MyQuran360

Surah Al-Mursalat

Surah 77 · 50 ayat · Makkiyah · Juzuk 29

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

77. Al-Mursalat 50 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Mursalat • Ayat 1
وَٱلۡمُرۡسَلَـٰتِ عُرۡفًا ١
MS · Basmeih Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
Al-Mursalat • Ayat 2
فَٱلۡعَـٰصِفَـٰتِ عَصۡفًا ٢
MS · Basmeih Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
Al-Mursalat • Ayat 3
وَٱلنَّـٰشِرٰتِ نَشۡرًا ٣
MS · Basmeih Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
Al-Mursalat • Ayat 4
فَٱلۡفَـٰرِقَـٰتِ فَرۡقًا ٤
MS · Basmeih Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
Al-Mursalat • Ayat 5
فَٱلۡمُلۡقِيَـٰتِ ذِكۡرًا ٥
MS · Basmeih Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
Al-Mursalat • Ayat 6
عُذۡرًا أَوۡ نُذۡرًا ٦
MS · Basmeih Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -
Al-Mursalat • Ayat 7
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوٰقِعٌ ٧
MS · Basmeih (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
Al-Mursalat • Ayat 8
فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتۡ ٨
MS · Basmeih Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
Al-Mursalat • Ayat 9
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ فُرِجَتۡ ٩
MS · Basmeih Dan apabila langit terbelah;
Al-Mursalat • Ayat 10
وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ نُسِفَتۡ ١٠
MS · Basmeih Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
Al-Mursalat • Ayat 11
وَإِذَا ٱلرُّسُلُ أُقِّتَتۡ ١١
MS · Basmeih Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
Al-Mursalat • Ayat 12
لِأَىِّ يَوۡمٍ أُجِّلَتۡ ١٢
MS · Basmeih (Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
Al-Mursalat • Ayat 13
لِيَوۡمِ ٱلۡفَصۡلِ ١٣
MS · Basmeih (Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
Al-Mursalat • Ayat 14
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ ١٤
MS · Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
Al-Mursalat • Ayat 15
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١٥
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!
Al-Mursalat • Ayat 16
أَلَمۡ نُهۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٦
MS · Basmeih Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?
Al-Mursalat • Ayat 17
ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأَخِرِينَ ١٧
MS · Basmeih Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
Al-Mursalat • Ayat 18
كَذٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ١٨
MS · Basmeih Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.
Al-Mursalat • Ayat 19
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١٩
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!
Al-Mursalat • Ayat 20
أَلَمۡ نَخۡلُقكُّم مِّن مَّآءٍ مَّهِينٍ ٢٠
MS · Basmeih Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
Al-Mursalat • Ayat 21
فَجَعَلۡنَـٰهُ فِى قَرَارٍ مَّكِينٍ ٢١
MS · Basmeih Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
Al-Mursalat • Ayat 22
إِلَىٰ قَدَرٍ مَّعۡلُومٍ ٢٢
MS · Basmeih Hingga ke suatu masa yang termaklum?
Al-Mursalat • Ayat 23
فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَـٰدِرُونَ ٢٣
MS · Basmeih Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
Al-Mursalat • Ayat 24
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٢٤
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!
Al-Mursalat • Ayat 25
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ كِفَاتًا ٢٥
MS · Basmeih Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -
Al-Mursalat • Ayat 26
أَحۡيَآءً وَأَمۡوٰتًا ٢٦
MS · Basmeih Yang hidup dan yang mati?
Al-Mursalat • Ayat 27
وَجَعَلۡنَا فِيهَا رَوٰسِىَ شَـٰمِخَـٰتٍ وَأَسۡقَيۡنَـٰكُم مَّآءً فُرَاتًا ٢٧
MS · Basmeih Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
Al-Mursalat • Ayat 28
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٢٨
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!
Al-Mursalat • Ayat 29
ٱنطَلِقُوٓاۡ إِلَىٰ مَا كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ٢٩
MS · Basmeih (Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.
Al-Mursalat • Ayat 30
ٱنطَلِقُوٓاۡ إِلَىٰ ظِلٍّ ذِى ثَلَـٰثِ شُعَبٍ ٣٠
MS · Basmeih "Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -
Al-Mursalat • Ayat 31
لَّا ظَلِيلٍ وَلَا يُغۡنِى مِنَ ٱللَّهَبِ ٣١
MS · Basmeih "Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.
Al-Mursalat • Ayat 32
إِنَّهَا تَرۡمِى بِشَرَرٍ كَٱلۡقَصۡرِ ٣٢
MS · Basmeih "Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,
Al-Mursalat • Ayat 33
كَأَنَّهُۥ جِمَـٰلَتٌ صُفۡرٌ ٣٣
MS · Basmeih "(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".
Al-Mursalat • Ayat 34
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٣٤
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).
Al-Mursalat • Ayat 35
هَـٰذَا يَوۡمُ لَا يَنطِقُونَ ٣٥
MS · Basmeih Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
Al-Mursalat • Ayat 36
وَلَا يُؤۡذَنُ لَهُمۡ فَيَعۡتَذِرُونَ ٣٦
MS · Basmeih Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
Al-Mursalat • Ayat 37
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٣٧
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
Al-Mursalat • Ayat 38
هَـٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ‌ۖ جَمَعۡنَـٰكُمۡ وَٱلۡأَوَّلِينَ ٣٨
MS · Basmeih Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
Al-Mursalat • Ayat 39
فَإِن كَانَ لَكُمۡ كَيۡدٌ فَكِيدُونِ ٣٩
MS · Basmeih Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.
Al-Mursalat • Ayat 40
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٠
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!
Al-Mursalat • Ayat 41
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى ظِلَـٰلٍ وَعُيُونٍ ٤١
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -
Al-Mursalat • Ayat 42
وَفَوٰكِهَ مِمَّا يَشۡتَهُونَ ٤٢
MS · Basmeih Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
Al-Mursalat • Ayat 43
كُلُواۡ وَٱشۡرَبُواۡ هَنِيٓـــَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٤٣
MS · Basmeih (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."
Al-Mursalat • Ayat 44
إِنَّا كَذٰلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٤٤
MS · Basmeih Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
Al-Mursalat • Ayat 45
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٥
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
Al-Mursalat • Ayat 46
كُلُواۡ وَتَمَتَّعُواۡ قَلِيلاً إِنَّكُم مُّجۡرِمُونَ ٤٦
MS · Basmeih Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
Al-Mursalat • Ayat 47
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٧
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -
Al-Mursalat • Ayat 48
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرۡكَعُواۡ لَا يَرۡكَعُونَ ٤٨
MS · Basmeih Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
Al-Mursalat • Ayat 49
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ٤٩
MS · Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
Al-Mursalat • Ayat 50
فَبِأَىِّ حَدِيثِۭ بَعۡدَهُۥ يُؤۡمِنُونَ ٥٠
MS · Basmeih (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation