Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.
90. Al-Balad20 ayatMenu pembaca
Surah
90. Al-Balad(20 ayat)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Al-Balad•Ayat 1
لَآأُقۡسِمُبِهَـٰذَاٱلۡبَلَدِ١
MS · Basmeih Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
Al-Balad•Ayat 2
وَأَنتَحِلُّۢبِهَـٰذَاٱلۡبَلَدِ٢
MS · Basmeih Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
Al-Balad•Ayat 3
وَوَالِدٍوَمَاوَلَدَ٣
MS · Basmeih Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
Al-Balad•Ayat 4
لَقَدۡخَلَقۡنَاٱلۡإِنسَـٰنَفِىكَبَدٍ٤
MS · Basmeih Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
Al-Balad•Ayat 5
أَيَحۡسَبُأَنلَّنيَقۡدِرَعَلَيۡهِأَحَدٌ٥
MS · Basmeih Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
Al-Balad•Ayat 6
يَقُولُأَهۡلَكۡتُمَالاًلُّبَدًا٦
MS · Basmeih Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
Al-Balad•Ayat 7
أَيَحۡسَبُأَنلَّمۡيَرَهُۥٓأَحَدٌ٧
MS · Basmeih Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
Al-Balad•Ayat 8
أَلَمۡنَجۡعَللَّهُۥعَيۡنَيۡنِ٨
MS · Basmeih (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
Al-Balad•Ayat 9
وَلِسَانًاوَشَفَتَيۡنِ٩
MS · Basmeih Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
Al-Balad•Ayat 10
وَهَدَيۡنَـٰهُٱلنَّجۡدَيۡنِ١٠
MS · Basmeih Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Al-Balad•Ayat 11
فَلَاٱقۡتَحَمَٱلۡعَقَبَةَ١١
MS · Basmeih Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
Al-Balad•Ayat 12
وَمَآأَدۡرَٮٰكَمَاٱلۡعَقَبَةُ١٢
MS · Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
Al-Balad•Ayat 13
فَكُّرَقَبَةٍ١٣
MS · Basmeih (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
Al-Balad•Ayat 14
أَوۡإِطۡعَـٰمٌفِىيَوۡمٍذِىمَسۡغَبَةٍ١٤
MS · Basmeih Atau memberi makan pada hari kelaparan -
Al-Balad•Ayat 15
يَتِيمًاذَامَقۡرَبَةٍ١٥
MS · Basmeih Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
Al-Balad•Ayat 16
أَوۡمِسۡكِينًاذَامَتۡرَبَةٍ١٦
MS · Basmeih Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
MS · Basmeih Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
Al-Balad•Ayat 18
أُوۡلَـٰٓئِكَأَصۡحَـٰبُٱلۡمَيۡمَنَةِ١٨
MS · Basmeih (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).