Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
53. An-Najm (62 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

An-Najm Ayah 1
وَٱلنَّجۡمِ إِذَا هَوَىٰ ١
Wannajmi itha hawa
MS • Basmeih Demi bintang semasa ia menjunam, -
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 2
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمۡ وَمَا غَوَىٰ ٢
Ma dalla sahibukum wamaghawa
MS • Basmeih Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 3
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ ٣
Wama yantiqu AAani alhawa
MS • Basmeih Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 4
إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡىٌ يُوحَىٰ ٤
In huwa illa wahyun yooha
MS • Basmeih Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 5
عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلۡقُوَىٰ ٥
AAallamahu shadeedu alquwa
MS • Basmeih wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 6
ذُو مِرَّةٍ فَٱسۡتَوَىٰ ٦
Thoo mirratin fastawa
MS • Basmeih Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 7
وَهُوَ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡأَعۡلَىٰ ٧
Wahuwa bil-ofuqi al-aAAla
MS • Basmeih Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 8
ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ ٨
Thumma dana fatadalla
MS • Basmeih Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 9
فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ ٩
Fakana qaba qawsayni aw adna
MS • Basmeih Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 10
فَأَوۡحَىٰٓ إِلَىٰ عَبۡدِهِۦ مَآ أَوۡحَىٰ ١٠
Faawha ila AAabdihi maawha
MS • Basmeih Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 11
مَا كَذَبَ ٱلۡفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ ١١
Ma kathaba alfu-adu maraa
MS • Basmeih Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 12
أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ ١٢
Afatumaroonahu AAala mayara
MS • Basmeih Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 13
وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ ١٣
Walaqad raahu nazlatan okhra
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 14
عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ ١٤
AAinda sidrati almuntaha
MS • Basmeih Di sisi "Sidratul-Muntaha";
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 15
عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ ١٥
AAindaha jannatu alma/wa
MS • Basmeih Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 16
إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ ١٦
Ith yaghsha assidratama yaghsha
MS • Basmeih (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 17
مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ ١٧
Ma zagha albasaru wamatagha
MS • Basmeih Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 18
لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ ١٨
Laqad raa min ayatirabbihi alkubra
MS • Basmeih Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 19
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱللَّـٰتَ وَٱلۡعُزَّىٰ ١٩
Afaraaytumu allata walAAuzza
MS • Basmeih (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 20
وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰٓ ٢٠
Wamanata aththalithataal-okhra
MS • Basmeih Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 21
أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلۡأُنثَىٰ ٢١
Alakumu aththakaru walahual-ontha
MS • Basmeih Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 22
تِلۡكَ إِذًا قِسۡمَةٌ ضِيزَىٰٓ ٢٢
Tilka ithan qismatun deeza
MS • Basmeih Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 23
إِنۡ هِىَ إِلَّآ أَسۡمَآءٌ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلۡطَـٰنٍ‌ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُ‌ۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ ٢٣
In hiya illa asmaonsammaytumooha antum waabaokum maanzala Allahu biha min sultanin inyattabiAAoona illa aththanna wamatahwa al-anfusu walaqad jaahum min rabbihimu alhuda
MS • Basmeih Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 24
أَمۡ لِلۡإِنسَـٰنِ مَا تَمَنَّىٰ ٢٤
Am lil-insani ma tamanna
MS • Basmeih Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 25
فَلِلَّهِ ٱلۡأَخِرَةُ وَٱلۡأُولَىٰ ٢٥
Falillahi al-akhiratu wal-oola
MS • Basmeih Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 26
۞وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ لَا تُغۡنِى شَفَـٰعَتُهُمۡ شَيۡــًٔا إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ أَن يَأۡذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرۡضَىٰٓ ٢٦
Wakam min malakin fee assamawatila tughnee shafaAAatuhum shay-an illa minbaAAdi an ya/thana Allahu liman yashao wayarda
MS • Basmeih (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 27
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأَخِرَةِ لَيُسَمُّونَ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةَ تَسۡمِيَةَ ٱلۡأُنثَىٰ ٢٧
Inna allatheena la yu/minoonabil-akhirati layusammoona almala-ikatatasmiyata al-ontha
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 28
وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ‌ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ‌ۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِى مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡــًٔا ٢٨
Wama lahum bihi min AAilmin inyattabiAAoona illa aththanna wa-innaaththanna la yughnee mina alhaqqishay-a
MS • Basmeih Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 29
فَأَعۡرِضۡ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكۡرِنَا وَلَمۡ يُرِدۡ إِلَّا ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ٢٩
FaaAArid AAan man tawalla AAanthikrina walam yurid illa alhayataaddunya
MS • Basmeih Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 30
ذٰلِكَ مَبۡلَغُهُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱهۡتَدَىٰ ٣٠
Thalika mablaghuhum mina alAAilmiinna rabbaka huwa aAAlamu biman dalla AAan sabeelihiwahuwa aAAlamu bimani ihtada
MS • Basmeih (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 31
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ لِيَجۡزِىَ ٱلَّذِينَ أَسَـٰٓـــُٔواۡ بِمَا عَمِلُواۡ وَيَجۡزِىَ ٱلَّذِينَ أَحۡسَنُواۡ بِٱلۡحُسۡنَى ٣١
Walillahi ma fee assamawatiwama fee al-ardi liyajziya allatheena asaoobima AAamiloo wayajziya allatheena ahsanoobilhusna
MS • Basmeih Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 32
ٱلَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَـٰٓئِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡفَوٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ وٰسِعُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ‌ۚ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةٌ فِى بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمۡ‌ۖ فَلَا تُزَكُّوٓاۡ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ ٣٢
Allatheena yajtaniboona kaba-iraal-ithmi walfawahisha illa allamama innarabbaka wasiAAu almaghfirati huwa aAAlamu bikum ithanshaakum mina al-ardi wa-ith antum ajinnatun feebutooni ommahatikum fala tuzakkoo anfusakumhuwa aAAlamu bimani ittaqa
MS • Basmeih (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 33
أَفَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى تَوَلَّىٰ ٣٣
Afaraayta allathee tawalla
MS • Basmeih Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 34
وَأَعۡطَىٰ قَلِيلاً وَأَكۡدَىٰٓ ٣٤
WaaAAta qaleelan waakda
MS • Basmeih Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 35
أَعِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلۡغَيۡبِ فَهُوَ يَرَىٰٓ ٣٥
aAAindahu AAilmu alghaybi fahuwa yara
MS • Basmeih Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 36
أَمۡ لَمۡ يُنَبَّأۡ بِمَا فِى صُحُفِ مُوسَىٰ ٣٦
Am lam yunabba/ bima fee suhufimoosa
MS • Basmeih Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 37
وَإِبۡرٰهِيمَ ٱلَّذِى وَفَّىٰٓ ٣٧
Wa-ibraheema allathee waffa
MS • Basmeih Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 38
أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزۡرَ أُخۡرَىٰ ٣٨
Alla taziru waziratun wizraokhra
MS • Basmeih (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 39
وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ٣٩
Waan laysa lil-insani illa masaAAa
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 40
وَأَنَّ سَعۡيَهُۥ سَوۡفَ يُرَىٰ ٤٠
Waanna saAAyahu sawfa yura
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 41
ثُمَّ يُجۡزَٮٰهُ ٱلۡجَزَآءَ ٱلۡأَوۡفَىٰ ٤١
Thumma yujzahu aljazaa al-awfa
MS • Basmeih Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 42
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلۡمُنتَهَىٰ ٤٢
Waanna ila rabbika almuntaha
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 43
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ ٤٣
Waannahu huwa adhaka waabka
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 44
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحۡيَا ٤٤
Waannahu huwa amata waahya
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 45
وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰ ٤٥
Waannahu khalaqa azzawjayni aththakarawal-ontha
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 46
مِن نُّطۡفَةٍ إِذَا تُمۡنَىٰ ٤٦
Min nutfatin itha tumna
MS • Basmeih Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 47
وَأَنَّ عَلَيۡهِ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰ ٤٧
Waanna AAalayhi annash-ata al-okhra
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 48
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغۡنَىٰ وَأَقۡنَىٰ ٤٨
Waannahu huwa aghna waaqna
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 49
وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعۡرَىٰ ٤٩
Waannahu huwa rabbu ashshiAAra
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 50
وَأَنَّهُۥٓ أَهۡلَكَ عَادًا ٱلۡأُولَىٰ ٥٠
Waannahu ahlaka AAadan al-oola
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 51
وَثَمُودَاۡ فَمَآ أَبۡقَىٰ ٥١
Wathamooda fama abqa
MS • Basmeih Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 52
وَقَوۡمَ نُوحٍ مِّن قَبۡلُ‌ۖ إِنَّهُمۡ كَانُواۡ هُمۡ أَظۡلَمَ وَأَطۡغَىٰ ٥٢
Waqawma noohin min qablu innahum kanoohum athlama waatgha
MS • Basmeih Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 53
وَٱلۡمُؤۡتَفِكَةَ أَهۡوَىٰ ٥٣
Walmu/tafikata ahwa
MS • Basmeih Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 54
فَغَشَّـٰهَا مَا غَشَّىٰ ٥٤
Faghashshaha ma ghashsha
MS • Basmeih Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 55
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ ٥٥
Fabi-ayyi ala-i rabbika tatamara
MS • Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 56
هَـٰذَا نَذِيرٌ مِّنَ ٱلنُّذُرِ ٱلۡأُولَىٰٓ ٥٦
Hatha natheerun mina annuthurial-oola
MS • Basmeih (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 57
أَزِفَتِ ٱلۡأَزِفَةُ ٥٧
Azifati al-azifat
MS • Basmeih Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 58
لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ كَاشِفَةٌ ٥٨
Laysa laha min dooni Allahi kashifat
MS • Basmeih Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 59
أَفَمِنۡ هَـٰذَا ٱلۡحَدِيثِ تَعۡجَبُونَ ٥٩
Afamin hatha alhadeethitaAAjaboon
MS • Basmeih Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 60
وَتَضۡحَكُونَ وَلَا تَبۡكُونَ ٦٠
Watadhakoona wala tabkoon
MS • Basmeih Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 61
وَأَنتُمۡ سَـٰمِدُونَ ٦١
Waantum samidoon
MS • Basmeih Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
Audio (Mishary)
An-Najm Ayah 62 ۩ Sajdah
فَٱسۡجُدُواۡ لِلَّهِ وَٱعۡبُدُواۡ ۩
Fasjudoo lillahi waAAbudoo
MS • Basmeih Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).
Audio (Mishary)