Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.
88. Al-Ghashiyah26 ayatMenu pembaca
Surah
88. Al-Ghashiyah(26 ayat)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Al-Ghashiyah•Ayat 1
هَلۡأَتَـٰكَحَدِيثُٱلۡغَـٰشِيَةِ١
MS · Basmeih Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
Al-Ghashiyah•Ayat 2
وُجُوهٌيَوۡمَئِذٍخَـٰشِعَةٌ٢
MS · Basmeih Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
Al-Ghashiyah•Ayat 3
عَامِلَةٌنَّاصِبَةٌ٣
MS · Basmeih Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
Al-Ghashiyah•Ayat 4
تَصۡلَىٰنَارًاحَامِيَةً٤
MS · Basmeih Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
Al-Ghashiyah•Ayat 5
تُسۡقَىٰمِنۡعَيۡنٍءَانِيَةٍ٥
MS · Basmeih Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
Al-Ghashiyah•Ayat 6
لَّيۡسَلَهُمۡطَعَامٌإِلَّامِنضَرِيعٍ٦
MS · Basmeih Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
Al-Ghashiyah•Ayat 7
لَّايُسۡمِنُوَلَايُغۡنِىمِنجُوعٍ٧
MS · Basmeih Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
Al-Ghashiyah•Ayat 8
وُجُوهٌيَوۡمَئِذٍنَّاعِمَةٌ٨
MS · Basmeih (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
Al-Ghashiyah•Ayat 9
لِّسَعۡيِهَارَاضِيَةٌ٩
MS · Basmeih Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
Al-Ghashiyah•Ayat 10
فِىجَنَّةٍعَالِيَةٍ١٠
MS · Basmeih (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
Al-Ghashiyah•Ayat 11
لَّاتَسۡمَعُفِيهَالَـٰغِيَةً١١
MS · Basmeih Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
Al-Ghashiyah•Ayat 12
فِيهَاعَيۡنٌجَارِيَةٌ١٢
MS · Basmeih Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
Al-Ghashiyah•Ayat 13
فِيهَاسُرُرٌمَّرۡفُوعَةٌ١٣
MS · Basmeih Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
Al-Ghashiyah•Ayat 14
وَأَكۡوَابٌمَّوۡضُوعَةٌ١٤
MS · Basmeih Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
Al-Ghashiyah•Ayat 15
وَنَمَارِقُمَصۡفُوفَةٌ١٥
MS · Basmeih Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
Al-Ghashiyah•Ayat 16
وَزَرَابِىُّمَبۡثُوثَةٌ١٦
MS · Basmeih Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
Al-Ghashiyah•Ayat 17
أَفَلَايَنظُرُونَإِلَىٱلۡإِبِلِكَيۡفَخُلِقَتۡ١٧
MS · Basmeih (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
Al-Ghashiyah•Ayat 18
وَإِلَىٱلسَّمَآءِكَيۡفَرُفِعَتۡ١٨
MS · Basmeih Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
Al-Ghashiyah•Ayat 19
وَإِلَىٱلۡجِبَالِكَيۡفَنُصِبَتۡ١٩
MS · Basmeih Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
Al-Ghashiyah•Ayat 20
وَإِلَىٱلۡأَرۡضِكَيۡفَسُطِحَتۡ٢٠
MS · Basmeih Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
Al-Ghashiyah•Ayat 21
فَذَكِّرۡإِنَّمَآأَنتَمُذَكِّرٌ٢١
MS · Basmeih Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
Al-Ghashiyah•Ayat 22
لَّسۡتَعَلَيۡهِمبِمُصَيۡطِرٍ٢٢
MS · Basmeih Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
Al-Ghashiyah•Ayat 23
إِلَّامَنتَوَلَّىٰوَكَفَرَ٢٣
MS · Basmeih Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
Al-Ghashiyah•Ayat 24
فَيُعَذِّبُهُٱللَّهُٱلۡعَذَابَٱلۡأَكۡبَرَ٢٤
MS · Basmeih Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
Al-Ghashiyah•Ayat 25
إِنَّإِلَيۡنَآإِيَابَهُمۡ٢٥
MS · Basmeih Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
Al-Ghashiyah•Ayat 26
ثُمَّإِنَّعَلَيۡنَاحِسَابَهُم٢٦
MS · Basmeih Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation