Litunthira qawman ma onthiraabaohum fahum ghafiloon
MS • Basmeih Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
Inna jaAAalna fee aAAnaqihimaghlalan fahiya ila al-athqani fahummuqmahoon
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
WajaAAalna min bayni aydeehim saddanwamin khalfihim saddan faaghshaynahum fahum la yubsiroon
MS • Basmeih Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
MS • Basmeih Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
MS • Basmeih Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
MS • Basmeih Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
Qaloo ma antum illabasharun mithluna wama anzala arrahmanumin shay-in in antum illa takthiboon
MS • Basmeih Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
MS • Basmeih Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
MS • Basmeih Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
Wajaa min aqsa almadeenatirajulun yasAAa qala ya qawmi ittabiAAooalmursaleen
MS • Basmeih Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
Wama liya la aAAbudu allatheefataranee wa-ilayhi turjaAAoon
MS • Basmeih Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
Aattakhithu min doonihi alihatanin yuridni arrahmanu bidurrin la tughniAAannee shafaAAatuhum shay-an wala yunqithoon
MS • Basmeih "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
Ya-Sin•Ayah 24
إِنِّىٓإِذًالَّفِىضَلَـٰلٍمُّبِينٍ٢٤
Innee ithan lafee dalalinmubeen
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
Ya-Sin•Ayah 25
إِنِّىٓءَامَنتُبِرَبِّكُمۡفَٱسۡمَعُونِ٢٥
Innee amantu birabbikum fasmaAAoon
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
Wama anzalna AAalaqawmihi min baAAdihi min jundin mina assama-i wamakunna munzileen
MS • Basmeih Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
In kanat illa sayhatanwahidatan fa-itha hum khamidoon
MS • Basmeih (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
Ya hasratan AAalaalAAibadi ma ya/teehim min rasoolin illa kanoobihi yastahzi-oon
MS • Basmeih Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
Alam yaraw kam ahlakna qablahum minaalqurooni annahum ilayhim la yarjiAAoon
MS • Basmeih Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
Ya-Sin•Ayah 32
وَإِنكُلٌّلَّمَّاجَمِيعٌلَّدَيۡنَامُحۡضَرُونَ٣٢
Wa-in kullun lamma jameeAAun ladaynamuhdaroon
MS • Basmeih Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
MS • Basmeih Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
MS • Basmeih Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
MS • Basmeih Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
MS • Basmeih Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
MS • Basmeih Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
MS • Basmeih (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
Wa-in nasha/ nughriqhum fala sareekhalahum wala hum yunqathoon
MS • Basmeih Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
Ya-Sin•Ayah 44
إِلَّارَحۡمَةًمِّنَّاوَمَتَـٰعًاإِلَىٰحِينٍ٤٤
Illa rahmatan minnawamataAAan ila heen
MS • Basmeih Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
MS • Basmeih Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).
Wama ta/teehim min ayatin min ayatirabbihim illa kanoo AAanha muAArideen
MS • Basmeih Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
Wa-itha qeela lahum anfiqoo mimmarazaqakumu Allahu qala allatheena kafaroolillatheena amanoo anutAAimu man law yashaoAllahu atAAamahu in antum illa fee dalalinmubeen
MS • Basmeih Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".
Wayaqooloona mata hathaalwaAAdu in kuntum sadiqeen
MS • Basmeih Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",
Ma yanthuroona illasayhatan wahidatan ta/khuthuhum wahumyakhissimoon
MS • Basmeih Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
Fala yastateeAAoona tawsiyatanwala ila ahlihim yarjiAAoon
MS • Basmeih Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
Wanufikha fee assoori fa-ithahum mina al-ajdathi ila rabbihim yansiloon
MS • Basmeih Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
Qaloo ya waylana manbaAAathana min marqadina hatha mawaAAada arrahmanu wasadaqaalmursaloon
MS • Basmeih (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
In kanat illa sayhatanwahidatan fa-itha hum jameeAAun ladayna muhdaroon
MS • Basmeih Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
Falyawma la tuthlamunafsun shay-an wala tujzawna illa ma kuntumtaAAmaloon
MS • Basmeih Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
MS • Basmeih Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
Ya-Sin•Ayah 57
لَهُمۡفِيهَافَـٰكِهَةٌوَلَهُممَّايَدَّعُونَ٥٧
Lahum feeha fakihatun walahumma yaddaAAoon
MS • Basmeih Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
Ya-Sin•Ayah 58
سَلَـٰمٌقَوۡلاًمِّنرَّبٍّرَّحِيمٍ٥٨
Salamun qawlan min rabbin raheem
MS • Basmeih (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Ya-Sin•Ayah 59
وَٱمۡتَـٰزُواۡٱلۡيَوۡمَأَيُّهَاٱلۡمُجۡرِمُونَ٥٩
Wamtazoo alyawma ayyuhaalmujrimoon
MS • Basmeih Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
Alam aAAhad ilaykum ya banee adamaan la taAAbudoo ashshaytana innahu lakumAAaduwwun mubeen
MS • Basmeih "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
Ya-Sin•Ayah 61
وَأَنِٱعۡبُدُونِىۚهَـٰذَاصِرٰطٌمُّسۡتَقِيمٌ٦١
Waani oAAbudoonee hatha siratunmustaqeem
MS • Basmeih "Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
Ya-Sin•Ayah 63
هَـٰذِهِۦجَهَنَّمُٱلَّتِىكُنتُمۡتُوعَدُونَ٦٣
Hathihi jahannamu allatee kuntumtooAAadoon
MS • Basmeih "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
Ya-Sin•Ayah 64
ٱصۡلَوۡهَاٱلۡيَوۡمَبِمَاكُنتُمۡتَكۡفُرُونَ٦٤
Islawha alyawma bimakuntum takfuroon
MS • Basmeih "Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
MS • Basmeih Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
MS • Basmeih (Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
Walaw nashao lamasakhnahumAAala makanatihim fama istataAAoo mudiyyanwala yarjiAAoon
MS • Basmeih (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
MS • Basmeih Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
Wama AAallamnahu ashshiAArawama yanbaghee lahu in huwa illa thikrunwaqur-anun mubeen
MS • Basmeih (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
Liyunthira man kana hayyanwayahiqqa alqawlu AAala alkafireen
MS • Basmeih Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
MS • Basmeih Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
MS • Basmeih Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
Wattakhathoo min dooni Allahialihatan laAAallahum yunsaroon
MS • Basmeih Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
La yastateeAAoona nasrahumwahum lahum jundun muhdaroon
MS • Basmeih Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
Fala yahzunka qawluhum innanaAAlamu ma yusirroona wama yuAAlinoon
MS • Basmeih Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Awa lam yara al-insanu annakhalaqnahu min nutfatin fa-itha huwa khaseemunmubeen
MS • Basmeih Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Wadaraba lana mathalanwanasiya khalqahu qala man yuhyee alAAithamawahiya rameem
MS • Basmeih Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
MS • Basmeih Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
Allathee jaAAala lakum mina ashshajarial-akhdari naran fa-itha antum minhutooqidoon
MS • Basmeih "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
MS • Basmeih Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
Innama amruhu itha aradashay-an an yaqoola lahu kun fayakoon
MS • Basmeih Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
MS • Basmeih Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation