MyQuran360

Surah 'Abasa

Surah 80 · 42 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

80. 'Abasa 42 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

'Abasa • Ayat 1
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ ١
MS · Basmeih Ia memasamkan muka dan berpaling,
'Abasa • Ayat 2
أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ ٢
MS · Basmeih Kerana ia didatangi orang buta.
'Abasa • Ayat 3
وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ ٣
MS · Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
'Abasa • Ayat 4
أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ ٤
MS · Basmeih Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
'Abasa • Ayat 5
أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ ٥
MS · Basmeih Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
'Abasa • Ayat 6
فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ ٦
MS · Basmeih Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
'Abasa • Ayat 7
وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ ٧
MS · Basmeih Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
'Abasa • Ayat 8
وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ ٨
MS · Basmeih Adapun orang yang segera datang kepadamu,
'Abasa • Ayat 9
وَهُوَ يَخۡشَىٰ ٩
MS · Basmeih Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -
'Abasa • Ayat 10
فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ ١٠
MS · Basmeih Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
'Abasa • Ayat 11
كَلَّآ إِنَّهَا تَذۡكِرَةٌ ١١
MS · Basmeih Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
'Abasa • Ayat 12
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ١٢
MS · Basmeih Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
'Abasa • Ayat 13
فِى صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ ١٣
MS · Basmeih (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -
'Abasa • Ayat 14
مَّرۡفُوعَةٍ مُّطَهَّرَةِۭ ١٤
MS · Basmeih Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -
'Abasa • Ayat 15
بِأَيۡدِى سَفَرَةٍ ١٥
MS · Basmeih (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;
'Abasa • Ayat 16
كِرَامِۭ بَرَرَةٍ ١٦
MS · Basmeih (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.
'Abasa • Ayat 17
قُتِلَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ ١٧
MS · Basmeih Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
'Abasa • Ayat 18
مِنۡ أَىِّ شَىۡءٍ خَلَقَهُۥ ١٨
MS · Basmeih (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -
'Abasa • Ayat 19
مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ١٩
MS · Basmeih Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;
'Abasa • Ayat 20
ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ٢٠
MS · Basmeih Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);
'Abasa • Ayat 21
ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُۥ ٢١
MS · Basmeih Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;
'Abasa • Ayat 22
ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ ٢٢
MS · Basmeih Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).
'Abasa • Ayat 23
كَلَّا لَمَّا يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُۥ ٢٣
MS · Basmeih Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.
'Abasa • Ayat 24
فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَـٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ ٢٤
MS · Basmeih (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
'Abasa • Ayat 25
أَنَّا صَبَبۡنَا ٱلۡمَآءَ صَبًّا ٢٥
MS · Basmeih Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
'Abasa • Ayat 26
ثُمَّ شَقَقۡنَا ٱلۡأَرۡضَ شَقًّا ٢٦
MS · Basmeih Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -
'Abasa • Ayat 27
فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا حَبًّا ٢٧
MS · Basmeih Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
'Abasa • Ayat 28
وَعِنَبًا وَقَضۡبًا ٢٨
MS · Basmeih Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
'Abasa • Ayat 29
وَزَيۡتُونًا وَنَخۡلاً ٢٩
MS · Basmeih Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
'Abasa • Ayat 30
وَحَدَآئِقَ غُلۡبًا ٣٠
MS · Basmeih Dan taman-taman yang menghijau subur,
'Abasa • Ayat 31
وَفَـٰكِهَةً وَأَبًّا ٣١
MS · Basmeih Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -
'Abasa • Ayat 32
مَّتَـٰعًا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَـٰمِكُمۡ ٣٢
MS · Basmeih Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
'Abasa • Ayat 33
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ ٣٣
MS · Basmeih Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -
'Abasa • Ayat 34
يَوۡمَ يَفِرُّ ٱلۡمَرۡءُ مِنۡ أَخِيهِ ٣٤
MS · Basmeih Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
'Abasa • Ayat 35
وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ ٣٥
MS · Basmeih Dan ibunya serta bapanya,
'Abasa • Ayat 36
وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ ٣٦
MS · Basmeih Dan isterinya serta anak-anaknya; -
'Abasa • Ayat 37
لِكُلِّ ٱمۡرِىٍٕ مِّنۡهُمۡ يَوۡمَئِذٍ شَأۡنٌ يُغۡنِيهِ ٣٧
MS · Basmeih Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
'Abasa • Ayat 38
وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ مُّسۡفِرَةٌ ٣٨
MS · Basmeih Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
'Abasa • Ayat 39
ضَاحِكَةٌ مُّسۡتَبۡشِرَةٌ ٣٩
MS · Basmeih Tertawa, lagi bersuka ria;
'Abasa • Ayat 40
وَوُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ عَلَيۡهَا غَبَرَةٌ ٤٠
MS · Basmeih Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
'Abasa • Ayat 41
تَرۡهَقُهَا قَتَرَةٌ ٤١
MS · Basmeih Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -
'Abasa • Ayat 42
أُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ ٤٢
MS · Basmeih Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation