MyQuran360

Surah Al-Buruj

Surah 85 · 22 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

85. Al-Buruj 22 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Buruj • Ayat 1
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلۡبُرُوجِ ١
MS · Basmeih Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Al-Buruj • Ayat 2
وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡمَوۡعُودِ ٢
MS · Basmeih Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
Al-Buruj • Ayat 3
وَشَاهِدٍ وَمَشۡهُودٍ ٣
MS · Basmeih Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
Al-Buruj • Ayat 4
قُتِلَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡأُخۡدُودِ ٤
MS · Basmeih Celakalah kaum yang menggali parit,
Al-Buruj • Ayat 5
ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلۡوَقُودِ ٥
MS · Basmeih (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
Al-Buruj • Ayat 6
إِذۡ هُمۡ عَلَيۡهَا قُعُودٌ ٦
MS · Basmeih (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
Al-Buruj • Ayat 7
وَهُمۡ عَلَىٰ مَا يَفۡعَلُونَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ شُهُودٌ ٧
MS · Basmeih Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
Al-Buruj • Ayat 8
وَمَا نَقَمُواۡ مِنۡهُمۡ إِلَّآ أَن يُؤۡمِنُواۡ بِٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ ٨
MS · Basmeih Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Al-Buruj • Ayat 9
ٱلَّذِى لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ شَهِيدٌ ٩
MS · Basmeih Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
Al-Buruj • Ayat 10
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواۡ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواۡ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ ١٠
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
Al-Buruj • Ayat 11
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَعَمِلُواۡ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمۡ جَنَّـٰتٌ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ ذٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡكَبِيرُ ١١
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
Al-Buruj • Ayat 12
إِنَّ بَطۡشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ ١٢
MS · Basmeih Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
Al-Buruj • Ayat 13
إِنَّهُۥ هُوَ يُبۡدِئُ وَيُعِيدُ ١٣
MS · Basmeih Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
Al-Buruj • Ayat 14
وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلۡوَدُودُ ١٤
MS · Basmeih Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
Al-Buruj • Ayat 15
ذُو ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡمَجِيدُ ١٥
MS · Basmeih Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
Al-Buruj • Ayat 16
فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ ١٦
MS · Basmeih Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
Al-Buruj • Ayat 17
هَلۡ أَتَـٰكَ حَدِيثُ ٱلۡجُنُودِ ١٧
MS · Basmeih Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
Al-Buruj • Ayat 18
فِرۡعَوۡنَ وَثَمُودَ ١٨
MS · Basmeih (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
Al-Buruj • Ayat 19
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ فِى تَكۡذِيبٍ ١٩
MS · Basmeih (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
Al-Buruj • Ayat 20
وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطُۢ ٢٠
MS · Basmeih Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
Al-Buruj • Ayat 21
بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٌ مَّجِيدٌ ٢١
MS · Basmeih (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
Al-Buruj • Ayat 22
فِى لَوۡحٍ مَّحۡفُوظِۭ ٢٢
MS · Basmeih (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation