MyQuran360

Surah Al-Fajr

Surah 89 · 30 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

89. Al-Fajr 30 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Fajr • Ayat 1
وَٱلۡفَجۡرِ ١
MS · Basmeih Demi waktu fajar;
Al-Fajr • Ayat 2
وَلَيَالٍ عَشۡرٍ ٢
MS · Basmeih Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
Al-Fajr • Ayat 3
وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ ٣
MS · Basmeih Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
Al-Fajr • Ayat 4
وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَسۡرِ ٤
MS · Basmeih Dan malam, apabila ia berlalu; -
Al-Fajr • Ayat 5
هَلۡ فِى ذٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجۡرٍ ٥
MS · Basmeih Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
Al-Fajr • Ayat 6
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ٦
MS · Basmeih (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
Al-Fajr • Ayat 7
إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ ٧
MS · Basmeih Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
Al-Fajr • Ayat 8
ٱلَّتِى لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِى ٱلۡبِلَـٰدِ ٨
MS · Basmeih Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
Al-Fajr • Ayat 9
وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواۡ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ ٩
MS · Basmeih Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
Al-Fajr • Ayat 10
وَفِرۡعَوۡنَ ذِى ٱلۡأَوۡتَادِ ١٠
MS · Basmeih Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
Al-Fajr • Ayat 11
ٱلَّذِينَ طَغَوۡاۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ ١١
MS · Basmeih (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
Al-Fajr • Ayat 12
فَأَكۡثَرُواۡ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ ١٢
MS · Basmeih Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
Al-Fajr • Ayat 13
فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ ١٣
MS · Basmeih Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
Al-Fajr • Ayat 14
إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ ١٤
MS · Basmeih Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
Al-Fajr • Ayat 15
فَأَمَّا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَـٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكۡرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكۡرَمَنِ ١٥
MS · Basmeih (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Al-Fajr • Ayat 16
وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَـٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَـٰنَنِ ١٦
MS · Basmeih Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Al-Fajr • Ayat 17
كَلَّا‌ۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ ١٧
MS · Basmeih Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
Al-Fajr • Ayat 18
وَلَا تَحَـٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ ١٨
MS · Basmeih Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
Al-Fajr • Ayat 19
وَتَأۡكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكۡلاً لَّمًّا ١٩
MS · Basmeih Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
Al-Fajr • Ayat 20
وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبًّا جَمًّا ٢٠
MS · Basmeih Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
Al-Fajr • Ayat 21
كَلَّآ إِذَا دُكَّتِ ٱلۡأَرۡضُ دَكًّا دَكًّا ٢١
MS · Basmeih Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
Al-Fajr • Ayat 22
وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفًّا صَفًّا ٢٢
MS · Basmeih Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
Al-Fajr • Ayat 23
وَجِاۡىٓءَ يَوۡمَئِذِۭ بِجَهَنَّمَ‌ۚ يَوۡمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَـٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ ٢٣
MS · Basmeih Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
Al-Fajr • Ayat 24
يَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِى ٢٤
MS · Basmeih Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
Al-Fajr • Ayat 25
فَيَوۡمَئِذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُۥٓ أَحَدٌ ٢٥
MS · Basmeih Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
Al-Fajr • Ayat 26
وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُۥٓ أَحَدٌ ٢٦
MS · Basmeih Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
Al-Fajr • Ayat 27
يَـٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ ٢٧
MS · Basmeih (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Al-Fajr • Ayat 28
ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرۡضِيَّةً ٢٨
MS · Basmeih "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
Al-Fajr • Ayat 29
فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى ٢٩
MS · Basmeih "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
Al-Fajr • Ayat 30
وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى ٣٠
MS · Basmeih "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation