Nur Al-Quran Guest Mode

Sign In
Surah
90. Al-Balad (20 Ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.

Al-Balad Ayah 1
لَآ أُقۡسِمُ بِهَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ ١
La oqsimu bihatha albalad
MS • Basmeih Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
Al-Balad Ayah 2
وَأَنتَ حِلُّۢ بِهَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ ٢
Waanta hillun bihatha albalad
MS • Basmeih Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
Al-Balad Ayah 3
وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ ٣
Wawalidin wama walad
MS • Basmeih Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
Al-Balad Ayah 4
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِى كَبَدٍ ٤
Laqad khalaqna al-insana feekabad
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
Al-Balad Ayah 5
أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدٌ ٥
Ayahsabu an lan yaqdira AAalayhi ahad
MS • Basmeih Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
Al-Balad Ayah 6
يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالاً لُّبَدًا ٦
Yaqoolu ahlaktu malan lubada
MS • Basmeih Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
Al-Balad Ayah 7
أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ ٧
Ayahsabu an lam yarahu ahad
MS • Basmeih Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
Al-Balad Ayah 8
أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ عَيۡنَيۡنِ ٨
Alam najAAal lahu AAaynayn
MS • Basmeih (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
Al-Balad Ayah 9
وَلِسَانًا وَشَفَتَيۡنِ ٩
Walisanan washafatayn
MS • Basmeih Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
Al-Balad Ayah 10
وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ ١٠
Wahadaynahu annajdayn
MS • Basmeih Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Al-Balad Ayah 11
فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ ١١
Fala iqtahama alAAaqaba
MS • Basmeih Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
Al-Balad Ayah 12
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ ١٢
Wama adraka maalAAaqaba
MS • Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
Al-Balad Ayah 13
فَكُّ رَقَبَةٍ ١٣
Fakku raqaba
MS • Basmeih (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
Al-Balad Ayah 14
أَوۡ إِطۡعَـٰمٌ فِى يَوۡمٍ ذِى مَسۡغَبَةٍ ١٤
Aw itAAamun fee yawmin theemasghaba
MS • Basmeih Atau memberi makan pada hari kelaparan -
Al-Balad Ayah 15
يَتِيمًا ذَا مَقۡرَبَةٍ ١٥
Yateeman tha maqraba
MS • Basmeih Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
Al-Balad Ayah 16
أَوۡ مِسۡكِينًا ذَا مَتۡرَبَةٍ ١٦
Aw miskeenan tha matraba
MS • Basmeih Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
Al-Balad Ayah 17
ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَتَوَاصَوۡاۡ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاۡ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ ١٧
Thumma kana mina allatheena amanoowatawasaw bissabri watawasaw bilmarhama
MS • Basmeih Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
Al-Balad Ayah 18
أُوۡلَـٰٓئِكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ ١٨
Ola-ika as-habualmaymana
MS • Basmeih (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
Al-Balad Ayah 19
وَٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ بِـَٔـايَـٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡــَٔمَةِ ١٩
Wallatheena kafaroo bi-ayatinahum as-habu almash-ama
MS • Basmeih Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
Al-Balad Ayah 20
عَلَيۡهِمۡ نَارٌ مُّؤۡصَدَةُۢ ٢٠
AAalayhim narun mu/sada
MS • Basmeih Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation