MyQuran360

Surah Al-Inshiqaq

Surah 84 · 25 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

84. Al-Inshiqaq 25 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Inshiqaq • Ayat 1
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتۡ ١
MS · Basmeih Apabila langit terbelah,
Al-Inshiqaq • Ayat 2
وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ ٢
MS · Basmeih Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
Al-Inshiqaq • Ayat 3
وَإِذَا ٱلۡأَرۡضُ مُدَّتۡ ٣
MS · Basmeih Dan apabila bumi diratakan,
Al-Inshiqaq • Ayat 4
وَأَلۡقَتۡ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتۡ ٤
MS · Basmeih Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
Al-Inshiqaq • Ayat 5
وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ ٥
MS · Basmeih Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
Al-Inshiqaq • Ayat 6
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحًا فَمُلَـٰقِيهِ ٦
MS · Basmeih Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
Al-Inshiqaq • Ayat 7
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ٧
MS · Basmeih Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Al-Inshiqaq • Ayat 8
فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا ٨
MS · Basmeih Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Al-Inshiqaq • Ayat 9
وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورًا ٩
MS · Basmeih Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
Al-Inshiqaq • Ayat 10
وَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهۡرِهِۦ ١٠
MS · Basmeih Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Al-Inshiqaq • Ayat 11
فَسَوۡفَ يَدۡعُواۡ ثُبُورًا ١١
MS · Basmeih Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Al-Inshiqaq • Ayat 12
وَيَصۡلَىٰ سَعِيرًا ١٢
MS · Basmeih Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Al-Inshiqaq • Ayat 13
إِنَّهُۥ كَانَ فِىٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورًا ١٣
MS · Basmeih Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
Al-Inshiqaq • Ayat 14
إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ ١٤
MS · Basmeih Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
Al-Inshiqaq • Ayat 15
بَلَىٰٓ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًا ١٥
MS · Basmeih (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
Al-Inshiqaq • Ayat 16
فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلشَّفَقِ ١٦
MS · Basmeih Maka Aku bersumpah, demi mega;
Al-Inshiqaq • Ayat 17
وَٱلَّيۡلِ وَمَا وَسَقَ ١٧
MS · Basmeih Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
Al-Inshiqaq • Ayat 18
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ ١٨
MS · Basmeih Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
Al-Inshiqaq • Ayat 19
لَتَرۡكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ ١٩
MS · Basmeih Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
Al-Inshiqaq • Ayat 20
فَمَا لَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ ٢٠
MS · Basmeih Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
Al-Inshiqaq • Ayat 21 ۩ Sajdah
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقُرۡءَانُ لَا يَسۡجُدُونَ ۩
MS · Basmeih Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
Al-Inshiqaq • Ayat 22
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ يُكَذِّبُونَ ٢٢
MS · Basmeih (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
Al-Inshiqaq • Ayat 23
وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا يُوعُونَ ٢٣
MS · Basmeih Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Al-Inshiqaq • Ayat 24
فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢٤
MS · Basmeih Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
Al-Inshiqaq • Ayat 25
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَعَمِلُواۡ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونِۭ ٢٥
MS · Basmeih Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation