MS • Basmeih Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
La yassammaAAoona ila almala-ial-aAAla wayuqthafoona min kulli janib
MS • Basmeih (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
As-Saffat•Ayah 9
دُحُورًاۖوَلَهُمۡعَذَابٌوَاصِبٌ٩
Duhooran walahum AAathabun wasib
MS • Basmeih Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
Illa man khatifa alkhatfatafaatbaAAahu shihabun thaqib
MS • Basmeih Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
Fastaftihim ahum ashaddu khalqan amman khalaqna inna khalaqnahum min teeninlazib
MS • Basmeih (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
As-Saffat•Ayah 12
بَلۡعَجِبۡتَوَيَسۡخَرُونَ١٢
Bal AAajibta wayaskharoon
MS • Basmeih (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
As-Saffat•Ayah 13
وَإِذَاذُكِّرُواۡلَايَذۡكُرُونَ١٣
Wa-itha thukkiroo la yathkuroon
MS • Basmeih Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
As-Saffat•Ayah 14
وَإِذَارَأَوۡاۡءَايَةًيَسۡتَسۡخِرُونَ١٤
Wa-itha raaw ayatanyastaskhiroon
MS • Basmeih Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
As-Saffat•Ayah 15
وَقَالُوٓاۡإِنۡهَـٰذَآإِلَّاسِحۡرٌمُّبِينٌ١٥
Waqaloo in hatha illasihrun mubeen
MS • Basmeih Serta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
MS • Basmeih (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
As-Saffat•Ayah 20
وَقَالُواۡيَـٰوَيۡلَنَاهَـٰذَايَوۡمُٱلدِّينِ٢٠
Waqaloo ya waylana hathayawmu addeen
MS • Basmeih Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"
MS • Basmeih (Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -
MS • Basmeih Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
As-Saffat•Ayah 29
قَالُواۡبَللَّمۡتَكُونُواۡمُؤۡمِنِينَ٢٩
Qaloo bal lam takoonoo mu/mineen
MS • Basmeih Ketua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
Wama kana lanaAAalaykum min sultanin bal kuntum qawman tagheen
MS • Basmeih "Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
MS • Basmeih (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
As-Saffat•Ayah 32
فَأَغۡوَيۡنَـٰكُمۡإِنَّاكُنَّاغَـٰوِينَ٣٢
Faaghwaynakum inna kunnaghaween
MS • Basmeih "(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
As-Saffat•Ayah 33
فَإِنَّهُمۡيَوۡمَئِذٍفِىٱلۡعَذَابِمُشۡتَرِكُونَ٣٣
Fa-innahum yawma-ithin fee alAAathabimushtarikoon
MS • Basmeih Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
As-Saffat•Ayah 34
إِنَّاكَذٰلِكَنَفۡعَلُبِٱلۡمُجۡرِمِينَ٣٤
Inna kathalika nafAAalu bilmujrimeen
MS • Basmeih Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
Innahum kanoo itha qeela lahumla ilaha illa Allahu yastakbiroon
MS • Basmeih Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -
MS • Basmeih Serta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
As-Saffat•Ayah 37
بَلۡجَآءَبِٱلۡحَقِّوَصَدَّقَٱلۡمُرۡسَلِينَ٣٧
Bal jaa bilhaqqi wasaddaqaalmursaleen
MS • Basmeih (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
As-Saffat•Ayah 38
إِنَّكُمۡلَذَآئِقُواۡٱلۡعَذَابِٱلۡأَلِيمِ٣٨
Innakum latha-iqoo alAAathabial-aleem
MS • Basmeih Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
As-Saffat•Ayah 39
وَمَاتُجۡزَوۡنَإِلَّامَاكُنتُمۡتَعۡمَلُونَ٣٩
Wama tujzawna illa makuntum taAAmaloon
MS • Basmeih Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
As-Saffat•Ayah 40
إِلَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ٤٠
Illa AAibada Allahialmukhlaseen
MS • Basmeih Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
As-Saffat•Ayah 41
أُوۡلَـٰٓئِكَلَهُمۡرِزۡقٌمَّعۡلُومٌ٤١
Ola-ika lahum rizqun maAAloom
MS • Basmeih Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
As-Saffat•Ayah 42
فَوٰكِهُۖوَهُممُّكۡرَمُونَ٤٢
Fawakihu wahum mukramoon
MS • Basmeih Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
As-Saffat•Ayah 43
فِىجَنَّـٰتِٱلنَّعِيمِ٤٣
Fee jannati annaAAeem
MS • Basmeih Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
As-Saffat•Ayah 44
عَلَىٰسُرُرٍمُّتَقَـٰبِلِينَ٤٤
AAala sururin mutaqabileen
MS • Basmeih Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
As-Saffat•Ayah 45
يُطَافُعَلَيۡهِمبِكَأۡسٍمِّنمَّعِينِۭ٤٥
Yutafu AAalayhim bika/sin min maAAeen
MS • Basmeih Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,
As-Saffat•Ayah 46
بَيۡضَآءَلَذَّةٍلِّلشَّـٰرِبِينَ٤٦
Baydaa laththatin lishsharibeen
MS • Basmeih Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
As-Saffat•Ayah 47
لَافِيهَاغَوۡلٌوَلَاهُمۡعَنۡهَايُنزَفُونَ٤٧
La feeha ghawlun walahum AAanha yunzafoon
MS • Basmeih Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
As-Saffat•Ayah 48
وَعِندَهُمۡقَـٰصِرٰتُٱلطَّرۡفِعِينٌ٤٨
WaAAindahum qasiratu attarfiAAeen
MS • Basmeih Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
As-Saffat•Ayah 49
كَأَنَّهُنَّبَيۡضٌمَّكۡنُونٌ٤٩
Kaannahunna baydun maknoon
MS • Basmeih (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
As-Saffat•Ayah 50
فَأَقۡبَلَبَعۡضُهُمۡعَلَىٰبَعۡضٍيَتَسَآءَلُونَ٥٠
Faaqbala baAAduhum AAala baAAdinyatasaaloon
MS • Basmeih (Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
As-Saffat•Ayah 51
قَالَقَآئِلٌمِّنۡهُمۡإِنِّىكَانَلِىقَرِينٌ٥١
Qala qa-ilun minhum innee kanalee qareen
MS • Basmeih Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
As-Saffat•Ayah 52
يَقُولُأَءِنَّكَلَمِنَٱلۡمُصَدِّقِينَ٥٢
Yaqoolu a-innaka lamina almusaddiqeen
MS • Basmeih "katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?
MS • Basmeih "Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '
As-Saffat•Ayah 54
قَالَهَلۡأَنتُممُّطَّلِعُونَ٥٤
Qala hal antum muttaliAAoon
MS • Basmeih (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"
As-Saffat•Ayah 55
فَٱطَّلَعَفَرَءَاهُفِىسَوَآءِٱلۡجَحِيمِ٥٥
FattalaAAa faraahu feesawa-i aljaheem
MS • Basmeih Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.
As-Saffat•Ayah 56
قَالَتَٱللَّهِإِنكِدتَّلَتُرۡدِينِ٥٦
Qala tallahi in kidtalaturdeen
MS • Basmeih Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.
MS • Basmeih "Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".
As-Saffat•Ayah 58
أَفَمَانَحۡنُبِمَيِّتِينَ٥٨
Afama nahnu bimayyiteen
MS • Basmeih (Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -
MS • Basmeih "Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"
As-Saffat•Ayah 60
إِنَّهَـٰذَالَهُوَٱلۡفَوۡزُٱلۡعَظِيمُ٦٠
Inna hatha lahuwa alfawzu alAAatheem
MS • Basmeih Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
As-Saffat•Ayah 61
لِمِثۡلِهَـٰذَافَلۡيَعۡمَلِٱلۡعَـٰمِلُونَ٦١
Limithli hatha falyaAAmali alAAamiloon
MS • Basmeih Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
As-Saffat•Ayah 62
أَذٰلِكَخَيۡرٌنُّزُلاًأَمۡشَجَرَةُٱلزَّقُّومِ٦٢
Athalika khayrun nuzulan am shajaratuazzaqqoom
MS • Basmeih Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?
As-Saffat•Ayah 63
إِنَّاجَعَلۡنَـٰهَافِتۡنَةًلِّلظَّـٰلِمِينَ٦٣
Inna jaAAalnahafitnatan liththalimeen
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
As-Saffat•Ayah 64
إِنَّهَاشَجَرَةٌتَخۡرُجُفِىٓأَصۡلِٱلۡجَحِيمِ٦٤
Innaha shajaratun takhruju fee aslialjaheem
MS • Basmeih Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;
As-Saffat•Ayah 65
طَلۡعُهَاكَأَنَّهُۥرُءُوسُٱلشَّيَـٰطِينِ٦٥
TalAAuha kaannahu ruoosu ashshayateen
MS • Basmeih Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
MS • Basmeih Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.
As-Saffat•Ayah 67
ثُمَّإِنَّلَهُمۡعَلَيۡهَالَشَوۡبًامِّنۡحَمِيمٍ٦٧
Thumma inna lahum AAalayha lashawbanmin hameem
MS • Basmeih Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
As-Saffat•Ayah 68
ثُمَّإِنَّمَرۡجِعَهُمۡلَإِلَىٱلۡجَحِيمِ٦٨
Thumma inna marjiAAahum la-ila aljaheem
MS • Basmeih Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.
As-Saffat•Ayah 69
إِنَّهُمۡأَلۡفَوۡاۡءَابَآءَهُمۡضَآلِّينَ٦٩
Innahum alfaw abaahum dalleen
MS • Basmeih Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;
As-Saffat•Ayah 70
فَهُمۡعَلَىٰٓءَاثَـٰرِهِمۡيُهۡرَعُونَ٧٠
Fahum AAala atharihimyuhraAAoon
MS • Basmeih Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
As-Saffat•Ayah 71
وَلَقَدۡضَلَّقَبۡلَهُمۡأَكۡثَرُٱلۡأَوَّلِينَ٧١
Walaqad dalla qablahum aktharual-awwaleen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
As-Saffat•Ayah 72
وَلَقَدۡأَرۡسَلۡنَافِيهِممُّنذِرِينَ٧٢
Walaqad arsalna feehim munthireen
MS • Basmeih Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
As-Saffat•Ayah 73
فَٱنظُرۡكَيۡفَكَانَعَـٰقِبَةُٱلۡمُنذَرِينَ٧٣
Fanthur kayfa kanaAAaqibatu almunthareen
MS • Basmeih Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
As-Saffat•Ayah 74
إِلَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ٧٤
Illa AAibada Allahialmukhlaseen
MS • Basmeih Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
As-Saffat•Ayah 75
وَلَقَدۡنَادَٮٰنَانُوحٌفَلَنِعۡمَٱلۡمُجِيبُونَ٧٥
Walaqad nadana noohunfalaniAAma almujeeboon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
MS • Basmeih Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
As-Saffat•Ayah 92
مَالَكُمۡلَاتَنطِقُونَ٩٢
Ma lakum la tantiqoon
MS • Basmeih "Mengapa kamu tidak menjawab?"
As-Saffat•Ayah 93
فَرَاغَعَلَيۡهِمۡضَرۡبَۢابِٱلۡيَمِينِ٩٣
Faragha AAalayhim darban bilyameen
MS • Basmeih Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
As-Saffat•Ayah 94
فَأَقۡبَلُوٓاۡإِلَيۡهِيَزِفُّونَ٩٤
Faaqbaloo ilayhi yaziffoon
MS • Basmeih (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
As-Saffat•Ayah 95
قَالَأَتَعۡبُدُونَمَاتَنۡحِتُونَ٩٥
Qala ataAAbudoona ma tanhitoon
MS • Basmeih (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
As-Saffat•Ayah 96
وَٱللَّهُخَلَقَكُمۡوَمَاتَعۡمَلُونَ٩٦
Wallahu khalaqakum wamataAAmaloon
MS • Basmeih "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
MS • Basmeih (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
MS • Basmeih Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
As-Saffat•Ayah 99
وَقَالَإِنِّىذَاهِبٌإِلَىٰرَبِّىسَيَهۡدِينِ٩٩
Waqala innee thahibun ilarabbee sayahdeen
MS • Basmeih Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
As-Saffat•Ayah 100
رَبِّهَبۡلِىمِنَٱلصَّـٰلِحِينَ١٠٠
Rabbi hablee mina assaliheen
MS • Basmeih " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
As-Saffat•Ayah 101
فَبَشَّرۡنَـٰهُبِغُلَـٰمٍحَلِيمٍ١٠١
Fabashsharnahu bighulamin haleem
MS • Basmeih Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
Falamma balagha maAAahu assaAAyaqala ya bunayya innee ara fee almanamiannee athbahuka fanthur mathatara qala ya abati ifAAal ma tu/marusatajidunee in shaa Allahu mina assabireen
MS • Basmeih Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
As-Saffat•Ayah 103
فَلَمَّآأَسۡلَمَاوَتَلَّهُۥلِلۡجَبِينِ١٠٣
Falamma aslama watallahuliljabeen
MS • Basmeih Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
As-Saffat•Ayah 104
وَنَـٰدَيۡنَـٰهُأَنيَـٰٓإِبۡرٰهِيمُ١٠٤
Wanadaynahu an ya ibraheem
MS • Basmeih Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
Qad saddaqta arru/yainna kathalika najzee almuhsineen
MS • Basmeih "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
As-Saffat•Ayah 106
إِنَّهَـٰذَالَهُوَٱلۡبَلَـٰٓؤُاۡٱلۡمُبِينُ١٠٦
Inna hatha lahuwa albalaoalmubeen
MS • Basmeih Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
As-Saffat•Ayah 107
وَفَدَيۡنَـٰهُبِذِبۡحٍعَظِيمٍ١٠٧
Wafadaynahu bithibhinAAatheem
MS • Basmeih Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
As-Saffat•Ayah 108
وَتَرَكۡنَاعَلَيۡهِفِىٱلۡأَخِرِينَ١٠٨
Watarakna AAalayhi fee al-akhireen
MS • Basmeih Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
As-Saffat•Ayah 109
سَلَـٰمٌعَلَىٰٓإِبۡرٰهِيمَ١٠٩
Salamun AAala ibraheem
MS • Basmeih "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
As-Saffat•Ayah 110
كَذٰلِكَنَجۡزِىٱلۡمُحۡسِنِينَ١١٠
Kathalika najzee almuhsineen
MS • Basmeih Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
As-Saffat•Ayah 111
إِنَّهُۥمِنۡعِبَادِنَاٱلۡمُؤۡمِنِينَ١١١
Innahu min AAibadinaalmu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
MS • Basmeih Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
MS • Basmeih Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
As-Saffat•Ayah 114
وَلَقَدۡمَنَنَّاعَلَىٰمُوسَىٰوَهَـٰرُونَ١١٤
Walaqad mananna AAala moosawaharoon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.
MS • Basmeih "Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"
As-Saffat•Ayah 127
فَكَذَّبُوهُفَإِنَّهُمۡلَمُحۡضَرُونَ١٢٧
Fakaththaboohu fa-innahum lamuhdaroon
MS • Basmeih Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
As-Saffat•Ayah 128
إِلَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ١٢٨
Illa AAibada Allahialmukhlaseen
MS • Basmeih Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).
As-Saffat•Ayah 129
وَتَرَكۡنَاعَلَيۡهِفِىٱلۡأَخِرِينَ١٢٩
Watarakna AAalayhi fee al-akhireen
MS • Basmeih Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
As-Saffat•Ayah 130
سَلَـٰمٌعَلَىٰٓإِلۡيَاسِينَ
Salamun AAala il yaseen
MS • Basmeih "Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
As-Saffat•Ayah 131
إِنَّاكَذٰلِكَنَجۡزِىٱلۡمُحۡسِنِينَ١٣١
Inna kathalika najzee almuhsineen
MS • Basmeih Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
As-Saffat•Ayah 132
إِنَّهُۥمِنۡعِبَادِنَاٱلۡمُؤۡمِنِينَ١٣٢
Innahu min AAibadinaalmu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
As-Saffat•Ayah 133
وَإِنَّلُوطًالَّمِنَٱلۡمُرۡسَلِينَ١٣٣
Wa-inna lootan lamina almursaleen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
As-Saffat•Ayah 134
إِذۡنَجَّيۡنَـٰهُوَأَهۡلَهُۥٓأَجۡمَعِينَ١٣٤
Ith najjaynahu waahlahuajmaAAeen
MS • Basmeih (ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,
As-Saffat•Ayah 135
إِلَّاعَجُوزًافِىٱلۡغَـٰبِرِينَ١٣٥
Illa AAajoozan fee alghabireen
MS • Basmeih Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
As-Saffat•Ayah 136
ثُمَّدَمَّرۡنَاٱلۡأَخَرِينَ١٣٦
Thumma dammarna al-akhareen
MS • Basmeih Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
As-Saffat•Ayah 137
وَإِنَّكُمۡلَتَمُرُّونَعَلَيۡهِممُّصۡبِحِينَ١٣٧
Wa-innakum latamurroona AAalayhim musbiheen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
As-Saffat•Ayah 138
وَبِٱلَّيۡلِۗأَفَلَاتَعۡقِلُونَ١٣٨
Wabillayli afala taAAqiloon
MS • Basmeih Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
As-Saffat•Ayah 139
وَإِنَّيُونُسَلَمِنَٱلۡمُرۡسَلِينَ١٣٩
Wa-inna yoonusa lamina almursaleen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
As-Saffat•Ayah 140
إِذۡأَبَقَإِلَىٱلۡفُلۡكِٱلۡمَشۡحُونِ١٤٠
Ith abaqa ila alfulki almashhoon
MS • Basmeih (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
As-Saffat•Ayah 141
فَسَاهَمَفَكَانَمِنَٱلۡمُدۡحَضِينَ١٤١
Fasahama fakana mina almudhadeen
MS • Basmeih (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
As-Saffat•Ayah 142
فَٱلۡتَقَمَهُٱلۡحُوتُوَهُوَمُلِيمٌ١٤٢
Faltaqamahu alhootu wahuwamuleem
MS • Basmeih Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
As-Saffat•Ayah 143
فَلَوۡلَآأَنَّهُۥكَانَمِنَٱلۡمُسَبِّحِينَ١٤٣
Falawla annahu kana minaalmusabbiheen
MS • Basmeih Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
As-Saffat•Ayah 144
لَلَبِثَفِىبَطۡنِهِۦٓإِلَىٰيَوۡمِيُبۡعَثُونَ١٤٤
Lalabitha fee batnihi ilayawmi yubAAathoon
MS • Basmeih Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
As-Saffat•Ayah 145
۞فَنَبَذۡنَـٰهُبِٱلۡعَرَآءِوَهُوَسَقِيمٌ١٤٥
Fanabathnahu bilAAara-iwahuwa saqeem
MS • Basmeih Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
As-Saffat•Ayah 146
وَأَنۢبَتۡنَاعَلَيۡهِشَجَرَةًمِّنيَقۡطِينٍ١٤٦
Waanbatna AAalayhi shajaratan minyaqteen
MS • Basmeih Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
MS • Basmeih Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
As-Saffat•Ayah 148
فَـَٔـامَنُواۡفَمَتَّعۡنَـٰهُمۡإِلَىٰحِينٍ١٤٨
Faamanoo famattaAAnahum ilaheen
MS • Basmeih (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
MS • Basmeih (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?
MS • Basmeih Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?
As-Saffat•Ayah 151
أَلَآإِنَّهُممِّنۡإِفۡكِهِمۡلَيَقُولُونَ١٥١
Ala innahum min ifkihim layaqooloon
MS • Basmeih Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
As-Saffat•Ayah 152
وَلَدَٱللَّهُوَإِنَّهُمۡلَكَـٰذِبُونَ١٥٢
Walada Allahu wa-innahum lakathiboon
MS • Basmeih "Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
As-Saffat•Ayah 153
أَصۡطَفَىٱلۡبَنَاتِعَلَىٱلۡبَنِينَ١٥٣
Astafa albanati AAalaalbaneen
MS • Basmeih (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
As-Saffat•Ayah 154
مَالَكُمۡكَيۡفَتَحۡكُمُونَ١٥٤
Ma lakum kayfa tahkumoon
MS • Basmeih Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
As-Saffat•Ayah 155
أَفَلَاتَذَكَّرُونَ١٥٥
Afala tathakkaroon
MS • Basmeih Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
As-Saffat•Ayah 156
أَمۡلَكُمۡسُلۡطَـٰنٌمُّبِينٌ١٥٦
Am lakum sultanun mubeen
MS • Basmeih Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
As-Saffat•Ayah 157
فَأۡتُواۡبِكِتَـٰبِكُمۡإِنكُنتُمۡصَـٰدِقِينَ١٥٧
Fa/too bikitabikum in kuntum sadiqeen
MS • Basmeih (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
MS • Basmeih (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
As-Saffat•Ayah 159
سُبۡحَـٰنَٱللَّهِعَمَّايَصِفُونَ١٥٩
Subhana Allahi AAammayasifoon
MS • Basmeih Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
As-Saffat•Ayah 160
إِلَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ١٦٠
Illa AAibada Allahialmukhlaseen
MS • Basmeih Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
As-Saffat•Ayah 161
فَإِنَّكُمۡوَمَاتَعۡبُدُونَ١٦١
Fa-innakum wama taAAbudoon
MS • Basmeih Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
As-Saffat•Ayah 162
مَآأَنتُمۡعَلَيۡهِبِفَـٰتِنِينَ١٦٢
Ma antum AAalayhi bifatineen
MS • Basmeih Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
As-Saffat•Ayah 163
إِلَّامَنۡهُوَصَالِٱلۡجَحِيمِ١٦٣
Illa man huwa sali aljaheem
MS • Basmeih kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.
As-Saffat•Ayah 164
وَمَامِنَّآإِلَّالَهُۥمَقَامٌمَّعۡلُومٌ١٦٤
Wama minna illa lahumaqamun maAAloom
MS • Basmeih (Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
As-Saffat•Ayah 165
وَإِنَّالَنَحۡنُٱلصَّآفُّونَ١٦٥
Wa-inna lanahnu assaffoon
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
As-Saffat•Ayah 166
وَإِنَّالَنَحۡنُٱلۡمُسَبِّحُونَ١٦٦
Wa-inna lanahnu almusabbihoon
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
As-Saffat•Ayah 167
وَإِنكَانُواۡلَيَقُولُونَ١٦٧
Wa-in kanoo layaqooloon
MS • Basmeih Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
As-Saffat•Ayah 168
لَوۡأَنَّعِندَنَاذِكۡرًامِّنَٱلۡأَوَّلِينَ١٦٨
Law anna AAindana thikranmina al-awwaleen
MS • Basmeih "Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
As-Saffat•Ayah 169
لَكُنَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ١٦٩
Lakunna AAibada Allahialmukhlaseen
MS • Basmeih "Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
As-Saffat•Ayah 170
فَكَفَرُواۡبِهِۦۖفَسَوۡفَيَعۡلَمُونَ١٧٠
Fakafaroo bihi fasawfa yaAAlamoon
MS • Basmeih (Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
MS • Basmeih Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
As-Saffat•Ayah 178
وَتَوَلَّعَنۡهُمۡحَتَّىٰحِينٍ١٧٨
Watawalla AAanhum hatta heen
MS • Basmeih Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
As-Saffat•Ayah 179
وَأَبۡصِرۡفَسَوۡفَيُبۡصِرُونَ١٧٩
Waabsir fasawfa yubsiroon
MS • Basmeih Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.