In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.
Al-Fajr•Ayah 1
وَٱلۡفَجۡرِ١
Walfajr
MS • Basmeih Demi waktu fajar;
Al-Fajr•Ayah 2
وَلَيَالٍعَشۡرٍ٢
Walayalin AAashr
MS • Basmeih Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
Al-Fajr•Ayah 3
وَٱلشَّفۡعِوَٱلۡوَتۡرِ٣
WashshafAAi walwatr
MS • Basmeih Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
Al-Fajr•Ayah 4
وَٱلَّيۡلِإِذَايَسۡرِ٤
Wallayli itha yasr
MS • Basmeih Dan malam, apabila ia berlalu; -
Al-Fajr•Ayah 5
هَلۡفِىذٰلِكَقَسَمٌلِّذِىحِجۡرٍ٥
Hal fee thalika qasamun lithee hijr
MS • Basmeih Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
Al-Fajr•Ayah 6
أَلَمۡتَرَكَيۡفَفَعَلَرَبُّكَبِعَادٍ٦
Alam tara kayfa faAAala rabbuka biAAad
MS • Basmeih (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
Al-Fajr•Ayah 7
إِرَمَذَاتِٱلۡعِمَادِ٧
Irama thati alAAimad
MS • Basmeih Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
Al-Fajr•Ayah 8
ٱلَّتِىلَمۡيُخۡلَقۡمِثۡلُهَافِىٱلۡبِلَـٰدِ٨
Allatee lam yukhlaq mithluha fee albilad
MS • Basmeih Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?
Al-Fajr•Ayah 9
وَثَمُودَٱلَّذِينَجَابُواۡٱلصَّخۡرَبِٱلۡوَادِ٩
Wathamooda allatheena jaboo assakhrabilwad
MS • Basmeih Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?
Al-Fajr•Ayah 10
وَفِرۡعَوۡنَذِىٱلۡأَوۡتَادِ١٠
WafirAAawna thee al-awtad
MS • Basmeih Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
Al-Fajr•Ayah 11
ٱلَّذِينَطَغَوۡاۡفِىٱلۡبِلَـٰدِ١١
Allatheena taghaw fee albilad
MS • Basmeih (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
Al-Fajr•Ayah 12
فَأَكۡثَرُواۡفِيهَاٱلۡفَسَادَ١٢
Faaktharoo feeha alfasad
MS • Basmeih Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
Al-Fajr•Ayah 13
فَصَبَّعَلَيۡهِمۡرَبُّكَسَوۡطَعَذَابٍ١٣
Fasabba AAalayhim rabbuka sawtaAAathab
MS • Basmeih Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
Al-Fajr•Ayah 14
إِنَّرَبَّكَلَبِٱلۡمِرۡصَادِ١٤
Inna rabbaka labilmirsad
MS • Basmeih Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
MS • Basmeih (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Waamma itha ma ibtalahufaqadara AAalayhi rizqahu fayaqoolu rabbee ahanan
MS • Basmeih Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Al-Fajr•Ayah 17
كَلَّاۖبَللَّاتُكۡرِمُونَٱلۡيَتِيمَ١٧
Kalla bal la tukrimoonaalyateem
MS • Basmeih Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
Al-Fajr•Ayah 18
وَلَاتَحَـٰٓضُّونَعَلَىٰطَعَامِٱلۡمِسۡكِينِ١٨
Wala tahaddoona AAala taAAamialmiskeen
MS • Basmeih Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
Al-Fajr•Ayah 19
وَتَأۡكُلُونَٱلتُّرَاثَأَكۡلاًلَّمًّا١٩
Wata/kuloona atturatha aklanlamma
MS • Basmeih Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
Al-Fajr•Ayah 20
وَتُحِبُّونَٱلۡمَالَحُبًّاجَمًّا٢٠
Watuhibboona almala hubbanjamma
MS • Basmeih Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
Al-Fajr•Ayah 21
كَلَّآإِذَادُكَّتِٱلۡأَرۡضُدَكًّادَكًّا٢١
Kalla itha dukkati al-ardudakkan dakka
MS • Basmeih Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
Al-Fajr•Ayah 22
وَجَآءَرَبُّكَوَٱلۡمَلَكُصَفًّاصَفًّا٢٢
Wajaa rabbuka walmalaku saffansaffa
MS • Basmeih Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
MS • Basmeih Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
Al-Fajr•Ayah 24
يَقُولُيَـٰلَيۡتَنِىقَدَّمۡتُلِحَيَاتِى٢٤
Yaqoolu ya laytanee qaddamtu lihayatee
MS • Basmeih Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
Al-Fajr•Ayah 25
فَيَوۡمَئِذٍلَّايُعَذِّبُعَذَابَهُۥٓأَحَدٌ٢٥
Fayawma-ithin la yuAAaththibuAAathabahu ahad
MS • Basmeih Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
Al-Fajr•Ayah 26
وَلَايُوثِقُوَثَاقَهُۥٓأَحَدٌ٢٦
Wala yoothiqu wathaqahu ahad
MS • Basmeih Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
Al-Fajr•Ayah 27
يَـٰٓأَيَّتُهَاٱلنَّفۡسُٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ٢٧
Ya ayyatuha annafsualmutma-inna
MS • Basmeih (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Al-Fajr•Ayah 28
ٱرۡجِعِىٓإِلَىٰرَبِّكِرَاضِيَةًمَّرۡضِيَّةً٢٨
IrjiAAee ila rabbiki radiyatanmardiyya
MS • Basmeih "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
Al-Fajr•Ayah 29
فَٱدۡخُلِىفِىعِبَـٰدِى٢٩
Fadkhulee fee AAibadee
MS • Basmeih "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
Al-Fajr•Ayah 30
وَٱدۡخُلِىجَنَّتِى٣٠
Wadkhulee jannatee
MS • Basmeih "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation