Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
52. At-Tur (49 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

At-Tur Ayah 1
وَٱلطُّورِ ١
Wattoor
MS • Basmeih Demi Gunung Tursina;
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 2
وَكِتَـٰبٍ مَّسۡطُورٍ ٢
Wakitabin mastoor
MS • Basmeih Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi -
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 3
فِى رَقٍّ مَّنشُورٍ ٣
Fee raqqin manshoor
MS • Basmeih Pada lembaran surat yang terbuka;
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 4
وَٱلۡبَيۡتِ ٱلۡمَعۡمُورِ ٤
Walbayti almaAAmoor
MS • Basmeih Dan demi "Al-Baitul Makmur";
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 5
وَٱلسَّقۡفِ ٱلۡمَرۡفُوعِ ٥
Wassaqfi almarfooAA
MS • Basmeih Dan demi bumbung yang tinggi;
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 6
وَٱلۡبَحۡرِ ٱلۡمَسۡجُورِ ٦
Walbahri almasjoor
MS • Basmeih Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan); -
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 7
إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوٰقِعٌ ٧
Inna AAathaba rabbika lawaqiAA
MS • Basmeih Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 8
مَّا لَهُۥ مِن دَافِعٍ ٨
Ma lahu min dafiAA
MS • Basmeih Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 9
يَوۡمَ تَمُورُ ٱلسَّمَآءُ مَوۡرًا ٩
Yawma tamooru assamao mawra
MS • Basmeih Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 10
وَتَسِيرُ ٱلۡجِبَالُ سَيۡرًا ١٠
Wataseeru aljibalu sayra
MS • Basmeih Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 11
فَوَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١١
Fawaylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih (Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 12
ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى خَوۡضٍ يَلۡعَبُونَ ١٢
Allatheena hum fee khawdinyalAAaboon
MS • Basmeih Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 13
يَوۡمَ يُدَعُّونَ إِلَىٰ نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا ١٣
Yawma yudaAAAAoona ila narijahannama daAAAAa
MS • Basmeih Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 14
هَـٰذِهِ ٱلنَّارُ ٱلَّتِى كُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ ١٤
Hathihi annaru allateekuntum biha tukaththiboon
MS • Basmeih (Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 15
أَفَسِحۡرٌ هَـٰذَآ أَمۡ أَنتُمۡ لَا تُبۡصِرُونَ ١٥
Afasihrun hatha am antum latubsiroon
MS • Basmeih "Maka adakah ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul Kami dahulu?), atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami)?
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 16
ٱصۡلَوۡهَا فَٱصۡبِرُوٓاۡ أَوۡ لَا تَصۡبِرُواۡ سَوَآءٌ عَلَيۡكُمۡ‌ۖ إِنَّمَا تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٦
Islawha fasbirooaw la tasbiroo sawaon AAalaykum innamatujzawna ma kuntum taAAmaloon
MS • Basmeih "Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 17
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ وَنَعِيمٍ ١٧
Inna almuttaqeena fee jannatinwanaAAeem
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 18
فَـٰكِهِينَ بِمَآ ءَاتَـٰهُمۡ رَبُّهُمۡ وَوَقَـٰهُمۡ رَبُّهُمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ ١٨
Fakiheena bima atahumrabbuhum wawaqahum rabbuhum AAathaba aljaheem
MS • Basmeih Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 19
كُلُواۡ وَٱشۡرَبُواۡ هَنِيٓـــَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٩
Kuloo washraboo hanee-an bimakuntum taAAmaloon
MS • Basmeih (Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 20
مُتَّكِــِٔينَ عَلَىٰ سُرُرٍ مَّصۡفُوفَةٍ‌ۖ وَزَوَّجۡنَـٰهُم بِحُورٍ عِينٍ ٢٠
Muttaki-eena AAala sururin masfoofatinwazawwajnahum bihoorin AAeen
MS • Basmeih Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 21
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَـٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَـٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَىۡءٍ‌ۚ كُلُّ ٱمۡرِىِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ ٢١
Wallatheena amanoo wattabaAAat-humthurriyyatuhum bi-eemanin alhaqnabihim thurriyyatahum wama alatnahum minAAamalihim min shay-in kullu imri-in bima kasaba raheen
MS • Basmeih Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 22
وَأَمۡدَدۡنَـٰهُم بِفَـٰكِهَةٍ وَلَحۡمٍ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ ٢٢
Waamdadnahum bifakihatin walahminmimma yashtahoon
MS • Basmeih Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 23
يَتَنَـٰزَعُونَ فِيهَا كَأۡسًا لَّا لَغۡوٌ فِيهَا وَلَا تَأۡثِيمٌ ٢٣
YatanazaAAoona feeha ka/san lalaghwun feeha wala ta/theem
MS • Basmeih Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 24
۞وَيَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ غِلۡمَانٌ لَّهُمۡ كَأَنَّهُمۡ لُؤۡلُؤٌ مَّكۡنُونٌ ٢٤
Wayatoofu AAalayhim ghilmanunlahum kaannahum lu/luon maknoon
MS • Basmeih Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 25
وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ يَتَسَآءَلُونَ ٢٥
Waaqbala baAAduhum AAala baAAdinyatasaaloon
MS • Basmeih Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 26
قَالُوٓاۡ إِنَّا كُنَّا قَبۡلُ فِىٓ أَهۡلِنَا مُشۡفِقِينَ ٢٦
Qaloo inna kunna qablufee ahlina mushfiqeen
MS • Basmeih Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 27
فَمَنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا وَوَقَـٰنَا عَذَابَ ٱلسَّمُومِ ٢٧
Famanna Allahu AAalayna wawaqanaAAathaba assamoom
MS • Basmeih "Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 28
إِنَّا كُنَّا مِن قَبۡلُ نَدۡعُوهُ‌ۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡبَرُّ ٱلرَّحِيمُ ٢٨
Inna kunna min qablu nadAAoohuinnahu huwa albarru arraheem
MS • Basmeih "Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani".
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 29
فَذَكِّرۡ فَمَآ أَنتَ بِنِعۡمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجۡنُونٍ ٢٩
Fathakkir fama anta biniAAmatirabbika bikahin wala majnoon
MS • Basmeih Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 30
أَمۡ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَّتَرَبَّصُ بِهِۦ رَيۡبَ ٱلۡمَنُونِ ٣٠
Am yaqooloona shaAAirun natarabbasubihi rayba almanoon
MS • Basmeih (Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya".
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 31
قُلۡ تَرَبَّصُواۡ فَإِنِّى مَعَكُم مِّنَ ٱلۡمُتَرَبِّصِينَ ٣١
Qul tarabbasoo fa-innee maAAakum minaalmutarabbiseen
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu tuduh itu), maka sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu (akan apa yang dijanjikan oleh Allah Taala)".
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 32
أَمۡ تَأۡمُرُهُمۡ أَحۡلَـٰمُهُم بِهَـٰذَآ‌ۚ أَمۡ هُمۡ قَوۡمٌ طَاغُونَ ٣٢
Am ta/muruhum ahlamuhum bihathaam hum qawmun taghoon
MS • Basmeih Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 33
أَمۡ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُۥ‌ۚ بَل لَّا يُؤۡمِنُونَ ٣٣
Am yaqooloona taqawwalahu bal layu/minoon
MS • Basmeih (Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 34
فَلۡيَأۡتُواۡ بِحَدِيثٍ مِّثۡلِهِۦٓ إِن كَانُواۡ صَـٰدِقِينَ ٣٤
Falya/too bihadeethin mithlihi in kanoosadiqeena
MS • Basmeih (Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 35
أَمۡ خُلِقُواۡ مِنۡ غَيۡرِ شَىۡءٍ أَمۡ هُمُ ٱلۡخَـٰلِقُونَ ٣٥
Am khuliqoo min ghayri shay-in am humu alkhaliqoon
MS • Basmeih (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 36
أَمۡ خَلَقُواۡ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۚ بَل لَّا يُوقِنُونَ ٣٦
Am khalaqoo assamawatiwal-arda bal la yooqinoon
MS • Basmeih Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 37
أَمۡ عِندَهُمۡ خَزَآئِنُ رَبِّكَ أَمۡ هُمُ ٱلۡمُصَۣيۡطِرُونَ ٣٧
Am AAindahum khaza-inu rabbika amhumu almusaytiroon
MS • Basmeih Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 38
أَمۡ لَهُمۡ سُلَّمٌ يَسۡتَمِعُونَ فِيهِ‌ۖ فَلۡيَأۡتِ مُسۡتَمِعُهُم بِسُلۡطَـٰنٍ مُّبِينٍ ٣٨
Am lahum sullamun yastamiAAoona feehifalya/ti mustamiAAuhum bisultanin mubeen
MS • Basmeih Adakah mereka mempunyai tangga (untuk naik ke langit), yang dengannya mereka dapat mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah? Jika ada) maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang menyatakan kebenarannya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 39
أَمۡ لَهُ ٱلۡبَنَـٰتُ وَلَكُمُ ٱلۡبَنُونَ ٣٩
Am lahu albanatu walakumu albanoon
MS • Basmeih Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci), dan untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 40
أَمۡ تَسۡــَٔلُهُمۡ أَجۡرًا فَهُم مِّن مَّغۡرَمٍ مُّثۡقَلُونَ ٤٠
Am tas-aluhum ajran fahum min maghraminmuthqaloon
MS • Basmeih Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 41
أَمۡ عِندَهُمُ ٱلۡغَيۡبُ فَهُمۡ يَكۡتُبُونَ ٤١
Am AAindahumu alghaybu fahum yaktuboon
MS • Basmeih Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 42
أَمۡ يُرِيدُونَ كَيۡدًا‌ۖ فَٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ هُمُ ٱلۡمَكِيدُونَ ٤٢
Am yureedoona kaydan fallatheenakafaroo humu almakeedoon
MS • Basmeih (Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 43
أَمۡ لَهُمۡ إِلَـٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٤٣
Am lahum ilahun ghayru Allahisubhana Allahi AAamma yushrikoon
MS • Basmeih (Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 44
وَإِن يَرَوۡاۡ كِسۡفًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ سَاقِطًا يَقُولُواۡ سَحَابٌ مَّرۡكُومٌ ٤٤
Wa-in yaraw kisfan mina assama-isaqitan yaqooloo sahabun markoom
MS • Basmeih Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka), mereka akan berkata: "(Itu adalah) awan yang bertompok - berlapis-lapis!"
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 45
فَذَرۡهُمۡ حَتَّىٰ يُلَـٰقُواۡ يَوۡمَهُمُ ٱلَّذِى فِيهِ يُصۡعَقُونَ ٤٥
Fatharhum hatta yulaqooyawmahumu allathee feehi yusAAaqoon
MS • Basmeih (Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa -
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 46
يَوۡمَ لَا يُغۡنِى عَنۡهُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡــًٔا وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ ٤٦
Yawma la yughnee AAanhum kayduhumshay-an wala hum yunsaroon
MS • Basmeih (Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 47
وَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُواۡ عَذَابًا دُونَ ذٰلِكَ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٤٧
Wa-inna lillatheena thalamooAAathaban doona thalika walakinna aktharahumla yaAAlamoon
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 48
وَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعۡيُنِنَا‌ۖ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ ٤٨
Wasbir lihukmi rabbikafa-innaka bi-aAAyunina wasabbih bihamdirabbika heena taqoom
MS • Basmeih Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.
Audio (Mishary)
At-Tur Ayah 49
وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَسَبِّحۡهُ وَإِدۡبَـٰرَ ٱلنُّجُومِ ٤٩
Wamina allayli fasabbihhu wa-idbaraannujoom
MS • Basmeih Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).
Audio (Mishary)