MyQuran360

Surah Al-A'la

Surah 87 · 19 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

87. Al-A'la 19 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-A'la • Ayat 1
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى ١
MS · Basmeih Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
Al-A'la • Ayat 2
ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ ٢
MS · Basmeih Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
Al-A'la • Ayat 3
وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ ٣
MS · Basmeih Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
Al-A'la • Ayat 4
وَٱلَّذِىٓ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ ٤
MS · Basmeih Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
Al-A'la • Ayat 5
فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحۡوَىٰ ٥
MS · Basmeih Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
Al-A'la • Ayat 6
سَنُقۡرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ ٦
MS · Basmeih Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
Al-A'la • Ayat 7
إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّهُۥ يَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ وَمَا يَخۡفَىٰ ٧
MS · Basmeih Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
Al-A'la • Ayat 8
وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَىٰ ٨
MS · Basmeih Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
Al-A'la • Ayat 9
فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ ٩
MS · Basmeih Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
Al-A'la • Ayat 10
سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَىٰ ١٠
MS · Basmeih Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
Al-A'la • Ayat 11
وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلۡأَشۡقَى ١١
MS · Basmeih Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
Al-A'la • Ayat 12
ٱلَّذِى يَصۡلَى ٱلنَّارَ ٱلۡكُبۡرَىٰ ١٢
MS · Basmeih Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
Al-A'la • Ayat 13
ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحۡيَىٰ ١٣
MS · Basmeih Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
Al-A'la • Ayat 14
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ١٤
MS · Basmeih Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
Al-A'la • Ayat 15
وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ ١٥
MS · Basmeih Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
Al-A'la • Ayat 16
بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ١٦
MS · Basmeih (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
Al-A'la • Ayat 17
وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ وَأَبۡقَىٰٓ ١٧
MS · Basmeih Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Al-A'la • Ayat 18
إِنَّ هَـٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ ١٨
MS · Basmeih Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
Al-A'la • Ayat 19
صُحُفِ إِبۡرٰهِيمَ وَمُوسَىٰ ١٩
MS · Basmeih Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation