Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
54. Al-Qamar (55 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Qamar Ayah 1
ٱقۡتَرَبَتِ ٱلسَّاعَةُ وَٱنشَقَّ ٱلۡقَمَرُ ١
Iqtarabati assaAAatu wanshaqqaalqamar
MS • Basmeih Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 2
وَإِن يَرَوۡاۡ ءَايَةً يُعۡرِضُواۡ وَيَقُولُواۡ سِحۡرٌ مُّسۡتَمِرٌّ ٢
Wa-in yaraw ayatan yuAAridoowayaqooloo sihrun mustamirr
MS • Basmeih Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 3
وَكَذَّبُواۡ وَٱتَّبَعُوٓاۡ أَهۡوَآءَهُمۡ‌ۚ وَكُلُّ أَمۡرٍ مُّسۡتَقِرٌّ ٣
Wakaththaboo wattabaAAoo ahwaahumwakullu amrin mustaqirr
MS • Basmeih Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 4
وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّنَ ٱلۡأَنۢبَآءِ مَا فِيهِ مُزۡدَجَرٌ ٤
Walaqad jaahum mina al-anba-i mafeehi muzdajar
MS • Basmeih Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 5
حِكۡمَةُۢ بَـٰلِغَةٌ‌ۖ فَمَا تُغۡنِ ٱلنُّذُرُ ٥
Hikmatun balighatun famatughnee annuthur
MS • Basmeih (Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 6
فَتَوَلَّ عَنۡهُمۡ‌ۘ يَوۡمَ يَدۡعُ ٱلدَّاعِ إِلَىٰ شَىۡءٍ نُّكُرٍ ٦
Fatawalla AAanhum yawma yadAAu addaAAiila shay-in nukur
MS • Basmeih Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 7
خُشَّعًا أَبۡصَـٰرُهُمۡ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ كَأَنَّهُمۡ جَرَادٌ مُّنتَشِرٌ ٧
KhushshaAAan absaruhum yakhrujoonamina al-ajdathi kaannahum jaradun muntashir
MS • Basmeih (Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 8
مُّهۡطِعِينَ إِلَى ٱلدَّاعِ‌ۖ يَقُولُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ هَـٰذَا يَوۡمٌ عَسِرٌ ٨
MuhtiAAeena ila addaAAiyaqoolu alkafiroona hatha yawmun AAasir
MS • Basmeih Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 9
۞كَذَّبَتۡ قَبۡلَهُمۡ قَوۡمُ نُوحٍ فَكَذَّبُواۡ عَبۡدَنَا وَقَالُواۡ مَجۡنُونٌ وَٱزۡدُجِرَ ٩
Kaththabat qablahum qawmu noohinfakaththaboo AAabdana waqaloo majnoonun wazdujir
MS • Basmeih Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 10
فَدَعَا رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَغۡلُوبٌ فَٱنتَصِرۡ ١٠
FadaAAa rabbahu annee maghloobun fantasir
MS • Basmeih Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 11
فَفَتَحۡنَآ أَبۡوٰبَ ٱلسَّمَآءِ بِمَآءٍ مُّنۡهَمِرٍ ١١
Fafatahna abwaba assama-ibima-in munhamir
MS • Basmeih Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 12
وَفَجَّرۡنَا ٱلۡأَرۡضَ عُيُونًا فَٱلۡتَقَى ٱلۡمَآءُ عَلَىٰٓ أَمۡرٍ قَدۡ قُدِرَ ١٢
Wafajjarna al-arda AAuyoonanfaltaqa almao AAala amrin qad qudir
MS • Basmeih Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 13
وَحَمَلۡنَـٰهُ عَلَىٰ ذَاتِ أَلۡوٰحٍ وَدُسُرٍ ١٣
Wahamalnahu AAala thatialwahin wadusur
MS • Basmeih Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 14
تَجۡرِى بِأَعۡيُنِنَا جَزَآءً لِّمَن كَانَ كُفِرَ ١٤
Tajree bi-aAAyunina jazaanliman kana kufir
MS • Basmeih Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 15
وَلَقَد تَّرَكۡنَـٰهَآ ءَايَةً فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ ١٥
Walaqad taraknaha ayatanfahal min muddakir
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 16
فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ ١٦
Fakayfa kana AAathabee wanuthur
MS • Basmeih Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 17
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ ١٧
Walaqad yassarna alqur-ana liththikrifahal min muddakir
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 18
كَذَّبَتۡ عَادٌ فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ ١٨
Kaththabat AAadun fakayfa kanaAAathabee wanuthur
MS • Basmeih (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 19
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحًا صَرۡصَرًا فِى يَوۡمِ نَحۡسٍ مُّسۡتَمِرٍّ ١٩
Inna arsalna AAalayhim reehansarsaran fee yawmi nahsin mustamirr
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 20
تَنزِعُ ٱلنَّاسَ كَأَنَّهُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٍ مُّنقَعِرٍ ٢٠
TanziAAu annasa kaannahumaAAjazu nakhlin munqaAAir
MS • Basmeih Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 21
فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ ٢١
Fakayfa kana AAathabee wanuthur
MS • Basmeih Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 22
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ ٢٢
Walaqad yassarna alqur-ana liththikrifahal min muddakir
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 23
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِٱلنُّذُرِ ٢٣
Kaththabat thamoodu binnuthur
MS • Basmeih (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 24
فَقَالُوٓاۡ أَبَشَرًا مِّنَّا وٰحِدًا نَّتَّبِعُهُۥٓ إِنَّآ إِذًا لَّفِى ضَلَـٰلٍ وَسُعُرٍ ٢٤
Faqaloo abasharan minna wahidannattabiAAuhu inna ithan lafee dalalinwasuAAur
MS • Basmeih Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 25
أَءُلۡقِىَ ٱلذِّكۡرُ عَلَيۡهِ مِنۢ بَيۡنِنَا بَلۡ هُوَ كَذَّابٌ أَشِرٌ ٢٥
Aolqiya aththikru AAalayhimin baynina bal huwa kaththabun ashir
MS • Basmeih Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 26
سَيَعۡلَمُونَ غَدًا مَّنِ ٱلۡكَذَّابُ ٱلۡأَشِرُ ٢٦
SayaAAlamoona ghadan mani alkaththabual-ashir
MS • Basmeih Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 27
إِنَّا مُرۡسِلُواۡ ٱلنَّاقَةِ فِتۡنَةً لَّهُمۡ فَٱرۡتَقِبۡهُمۡ وَٱصۡطَبِرۡ ٢٧
Inna mursiloo annaqatifitnatan lahum fartaqibhum wastabir
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 28
وَنَبِّئۡهُمۡ أَنَّ ٱلۡمَآءَ قِسۡمَةُۢ بَيۡنَهُمۡ‌ۖ كُلُّ شِرۡبٍ مُّحۡتَضَرٌ ٢٨
Wanabbi/hum anna almaa qismatunbaynahum kullu shirbin muhtadar
MS • Basmeih Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 29
فَنَادَوۡاۡ صَاحِبَهُمۡ فَتَعَاطَىٰ فَعَقَرَ ٢٩
Fanadaw sahibahum fataAAatafaAAaqar
MS • Basmeih (Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 30
فَكَيۡفَ كَانَ عَذَابِى وَنُذُرِ ٣٠
Fakayfa kana AAathabee wanuthur
MS • Basmeih Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 31
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ صَيۡحَةً وٰحِدَةً فَكَانُواۡ كَهَشِيمِ ٱلۡمُحۡتَظِرِ ٣١
Inna arsalna AAalayhim sayhatanwahidatan fakanoo kahasheemi almuhtathir
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 32
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ ٣٢
Walaqad yassarna alqur-ana liththikrifahal min muddakir
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 33
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ لُوطِۭ بِٱلنُّذُرِ ٣٣
Kaththabat qawmu lootin binnuthur
MS • Basmeih (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 34
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ حَاصِبًا إِلَّآ ءَالَ لُوطٍ‌ۖ نَّجَّيۡنَـٰهُم بِسَحَرٍ ٣٤
Inna arsalna AAalayhim hasibanilla ala lootin najjaynahum bisahar
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 35
نِّعۡمَةً مِّنۡ عِندِنَا‌ۚ كَذٰلِكَ نَجۡزِى مَن شَكَرَ ٣٥
NiAAmatan min AAindina kathalikanajzee man shakar
MS • Basmeih Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 36
وَلَقَدۡ أَنذَرَهُم بَطۡشَتَنَا فَتَمَارَوۡاۡ بِٱلنُّذُرِ ٣٦
Walaqad antharahum batshatanafatamaraw binnuthur
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 37
وَلَقَدۡ رٰوَدُوهُ عَن ضَيۡفِهِۦ فَطَمَسۡنَآ أَعۡيُنَهُمۡ فَذُوقُواۡ عَذَابِى وَنُذُرِ ٣٧
Walaqad rawadoohu AAan dayfihifatamasna aAAyunahum fathooqoo AAathabeewanuthur
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 38
وَلَقَدۡ صَبَّحَهُم بُكۡرَةً عَذَابٌ مُّسۡتَقِرٌّ ٣٨
Walaqad sabbahahum bukratanAAathabun mustaqirr
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 39
فَذُوقُواۡ عَذَابِى وَنُذُرِ ٣٩
Fathooqoo AAathabee wanuthur
MS • Basmeih Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 40
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ ٤٠
Walaqad yassarna alqur-ana liththikrifahal min muddakir
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 41
وَلَقَدۡ جَآءَ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ ٱلنُّذُرُ ٤١
Walaqad jaa ala firAAawna annuthur
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 42
كَذَّبُواۡ بِـَٔـايَـٰتِنَا كُلِّهَا فَأَخَذۡنَـٰهُمۡ أَخۡذَ عَزِيزٍ مُّقۡتَدِرٍ ٤٢
Kaththaboo bi-ayatinakulliha faakhathnahum akhthaAAazeezin muqtadir
MS • Basmeih Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 43
أَكُفَّارُكُمۡ خَيۡرٌ مِّنۡ أُوۡلَـٰٓئِكُمۡ أَمۡ لَكُم بَرَآءَةٌ فِى ٱلزُّبُرِ ٤٣
Akuffarukum khayrun min ola-ikumam lakum baraatun fee azzubur
MS • Basmeih Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 44
أَمۡ يَقُولُونَ نَحۡنُ جَمِيعٌ مُّنتَصِرٌ ٤٤
Am yaqooloona nahnu jameeAAun muntasir
MS • Basmeih (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 45
سَيُهۡزَمُ ٱلۡجَمۡعُ وَيُوَلُّونَ ٱلدُّبُرَ ٤٥
Sayuhzamu aljamAAu wayuwalloona addubur
MS • Basmeih Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 46
بَلِ ٱلسَّاعَةُ مَوۡعِدُهُمۡ وَٱلسَّاعَةُ أَدۡهَىٰ وَأَمَرُّ ٤٦
Bali assaAAatu mawAAiduhum wassaAAatuadha waamar
MS • Basmeih (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 47
إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِينَ فِى ضَلَـٰلٍ وَسُعُرٍ ٤٧
Inna almujrimeena fee dalalinwasuAAur
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 48
يَوۡمَ يُسۡحَبُونَ فِى ٱلنَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمۡ ذُوقُواۡ مَسَّ سَقَرَ ٤٨
Yawma yushaboona fee annariAAala wujoohihim thooqoo massa saqar
MS • Basmeih Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 49
إِنَّا كُلَّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَـٰهُ بِقَدَرٍ ٤٩
Inna kulla shay-in khalaqnahubiqadar
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 50
وَمَآ أَمۡرُنَآ إِلَّا وٰحِدَةٌ كَلَمۡحِۭ بِٱلۡبَصَرِ ٥٠
Wama amruna illa wahidatunkalamhin bilbasar
MS • Basmeih Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 51
وَلَقَدۡ أَهۡلَكۡنَآ أَشۡيَاعَكُمۡ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ ٥١
Walaqad ahlakna ashyaAAakumfahal min muddakir
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 52
وَكُلُّ شَىۡءٍ فَعَلُوهُ فِى ٱلزُّبُرِ ٥٢
Wakullu shay-in faAAaloohu fee azzubur
MS • Basmeih Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 53
وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسۡتَطَرٌ ٥٣
Wakullu sagheerin wakabeerin mustatar
MS • Basmeih Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 54
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ وَنَهَرٍ ٥٤
Inna almuttaqeena fee jannatinwanahar
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
Audio (Mishary)
Al-Qamar Ayah 55
فِى مَقۡعَدِ صِدۡقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقۡتَدِرِۭ ٥٥
Fee maqAAadi sidqin AAinda maleekinmuqtadir
MS • Basmeih Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
Audio (Mishary)