Read with Uthmanic Arabic text, transliteration, Sahih International English translation, and Malay Basmeih translation.
Surah
38. Sad(88 Ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.
Sad•Ayah 1
صٓۚوَٱلۡقُرۡءَانِذِىٱلذِّكۡرِ١
Sad walqur-ani theeaththikr
MS • Basmeih Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
Sad•Ayah 2
بَلِٱلَّذِينَكَفَرُواۡفِىعِزَّةٍوَشِقَاقٍ٢
Bali allatheena kafaroo fee AAizzatinwashiqaq
MS • Basmeih (Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.
Kam ahlakna min qablihim min qarninfanadaw walata heena manas
MS • Basmeih (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar) yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab.
WaAAajiboo an jaahum munthirunminhum waqala alkafiroona hatha sahirunkaththab
MS • Basmeih Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.
MS • Basmeih " Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!"
MS • Basmeih Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki.
Ma samiAAna bihatha feealmillati al-akhirati in hatha illa ikhtilaq
MS • Basmeih " Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata".
Aonzila AAalayhi aththikru minbaynina bal hum fee shakkin min thikree bal lammayathooqoo AAathab
MS • Basmeih (Mereka berkata lagi): Patutkah wahyu peringatan itu diturunkan kepada Muhammad (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita?" (Mereka bukan sahaja ingkarkan kelayakan Nabi Muhammad menerima wahyu) bahkan mereka berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku wahyukan (kepada Nabi Muhammad) itu, bahkan mereka belum lagi merasai azab.
Am lahum mulku assamawatiwal-ardi wama baynahuma falyartaqoofee al-asbab
MS • Basmeih Atau adakah mereka menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya?. (Kalau ada kekuasaan yang demikian) maka biarlah mereka naik mendaki langit menurut jalan-jalan yang membawa mereka ke situ (untuk mentadbirkan seluruh alam).
Sad•Ayah 11
جُندٌمَّاهُنَالِكَمَهۡزُومٌمِّنَٱلۡأَحۡزَابِ١١
Jundun ma hunalika mahzoomunmina al-ahzab
MS • Basmeih (Sebenarnya mereka hanyalah) satu pasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran), yang pada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.
MS • Basmeih Sebelum mereka itu, kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Firaun yang mempunyai kerajaan yang kuat, telah juga mendustakan Rasul masing-masing.
MS • Basmeih Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): " Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu)".
MS • Basmeih Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan ugamanya); sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami).
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.
Sad•Ayah 19
وَٱلطَّيۡرَمَحۡشُورَةًۖكُلٌّلَّهُۥٓأَوَّابٌ١٩
Wattayra mahshooratankullun lahu awwab
MS • Basmeih Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya.
MS • Basmeih Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepitahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).
MS • Basmeih Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;
Ith dakhaloo AAala dawoodafafaziAAa minhum qaloo la takhaf khasmanibagha baAAduna AAala baAAdinfahkum baynana bilhaqqi walatushtit wahdina ila sawa-iassirat
MS • Basmeih Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
MS • Basmeih " Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".
Qala laqad thalamakabisu-ali naAAjatika ila niAAajihi wa-innakatheeran mina alkhulata-i layabghee baAAduhum AAalabaAAdin illa allatheena amanoowaAAamiloo assalihati waqaleelun mahum wathanna dawoodu annama fatannahufastaghfara rabbahu wakharra rakiAAan waanab
MS • Basmeih Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
MS • Basmeih Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
MS • Basmeih Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
Wama khalaqna assamaawal-arda wama baynahuma batilanthalika thannu allatheena kafaroofawaylun lillatheena kafaroo mina annar
MS • Basmeih Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
Am najAAalu allatheena amanoowaAAamiloo assalihati kalmufsideenafee al-ardi am najAAalu almuttaqeena kalfujjar
MS • Basmeih Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?
MS • Basmeih (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
MS • Basmeih Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat).
MS • Basmeih (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.
Faqala innee ahbabtu hubbaalkhayri AAan thikri rabbee hatta tawaratbilhijab
MS • Basmeih (Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam".
MS • Basmeih (Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): " Bawa balik kuda itu kepadaku"; maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor).
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): -
Qala rabbi ighfir lee wahab leemulkan la yanbaghee li-ahadin min baAAdee innakaanta alwahhab
MS • Basmeih Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ".
MS • Basmeih Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;
Sad•Ayah 37
وَٱلشَّيَـٰطِينَكُلَّبَنَّآءٍوَغَوَّاصٍ٣٧
Washshayateena kulla banna-inwaghawwas
MS • Basmeih Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).
Sad•Ayah 38
وَءَاخَرِينَمُقَرَّنِينَفِىٱلۡأَصۡفَادِ٣٨
Waakhareena muqarraneena fee al-asfad
MS • Basmeih Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.
MS • Basmeih (Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ".
Sad•Ayah 40
وَإِنَّلَهُۥعِندَنَالَزُلۡفَىٰوَحُسۡنَمَــَٔابٍ٤٠
Wa-inna lahu AAindana lazulfawahusna maab
MS • Basmeih Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
MS • Basmeih (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
Wawahabna lahu ahlahu wamithlahummaAAahum rahmatan minna wathikrali-olee al-albab
MS • Basmeih Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).
MS • Basmeih Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): " Ambilah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami ugamanya).
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.
Wathkur ismaAAeelawa-ilyasaAAa watha alkifli wakullun mina al-akhyar
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.
MS • Basmeih (Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), -
Sad•Ayah 50
جَنَّـٰتِعَدۡنٍمُّفَتَّحَةًلَّهُمُٱلۡأَبۡوٰبُ٥٠
Jannati AAadnin mufattahatanlahumu al-abwab
MS • Basmeih Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;
MS • Basmeih (Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.
Sad•Ayah 52
۞وَعِندَهُمۡقَـٰصِرٰتُٱلطَّرۡفِأَتۡرَابٌ٥٢
WaAAindahum qasiratu attarfiatrab
MS • Basmeih Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.
Sad•Ayah 53
هَـٰذَامَاتُوعَدُونَلِيَوۡمِٱلۡحِسَابِ٥٣
Hatha ma tooAAadoona liyawmialhisab
MS • Basmeih Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!
Sad•Ayah 54
إِنَّهَـٰذَالَرِزۡقُنَامَالَهُۥمِننَّفَادٍ٥٤
Inna hatha larizquna malahu min nafad
MS • Basmeih Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -
Sad•Ayah 55
هَـٰذَاۚوَإِنَّلِلطَّـٰغِينَلَشَرَّمَــَٔابٍ٥٥
Hatha wa-inna littagheenalasharra maab
MS • Basmeih Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertaqwa). Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali, -
Sad•Ayah 56
جَهَنَّمَيَصۡلَوۡنَهَافَبِئۡسَٱلۡمِهَادُ٥٦
Jahannama yaslawnaha fabi/saalmihad
MS • Basmeih Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam;
Sad•Ayah 57
هَـٰذَافَلۡيَذُوقُوهُحَمِيمٌوَغَسَّاقٌ٥٧
Hatha falyathooqoohu hameemunwaghassaq
MS • Basmeih Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);
Sad•Ayah 58
وَءَاخَرُمِنشَكۡلِهِۦٓأَزۡوٰجٌ٥٨
Waakharu min shaklihi azwaj
MS • Basmeih Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi.
Hatha fawjun muqtahimunmaAAakum la marhaban bihim innahum saloo annar
MS • Basmeih (Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): " Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu ". (Ketua-ketua itu berkata): " Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka ".
Qaloo bal antum la marhabanbikum antum qaddamtumoohu lana fabi/sa alqarar
MS • Basmeih pengikut-pengikut mereka menjawab: " Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penetapan ".
Qaloo rabbana man qaddama lanahatha fazidhu AAathaban diAAfan fee annar
MS • Basmeih Mereka berkata lagi: " Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka ".
Waqaloo ma lana lanara rijalan kunna naAAudduhum mina al-ashrar
MS • Basmeih Dan penduduk neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: " Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?
Qul innama ana munthirunwama min ilahin illa Allahu alwahidualqahhar
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): " Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya, -
MS • Basmeih " Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)".
Sad•Ayah 67
قُلۡهُوَنَبَؤٌاۡعَظِيمٌ٦٧
Qul huwa nabaon AAatheem
MS • Basmeih Katakanlah lagi: " Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).
Ma kana liya min AAilmin bilmala-ial-aAAla ith yakhtasimoon
MS • Basmeih " Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan kepadaku).
MS • Basmeih " Tiadalah diwahyukan kepadaku melainkan kerana sesungguhnya aku seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (bukan seorang pembohong, atau ahli sihir, atau gila) ".
Qala ya ibleesu mamanaAAaka an tasjuda lima khalaqtu biyadayya astakbarta amkunta mina alAAaleen
MS • Basmeih Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? "
MS • Basmeih " Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ".
Qul ma as-alukum AAalayhi min ajrinwama ana mina almutakallifeen
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): " Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada ".
Sad•Ayah 87
إِنۡهُوَإِلَّاذِكۡرٌلِّلۡعَـٰلَمِينَ٨٧
In huwa illa thikrun lilAAalameen
MS • Basmeih Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.
Sad•Ayah 88
وَلَتَعۡلَمُنَّنَبَأَهُۥبَعۡدَحِينِۭ٨٨
WalataAAlamunna nabaahu baAAda heen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation