MyQuran360

Surah At-Takwir

Surah 81 · 29 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

81. At-Takwir 29 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

At-Takwir • Ayat 1
إِذَا ٱلشَّمۡسُ كُوِّرَتۡ ١
MS · Basmeih Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
At-Takwir • Ayat 2
وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتۡ ٢
MS · Basmeih Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
At-Takwir • Ayat 3
وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ سُيِّرَتۡ ٣
MS · Basmeih Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
At-Takwir • Ayat 4
وَإِذَا ٱلۡعِشَارُ عُطِّلَتۡ ٤
MS · Basmeih Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
At-Takwir • Ayat 5
وَإِذَا ٱلۡوُحُوشُ حُشِرَتۡ ٥
MS · Basmeih Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
At-Takwir • Ayat 6
وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ سُجِّرَتۡ ٦
MS · Basmeih Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
At-Takwir • Ayat 7
وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتۡ ٧
MS · Basmeih Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
At-Takwir • Ayat 8
وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُۥدَةُ سُئِلَتۡ ٨
MS · Basmeih Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
At-Takwir • Ayat 9
بِأَىِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتۡ ٩
MS · Basmeih Dengan dosa apakah ia dibunuh?
At-Takwir • Ayat 10
وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتۡ ١٠
MS · Basmeih Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
At-Takwir • Ayat 11
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتۡ ١١
MS · Basmeih Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
At-Takwir • Ayat 12
وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ ١٢
MS · Basmeih Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
At-Takwir • Ayat 13
وَإِذَا ٱلۡجَنَّةُ أُزۡلِفَتۡ ١٣
MS · Basmeih Dan apabila Syurga didekatkan;
At-Takwir • Ayat 14
عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّآ أَحۡضَرَتۡ ١٤
MS · Basmeih (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
At-Takwir • Ayat 15
فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ ١٥
MS · Basmeih Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
At-Takwir • Ayat 16
ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ ١٦
MS · Basmeih Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;
At-Takwir • Ayat 17
وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ ١٧
MS · Basmeih Dan malam, apabila ia hampir habis,
At-Takwir • Ayat 18
وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ ١٨
MS · Basmeih Dan siang, apabila ia mulai terang;
At-Takwir • Ayat 19
إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ ١٩
MS · Basmeih Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
At-Takwir • Ayat 20
ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلۡعَرۡشِ مَكِينٍ ٢٠
MS · Basmeih Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
At-Takwir • Ayat 21
مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ ٢١
MS · Basmeih Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
At-Takwir • Ayat 22
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجۡنُونٍ ٢٢
MS · Basmeih Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
At-Takwir • Ayat 23
وَلَقَدۡ رَءَاهُ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡمُبِينِ ٢٣
MS · Basmeih Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
At-Takwir • Ayat 24
وَمَا هُوَ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ بِضَنِينٍ ٢٤
MS · Basmeih Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
At-Takwir • Ayat 25
وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَيۡطَـٰنٍ رَّجِيمٍ ٢٥
MS · Basmeih Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
At-Takwir • Ayat 26
فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ ٢٦
MS · Basmeih (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
At-Takwir • Ayat 27
إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٌ لِّلۡعَـٰلَمِينَ ٢٧
MS · Basmeih Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
At-Takwir • Ayat 28
لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَسۡتَقِيمَ ٢٨
MS · Basmeih Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
At-Takwir • Ayat 29
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٢٩
MS · Basmeih Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation