MyQuran360

Surah An-Naba

Surah 78 · 40 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

78. An-Naba 40 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

An-Naba • Ayat 1 Permulaan Juzuk 30
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ ١
MS · Basmeih Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
An-Naba • Ayat 2
عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ ٢
MS · Basmeih Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
An-Naba • Ayat 3
ٱلَّذِى هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ ٣
MS · Basmeih Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
An-Naba • Ayat 4
كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ ٤
MS · Basmeih Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
An-Naba • Ayat 5
ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ ٥
MS · Basmeih Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
An-Naba • Ayat 6
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدًا ٦
MS · Basmeih (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
An-Naba • Ayat 7
وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادًا ٧
MS · Basmeih Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
An-Naba • Ayat 8
وَخَلَقۡنَـٰكُمۡ أَزۡوٰجًا ٨
MS · Basmeih Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
An-Naba • Ayat 9
وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتًا ٩
MS · Basmeih Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
An-Naba • Ayat 10
وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسًا ١٠
MS · Basmeih Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
An-Naba • Ayat 11
وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًا ١١
MS · Basmeih Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
An-Naba • Ayat 12
وَبَنَيۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعًا شِدَادًا ١٢
MS · Basmeih Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
An-Naba • Ayat 13
وَجَعَلۡنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا ١٣
MS · Basmeih Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
An-Naba • Ayat 14
وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡمُعۡصِرٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا ١٤
MS · Basmeih Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
An-Naba • Ayat 15
لِّنُخۡرِجَ بِهِۦ حَبًّا وَنَبَاتًا ١٥
MS · Basmeih Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
An-Naba • Ayat 16
وَجَنَّـٰتٍ أَلۡفَافًا ١٦
MS · Basmeih Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
An-Naba • Ayat 17
إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ كَانَ مِيقَـٰتًا ١٧
MS · Basmeih Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
An-Naba • Ayat 18
يَوۡمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجًا ١٨
MS · Basmeih Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
An-Naba • Ayat 19
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوٰبًا ١٩
MS · Basmeih Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
An-Naba • Ayat 20
وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا ٢٠
MS · Basmeih Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
An-Naba • Ayat 21
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادًا ٢١
MS · Basmeih Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
An-Naba • Ayat 22
لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔـابًا ٢٢
MS · Basmeih Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
An-Naba • Ayat 23
لَّـٰبِثِينَ فِيهَآ أَحۡقَابًا ٢٣
MS · Basmeih Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
An-Naba • Ayat 24
لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرۡدًا وَلَا شَرَابًا ٢٤
MS · Basmeih Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
An-Naba • Ayat 25
إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا ٢٥
MS · Basmeih Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
An-Naba • Ayat 26
جَزَآءً وِفَاقًا ٢٦
MS · Basmeih Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
An-Naba • Ayat 27
إِنَّهُمۡ كَانُواۡ لَا يَرۡجُونَ حِسَابًا ٢٧
MS · Basmeih Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
An-Naba • Ayat 28
وَكَذَّبُواۡ بِـَٔـايَـٰتِنَا كِذَّابًا ٢٨
MS · Basmeih Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
An-Naba • Ayat 29
وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ كِتَـٰبًا ٢٩
MS · Basmeih Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
An-Naba • Ayat 30
فَذُوقُواۡ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا ٣٠
MS · Basmeih (Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
An-Naba • Ayat 31
إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا ٣١
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
An-Naba • Ayat 32
حَدَآئِقَ وَأَعۡنَـٰبًا ٣٢
MS · Basmeih (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
An-Naba • Ayat 33
وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابًا ٣٣
MS · Basmeih Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
An-Naba • Ayat 34
وَكَأۡسًا دِهَاقًا ٣٤
MS · Basmeih Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
An-Naba • Ayat 35
لَّا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوًا وَلَا كِذّٰبًا ٣٥
MS · Basmeih Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;
An-Naba • Ayat 36
جَزَآءً مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابًا ٣٦
MS · Basmeih Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),
An-Naba • Ayat 37
رَّبِّ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا ٱلرَّحۡمَـٰنِ‌ۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابًا ٣٧
MS · Basmeih Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);
An-Naba • Ayat 38
يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ صَفًّا‌ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابًا ٣٨
MS · Basmeih (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.
An-Naba • Ayat 39
ذٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّ‌ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔـابًا ٣٩
MS · Basmeih Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
An-Naba • Ayat 40
إِنَّآ أَنذَرۡنَـٰكُمۡ عَذَابًا قَرِيبًا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَـٰلَيۡتَنِى كُنتُ تُرٰبَۢا ٤٠
MS · Basmeih Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation