MyQuran360

Surah Al-Infitar

Surah 82 · 19 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

82. Al-Infitar 19 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Infitar • Ayat 1
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ ١
MS · Basmeih Apabila langit terbelah;
Al-Infitar • Ayat 2
وَإِذَا ٱلۡكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتۡ ٢
MS · Basmeih Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
Al-Infitar • Ayat 3
وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ ٣
MS · Basmeih Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
Al-Infitar • Ayat 4
وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ ٤
MS · Basmeih Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
Al-Infitar • Ayat 5
عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ ٥
MS · Basmeih (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
Al-Infitar • Ayat 6
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِيمِ ٦
MS · Basmeih Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
Al-Infitar • Ayat 7
ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّٮٰكَ فَعَدَلَكَ ٧
MS · Basmeih Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
Al-Infitar • Ayat 8
فِىٓ أَىِّ صُورَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ ٨
MS · Basmeih Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
Al-Infitar • Ayat 9
كَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ ٩
MS · Basmeih Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
Al-Infitar • Ayat 10
وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَـٰفِظِينَ ١٠
MS · Basmeih Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
Al-Infitar • Ayat 11
كِرَامًا كَـٰتِبِينَ ١١
MS · Basmeih (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
Al-Infitar • Ayat 12
يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ ١٢
MS · Basmeih Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
Al-Infitar • Ayat 13
إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِى نَعِيمٍ ١٣
MS · Basmeih (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
Al-Infitar • Ayat 14
وَإِنَّ ٱلۡفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍ ١٤
MS · Basmeih Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
Al-Infitar • Ayat 15
يَصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ ٱلدِّينِ ١٥
MS · Basmeih Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
Al-Infitar • Ayat 16
وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَآئِبِينَ ١٦
MS · Basmeih Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
Al-Infitar • Ayat 17
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ ١٧
MS · Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Al-Infitar • Ayat 18
ثُمَّ مَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ ١٨
MS · Basmeih Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
Al-Infitar • Ayat 19
يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ لِّنَفۡسٍ شَيۡــًٔا‌ۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَئِذٍ لِّلَّهِ ١٩
MS · Basmeih (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation