Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
55. Ar-Rahman (78 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ar-Rahman Ayah 1
ٱلرَّحۡمَـٰنُ ١
Arrahman
MS • Basmeih (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 2
عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ ٢
AAallama alqur-an
MS • Basmeih Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 3
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ ٣
Khalaqa al-insan
MS • Basmeih Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 4
عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ ٤
AAallamahu albayan
MS • Basmeih Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 5
ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ ٥
Ashshamsu walqamaru bihusban
MS • Basmeih Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 6
وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ ٦
Wannajmu washshajaru yasjudan
MS • Basmeih Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 7
وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ ٧
Wassamaa rafaAAahawawadaAAa almeezan
MS • Basmeih Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 8
أَلَّا تَطۡغَوۡاۡ فِى ٱلۡمِيزَانِ ٨
Alla tatghaw fee almeezan
MS • Basmeih Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 9
وَأَقِيمُواۡ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواۡ ٱلۡمِيزَانَ ٩
Waaqeemoo alwazna bilqisti walatukhsiroo almeezan
MS • Basmeih Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 10
وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ ١٠
Wal-arda wadaAAahalil-anam
MS • Basmeih Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 11
فِيهَا فَـٰكِهَةٌ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ ١١
Feeha fakihatun wannakhluthatu al-akmam
MS • Basmeih Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 12
وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ ١٢
Walhabbu thoo alAAasfiwarrayhan
MS • Basmeih Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 13
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٣
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 14
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلٍ كَٱلۡفَخَّارِ ١٤
Khalaqa al-insana min salsalinkalfakhkhar
MS • Basmeih Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 15
وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ ١٥
Wakhalaqa aljanna min marijinmin nar
MS • Basmeih Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 16
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٦
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 17
رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَيۡنِ ١٧
Rabbu almashriqayni warabbu almaghribayn
MS • Basmeih (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 18
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٨
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 19
مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ ١٩
Maraja albahrayni yaltaqiyan
MS • Basmeih Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 20
بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٌ لَّا يَبۡغِيَانِ ٢٠
Baynahuma barzakhun la yabghiyan
MS • Basmeih Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 21
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢١
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 22
يَخۡرُجُ مِنۡهُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ ٢٢
Yakhruju minhuma allu/luo walmarjan
MS • Basmeih Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 23
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٣
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththibani
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 24
وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔـاتُ فِى ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَـٰمِ ٢٤
Walahu aljawari almunshaatufee albahri kal-aAAlam
MS • Basmeih Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 25
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٥
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 26
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡهَا فَانٍ ٢٦
Kullu man AAalayha fan
MS • Basmeih Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 27
وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ ٢٧
Wayabqa wajhu rabbika thooaljalali wal-ikram
MS • Basmeih Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 28
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٨
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 29
يَسۡــَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ ٢٩
Yas-aluhu man fee assamawatiwal-ardi kulla yawmin huwa fee sha/n
MS • Basmeih Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 30
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٠
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 31
سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ ٣١
Sanafrughu lakum ayyuha aththaqalan
MS • Basmeih Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 32
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٢
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 33
يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواۡ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواۡ‌ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنٍ ٣٣
Ya maAAshara aljinni wal-insiini istataAAtum an tanfuthoo min aqtari assamawatiwal-ardi fanfuthoo la tanfuthoonailla bisultan
MS • Basmeih Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 34
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٤
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 35
يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ ٣٥
Yursalu AAalaykuma shuwathunmin narin wanuhasun fala tantasiran
MS • Basmeih Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 36
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٦
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 37
فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً كَٱلدِّهَانِ ٣٧
Fa-itha inshaqqati assamaofakanat wardatan kaddihan
MS • Basmeih Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 38
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٨
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 39
فَيَوۡمَئِذٍ لَّا يُسۡــَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ ٣٩
Fayawma-ithin la yus-alu AAan thanbihiinsun wala jan
MS • Basmeih Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 40
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٠
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 41
يُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِٱلنَّوٰصِى وَٱلۡأَقۡدَامِ ٤١
YuAArafu almujrimoona biseemahumfayu/khathu binnawasee wal-aqdam
MS • Basmeih Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 42
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٢
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 43
هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ ٤٣
Hathihi jahannamu allatee yukaththibubiha almujrimoon
MS • Basmeih (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 44
يَطُوفُونَ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَ حَمِيمٍ ءَانٍ ٤٤
Yatoofoona baynaha wabayna hameeminan
MS • Basmeih Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 45
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٥
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 46
وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ٤٦
Waliman khafa maqama rabbihijannatan
MS • Basmeih Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 47
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٧
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 48
ذَوَاتَآ أَفۡنَانٍ ٤٨
Thawata afnan
MS • Basmeih (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 49
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٩
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 50
فِيهِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ ٥٠
Feehima AAaynani tajriyan
MS • Basmeih Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 51
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥١
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 52
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ زَوۡجَانِ ٥٢
Feehima min kulli fakihatinzawjan
MS • Basmeih Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 53
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٣
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 54
مُتَّكِــِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآئِنُهَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقٍ‌ۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانٍ ٥٤
Muttaki-eena AAala furushin bata-inuhamin istabraqin wajana aljannatayni dan
MS • Basmeih Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 55
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٥
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 56
فِيهِنَّ قَـٰصِرٰتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٌ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ ٥٦
Feehinna qasiratu attarfilam yatmithhunna insun qablahum wala jan
MS • Basmeih Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 57
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٧
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 58
كَأَنَّهُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ ٥٨
Kaannahunna alyaqootu walmarjan
MS • Basmeih Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 59
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٩
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 60
هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ ٦٠
Hal jazao al-ihsani illaal-ihsan
MS • Basmeih Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 61
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦١
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 62
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ٦٢
Wamin doonihima jannatan
MS • Basmeih Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 63
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٣
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 64
مُدۡهَآمَّتَانِ ٦٤
Mudhammatan
MS • Basmeih Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 65
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٥
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 66
فِيهِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ ٦٦
Feehima AAaynani naddakhatan
MS • Basmeih Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 67
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٧
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 68
فِيهِمَا فَـٰكِهَةٌ وَنَخۡلٌ وَرُمَّانٌ ٦٨
Feehima fakihatun wanakhlunwarumman
MS • Basmeih Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 69
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٩
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 70
فِيهِنَّ خَيۡرٰتٌ حِسَانٌ ٧٠
Feehinna khayratun hisan
MS • Basmeih Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 71
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧١
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 72
حُورٌ مَّقۡصُورٰتٌ فِى ٱلۡخِيَامِ ٧٢
Hoorun maqsooratun feealkhiyam
MS • Basmeih Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 73
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٣
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 74
لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٌ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ ٧٤
Lam yatmithhunna insun qablahum walajan
MS • Basmeih (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 75
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٥
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 76
مُتَّكِــِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرٍ وَعَبۡقَرِىٍّ حِسَانٍ ٧٦
Muttaki-eena AAala rafrafin khudrinwaAAabqariyyin hisan
MS • Basmeih Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 77
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٧
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Audio (Mishary)
Ar-Rahman Ayah 78
تَبَـٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِى ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ ٧٨
Tabaraka ismu rabbika theealjalali wal-ikram
MS • Basmeih Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Audio (Mishary)