MS · Basmeih Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Al-Mutaffifin•Ayat 3
وَإِذَاكَالُوهُمۡأَووَّزَنُوهُمۡيُخۡسِرُونَ٣
MS · Basmeih Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Al-Mutaffifin•Ayat 4
أَلَايَظُنُّأُوۡلَـٰٓئِكَأَنَّهُممَّبۡعُوثُونَ٤
MS · Basmeih Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
Al-Mutaffifin•Ayat 5
لِيَوۡمٍعَظِيمٍ٥
MS · Basmeih Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),
Al-Mutaffifin•Ayat 6
يَوۡمَيَقُومُٱلنَّاسُلِرَبِّٱلۡعَـٰلَمِينَ٦
MS · Basmeih Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
Al-Mutaffifin•Ayat 7
كَلَّآإِنَّكِتَـٰبَٱلۡفُجَّارِلَفِىسِجِّينٍ٧
MS · Basmeih Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".
Al-Mutaffifin•Ayat 8
وَمَآأَدۡرَٮٰكَمَاسِجِّينٌ٨
MS · Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,
Al-Mutaffifin•Ayat 9
كِتَـٰبٌمَّرۡقُومٌ٩
MS · Basmeih Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).
Al-Mutaffifin•Ayat 10
وَيۡلٌيَوۡمَئِذٍلِّلۡمُكَذِّبِينَ١٠
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -
Al-Mutaffifin•Ayat 11
ٱلَّذِينَيُكَذِّبُونَبِيَوۡمِٱلدِّينِ١١
MS · Basmeih Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.
Al-Mutaffifin•Ayat 12
وَمَايُكَذِّبُبِهِۦٓإِلَّاكُلُّمُعۡتَدٍأَثِيمٍ١٢
MS · Basmeih Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
MS · Basmeih Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
MS · Basmeih Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".
Al-Mutaffifin•Ayat 19
وَمَآأَدۡرَٮٰكَمَاعِلِّيُّونَ١٩
MS · Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?
Al-Mutaffifin•Ayat 20
كِتَـٰبٌمَّرۡقُومٌ٢٠
MS · Basmeih Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,
Al-Mutaffifin•Ayat 21
يَشۡهَدُهُٱلۡمُقَرَّبُونَ٢١
MS · Basmeih Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.
Al-Mutaffifin•Ayat 22
إِنَّٱلۡأَبۡرَارَلَفِىنَعِيمٍ٢٢
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:
Al-Mutaffifin•Ayat 23
عَلَىٱلۡأَرَآئِكِيَنظُرُونَ٢٣
MS · Basmeih Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
Al-Mutaffifin•Ayat 24
تَعۡرِفُفِىوُجُوهِهِمۡنَضۡرَةَٱلنَّعِيمِ٢٤
MS · Basmeih Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.
Al-Mutaffifin•Ayat 25
يُسۡقَوۡنَمِنرَّحِيقٍمَّخۡتُومٍ٢٥
MS · Basmeih Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,
MS · Basmeih Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
Al-Mutaffifin•Ayat 27
وَمِزَاجُهُۥمِنتَسۡنِيمٍ٢٧
MS · Basmeih Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
Al-Mutaffifin•Ayat 28
عَيۡنًايَشۡرَبُبِهَاٱلۡمُقَرَّبُونَ٢٨
MS · Basmeih laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
MS · Basmeih Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.
Al-Mutaffifin•Ayat 35
عَلَىٱلۡأَرَآئِكِيَنظُرُونَ٣٥
MS · Basmeih Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
Al-Mutaffifin•Ayat 36
هَلۡثُوِّبَٱلۡكُفَّارُمَاكَانُواۡيَفۡعَلُونَ٣٦
MS · Basmeih (Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?"
Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation