Read with Uthmanic Arabic text, transliteration, Sahih International English translation, and Malay Basmeih translation.
Surah
68. Al-Qalam(52 Ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.
Al-Qalam•Ayah 1
نٓۚوَٱلۡقَلَمِوَمَايَسۡطُرُونَ١
Noon walqalami wama yasturoon
MS • Basmeih Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
Al-Qalam•Ayah 2
مَآأَنتَبِنِعۡمَةِرَبِّكَبِمَجۡنُونٍ٢
Ma anta biniAAmati rabbika bimajnoon
MS • Basmeih Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
Al-Qalam•Ayah 3
وَإِنَّلَكَلَأَجۡرًاغَيۡرَمَمۡنُونٍ٣
Wa-inna laka laajran ghayra mamnoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
Al-Qalam•Ayah 4
وَإِنَّكَلَعَلَىٰخُلُقٍعَظِيمٍ٤
Wa-innaka laAAala khuluqin AAatheem
MS • Basmeih Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
Al-Qalam•Ayah 5
فَسَتُبۡصِرُوَيُبۡصِرُونَ٥
Fasatubsiru wayubsiroon
MS • Basmeih Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
Al-Qalam•Ayah 6
بِأَييِّكُمُٱلۡمَفۡتُونُ٦
Bi-ayyikumu almaftoon
MS • Basmeih Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
Inna rabbaka huwa aAAlamu biman dallaAAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bilmuhtadeen
MS • Basmeih Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Al-Qalam•Ayah 8
فَلَاتُطِعِٱلۡمُكَذِّبِينَ٨
Fala tutiAAi almukaththibeen
MS • Basmeih Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).
Al-Qalam•Ayah 9
وَدُّواۡلَوۡتُدۡهِنُفَيُدۡهِنُونَ٩
Waddoo law tudhinu fayudhinoon
MS • Basmeih Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
Al-Qalam•Ayah 10
وَلَاتُطِعۡكُلَّحَلَّافٍمَّهِينٍ١٠
Wala tutiAA kulla hallafinmaheen
MS • Basmeih Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
Al-Qalam•Ayah 11
هَمَّازٍمَّشَّآءِۭبِنَمِيمٍ١١
Hammazin mashsha-in binameem
MS • Basmeih Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
Al-Qalam•Ayah 12
مَّنَّاعٍلِّلۡخَيۡرِمُعۡتَدٍأَثِيمٍ١٢
MannaAAin lilkhayri muAAtadin atheem
MS • Basmeih Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
Al-Qalam•Ayah 13
عُتُلِّۭبَعۡدَذٰلِكَزَنِيمٍ١٣
AAutullin baAAda thalika zaneem
MS • Basmeih Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
Al-Qalam•Ayah 14
أَنكَانَذَامَالٍوَبَنِينَ١٤
An kana tha malinwabaneen
MS • Basmeih Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
Al-Qalam•Ayah 18
وَلَايَسۡتَثۡنُونَ١٨
Wala yastathnoon
MS • Basmeih Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
MS • Basmeih "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
Al-Qalam•Ayah 25
وَغَدَوۡاۡعَلَىٰحَرۡدٍقَـٰدِرِينَ٢٥
Waghadaw AAala hardin qadireen
MS • Basmeih Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
Al-Qalam•Ayah 26
فَلَمَّارَأَوۡهَاقَالُوٓاۡإِنَّالَضَآلُّونَ٢٦
Falamma raawha qalooinna ladalloon
MS • Basmeih Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
Al-Qalam•Ayah 27
بَلۡنَحۡنُمَحۡرُومُونَ٢٧
Bal nahnu mahroomoon
MS • Basmeih (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
MS • Basmeih Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
AAasa rabbuna an yubdilanakhayran minha inna ila rabbina raghiboon
MS • Basmeih "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
Kathalika alAAathabu walaAAathabual-akhirati akbaru law kanoo yaAAlamoon
MS • Basmeih Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
Al-Qalam•Ayah 35
أَفَنَجۡعَلُٱلۡمُسۡلِمِينَكَٱلۡمُجۡرِمِينَ٣٥
AfanajAAalu almuslimeena kalmujrimeen
MS • Basmeih Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?
Al-Qalam•Ayah 36
مَالَكُمۡكَيۡفَتَحۡكُمُونَ٣٦
Ma lakum kayfa tahkumoon
MS • Basmeih Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
Al-Qalam•Ayah 37
أَمۡلَكُمۡكِتَـٰبٌفِيهِتَدۡرُسُونَ٣٧
Am lakum kitabun feehi tadrusoon
MS • Basmeih Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
Al-Qalam•Ayah 38
إِنَّلَكُمۡفِيهِلَمَاتَخَيَّرُونَ٣٨
Inna lakum feehi lama takhayyaroon
MS • Basmeih Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
Am lakum aymanun AAalayna balighatunila yawmi alqiyamati inna lakum lama tahkumoon
MS • Basmeih Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
Al-Qalam•Ayah 40
سَلۡهُمۡأَيُّهُمبِذٰلِكَزَعِيمٌ٤٠
Salhum ayyuhum bithalika zaAAeem
MS • Basmeih Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?"
Am lahum shurakao falya/too bishuraka-ihimin kanoo sadiqeen
MS • Basmeih Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar.
Yawma yukshafu AAan saqin wayudAAawnaila assujoodi fala yastateeAAoon
MS • Basmeih (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -
MS • Basmeih Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
Fatharnee waman yukaththibubihatha alhadeethi sanastadrijuhum min haythula yaAAlamoon
MS • Basmeih Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
Al-Qalam•Ayah 45
وَأُمۡلِىلَهُمۡۚإِنَّكَيۡدِىمَتِينٌ٤٥
Waomlee lahum inna kaydee mateen
MS • Basmeih Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.
MS • Basmeih Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
Al-Qalam•Ayah 47
أَمۡعِندَهُمُٱلۡغَيۡبُفَهُمۡيَكۡتُبُونَ٤٧
Am AAindahumu alghaybu fahum yaktuboon
MS • Basmeih Atau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
MS • Basmeih Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.
Lawla an tadarakahu niAAmatunmin rabbihi lanubitha bilAAara-i wahuwa mathmoom
MS • Basmeih Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).
MS • Basmeih Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila".
Al-Qalam•Ayah 52
وَمَاهُوَإِلَّاذِكۡرٌلِّلۡعَـٰلَمِينَ٥٢
Wama huwa illa thikrunlilAAalameen
MS • Basmeih Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation