Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
27. An-Naml (93 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

An-Naml Ayah 1
طسٓ‌ۚ تِلۡكَ ءَايَـٰتُ ٱلۡقُرۡءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ ١
Ta-seen tilka ayatualqur-ani wakitabin mubeen
MS • Basmeih Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 2
هُدًى وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ ٢
Hudan wabushra lilmu/mineen
MS • Basmeih Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 3
ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُم بِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ ٣
Allatheena yuqeemoona assalatawayu/toona azzakata wahum bil-akhiratihum yooqinoon
MS • Basmeih Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 4
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأَخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمۡ أَعۡمَـٰلَهُمۡ فَهُمۡ يَعۡمَهُونَ ٤
Inna allatheena la yu/minoonabil-akhirati zayyanna lahum aAAmalahumfahum yaAAmahoon
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 5
أُوۡلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَهُمۡ سُوٓءُ ٱلۡعَذَابِ وَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ هُمُ ٱلۡأَخۡسَرُونَ ٥
Ola-ika allatheena lahum soo-oalAAathabi wahum fee al-akhirati humu al-akhsaroon
MS • Basmeih Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang palig rugi.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 6
وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى ٱلۡقُرۡءَانَ مِن لَّدُنۡ حَكِيمٍ عَلِيمٍ ٦
Wa-innaka latulaqqa alqur-anamin ladun hakeemin AAaleem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 7
إِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِأَهۡلِهِۦٓ إِنِّىٓ ءَانَسۡتُ نَارًا سَـَٔـاتِيكُم مِّنۡهَا بِخَبَرٍ أَوۡ ءَاتِيكُم بِشِهَابٍ قَبَسٍ لَّعَلَّكُمۡ تَصۡطَلُونَ ٧
Ith qala moosa li-ahlihiinnee anastu naran saateekum minhabikhabarin aw ateekum bishihabin qabasinlaAAallakum tastaloon
MS • Basmeih (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: "Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu, atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 8
فَلَمَّا جَآءَهَا نُودِىَ أَنۢ بُورِكَ مَن فِى ٱلنَّارِ وَمَنۡ حَوۡلَهَا وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٨
Falamma jaaha noodiya anboorika man fee annari waman hawlahawasubhana Allahi rabbi alAAalameen
MS • Basmeih Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru: "Berkat yang melimpah-limpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada (di daerah) sekelilingnya; dan Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 9
يَـٰمُوسَىٰٓ إِنَّهُۥٓ أَنَا ٱللَّهُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٩
Ya moosa innahu ana AllahualAAazeezu alhakeem
MS • Basmeih "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 10
وَأَلۡقِ عَصَاكَ‌ۚ فَلَمَّا رَءَاهَا تَهۡتَزُّ كَأَنَّهَا جَآنٌّ وَلَّىٰ مُدۡبِرًا وَلَمۡ يُعَقِّبۡ‌ۚ يَـٰمُوسَىٰ لَا تَخَفۡ إِنِّى لَا يَخَافُ لَدَىَّ ٱلۡمُرۡسَلُونَ ١٠
Waalqi AAasaka falamma raahatahtazzu kaannaha jannun walla mudbiranwalam yuAAaqqib ya moosa la takhaf innee layakhafu ladayya almursaloon
MS • Basmeih Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): " Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 11
إِلَّا مَن ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسۡنَۢا بَعۡدَ سُوٓءٍ فَإِنِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ ١١
Illa man thalama thummabaddala husnan baAAda soo-in fa-innee ghafoorun raheem
MS • Basmeih "Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 12
وَأَدۡخِلۡ يَدَكَ فِى جَيۡبِكَ تَخۡرُجۡ بَيۡضَآءَ مِنۡ غَيۡرِ سُوٓءٍ‌ۖ فِى تِسۡعِ ءَايَـٰتٍ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ وَقَوۡمِهِۦٓ‌ۚ إِنَّهُمۡ كَانُواۡ قَوۡمًا فَـٰسِقِينَ ١٢
Waadkhil yadaka fee jaybika takhruj baydaamin ghayri soo-in fee tisAAi ayatin ilafirAAawna waqawmihi innahum kanoo qawman fasiqeen
MS • Basmeih "Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 13
فَلَمَّا جَآءَتۡهُمۡ ءَايَـٰتُنَا مُبۡصِرَةً قَالُواۡ هَـٰذَا سِحۡرٌ مُّبِينٌ ١٣
Falamma jaat-hum ayatunamubsiratan qaloo hatha sihrun mubeen
MS • Basmeih Maka ketika keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firan dan kaumnya dengan jelas nyata, berkatalah mereka: " ini adalah sihir yang terang nyata!"
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 14
وَجَحَدُواۡ بِهَا وَٱسۡتَيۡقَنَتۡهَآ أَنفُسُهُمۡ ظُلۡمًا وَعُلُوًّا‌ۚ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ١٤
Wajahadoo biha wastayqanat-haanfusuhum thulman waAAuluwwan fanthurkayfa kana AAaqibatu almufsideen
MS • Basmeih Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 15
وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا دَاوُۥدَ وَسُلَيۡمَـٰنَ عِلۡمًا‌ۖ وَقَالَا ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّنۡ عِبَادِهِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٥
Walaqad atayna dawoodawasulaymana AAilman waqala alhamdulillahi allathee faddalana AAalakatheerin min AAibadihi almu/mineen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 16
وَوَرِثَ سُلَيۡمَـٰنُ دَاوُۥدَ‌ۖ وَقَالَ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ عُلِّمۡنَا مَنطِقَ ٱلطَّيۡرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَىۡءٍ‌ۖ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡمُبِينُ ١٦
Wawaritha sulaymanu dawoodawaqala ya ayyuha annasuAAullimna mantiqa attayri waooteenamin kulli shay-in inna hatha lahuwa alfadlualmubeen
MS • Basmeih Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 17
وَحُشِرَ لِسُلَيۡمَـٰنَ جُنُودُهُۥ مِنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ وَٱلطَّيۡرِ فَهُمۡ يُوزَعُونَ ١٧
Wahushira lisulaymanajunooduhu mina aljinni wal-insi wattayrifahum yoozaAAoon
MS • Basmeih Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 18
حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَوۡاۡ عَلَىٰ وَادِ ٱلنَّمۡلِ قَالَتۡ نَمۡلَةٌ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّمۡلُ ٱدۡخُلُواۡ مَسَـٰكِنَكُمۡ لَا يَحۡطِمَنَّكُمۡ سُلَيۡمَـٰنُ وَجُنُودُهُۥ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ ١٨
Hatta itha ataw AAalawadi annamli qalat namlatun ya ayyuhaannamlu odkhuloo masakinakum la yahtimannakumsulaymanu wajunooduhu wahum la yashAAuroon
MS • Basmeih (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 19
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوۡلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وٰلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحًا تَرۡضَـٰهُ وَأَدۡخِلۡنِى بِرَحۡمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٩
Fatabassama dahikan min qawlihawaqala rabbi awziAAnee an ashkura niAAmataka allateeanAAamta AAalayya waAAala walidayya waan aAAmala salihantardahu waadkhilnee birahmatika fee AAibadikaassaliheen
MS • Basmeih Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 20
وَتَفَقَّدَ ٱلطَّيۡرَ فَقَالَ مَا لِىَ لَآ أَرَى ٱلۡهُدۡهُدَ أَمۡ كَانَ مِنَ ٱلۡغَآئِبِينَ ٢٠
Watafaqqada attayra faqalama liya la ara alhudhuda am kana minaalgha-ibeen
MS • Basmeih Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 21
لَأُعَذِّبَنَّهُۥ عَذَابًا شَدِيدًا أَوۡ لَأَاۡذۡبَحَنَّهُۥٓ أَوۡ لَيَأۡتِيَنِّى بِسُلۡطَـٰنٍ مُّبِينٍ ٢١
LaoAAaththibannahu AAathabanshadeedan aw laathbahannahu aw laya/tiyannee bisultaninmubeen
MS • Basmeih "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 22
فَمَكَثَ غَيۡرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمۡ تُحِطۡ بِهِۦ وَجِئۡتُكَ مِن سَبَإِۭ بِنَبَإٍ يَقِينٍ ٢٢
Famakatha ghayra baAAeedin faqala ahattubima lam tuhit bihi waji/tuka min saba-inbinaba-in yaqeen
MS • Basmeih Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 23
إِنِّى وَجَدتُّ ٱمۡرَأَةً تَمۡلِكُهُمۡ وَأُوتِيَتۡ مِن كُلِّ شَىۡءٍ وَلَهَا عَرۡشٌ عَظِيمٌ ٢٣
Innee wajadtu imraatan tamlikuhum waootiyatmin kulli shay-in walaha AAarshun AAatheem
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 24
وَجَدتُّهَا وَقَوۡمَهَا يَسۡجُدُونَ لِلشَّمۡسِ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَعۡمَـٰلَهُمۡ فَصَدَّهُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ فَهُمۡ لَا يَهۡتَدُونَ ٢٤
Wajadtuha waqawmaha yasjudoonalishshamsi min dooni Allahi wazayyana lahumu ashshaytanuaAAmalahum fasaddahum AAani assabeeli fahumla yahtadoon
MS • Basmeih "Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 25
أَلَّا يَسۡجُدُواۡ لِلَّهِ ٱلَّذِى يُخۡرِجُ ٱلۡخَبۡءَ فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَيَعۡلَمُ مَا تُخۡفُونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ ٢٥
Alla yasjudoo lillahi allatheeyukhriju alkhabaa fee assamawati wal-ardiwayaAAlamu ma tukhfoona wama tuAAlinoon
MS • Basmeih "(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 26 ۩ Sajdah
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ ۩
Allahu la ilaha illahuwa rabbu alAAarshi alAAatheem
MS • Basmeih "Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 27
۞قَالَ سَنَنظُرُ أَصَدَقۡتَ أَمۡ كُنتَ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ ٢٧
Qala sananthuru asadaqtaam kunta mina alkathibeen
MS • Basmeih Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 28
ٱذۡهَب بِّكِتَـٰبِى هَـٰذَا فَأَلۡقِهۡ إِلَيۡهِمۡ ثُمَّ تَوَلَّ عَنۡهُمۡ فَٱنظُرۡ مَاذَا يَرۡجِعُونَ ٢٨
Ithhab bikitabee hathafaalqih ilayhim thumma tawalla AAanhum fanthurmatha yarjiAAoon
MS • Basmeih "Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 29
قَالَتۡ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمَلَؤُاۡ إِنِّىٓ أُلۡقِىَ إِلَىَّ كِتَـٰبٌ كَرِيمٌ ٢٩
Qalat ya ayyuha almalaoinnee olqiya ilayya kitabun kareem
MS • Basmeih (Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 30
إِنَّهُۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣٠
Innahu min sulaymana wa-innahu bismiAllahi arrahmani arraheem
MS • Basmeih "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 31
أَلَّا تَعۡلُواۡ عَلَىَّ وَأۡتُونِى مُسۡلِمِينَ ٣١
Alla taAAloo AAalayya wa/tooneemuslimeen
MS • Basmeih " `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ' "
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 32
قَالَتۡ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمَلَؤُاۡ أَفۡتُونِى فِىٓ أَمۡرِى مَا كُنتُ قَاطِعَةً أَمۡرًا حَتَّىٰ تَشۡهَدُونِ ٣٢
Qalat ya ayyuha almalaoaftoonee fee amree ma kuntu qatiAAatan amran hattatashhadoon
MS • Basmeih Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 33
قَالُواۡ نَحۡنُ أُوۡلُواۡ قُوَّةٍ وَأُوۡلُواۡ بَأۡسٍ شَدِيدٍ وَٱلۡأَمۡرُ إِلَيۡكِ فَٱنظُرِى مَاذَا تَأۡمُرِينَ ٣٣
Qaloo nahnu oloo quwwatinwaoloo ba/sin shadeedin wal-amru ilayki fanthureematha ta/mureen
MS • Basmeih Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 34
قَالَتۡ إِنَّ ٱلۡمُلُوكَ إِذَا دَخَلُواۡ قَرۡيَةً أَفۡسَدُوهَا وَجَعَلُوٓاۡ أَعِزَّةَ أَهۡلِهَآ أَذِلَّةً‌ۖ وَكَذٰلِكَ يَفۡعَلُونَ ٣٤
Qalat inna almulooka ithadakhaloo qaryatan afsadooha wajaAAaloo aAAizzata ahlihaathillatan wakathalika yafAAaloon
MS • Basmeih Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 35
وَإِنِّى مُرۡسِلَةٌ إِلَيۡهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةُۢ بِمَ يَرۡجِعُ ٱلۡمُرۡسَلُونَ ٣٥
Wa-innee mursilatun ilayhim bihadiyyatin fanathiratunbima yarjiAAu almursaloon
MS • Basmeih "Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita"
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 36
فَلَمَّا جَآءَ سُلَيۡمَـٰنَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَآ ءَاتَـٰنِۦَ ٱللَّهُ خَيۡرٌ مِّمَّآ ءَاتَـٰكُم بَلۡ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمۡ تَفۡرَحُونَ ٣٦
Falamma jaa sulaymana qalaatumiddoonani bimalin fama ataniyaAllahu khayrun mimma atakum bal antumbihadiyyatikum tafrahoon
MS • Basmeih Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 37
ٱرۡجِعۡ إِلَيۡهِمۡ فَلَنَأۡتِيَنَّهُم بِجُنُودٍ لَّا قِبَلَ لَهُم بِهَا وَلَنُخۡرِجَنَّهُم مِّنۡهَآ أَذِلَّةً وَهُمۡ صَـٰغِرُونَ ٣٧
IrjiAA ilayhim falana/tiyannahum bijunoodinla qibala lahum biha walanukhrijannahum minhaathillatan wahum saghiroon
MS • Basmeih "Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan."
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 38
قَالَ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمَلَؤُاۡ أَيُّكُمۡ يَأۡتِينِى بِعَرۡشِهَا قَبۡلَ أَن يَأۡتُونِى مُسۡلِمِينَ ٣٨
Qala ya ayyuha almalaoayyukum ya/teenee biAAarshiha qabla an ya/toonee muslimeen
MS • Basmeih Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 39
قَالَ عِفۡرِيتٌ مِّنَ ٱلۡجِنِّ أَنَاۡ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبۡلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ‌ۖ وَإِنِّى عَلَيۡهِ لَقَوِىٌّ أَمِينٌ ٣٩
Qala AAifreetun mina aljinni anaateeka bihi qabla an taqooma min maqamika wa-inneAAalayhi laqawiyyun ameen
MS • Basmeih Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 40
قَالَ ٱلَّذِى عِندَهُۥ عِلۡمٌ مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِ أَنَاۡ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبۡلَ أَن يَرۡتَدَّ إِلَيۡكَ طَرۡفُكَ‌ۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسۡتَقِرًّا عِندَهُۥ قَالَ هَـٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّى لِيَبۡلُوَنِىٓ ءَأَشۡكُرُ أَمۡ أَكۡفُرُ‌ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ كَرِيمٌ ٤٠
Qala allathee AAindahu AAilmunmina alkitabi ana ateeka bihi qabla anyartadda ilayka tarfuka falamma raahumustaqirran AAindahu qala hatha min fadlirabbee liyabluwanee aashkuru am akfuru waman shakara fa-innamayashkuru linafsihi waman kafara fa-inna rabbee ghaniyyun kareem
MS • Basmeih Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 41
قَالَ نَكِّرُواۡ لَهَا عَرۡشَهَا نَنظُرۡ أَتَهۡتَدِىٓ أَمۡ تَكُونُ مِنَ ٱلَّذِينَ لَا يَهۡتَدُونَ ٤١
Qala nakkiroo laha AAarshahananthur atahtadee am takoonu mina allatheenala yahtadoon
MS • Basmeih Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 42
فَلَمَّا جَآءَتۡ قِيلَ أَهَـٰكَذَا عَرۡشُكِ‌ۖ قَالَتۡ كَأَنَّهُۥ هُوَ‌ۚ وَأُوتِينَا ٱلۡعِلۡمَ مِن قَبۡلِهَا وَكُنَّا مُسۡلِمِينَ ٤٢
Falamma jaat qeela ahakathaAAarshuki qalat kaannahu huwa waooteena alAAilmamin qabliha wakunna muslimeen
MS • Basmeih Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 43
وَصَدَّهَا مَا كَانَت تَّعۡبُدُ مِن دُونِ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّهَا كَانَتۡ مِن قَوۡمٍ كَـٰفِرِينَ ٤٣
Wasaddaha ma kanattaAAbudu min dooni Allahi innaha kanat minqawmin kafireen
MS • Basmeih Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 44
قِيلَ لَهَا ٱدۡخُلِى ٱلصَّرۡحَ‌ۖ فَلَمَّا رَأَتۡهُ حَسِبَتۡهُ لُجَّةً وَكَشَفَتۡ عَن سَاقَيۡهَا‌ۚ قَالَ إِنَّهُۥ صَرۡحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ‌ۗ قَالَتۡ رَبِّ إِنِّى ظَلَمۡتُ نَفۡسِى وَأَسۡلَمۡتُ مَعَ سُلَيۡمَـٰنَ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٤٤
Qeela laha odkhulee assarhafalamma raat-hu hasibat-hu lujjatan wakashafat AAansaqayha qala innahu sarhunmumarradun min qawareera qalat rabbi innee thalamtunafsee waaslamtu maAAa sulaymana lillahi rabbi alAAalameen
MS • Basmeih (Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 45
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَـٰلِحًا أَنِ ٱعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ فَإِذَا هُمۡ فَرِيقَانِ يَخۡتَصِمُونَ ٤٥
Walaqad arsalna ila thamoodaakhahum salihan ani oAAbudoo Allahafa-itha hum fareeqani yakhtasimoon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): "Sembahlah kamu akan Allah!" Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 46
قَالَ يَـٰقَوۡمِ لِمَ تَسۡتَعۡجِلُونَ بِٱلسَّيِّئَةِ قَبۡلَ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ لَوۡلَا تَسۡتَغۡفِرُونَ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ٤٦
Qala ya qawmi limatastaAAjiloona bissayyi-ati qabla alhasanati lawlatastaghfiroona Allaha laAAallakum turhamoon
MS • Basmeih Nabi Soleh berkata (kepada puak kafir): "Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu, (tidak) mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat."
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 47
قَالُواۡ ٱطَّيَّرۡنَا بِكَ وَبِمَن مَّعَكَ‌ۚ قَالَ طَـٰٓئِرُكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ‌ۖ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ تُفۡتَنُونَ ٤٧
Qaloo ittayyarna bikawabiman maAAaka qala ta-irukum AAinda Allahibal antum qawmun tuftanoon
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu, dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu!" Nabi Soleh berkata: Perkara yang menyebabkan baik dan malang kamu adalah di sisi Allah (dan Dia lah yang menentukannya, bukannya aku), sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu)".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 48
وَكَانَ فِى ٱلۡمَدِينَةِ تِسۡعَةُ رَهۡطٍ يُفۡسِدُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا يُصۡلِحُونَ ٤٨
Wakana fee almadeenati tisAAatu rahtinyufsidoona fee al-ardi wala yuslihoon
MS • Basmeih Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 49
قَالُواۡ تَقَاسَمُواۡ بِٱللَّهِ لَنُبَيِّتَنَّهُۥ وَأَهۡلَهُۥ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِۦ مَا شَهِدۡنَا مَهۡلِكَ أَهۡلِهِۦ وَإِنَّا لَصَـٰدِقُونَ ٤٩
Qaloo taqasamoo billahilanubayyitannahu waahlahu thumma lanaqoolanna liwaliyyihi mashahidna mahlika ahlihi wa-inna lasadiqoon
MS • Basmeih Mereka berkata (sesama sendiri): "Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: ` Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya, dan sesungguhnya kami adalah berkata benar '. "
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 50
وَمَكَرُواۡ مَكۡرًا وَمَكَرۡنَا مَكۡرًا وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ ٥٠
Wamakaroo makran wamakarna makranwahum la yashAAuroon
MS • Basmeih Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 51
فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ مَكۡرِهِمۡ أَنَّا دَمَّرۡنَـٰهُمۡ وَقَوۡمَهُمۡ أَجۡمَعِينَ ٥١
Fanthur kayfa kanaAAaqibatu makrihim anna dammarnahumwaqawmahum ajmaAAeen
MS • Basmeih Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 52
فَتِلۡكَ بُيُوتُهُمۡ خَاوِيَةَۢ بِمَا ظَلَمُوٓاۡ‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً لِّقَوۡمٍ يَعۡلَمُونَ ٥٢
Fatilka buyootuhum khawiyatan bimathalamoo inna fee thalika laayatanliqawmin yaAAlamoon
MS • Basmeih Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 53
وَأَنجَيۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَكَانُواۡ يَتَّقُونَ ٥٣
Waanjayna allatheena amanoowakanoo yattaqoon
MS • Basmeih Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 54
وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦٓ أَتَأۡتُونَ ٱلۡفَـٰحِشَةَ وَأَنتُمۡ تُبۡصِرُونَ ٥٤
Walootan ith qalaliqawmihi ata/toona alfahishata waantum tubsiroon
MS • Basmeih Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 55
أَئِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلرِّجَالَ شَهۡوَةً مِّن دُونِ ٱلنِّسَآءِ‌ۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ تَجۡهَلُونَ ٥٥
A-innakum lata/toona arrijalashahwatan min dooni annisa-i bal antum qawmuntajhaloon
MS • Basmeih "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 56
۞فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاۡ أَخۡرِجُوٓاۡ ءَالَ لُوطٍ مِّن قَرۡيَتِكُمۡ‌ۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ ٥٦
Fama kana jawabaqawmihi illa an qaloo akhrijoo ala lootinmin qaryatikum innahum onasun yatatahharoon
MS • Basmeih Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci ".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 57
فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ إِلَّا ٱمۡرَأَتَهُۥ قَدَّرۡنَـٰهَا مِنَ ٱلۡغَـٰبِرِينَ ٥٧
Faanjaynahu waahlahu illaimraatahu qaddarnaha mina alghabireen
MS • Basmeih Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 58
وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرًا‌ۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلۡمُنذَرِينَ ٥٨
Waamtarna AAalayhim mataranfasaa mataru almunthareen
MS • Basmeih Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 59
قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ وَسَلَـٰمٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَىٰٓ‌ۗ ءَآللَّهُ خَيۡرٌ أَمَّا يُشۡرِكُونَ ٥٩
Quli alhamdu lillahi wasalamunAAala AAibadihi allatheena istafaallahu khayrun amma yushrikoon
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 60
أَمَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَنۢبَتۡنَا بِهِۦ حَدَآئِقَ ذَاتَ بَهۡجَةٍ مَّا كَانَ لَكُمۡ أَن تُنۢبِتُواۡ شَجَرَهَآ‌ۗ أَءِلَـٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ بَلۡ هُمۡ قَوۡمٌ يَعۡدِلُونَ ٦٠
Amman khalaqa assamawatiwal-arda waanzala lakum mina assama-imaan faanbatna bihi hada-iqa thatabahjatin ma kana lakum an tunbitoo shajarahaa-ilahun maAAa Allahi bal hum qawmun yaAAdiloon
MS • Basmeih Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 61
أَمَّن جَعَلَ ٱلۡأَرۡضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَـٰلَهَآ أَنۡهَـٰرًا وَجَعَلَ لَهَا رَوٰسِىَ وَجَعَلَ بَيۡنَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ حَاجِزًا‌ۗ أَءِلَـٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٦١
Amman jaAAala al-arda qararanwajaAAala khilalaha anharan wajaAAala laharawasiya wajaAAala bayna albahrayni hajizana-ilahun maAAa Allahi bal aktharuhum layaAAlamoon
MS • Basmeih Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 62
أَمَّن يُجِيبُ ٱلۡمُضۡطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكۡشِفُ ٱلسُّوٓءَ وَيَجۡعَلُكُمۡ خُلَفَآءَ ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ أَءِلَـٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ ٦٢
Amman yujeebu almudtarra ithadaAAahu wayakshifu assoo-a wayajAAalukum khulafaaal-ardi a-ilahun maAAa Allahi qaleelan matathakkaroon
MS • Basmeih Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 63
أَمَّن يَهۡدِيكُمۡ فِى ظُلُمَـٰتِ ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَمَن يُرۡسِلُ ٱلرِّيَـٰحَ بُشۡرَۢا بَيۡنَ يَدَىۡ رَحۡمَتِهِۦٓ‌ۗ أَءِلَـٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ تَعَـٰلَى ٱللَّهُ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٦٣
Amman yahdeekum fee thulumatialbarri walbahri waman yursilu arriyahabushran bayna yaday rahmatihi a-ilahun maAAa AllahitaAAala Allahu AAamma yushrikoon
MS • Basmeih Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 64
أَمَّن يَبۡدَؤُاۡ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَمَن يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۗ أَءِلَـٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ قُلۡ هَاتُواۡ بُرۡهَـٰنَكُمۡ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ ٦٤
Amman yabdao alkhalqa thumma yuAAeeduhuwaman yarzuqukum mina assama-i wal-ardia-ilahun maAAa Allahi qul hatoo burhanakumin kuntum sadiqeen
MS • Basmeih Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 65
قُل لَّا يَعۡلَمُ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَيۡبَ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۚ وَمَا يَشۡعُرُونَ أَيَّانَ يُبۡعَثُونَ ٦٥
Qul la yaAAlamu man fee assamawatiwal-ardi alghayba illa Allahu wamayashAAuroona ayyana yubAAathoon
MS • Basmeih Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 66
بَلِ ٱدّٰرَكَ عِلۡمُهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ بَلۡ هُمۡ فِى شَكٍّ مِّنۡهَا‌ۖ بَلۡ هُم مِّنۡهَا عَمُونَ ٦٦
Bali iddaraka AAilmuhum fee al-akhiratibal hum fee shakkin minha bal hum minha AAamoon
MS • Basmeih Bahkan mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat (tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada dalam syak mengenainya; bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 67
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاۡ أَءِذَا كُنَّا تُرٰبًا وَءَابَآؤُنَآ أَئِنَّا لَمُخۡرَجُونَ ٦٧
Waqala allatheena kafaroo a-ithakunna turaban waabaona a-innalamukhrajoon
MS • Basmeih Dan orang-orang yang kafir berkata: "Adakah sesudah kami menjadi tanah, dan juga datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 68
لَقَدۡ وُعِدۡنَا هَـٰذَا نَحۡنُ وَءَابَآؤُنَا مِن قَبۡلُ إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّآ أَسَـٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٦٨
Laqad wuAAidna hatha nahnuwaabaona min qablu in hatha illaasateeru al-awwaleen
MS • Basmeih "Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan dengan perkara ini, kami dan juga datuk nenek kami dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 69
قُلۡ سِيرُواۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواۡ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ٦٩
Qul seeroo fee al-ardi fanthurookayfa kana AAaqibatu almujrimeen
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 70
وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَلَا تَكُن فِى ضَيۡقٍ مِّمَّا يَمۡكُرُونَ ٧٠
Wala tahzan AAalayhim walatakun fee dayqin mimma yamkuroon
MS • Basmeih Dan janganlah engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,) dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 71
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ ٧١
Wayaqooloona mata hathaalwaAAdu in kuntum sadiqeen
MS • Basmeih Dan mereka bertanya: "Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 72
قُلۡ عَسَىٰٓ أَن يَكُونَ رَدِفَ لَكُم بَعۡضُ ٱلَّذِى تَسۡتَعۡجِلُونَ ٧٢
Qul AAasa an yakoona radifa lakumbaAAdu allathee tastaAAjiloon
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 73
وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَشۡكُرُونَ ٧٣
Wa-inna rabbaka lathoo fadlinAAala annasi walakinna aktharahum layashkuroon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 74
وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعۡلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمۡ وَمَا يُعۡلِنُونَ ٧٤
Wa-inna rabbaka layaAAlamu ma tukinnusudooruhum wama yuAAlinoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 75
وَمَا مِنۡ غَآئِبَةٍ فِى ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍ مُّبِينٍ ٧٥
Wama min gha-ibatin fee assama-iwal-ardi illa fee kitabin mubeen
MS • Basmeih Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 76
إِنَّ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَقُصُّ عَلَىٰ بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ أَكۡثَرَ ٱلَّذِى هُمۡ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ ٧٦
Inna hatha alqur-ana yaqussuAAala banee isra-eela akthara allathee humfeehi yakhtalifoon
MS • Basmeih Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal ugama) yang mereka berselisihan padanya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 77
وَإِنَّهُۥ لَهُدًى وَرَحۡمَةٌ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ ٧٧
Wa-innahu lahudan warahmatunlilmu/mineen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 78
إِنَّ رَبَّكَ يَقۡضِى بَيۡنَهُم بِحُكۡمِهِۦ‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡعَلِيمُ ٧٨
Inna rabbaka yaqdee baynahum bihukmihiwahuwa alAAazeezu alAAaleem
MS • Basmeih Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya, dan Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 79
فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّكَ عَلَى ٱلۡحَقِّ ٱلۡمُبِينِ ٧٩
Fatawakkal AAala Allahi innakaAAala alhaqqi almubeen
MS • Basmeih Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 80
إِنَّكَ لَا تُسۡمِعُ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَلَا تُسۡمِعُ ٱلصُّمَّ ٱلدُّعَآءَ إِذَا وَلَّوۡاۡ مُدۡبِرِينَ ٨٠
Innaka la tusmiAAu almawta walatusmiAAu assumma adduAAaa ithawallaw mudbireen
MS • Basmeih Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 81
وَمَآ أَنتَ بِهَـٰدِى ٱلۡعُمۡىِ عَن ضَلَـٰلَتِهِمۡ‌ۖ إِن تُسۡمِعُ إِلَّا مَن يُؤۡمِنُ بِـَٔـايَـٰتِنَا فَهُم مُّسۡلِمُونَ ٨١
Wama anta bihadee alAAumyiAAan dalalatihim in tusmiAAu illa manyu/minu bi-ayatina fahum muslimoon
MS • Basmeih Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 82
۞وَإِذَا وَقَعَ ٱلۡقَوۡلُ عَلَيۡهِمۡ أَخۡرَجۡنَا لَهُمۡ دَآبَّةً مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ تُكَلِّمُهُمۡ أَنَّ ٱلنَّاسَ كَانُواۡ بِـَٔـايَـٰتِنَا لَا يُوقِنُونَ ٨٢
Wa-itha waqaAAa alqawlu AAalayhimakhrajna lahum dabbatan mina al-arditukallimuhum anna annasa kanoo bi-ayatinala yooqinoon
MS • Basmeih Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 83
وَيَوۡمَ نَحۡشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوۡجًا مِّمَّن يُكَذِّبُ بِـَٔـايَـٰتِنَا فَهُمۡ يُوزَعُونَ ٨٣
Wayawma nahshuru min kulli ommatinfawjan mimman yukaththibu bi-ayatinafahum yoozaAAoon
MS • Basmeih Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 84
حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُو قَالَ أَكَذَّبۡتُم بِـَٔـايَـٰتِى وَلَمۡ تُحِيطُواۡ بِهَا عِلۡمًا أَمَّاذَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٨٤
Hatta itha jaooqala akaththabtum bi-ayatee walam tuheetoobiha AAilman ammatha kuntum taAAmaloon
MS • Basmeih Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman: "Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?"
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 85
وَوَقَعَ ٱلۡقَوۡلُ عَلَيۡهِم بِمَا ظَلَمُواۡ فَهُمۡ لَا يَنطِقُونَ ٨٥
WawaqaAAa alqawlu AAalayhim bima thalamoofahum la yantiqoon
MS • Basmeih Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar), lalu mereka diam membisu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 86
أَلَمۡ يَرَوۡاۡ أَنَّا جَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِيَسۡكُنُواۡ فِيهِ وَٱلنَّهَارَ مُبۡصِرًا‌ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَـٰتٍ لِّقَوۡمٍ يُؤۡمِنُونَ ٨٦
Alam yaraw anna jaAAalnaallayla liyaskunoo feehi wannahara mubsiraninna fee thalika laayatin liqawmin yu/minoon
MS • Basmeih Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 87
وَيَوۡمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ وَكُلٌّ أَتَوۡهُ دٰخِرِينَ ٨٧
Wayawma yunfakhu fee assoorifafaziAAa man fee assamawati waman feeal-ardi illa man shaa Allahu wakullunatawhu dakhireen
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 88
وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُهَا جَامِدَةً وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ‌ۚ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَىۡءٍ‌ۚ إِنَّهُۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ ٨٨
Watara aljibala tahsabuhajamidatan wahiya tamurru marra assahabi sunAAaAllahi allathee atqana kulla shay-in innahukhabeerun bima tafAAaloon
MS • Basmeih Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 89
مَن جَآءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُۥ خَيۡرٌ مِّنۡهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوۡمَئِذٍ ءَامِنُونَ ٨٩
Man jaa bilhasanatifalahu khayrun minha wahum min fazaAAin yawma-ithinaminoon
MS • Basmeih Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 90
وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَكُبَّتۡ وُجُوهُهُمۡ فِى ٱلنَّارِ هَلۡ تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٩٠
Waman jaa bissayyi-atifakubbat wujoohuhum fee annari hal tujzawna illama kuntum taAAmaloon
MS • Basmeih Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya) maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 91
إِنَّمَآ أُمِرۡتُ أَنۡ أَعۡبُدَ رَبَّ هَـٰذِهِ ٱلۡبَلۡدَةِ ٱلَّذِى حَرَّمَهَا وَلَهُۥ كُلُّ شَىۡءٍ‌ۖ وَأُمِرۡتُ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٩١
Innama omirtu an aAAbuda rabba hathihialbaldati allathee harramaha walahu kullushay-in waomirtu an akoona mina almuslimeen
MS • Basmeih (Katakanlah wahai Muhammad):" Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segala-galanya; dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), -
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 92
وَأَنۡ أَتۡلُوَاۡ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۖ فَمَنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهۡتَدِى لِنَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَن ضَلَّ فَقُلۡ إِنَّمَآ أَنَاۡ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ ٩٢
Waan atluwa alqur-ana famani ihtadafa-innama yahtadee linafsihi waman dalla faqulinnama ana mina almunthireen
MS • Basmeih "Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran". Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Naml Ayah 93
وَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ فَتَعۡرِفُونَهَا‌ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ ٩٣
Waquli alhamdu lillahisayureekum ayatihi fataAArifoonaha wamarabbuka bighafilin AAamma taAAmaloon
MS • Basmeih Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)"; dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir