Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.
91. Ash-Shams15 ayatMenu pembaca
Surah
91. Ash-Shams(15 ayat)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Ash-Shams•Ayat 1
وَٱلشَّمۡسِوَضُحَـٰهَا١
MS · Basmeih Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Ash-Shams•Ayat 2
وَٱلۡقَمَرِإِذَاتَلَـٰهَا٢
MS · Basmeih Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Ash-Shams•Ayat 3
وَٱلنَّهَارِإِذَاجَلَّـٰهَا٣
MS · Basmeih Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Ash-Shams•Ayat 4
وَٱلَّيۡلِإِذَايَغۡشَـٰهَا٤
MS · Basmeih Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Ash-Shams•Ayat 5
وَٱلسَّمَآءِوَمَابَنَـٰهَا٥
MS · Basmeih Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
Ash-Shams•Ayat 6
وَٱلۡأَرۡضِوَمَاطَحَـٰهَا٦
MS · Basmeih Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Ash-Shams•Ayat 7
وَنَفۡسٍوَمَاسَوَّٮٰهَا٧
MS · Basmeih Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Ash-Shams•Ayat 8
فَأَلۡهَمَهَافُجُورَهَاوَتَقۡوَٮٰهَا٨
MS · Basmeih Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Ash-Shams•Ayat 9
قَدۡأَفۡلَحَمَنزَكَّـٰهَا٩
MS · Basmeih Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Ash-Shams•Ayat 10
وَقَدۡخَابَمَندَسَّـٰهَا١٠
MS · Basmeih Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Ash-Shams•Ayat 11
كَذَّبَتۡثَمُودُبِطَغۡوَٮٰهَآ١١
MS · Basmeih (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Ash-Shams•Ayat 12
إِذِٱنۢبَعَثَأَشۡقَـٰهَا١٢
MS · Basmeih Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
MS · Basmeih Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
MS · Basmeih (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
Ash-Shams•Ayat 15
وَلَايَخَافُعُقۡبَـٰهَا١٥
MS · Basmeih Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation