Read with Uthmanic Arabic text, transliteration, Sahih International English translation, and Malay Basmeih translation.
Surah
51. Adh-Dhariyat(60 Ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.
Adh-Dhariyat•Ayah 1
وَٱلذّٰرِيَـٰتِذَرۡوًا١
Waththariyati tharwa
MS • Basmeih Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
Adh-Dhariyat•Ayah 2
فَٱلۡحَـٰمِلَـٰتِوِقۡرًا٢
Falhamilati wiqra
MS • Basmeih Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
Adh-Dhariyat•Ayah 3
فَٱلۡجَـٰرِيَـٰتِيُسۡرًا٣
Faljariyati yusra
MS • Basmeih Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -
Adh-Dhariyat•Ayah 4
فَٱلۡمُقَسِّمَـٰتِأَمۡرًا٤
Falmuqassimati amra
MS • Basmeih Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;
Adh-Dhariyat•Ayah 5
إِنَّمَاتُوعَدُونَلَصَادِقٌ٥
Innama tooAAadoona lasadiq
MS • Basmeih (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;
Adh-Dhariyat•Ayah 6
وَإِنَّٱلدِّينَلَوٰقِعٌ٦
Wa-inna addeena lawaqiAA
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
Adh-Dhariyat•Ayah 7
وَٱلسَّمَآءِذَاتِٱلۡحُبُكِ٧
Wassama-i thati alhubuk
MS • Basmeih Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
Adh-Dhariyat•Ayah 8
إِنَّكُمۡلَفِىقَوۡلٍمُّخۡتَلِفٍ٨
Innakum lafee qawlin mukhtalif
MS • Basmeih Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
Adh-Dhariyat•Ayah 9
يُؤۡفَكُعَنۡهُمَنۡأُفِكَ٩
Yu/faku AAanhu man ofik
MS • Basmeih Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
Adh-Dhariyat•Ayah 10
قُتِلَٱلۡخَرّٰصُونَ١٠
Qutila alkharrasoon
MS • Basmeih Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
Adh-Dhariyat•Ayah 11
ٱلَّذِينَهُمۡفِىغَمۡرَةٍسَاهُونَ١١
Allatheena hum fee ghamratin sahoon
MS • Basmeih (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
Adh-Dhariyat•Ayah 12
يَسۡــَٔلُونَأَيَّانَيَوۡمُٱلدِّينِ١٢
Yas-aloona ayyana yawmu addeen
MS • Basmeih Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"
Adh-Dhariyat•Ayah 13
يَوۡمَهُمۡعَلَىٱلنَّارِيُفۡتَنُونَ١٣
Yawma hum AAala annariyuftanoon
MS • Basmeih (Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -
MS • Basmeih (Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".
Adh-Dhariyat•Ayah 15
إِنَّٱلۡمُتَّقِينَفِىجَنَّـٰتٍوَعُيُونٍ١٥
Inna almuttaqeena fee jannatinwaAAuyoon
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
Akhitheena ma atahumrabbuhum innahum kanoo qabla thalika muhsineen
MS • Basmeih (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Adh-Dhariyat•Ayah 17
كَانُواۡقَلِيلاًمِّنَٱلَّيۡلِمَايَهۡجَعُونَ١٧
Kanoo qaleelan mina allayli mayahjaAAoon
MS • Basmeih Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Adh-Dhariyat•Ayah 18
وَبِٱلۡأَسۡحَارِهُمۡيَسۡتَغۡفِرُونَ١٨
Wabil-ashari humyastaghfiroon
MS • Basmeih Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
MS • Basmeih Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Adh-Dhariyat•Ayah 20
وَفِىٱلۡأَرۡضِءَايَـٰتٌلِّلۡمُوقِنِينَ٢٠
Wafee al-ardi ayatunlilmooqineen
MS • Basmeih Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
Adh-Dhariyat•Ayah 21
وَفِىٓأَنفُسِكُمۡۚأَفَلَاتُبۡصِرُونَ٢١
Wafee anfusikum afala tubsiroon
MS • Basmeih Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Adh-Dhariyat•Ayah 22
وَفِىٱلسَّمَآءِرِزۡقُكُمۡوَمَاتُوعَدُونَ٢٢
Wafee assama-i rizqukum wamatooAAadoon
MS • Basmeih Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
Fawarabbi assama-i wal-ardiinnahu lahaqqun mithla ma annakum tantiqoon
MS • Basmeih Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.
Ith dakhaloo AAalayhi faqaloosalaman qala salamun qawmun munkaroon
MS • Basmeih Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
Adh-Dhariyat•Ayah 26
فَرَاغَإِلَىٰٓأَهۡلِهِۦفَجَآءَبِعِجۡلٍسَمِينٍ٢٦
Faragha ila ahlihi fajaabiAAijlin sameen
MS • Basmeih Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).
Adh-Dhariyat•Ayah 27
فَقَرَّبَهُۥٓإِلَيۡهِمۡقَالَأَلَاتَأۡكُلُونَ٢٧
Faqarrabahu ilayhim qala alata/kuloon
MS • Basmeih Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".
MS • Basmeih (Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.
MS • Basmeih (Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"
Qaloo kathaliki qalarabbuki innahu huwa alhakeemu alAAaleem
MS • Basmeih Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".
Adh-Dhariyat•Ayah 31
۞قَالَفَمَاخَطۡبُكُمۡأَيُّهَاٱلۡمُرۡسَلُونَ٣١
Qala fama khatbukumayyuha almursaloon
MS • Basmeih Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"
MS • Basmeih (Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
MS • Basmeih Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
MS • Basmeih Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), - ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.
MS • Basmeih Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.
MS • Basmeih Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; -
Wafee thamooda ith qeela lahumtamattaAAoo hatta heen
MS • Basmeih Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) - ketika dikatakan kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)!"
MS • Basmeih Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.
MS • Basmeih Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.
Adh-Dhariyat•Ayah 48
وَٱلۡأَرۡضَفَرَشۡنَـٰهَافَنِعۡمَٱلۡمَـٰهِدُونَ٤٨
Wal-arda farashnahafaniAAma almahidoon
MS • Basmeih Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.
Fafirroo ila Allahi inneelakum minhu natheerun mubeen
MS • Basmeih (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
MS • Basmeih "Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".
Kathalika ma ata allatheenamin qablihim min rasoolin illa qaloo sahirunaw majnoon
MS • Basmeih Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".
Adh-Dhariyat•Ayah 53
أَتَوَاصَوۡاۡبِهِۦۚبَلۡهُمۡقَوۡمٌطَاغُونَ٥٣
Atawasaw bihi bal hum qawmun taghoon
MS • Basmeih Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
Adh-Dhariyat•Ayah 54
فَتَوَلَّعَنۡهُمۡفَمَآأَنتَبِمَلُومٍ٥٤
Fatawalla AAanhum fama anta bimaloom
MS • Basmeih Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).
MS • Basmeih Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
MS • Basmeih (Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.