aymanuhum fa-innahum ghayru maloomeen
MS • Basmeih Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
Al-Ma'arij Ayah 31
فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذٰلِكَ فَأُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ ٣١
Famani ibtagha waraa thalikafaola-ika humu alAAadoon
MS • Basmeih Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Al-Ma'arij Ayah 32
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رٰعُونَ ٣٢
Wallatheena hum li-amanatihimwaAAahdihim raAAoon
MS • Basmeih Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Al-Ma'arij Ayah 33
وَٱلَّذِينَ هُم بِشَهَـٰدٰتِهِمۡ قَآئِمُونَ ٣٣
Wallatheena hum bishahadatihimqa-imoon
MS • Basmeih Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
Al-Ma'arij Ayah 34
وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ٣٤
Wallatheena hum AAala salatihimyuhafithoon
MS • Basmeih Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Al-Ma'arij Ayah 35
أُوۡلَـٰٓئِكَ فِى جَنَّـٰتٍ مُّكۡرَمُونَ ٣٥
Ola-ika fee jannatin mukramoon
MS • Basmeih Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Al-Ma'arij Ayah 36
فَمَالِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ قِبَلَكَ مُهۡطِعِينَ ٣٦
Famali allatheena kafarooqibalaka muhtiAAeen
MS • Basmeih Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu -
Al-Ma'arij Ayah 37
عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ عِزِينَ ٣٧
AAani alyameeni waAAani ashshimaliAAizeen
MS • Basmeih (Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.
Al-Ma'arij Ayah 38
أَيَطۡمَعُ كُلُّ ٱمۡرِىٍٕ مِّنۡهُمۡ أَن يُدۡخَلَ جَنَّةَ نَعِيمٍ ٣٨
AyatmaAAu kullu imri-in minhum anyudkhala jannata naAAeem
MS • Basmeih Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?
Al-Ma'arij Ayah 39
كَلَّآ‌ۖ إِنَّا خَلَقۡنَـٰهُم مِّمَّا يَعۡلَمُونَ ٣٩
Kalla inna khalaqnahummimma yaAAlamoon
MS • Basmeih Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.
Al-Ma'arij Ayah 40
فَلَآ أُقۡسِمُ بِرَبِّ ٱلۡمَشَـٰرِقِ وَٱلۡمَغَـٰرِبِ إِنَّا لَقَـٰدِرُونَ ٤٠
Fala oqsimu birabbi almashariqiwalmagharibi inna laqadiroon
MS • Basmeih Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa -
Al-Ma'arij Ayah 41
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ٤١
AAala an nubaddila khayran minhum wamanahnu bimasbooqeen
MS • Basmeih (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.
Al-Ma'arij Ayah 42
فَذَرۡهُمۡ يَخُوضُواۡ وَيَلۡعَبُواۡ حَتَّىٰ يُلَـٰقُواۡ يَوۡمَهُمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ ٤٢
Fatharhum yakhoodoowayalAAaboo hatta yulaqoo yawmahumu allatheeyooAAadoon
MS • Basmeih Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! -
Al-Ma'arij Ayah 43
يَوۡمَ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ سِرَاعًا كَأَنَّهُمۡ إِلَىٰ نُصُبٍ يُوفِضُونَ ٤٣
Yawma yakhrujoona mina al-ajdathi siraAAankaannahum ila nusubin yoofidoon
MS • Basmeih Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),
Al-Ma'arij Ayah 44
خَـٰشِعَةً أَبۡصَـٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٌ‌ۚ ذٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلَّذِى كَانُواۡ يُوعَدُونَ ٤٤
KhashiAAatan absaruhumtarhaquhum thillatun thalika alyawmu allatheekanoo yooAAadoon
MS • Basmeih Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation