بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ١
Itha waqaAAati alwaqiAAat
MS • Basmeih Apabila berlaku hari kiamat itu,
Audio (Mishary)
لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ ٢
Laysa liwaqAAatiha kathiba
MS • Basmeih Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
Audio (Mishary)
خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ ٣
Khafidatun rafiAAa
MS • Basmeih Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
Audio (Mishary)
إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّا ٤
Itha rujjati al-ardu rajja
MS • Basmeih (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
Audio (Mishary)
وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّا ٥
Wabussati aljibalu bassa
MS • Basmeih Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
Audio (Mishary)
فَكَانَتۡ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا ٦
Fakanat habaan munbaththa
MS • Basmeih Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
Audio (Mishary)
وَكُنتُمۡ أَزۡوٰجًا ثَلَـٰثَةً ٧
Wakuntum azwajan thalatha
MS • Basmeih Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
Audio (Mishary)
فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ ٨
Faas-habu almaymanati maas-habu almaymanat
MS • Basmeih Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Audio (Mishary)
وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡــَٔمَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡــَٔمَةِ ٩
Waas-habu almash-amati maas-habu almash-amat
MS • Basmeih Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Audio (Mishary)
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ ١٠
Wassabiqoona assabiqoon
MS • Basmeih Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Audio (Mishary)
أُوۡلَـٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ ١١
Ola-ika almuqarraboon
MS • Basmeih Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
Audio (Mishary)
فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ ١٢
Fee jannati annaAAeem
MS • Basmeih (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Audio (Mishary)
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣
Thullatun mina al-awwaleen
MS • Basmeih (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Audio (Mishary)
وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ ١٤
Waqaleelun mina al-akhireena
MS • Basmeih Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
Audio (Mishary)
عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوۡضُونَةٍ ١٥
AAala sururin mawdoona
MS • Basmeih (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Audio (Mishary)
مُّتَّكِــِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَـٰبِلِينَ ١٦
Muttaki-eena AAalayha mutaqabileen
MS • Basmeih Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Audio (Mishary)
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدٰنٌ مُّخَلَّدُونَ ١٧
Yatoofu AAalayhim wildanunmukhalladoon
MS • Basmeih Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Audio (Mishary)
بِأَكۡوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ مِّن مَّعِينٍ ١٨
Bi-akwabin waabareeqa waka/sinmin maAAeen
MS • Basmeih Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Audio (Mishary)
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ ١٩
La yusaddaAAoona AAanhawala yunzifoon
MS • Basmeih Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Audio (Mishary)
وَفَـٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ٢٠
Wafakihatin mimmayatakhayyaroon
MS • Basmeih Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Audio (Mishary)
وَلَحۡمِ طَيۡرٍ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ ٢١
Walahmi tayrin mimmayashtahoon
MS • Basmeih Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Audio (Mishary)
وَحُورٌ عِينٌ ٢٢
Wahoorun AAeen
MS • Basmeih Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Audio (Mishary)
كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ ٢٣
Kaamthali allu/lui almaknoon
MS • Basmeih Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Audio (Mishary)
جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواۡ يَعۡمَلُونَ ٢٤
Jazaan bima kanooyaAAmaloon
MS • Basmeih (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
Audio (Mishary)
لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوًا وَلَا تَأۡثِيمًا ٢٥
La yasmaAAoona feeha laghwanwala ta/theema
MS • Basmeih Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
Audio (Mishary)
إِلَّا قِيلاً سَلَـٰمًا سَلَـٰمًا ٢٦
Illa qeelan salaman salama
MS • Basmeih Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
Audio (Mishary)
وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ ٢٧
Waas-habu alyameeni maas-habu alyameen
MS • Basmeih Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
Audio (Mishary)
فِى سِدۡرٍ مَّخۡضُودٍ ٢٨
Fee sidrin makhdood
MS • Basmeih Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Audio (Mishary)
وَطَلۡحٍ مَّنضُودٍ ٢٩
Watalhin mandood
MS • Basmeih Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
Audio (Mishary)
وَظِلٍّ مَّمۡدُودٍ ٣٠
Wathillin mamdood
MS • Basmeih Dan naungan yang tetap terbentang,
Audio (Mishary)
وَمَآءٍ مَّسۡكُوبٍ ٣١
Wama-in maskoob
MS • Basmeih Dan air yang sentiasa mengalir,
Audio (Mishary)
وَفَـٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ ٣٢
Wafakihatin katheera
MS • Basmeih Serta buah-buahan yang banyak,
Audio (Mishary)
لَّا مَقۡطُوعَةٍ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ ٣٣
La maqtooAAatin walamamnooAAa
MS • Basmeih Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
Audio (Mishary)
وَفُرُشٍ مَّرۡفُوعَةٍ ٣٤
Wafurushin marfooAAa
MS • Basmeih Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
Audio (Mishary)
إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً ٣٥
Inna ansha/nahunna inshaa
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Audio (Mishary)
فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا ٣٦
FajaAAalnahunna abkara
MS • Basmeih Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Audio (Mishary)
عُرُبًا أَتۡرَابًا ٣٧
AAuruban atraba
MS • Basmeih Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
Audio (Mishary)
لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٣٨
Li-as-habi alyameen
MS • Basmeih (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Audio (Mishary)
ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ٣٩
Thullatun mina al-awwaleen
MS • Basmeih Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
Audio (Mishary)
وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ ٤٠
Wathullatun mina al-akhireen
MS • Basmeih Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Audio (Mishary)
وَأَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ ٤١
Waas-habu ashshimalima as-habu ashshimal
MS • Basmeih Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
Audio (Mishary)
فِى سَمُومٍ وَحَمِيمٍ ٤٢
Fee samoomin wahameem
MS • Basmeih Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
Audio (Mishary)
وَظِلٍّ مِّن يَحۡمُومٍ ٤٣
Wathillin min yahmoom
MS • Basmeih Serta naungan dari asap hitam,
Audio (Mishary)
لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ ٤٤
La baridin wala kareem
MS • Basmeih Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
Audio (Mishary)
إِنَّهُمۡ كَانُواۡ قَبۡلَ ذٰلِكَ مُتۡرَفِينَ ٤٥
Innahum kanoo qabla thalikamutrafeen
MS • Basmeih Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
Audio (Mishary)
وَكَانُواۡ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ ٤٦
Wakanoo yusirroona AAalaalhinthi alAAatheem
MS • Basmeih Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
Audio (Mishary)
وَكَانُواۡ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ٤٧
Wakanoo yaqooloona a-itha mitnawakunna turaban waAAithamana-inna lamabAAoothoon
MS • Basmeih Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
Audio (Mishary)
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ ٤٨
Awa abaona al-awwaloon
MS • Basmeih "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
Audio (Mishary)
قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأَخِرِينَ ٤٩
Qul inna al-awwaleena wal-akhireen
MS • Basmeih Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
Audio (Mishary)
لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَـٰتِ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ ٥٠
LamajmooAAoona ila meeqatiyawmin maAAloom
MS • Basmeih "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
Audio (Mishary)
ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ ٥١
Thumma innakum ayyuha addalloonaalmukaththiboon
MS • Basmeih "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
Audio (Mishary)
لَأَكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ ٥٢
Laakiloona min shajarin min zaqqoom
MS • Basmeih Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
Audio (Mishary)
فَمَالِــُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ٥٣
Famali-oona minha albutoon
MS • Basmeih "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
Audio (Mishary)
فَشَـٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ ٥٤
Fashariboona AAalayhi mina alhameem
MS • Basmeih "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
Audio (Mishary)
فَشَـٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ ٥٥
Fashariboona shurba alheem
MS • Basmeih "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
Audio (Mishary)
هَـٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ ٥٦
Hatha nuzuluhum yawma addeen
MS • Basmeih Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
Audio (Mishary)
نَحۡنُ خَلَقۡنَـٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ ٥٧
Nahnu khalaqnakum falawlatusaddiqoon
MS • Basmeih Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
Audio (Mishary)
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ ٥٨
Afaraaytum ma tumnoon
MS • Basmeih (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
Audio (Mishary)
ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَـٰلِقُونَ ٥٩
Aantum takhluqoonahu am nahnu alkhaliqoon
MS • Basmeih Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
Audio (Mishary)
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ٦٠
Nahnu qaddarna baynakumualmawta wama nahnu bimasbooqeen
MS • Basmeih Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
Audio (Mishary)
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَـٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِى مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٦١
AAala an nubaddila amthalakumwanunshi-akum fee ma la taAAlamoon
MS • Basmeih (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
Audio (Mishary)
وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ ٦٢
Walaqad AAalimtumu annash-ata al-oolafalawla tathakkaroon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
Audio (Mishary)
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ ٦٣
Afaraaytum ma tahruthoon
MS • Basmeih Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
Audio (Mishary)
ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزّٰرِعُونَ ٦٤
Aantum tazraAAoonahu am nahnu azzariAAoon
MS • Basmeih Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
Audio (Mishary)
لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَـٰهُ حُطَـٰمًا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ٦٥
Law nashao lajaAAalnahu hutamanfathaltum tafakkahoon
MS • Basmeih Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
Audio (Mishary)
إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ ٦٦
Inna lamughramoon
MS • Basmeih (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
Audio (Mishary)
بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ ٦٧
Bal nahnu mahroomoon
MS • Basmeih "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
Audio (Mishary)
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِى تَشۡرَبُونَ ٦٨
Afaraaytumu almaa allatheetashraboon
MS • Basmeih Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
Audio (Mishary)
ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ٦٩
Aantum anzaltumoohu mina almuzni am nahnualmunziloon
MS • Basmeih Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
Audio (Mishary)
لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَـٰهُ أُجَاجًا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ٧٠
Law nashao jaAAalnahu ojajanfalawla tashkuroon
MS • Basmeih Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
Audio (Mishary)
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ ٧١
Afaraaytumu annara allateetooroon
MS • Basmeih Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
Audio (Mishary)
ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِــُٔونَ ٧٢
Aantum ansha/tum shajarataha am nahnualmunshi-oon
MS • Basmeih Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
Audio (Mishary)
نَحۡنُ جَعَلۡنَـٰهَا تَذۡكِرَةً وَمَتَـٰعًا لِّلۡمُقۡوِينَ ٧٣
Nahnu jaAAalnaha tathkiratanwamataAAan lilmuqween
MS • Basmeih Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
Audio (Mishary)
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٧٤
Fasabbih bismi rabbika alAAatheem
MS • Basmeih Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
Audio (Mishary)
۞فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ٧٥
Fala oqsimu bimawaqiAAi annujoom
MS • Basmeih Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
Audio (Mishary)
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ ٧٦
Wa-innahu laqasamun law taAAlamoona AAatheem
MS • Basmeih Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
Audio (Mishary)
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٌ كَرِيمٌ ٧٧
Innahu laqur-anun kareem
MS • Basmeih Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
Audio (Mishary)
فِى كِتَـٰبٍ مَّكۡنُونٍ ٧٨
Fee kitabin maknoon
MS • Basmeih Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
Audio (Mishary)
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ ٧٩
La yamassuhu illa almutahharoon
MS • Basmeih Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
Audio (Mishary)
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٨٠
Tanzeelun min rabbi alAAalameen
MS • Basmeih Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary)
أَفَبِهَـٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ ٨١
Afabihatha alhadeethi antummudhinoon
MS • Basmeih Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
Audio (Mishary)
وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ ٨٢
WatajAAaloona rizqakum annakum tukaththiboon
MS • Basmeih Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
Audio (Mishary)
فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ ٨٣
Falawla itha balaghati alhulqoom
MS • Basmeih Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
Audio (Mishary)
وَأَنتُمۡ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ ٨٤
Waantum heena-ithin tanthuroona
MS • Basmeih Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
Audio (Mishary)
وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَـٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ ٨٥
Wanahnu aqrabu ilayhi minkum walakinla tubsiroon
MS • Basmeih Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
Audio (Mishary)
فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ ٨٦
Falawla in kuntum ghayra madeeneen
MS • Basmeih Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
Audio (Mishary)
تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ ٨٧
TarjiAAoonaha in kuntum sadiqeen
MS • Basmeih Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
Audio (Mishary)
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ٨٨
Faamma in kana minaalmuqarrabeen
MS • Basmeih Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
Audio (Mishary)
فَرَوۡحٌ وَرَيۡحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ ٨٩
Farawhun warayhanun wajannatunaAAeem
MS • Basmeih Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
Audio (Mishary)
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٩٠
Waamma in kana min as-habialyameen
MS • Basmeih Dan jika ia dari puak kanan,
Audio (Mishary)
فَسَلَـٰمٌ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٩١
Fasalamun laka min as-habialyameen
MS • Basmeih Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
Audio (Mishary)
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ٩٢
Waamma in kana mina almukaththibeenaaddalleen
MS • Basmeih Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
Audio (Mishary)
فَنُزُلٌ مِّنۡ حَمِيمٍ ٩٣
Fanuzulun min hameem
MS • Basmeih Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
Audio (Mishary)
وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ ٩٤
Watasliyatu jaheem
MS • Basmeih Serta bakaran api neraka.
Audio (Mishary)
إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ ٩٥
Inna hatha lahuwa haqqualyaqeen
MS • Basmeih Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
Audio (Mishary)
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٩٦
Fasabbih bismi rabbika alAAatheem
MS • Basmeih Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Audio (Mishary)