MyQuran360

Surah An-Nazi'at

Surah 79 · 46 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

79. An-Nazi'at 46 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

An-Nazi'at • Ayat 1
وَٱلنَّـٰزِعَـٰتِ غَرۡقًا ١
MS · Basmeih Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
An-Nazi'at • Ayat 2
وَٱلنَّـٰشِطَـٰتِ نَشۡطًا ٢
MS · Basmeih Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
An-Nazi'at • Ayat 3
وَٱلسَّـٰبِحَـٰتِ سَبۡحًا ٣
MS · Basmeih Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
An-Nazi'at • Ayat 4
فَٱلسَّـٰبِقَـٰتِ سَبۡقًا ٤
MS · Basmeih Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
An-Nazi'at • Ayat 5
فَٱلۡمُدَبِّرٰتِ أَمۡرًا ٥
MS · Basmeih Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -
An-Nazi'at • Ayat 6
يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ ٦
MS · Basmeih Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
An-Nazi'at • Ayat 7
تَتۡبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ ٧
MS · Basmeih Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
An-Nazi'at • Ayat 8
قُلُوبٌ يَوۡمَئِذٍ وَاجِفَةٌ ٨
MS · Basmeih Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
An-Nazi'at • Ayat 9
أَبۡصَـٰرُهَا خَـٰشِعَةٌ ٩
MS · Basmeih Pemandangannya tunduk gerun.
An-Nazi'at • Ayat 10
يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرۡدُودُونَ فِى ٱلۡحَافِرَةِ ١٠
MS · Basmeih Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
An-Nazi'at • Ayat 11
أَءِذَا كُنَّا عِظَـٰمًا نَّخِرَةً ١١
MS · Basmeih "Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
An-Nazi'at • Ayat 12
قَالُواۡ تِلۡكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ ١٢
MS · Basmeih Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
An-Nazi'at • Ayat 13
فَإِنَّمَا هِىَ زَجۡرَةٌ وٰحِدَةٌ ١٣
MS · Basmeih (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
An-Nazi'at • Ayat 14
فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ ١٤
MS · Basmeih Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
An-Nazi'at • Ayat 15
هَلۡ أَتَـٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ ١٥
MS · Basmeih Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
An-Nazi'at • Ayat 16
إِذۡ نَادَٮٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوًى ١٦
MS · Basmeih Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
An-Nazi'at • Ayat 17
ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ١٧
MS · Basmeih (Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
An-Nazi'at • Ayat 18
فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ ١٨
MS · Basmeih "Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
An-Nazi'at • Ayat 19
وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ ١٩
MS · Basmeih `Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
An-Nazi'at • Ayat 20
فَأَرَٮٰهُ ٱلۡأَيَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰ ٢٠
MS · Basmeih (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
An-Nazi'at • Ayat 21
فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ ٢١
MS · Basmeih Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
An-Nazi'at • Ayat 22
ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ ٢٢
MS · Basmeih Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
An-Nazi'at • Ayat 23
فَحَشَرَ فَنَادَىٰ ٢٣
MS · Basmeih Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -
An-Nazi'at • Ayat 24
فَقَالَ أَنَاۡ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ ٢٤
MS · Basmeih Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
An-Nazi'at • Ayat 25
فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلۡأَخِرَةِ وَٱلۡأُولَىٰٓ ٢٥
MS · Basmeih Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
An-Nazi'at • Ayat 26
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَعِبۡرَةً لِّمَن يَخۡشَىٰٓ ٢٦
MS · Basmeih Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
An-Nazi'at • Ayat 27
ءَأَنتُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُ‌ۚ بَنَـٰهَا ٢٧
MS · Basmeih (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
An-Nazi'at • Ayat 28
رَفَعَ سَمۡكَهَا فَسَوَّٮٰهَا ٢٨
MS · Basmeih Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
An-Nazi'at • Ayat 29
وَأَغۡطَشَ لَيۡلَهَا وَأَخۡرَجَ ضُحَـٰهَا ٢٩
MS · Basmeih Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
An-Nazi'at • Ayat 30
وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذٰلِكَ دَحَـٰهَآ ٣٠
MS · Basmeih Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
An-Nazi'at • Ayat 31
أَخۡرَجَ مِنۡهَا مَآءَهَا وَمَرۡعَـٰهَا ٣١
MS · Basmeih Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
An-Nazi'at • Ayat 32
وَٱلۡجِبَالَ أَرۡسَـٰهَا ٣٢
MS · Basmeih Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
An-Nazi'at • Ayat 33
مَتَـٰعًا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَـٰمِكُمۡ ٣٣
MS · Basmeih (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
An-Nazi'at • Ayat 34
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ ٣٤
MS · Basmeih Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
An-Nazi'at • Ayat 35
يَوۡمَ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا سَعَىٰ ٣٥
MS · Basmeih Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
An-Nazi'at • Ayat 36
وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ ٣٦
MS · Basmeih Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
An-Nazi'at • Ayat 37
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ٣٧
MS · Basmeih Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
An-Nazi'at • Ayat 38
وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ٣٨
MS · Basmeih Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
An-Nazi'at • Ayat 39
فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ ٣٩
MS · Basmeih Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
An-Nazi'at • Ayat 40
وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ ٤٠
MS · Basmeih Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
An-Nazi'at • Ayat 41
فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ ٤١
MS · Basmeih Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
An-Nazi'at • Ayat 42
يَسۡــَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَـٰهَا ٤٢
MS · Basmeih Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
An-Nazi'at • Ayat 43
فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَٮٰهَآ ٤٣
MS · Basmeih Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
An-Nazi'at • Ayat 44
إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَـٰهَآ ٤٤
MS · Basmeih Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
An-Nazi'at • Ayat 45
إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَـٰهَا ٤٥
MS · Basmeih Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
An-Nazi'at • Ayat 46
كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَهَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاۡ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَـٰهَا ٤٦
MS · Basmeih (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation