طسٓمٓ ١
Ta-seen-meem
MS • Basmeih Taa, Siin, Miim.
Audio (Mishary) Tafsir
تِلۡكَ ءَايَـٰتُ ٱلۡكِتَـٰبِ ٱلۡمُبِينِ ٢
Tilka ayatu alkitabialmubeen
MS • Basmeih Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.
Audio (Mishary) Tafsir
لَعَلَّكَ بَـٰخِعٌ نَّفۡسَكَ أَلَّا يَكُونُواۡ مُؤۡمِنِينَ ٣
LaAAallaka bakhiAAun nafsaka allayakoonoo mu/mineen
MS • Basmeih Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
إِن نَّشَأۡ نُنَزِّلۡ عَلَيۡهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ءَايَةً فَظَلَّتۡ أَعۡنَـٰقُهُمۡ لَهَا خَـٰضِعِينَ ٤
In nasha/ nunazzil AAalayhim mina assama-iayatan fathallat aAAnaquhum lahakhadiAAeen
MS • Basmeih Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِكۡرٍ مِّنَ ٱلرَّحۡمَـٰنِ مُحۡدَثٍ إِلَّا كَانُواۡ عَنۡهُ مُعۡرِضِينَ ٥
Wama ya/teehim min thikrin minaarrahmani muhdathin illa kanooAAanhu muAArideen
MS • Basmeih Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
Audio (Mishary) Tafsir
فَقَدۡ كَذَّبُواۡ فَسَيَأۡتِيهِمۡ أَنۢبَـٰٓؤُاۡ مَا كَانُواۡ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ٦
Faqad kaththaboo fasaya/teehim anbaoma kanoo bihi yastahzi-oon
MS • Basmeih Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.
Audio (Mishary) Tafsir
أَوَلَمۡ يَرَوۡاۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَمۡ أَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٍ كَرِيمٍ ٧
Awa lam yaraw ila al-ardi kamanbatna feeha min kulli zawjin kareem
MS • Basmeih Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةًۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ٨
Inna fee thalika laayatan wamakana aktharuhum mu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ٩
Wa-inna rabbaka lahuwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِذۡ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئۡتِ ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٠
Wa-ith nada rabbukamoosa ani i/ti alqawma aththalimeen
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -
Audio (Mishary) Tafsir
قَوۡمَ فِرۡعَوۡنَۚ أَلَا يَتَّقُونَ ١١
Qawma firAAawna ala yattaqoon
MS • Basmeih "Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ ١٢
Qala rabbi innee akhafu anyukaththiboon
MS • Basmeih Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.
Audio (Mishary) Tafsir
وَيَضِيقُ صَدۡرِى وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِى فَأَرۡسِلۡ إِلَىٰ هَـٰرُونَ ١٣
Wayadeequ sadree walayantaliqu lisanee faarsil ila haroon
MS • Basmeih "Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَهُمۡ عَلَىَّ ذَنۢبٌ فَأَخَافُ أَن يَقۡتُلُونِ ١٤
Walahum AAalayya thanbun faakhafuan yaqtuloon
MS • Basmeih "Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ كَلَّاۖ فَٱذۡهَبَا بِـَٔـايَـٰتِنَآۖ إِنَّا مَعَكُم مُّسۡتَمِعُونَ ١٥
Qala kalla fathhababi-ayatina inna maAAakum mustamiAAoon
MS • Basmeih Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
Audio (Mishary) Tafsir
فَأۡتِيَا فِرۡعَوۡنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٦
Fa/tiya firAAawna faqoola innarasoolu rabbi alAAalameen
MS • Basmeih "Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary) Tafsir
أَنۡ أَرۡسِلۡ مَعَنَا بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ١٧
An arsil maAAana banee isra-eel
MS • Basmeih "Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ أَلَمۡ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثۡتَ فِينَا مِنۡ عُمُرِكَ سِنِينَ ١٨
Qala alam nurabbika feenawaleedan walabithta feena min AAumurika sineen
MS • Basmeih Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
Audio (Mishary) Tafsir
وَفَعَلۡتَ فَعۡلَتَكَ ٱلَّتِى فَعَلۡتَ وَأَنتَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ ١٩
WafaAAalta faAAlataka allatee faAAaltawaanta mina alkafireen
MS • Basmeih "Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ فَعَلۡتُهَآ إِذًا وَأَنَاۡ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ٢٠
Qala faAAaltuha ithanwaana mina addalleen
MS • Basmeih Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
Audio (Mishary) Tafsir
فَفَرَرۡتُ مِنكُمۡ لَمَّا خِفۡتُكُمۡ فَوَهَبَ لِى رَبِّى حُكۡمًا وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ٢١
Fafarartu minkum lamma khiftukumfawahaba lee rabbee hukman wajaAAalanee mina almursaleen
MS • Basmeih "Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.
Audio (Mishary) Tafsir
وَتِلۡكَ نِعۡمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَىَّ أَنۡ عَبَّدتَّ بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ٢٢
Watilka niAAmatun tamunnuha AAalayyaan AAabbadta banee isra-eel
MS • Basmeih "Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ فِرۡعَوۡنُ وَمَا رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٢٣
Qala firAAawnu wama rabbu alAAalameen
MS • Basmeih Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ ٢٤
Qala rabbu assamawatiwal-ardi wama baynahuma in kuntummooqineen
MS • Basmeih Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ لِمَنۡ حَوۡلَهُۥٓ أَلَا تَسۡتَمِعُونَ ٢٥
Qala liman hawlahu alatastamiAAoon
MS • Basmeih Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ رَبُّكُمۡ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٦
Qala rabbukum warabbu aba-ikumual-awwaleen
MS • Basmeih Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِىٓ أُرۡسِلَ إِلَيۡكُمۡ لَمَجۡنُونٌ ٢٧
Qala inna rasoolakumu allatheeorsila ilaykum lamajnoon
MS • Basmeih Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَمَا بَيۡنَهُمَآۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ٢٨
Qala rabbu almashriqi walmaghribiwama baynahuma in kuntum taAAqiloon
MS • Basmeih Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذۡتَ إِلَـٰهًا غَيۡرِى لَأَجۡعَلَنَّكَ مِنَ ٱلۡمَسۡجُونِينَ ٢٩
Qala la-ini ittakhathta ilahanghayree laajAAalannaka mina almasjooneen
MS • Basmeih Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ أَوَلَوۡ جِئۡتُكَ بِشَىۡءٍ مُّبِينٍ ٣٠
Qala awa law ji/tuka bishay-in mubeen
MS • Basmeih Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ فَأۡتِ بِهِۦٓ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ٣١
Qala fa/ti bihi in kunta mina assadiqeen
MS • Basmeih Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَلۡقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ ثُعۡبَانٌ مُّبِينٌ ٣٢
Faalqa AAasahu fa-ithahiya thuAAbanun mubeen
MS • Basmeih Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
Audio (Mishary) Tafsir
وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِىَ بَيۡضَآءُ لِلنَّـٰظِرِينَ ٣٣
WanazaAAa yadahu fa-itha hiya baydaolinnathireen
MS • Basmeih Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ لِلۡمَلَإِ حَوۡلَهُۥٓ إِنَّ هَـٰذَا لَسَـٰحِرٌ عَلِيمٌ ٣٤
Qala lilmala-i hawlahu inna hathalasahirun AAaleem
MS • Basmeih Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
Audio (Mishary) Tafsir
يُرِيدُ أَن يُخۡرِجَكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِۦ فَمَاذَا تَأۡمُرُونَ ٣٥
Yureedu an yukhrijakum min ardikumbisihrihi famatha ta/muroon
MS • Basmeih "Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُوٓاۡ أَرۡجِهۡ وَأَخَاهُ وَٱبۡعَثۡ فِى ٱلۡمَدَآئِنِ حَـٰشِرِينَ ٣٦
Qaloo arjih waakhahu wabAAathfee almada-ini hashireen
MS • Basmeih Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),
Audio (Mishary) Tafsir
يَأۡتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍ ٣٧
Ya/tooka bikulli sahharin AAaleem
MS • Basmeih "Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
Audio (Mishary) Tafsir
فَجُمِعَ ٱلسَّحَرَةُ لِمِيقَـٰتِ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ ٣٨
FajumiAAa assaharatu limeeqatiyawmin maAAloom
MS • Basmeih Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.
Audio (Mishary) Tafsir
وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلۡ أَنتُم مُّجۡتَمِعُونَ ٣٩
Waqeela linnasi hal antummujtamiAAoon
MS • Basmeih Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.
Audio (Mishary) Tafsir
لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُواۡ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبِينَ ٤٠
LaAAallana nattabiAAu assaharatain kanoo humu alghalibeen
MS • Basmeih "Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".
Audio (Mishary) Tafsir
فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُواۡ لِفِرۡعَوۡنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَـٰلِبِينَ ٤١
Falamma jaa assaharatuqaloo lifirAAawna a-inna lana laajran in kunnanahnu alghalibeen
MS • Basmeih Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ إِذًا لَّمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ٤٢
Qala naAAam wa-innakum ithanlamina almuqarrabeen
MS • Basmeih Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواۡ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ ٤٣
Qala lahum moosa alqoo maantum mulqoon
MS • Basmeih Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَلۡقَوۡاۡ حِبَالَهُمۡ وَعِصِيَّهُمۡ وَقَالُواۡ بِعِزَّةِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ ٤٤
Faalqaw hibalahum waAAisiyyahumwaqaloo biAAizzati firAAawna inna lanahnualghaliboon
MS • Basmeih Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَلۡقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ ٤٥
Faalqa moosa AAasahufa-itha hiya talqafu ma ya/fikoon
MS • Basmeih Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
Audio (Mishary) Tafsir
فَأُلۡقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَـٰجِدِينَ ٤٦
Faolqiya assaharatu sajideen
MS • Basmeih Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُوٓاۡ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٤٧
Qaloo amanna birabbialAAalameen
MS • Basmeih Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
Audio (Mishary) Tafsir
رَبِّ مُوسَىٰ وَهَـٰرُونَ ٤٨
Rabbi moosa waharoon
MS • Basmeih "Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ ءَامَنتُمۡ لَهُۥ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحۡرَ فَلَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَـٰفٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ ٤٩
Qala amantum lahu qabla an athanalakum innahu lakabeerukumu allathee AAallamakumu assihrafalasawfa taAAlamoona laoqattiAAanna aydiyakum waarjulakummin khilafin walaosallibannakum ajmaAAeen
MS • Basmeih Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ لَا ضَيۡرَۖ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ ٥٠
Qaloo la dayra innaila rabbina munqaliboon
MS • Basmeih Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّا نَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَـٰيَـٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٥١
Inna natmaAAu an yaghfira lanarabbuna khatayana an kunnaawwala almu/mineen
MS • Basmeih "Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".
Audio (Mishary) Tafsir
۞وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَسۡرِ بِعِبَادِىٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ ٥٢
Waawhayna ila moosaan asri biAAibadee innakum muttabaAAoon
MS • Basmeih (Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَرۡسَلَ فِرۡعَوۡنُ فِى ٱلۡمَدَآئِنِ حَـٰشِرِينَ ٥٣
Faarsala firAAawnu fee almada-ini hashireen
MS • Basmeih (Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ لَشِرۡذِمَةٌ قَلِيلُونَ ٥٤
Inna haola-i lashirthimatunqaleeloon
MS • Basmeih (Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّهُمۡ لَنَا لَغَآئِظُونَ ٥٥
Wa-innahum lana lagha-ithoon
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَـٰذِرُونَ ٥٦
Wa-inna lajameeAAun hathiroon
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَخۡرَجۡنَـٰهُم مِّن جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ٥٧
Faakhrajnahum min jannatinwaAAuyoon
MS • Basmeih Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,
Audio (Mishary) Tafsir
وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ ٥٨
Wakunoozin wamaqamin kareem
MS • Basmeih Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.
Audio (Mishary) Tafsir
كَذٰلِكَ وَأَوۡرَثۡنَـٰهَا بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ٥٩
Kathalika waawrathnahabanee isra-eel
MS • Basmeih Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَتۡبَعُوهُم مُّشۡرِقِينَ ٦٠
FaatbaAAoohum mushriqeen
MS • Basmeih Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.
Audio (Mishary) Tafsir
فَلَمَّا تَرٰٓءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَـٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ ٦١
Falamma taraa aljamAAaniqala as-habu moosa innalamudrakoon
MS • Basmeih Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهۡدِينِ ٦٢
Qala kalla inna maAAiya rabbeesayahdeen
MS • Basmeih Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقٍ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِيمِ ٦٣
Faawhayna ila moosaani idrib biAAasaka albahra fanfalaqafakana kullu firqin kattawdi alAAatheem
MS • Basmeih Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
Audio (Mishary) Tafsir
وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ ٱلۡأَخَرِينَ ٦٤
Waazlafna thamma al-akhareen
MS • Basmeih Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.
Audio (Mishary) Tafsir
وَأَنجَيۡنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ ٦٥
Waanjayna moosa waman maAAahuajmaAAeen
MS • Basmeih Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأَخَرِينَ ٦٦
Thumma aghraqna al-akhareen
MS • Basmeih Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةًۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ٦٧
Inna fee thalika laayatan wamakana aktharuhum mu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ٦٨
Wa-inna rabbaka lahuwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ إِبۡرٰهِيمَ ٦٩
Watlu AAalayhim nabaa ibraheem
MS • Basmeih Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
Audio (Mishary) Tafsir
إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَا تَعۡبُدُونَ ٧٠
Ith qala li-abeehi waqawmihi mataAAbudoon
MS • Basmeih Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ نَعۡبُدُ أَصۡنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَـٰكِفِينَ ٧١
Qaloo naAAbudu asnamanfanathallu laha AAakifeen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ هَلۡ يَسۡمَعُونَكُمۡ إِذۡ تَدۡعُونَ ٧٢
Qala hal yasmaAAoonakum ithtadAAoon
MS • Basmeih Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?
Audio (Mishary) Tafsir
أَوۡ يَنفَعُونَكُمۡ أَوۡ يَضُرُّونَ ٧٣
Aw yanfaAAoonakum aw yadurroon
MS • Basmeih "Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ بَلۡ وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا كَذٰلِكَ يَفۡعَلُونَ ٧٤
Qaloo bal wajadna abaanakathalika yafAAaloon
MS • Basmeih Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ أَفَرَءَيۡتُم مَّا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ ٧٥
Qala afaraaytum ma kuntumtaAAbudoon
MS • Basmeih Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -
Audio (Mishary) Tafsir
أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُمُ ٱلۡأَقۡدَمُونَ ٧٦
Antum waabaokumu al-aqdamoon
MS • Basmeih "(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
Audio (Mishary) Tafsir
فَإِنَّهُمۡ عَدُوٌّ لِّىٓ إِلَّا رَبَّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٧٧
Fa-innahum AAaduwwun lee illa rabbaalAAalameen
MS • Basmeih "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
Audio (Mishary) Tafsir
ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَهۡدِينِ ٧٨
Allathee khalaqanee fahuwa yahdeen
MS • Basmeih "Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ ٧٩
Wallathee huwa yutAAimuneewayasqeen
MS • Basmeih "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ ٨٠
Wa-itha maridtu fahuwayashfeen
MS • Basmeih "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحۡيِينِ ٨١
Wallathee yumeetunee thummayuhyeen
MS • Basmeih "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِىٓ أَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لِى خَطِيٓــَٔتِى يَوۡمَ ٱلدِّينِ ٨٢
Wallathee atmaAAu anyaghfira lee khatee-atee yawma addeen
MS • Basmeih "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
Audio (Mishary) Tafsir
رَبِّ هَبۡ لِى حُكۡمًا وَأَلۡحِقۡنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ٨٣
Rabbi hab lee hukman waalhiqneebissaliheen
MS • Basmeih "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱجۡعَل لِّى لِسَانَ صِدۡقٍ فِى ٱلۡأَخِرِينَ ٨٤
WajAAal lee lisana sidqinfee al-akhireen
MS • Basmeih "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱجۡعَلۡنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ ٨٥
WajAAalnee min warathati jannati annaAAeem
MS • Basmeih "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱغۡفِرۡ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ٨٦
Waghfir li-abee innahu kanamina addalleen
MS • Basmeih "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَا تُخۡزِنِى يَوۡمَ يُبۡعَثُونَ ٨٧
Wala tukhzinee yawma yubAAathoon
MS • Basmeih "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
Audio (Mishary) Tafsir
يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ٨٨
Yawma la yanfaAAu malun walabanoon
MS • Basmeih "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
Audio (Mishary) Tafsir
إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ سَلِيمٍ ٨٩
Illa man ata Allahabiqalbin saleem
MS • Basmeih "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
Audio (Mishary) Tafsir
وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ ٩٠
Waozlifati aljannatu lilmuttaqeen
MS • Basmeih "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
Audio (Mishary) Tafsir
وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ ٩١
Waburrizati aljaheemu lilghaween
MS • Basmeih "Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
Audio (Mishary) Tafsir
وَقِيلَ لَهُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ ٩٢
Waqeela lahum ayna ma kuntumtaAAbudoon
MS • Basmeih "Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
Audio (Mishary) Tafsir
مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلۡ يَنصُرُونَكُمۡ أَوۡ يَنتَصِرُونَ ٩٣
Min dooni Allahi hal yansuroonakumaw yantasiroon
MS • Basmeih ` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '
Audio (Mishary) Tafsir
فَكُبۡكِبُواۡ فِيهَا هُمۡ وَٱلۡغَاوُۥنَ ٩٤
Fakubkiboo feeha hum walghawoon
MS • Basmeih "Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
Audio (Mishary) Tafsir
وَجُنُودُ إِبۡلِيسَ أَجۡمَعُونَ ٩٥
Wajunoodu ibleesa ajmaAAoon
MS • Basmeih "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ وَهُمۡ فِيهَا يَخۡتَصِمُونَ ٩٦
Qaloo wahum feeha yakhtasimoon
MS • Basmeih "Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
Audio (Mishary) Tafsir
تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِى ضَلَـٰلٍ مُّبِينٍ ٩٧
Tallahi in kunna lafeedalalin mubeen
MS • Basmeih " ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
Audio (Mishary) Tafsir
إِذۡ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٩٨
Ith nusawweekum birabbi alAAalameen
MS • Basmeih " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَضَلَّنَآ إِلَّا ٱلۡمُجۡرِمُونَ ٩٩
Wama adallana illaalmujrimoon
MS • Basmeih " ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
Audio (Mishary) Tafsir
فَمَا لَنَا مِن شَـٰفِعِينَ ١٠٠
Fama lana min shafiAAeen
MS • Basmeih " ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ ١٠١
Wala sadeeqin hameem
MS • Basmeih " ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
Audio (Mishary) Tafsir
فَلَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٠٢
Falaw anna lana karratan fanakoonamina almu/mineen
MS • Basmeih " ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةًۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٠٣
Inna fee thalika laayatan wamakana aktharuhum mu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٠٤
Wa-inna rabbaka lahuwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ نُوحٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٠٥
Kaththabat qawmu noohinalmursaleen
MS • Basmeih (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
Audio (Mishary) Tafsir
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٠٦
Ith qala lahum akhoohum noohunala tattaqoon
MS • Basmeih Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٠٧
Innee lakum rasoolun ameen
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٠٨
Fattaqoo Allaha waateeAAoon
MS • Basmeih " Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٠٩
Wama as-alukum AAalayhi min ajrin inajriya illa AAala rabbi alAAalameen
MS • Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١١٠
Fattaqoo Allaha waateeAAoon
MS • Basmeih "Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".
Audio (Mishary) Tafsir
۞قَالُوٓاۡ أَنُؤۡمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلۡأَرۡذَلُونَ ١١١
Qaloo anu/minu laka wattabaAAakaal-arthaloon
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ وَمَا عِلۡمِى بِمَا كَانُواۡ يَعۡمَلُونَ ١١٢
Qala wama AAilmee bimakanoo yaAAmaloon
MS • Basmeih Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?
Audio (Mishary) Tafsir
إِنۡ حِسَابُهُمۡ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّىۖ لَوۡ تَشۡعُرُونَ ١١٣
In hisabuhum illa AAalarabbee law tashAAuroon
MS • Basmeih "Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَنَاۡ بِطَارِدِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١١٤
Wama ana bitaridialmu/mineen
MS • Basmeih "Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).
Audio (Mishary) Tafsir
إِنۡ أَنَاۡ إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ١١٥
In ana illa natheerunmubeen
MS • Basmeih "Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَـٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمَرۡجُومِينَ ١١٦
Qaloo la-in lam tantahi yanoohu latakoonanna mina almarjoomeen
MS • Basmeih Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوۡمِى كَذَّبُونِ ١١٧
Qala rabbi inna qawmee kaththaboon
MS • Basmeih Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱفۡتَحۡ بَيۡنِى وَبَيۡنَهُمۡ فَتۡحًا وَنَجِّنِى وَمَن مَّعِىَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١١٨
Faftah baynee wabaynahum fathanwanajjinee waman maAAiya mina almu/mineen
MS • Basmeih "Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ ١١٩
Faanjaynahu waman maAAahu feealfulki almashhoon
MS • Basmeih Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا بَعۡدُ ٱلۡبَاقِينَ ١٢٠
Thumma aghraqna baAAdu albaqeen
MS • Basmeih Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةًۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٢١
Inna fee thalika laayatan wamakana aktharuhum mu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٢٢
Wa-inna rabbaka lahuwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
كَذَّبَتۡ عَادٌ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٢٣
Kaththabat AAadun almursaleen
MS • Basmeih (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
Audio (Mishary) Tafsir
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٢٤
Ith qala lahum akhoohumhoodun ala tattaqoon
MS • Basmeih Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٢٥
Innee lakum rasoolun ameen
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٢٦
Fattaqoo Allaha waateeAAoon
MS • Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٢٧
Wama as-alukum AAalayhi min ajrin inajriya illa AAala rabbi alAAalameen
MS • Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary) Tafsir
أَتَبۡنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةً تَعۡبَثُونَ ١٢٨
Atabnoona bikulli reeAAin ayatantaAAbathoon
MS • Basmeih "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
Audio (Mishary) Tafsir
وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمۡ تَخۡلُدُونَ ١٢٩
Watattakhithoona masaniAAalaAAallakum takhludoon
MS • Basmeih "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِذَا بَطَشۡتُم بَطَشۡتُمۡ جَبَّارِينَ ١٣٠
Wa-itha batashtum batashtumjabbareen
MS • Basmeih "Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٣١
Fattaqoo Allaha waateeAAoon
MS • Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱتَّقُواۡ ٱلَّذِىٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعۡلَمُونَ ١٣٢
Wattaqoo allathee amaddakumbima taAAlamoon
MS • Basmeih "Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.
Audio (Mishary) Tafsir
أَمَدَّكُم بِأَنۡعَـٰمٍ وَبَنِينَ ١٣٣
Amaddakum bi-anAAamin wabaneen
MS • Basmeih "Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),
Audio (Mishary) Tafsir
وَجَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ١٣٤
Wajannatin waAAuyoon
MS • Basmeih "Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).
Audio (Mishary) Tafsir
إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ ١٣٥
Innee akhafu AAalaykum AAathabayawmin AAatheem
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ سَوَآءٌ عَلَيۡنَآ أَوَعَظۡتَ أَمۡ لَمۡ تَكُن مِّنَ ٱلۡوٰعِظِينَ ١٣٦
Qaloo sawaon AAalaynaawaAAathta am lam takun mina alwaAAitheen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣٧
In hatha illa khuluqual-awwaleen
MS • Basmeih "Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ ١٣٨
Wama nahnu bimuAAaththabeen
MS • Basmeih "Dan kami pula tidak akan diseksa".
Audio (Mishary) Tafsir
فَكَذَّبُوهُ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُمۡۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةًۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٣٩
Fakaththaboohu faahlaknahuminna fee thalika laayatan wama kanaaktharuhum mu/mineen
MS • Basmeih Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٤٠
Wa-inna rabbaka lahuwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٤١
Kaththabat thamoodu almursaleen
MS • Basmeih (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),
Audio (Mishary) Tafsir
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ صَـٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٤٢
Ith qala lahum akhoohum salihunala tattaqoon
MS • Basmeih Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٤٣
Innee lakum rasoolun ameen
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٤٤
Fattaqoo Allaha waateeAAoon
MS • Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٤٥
Wama as-alukum AAalayhi min ajrin inajriya illa AAala rabbi alAAalameen
MS • Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary) Tafsir
أَتُتۡرَكُونَ فِى مَا هَـٰهُنَآ ءَامِنِينَ ١٤٦
Atutrakoona fee ma hahunaamineen
MS • Basmeih "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -
Audio (Mishary) Tafsir
فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ١٤٧
Fee jannatin waAAuyoon
MS • Basmeih "Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),
Audio (Mishary) Tafsir
وَزُرُوعٍ وَنَخۡلٍ طَلۡعُهَا هَضِيمٌ ١٤٨
WazurooAAin wanakhlin talAAuhahadeem
MS • Basmeih "Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
Audio (Mishary) Tafsir
وَتَنۡحِتُونَ مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتًا فَـٰرِهِينَ ١٤٩
Watanhitoona mina aljibalibuyootan fariheen
MS • Basmeih "Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٥٠
Fattaqoo Allaha waateeAAoon
MS • Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَا تُطِيعُوٓاۡ أَمۡرَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ ١٥١
Wala tuteeAAoo amraalmusrifeen
MS • Basmeih "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
Audio (Mishary) Tafsir
ٱلَّذِينَ يُفۡسِدُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا يُصۡلِحُونَ ١٥٢
Allatheena yufsidoona fee al-ardiwala yuslihoon
MS • Basmeih "Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُوٓاۡ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ ١٥٣
Qaloo innama anta mina almusahhareen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!
Audio (Mishary) Tafsir
مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثۡلُنَا فَأۡتِ بِـَٔـايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ١٥٤
Ma anta illa basharun mithlunafa/ti bi-ayatin in kunta mina assadiqeena
MS • Basmeih "Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ هَـٰذِهِۦ نَاقَةٌ لَّهَا شِرۡبٌ وَلَكُمۡ شِرۡبُ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ ١٥٥
Qala hathihi naqatunlaha shirbun walakum shirbu yawmin maAAloom
MS • Basmeih Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍ فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَظِيمٍ ١٥٦
Wala tamassooha bisoo-infaya/khuthakum AAathabu yawmin AAatheem
MS • Basmeih "Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
Audio (Mishary) Tafsir
فَعَقَرُوهَا فَأَصۡبَحُواۡ نَـٰدِمِينَ ١٥٧
FaAAaqarooha faasbahoonadimeen
MS • Basmeih Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةًۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٥٨
Faakhathahumu alAAathabu innafee thalika laayatan wama kanaaktharuhum mu/mineen
MS • Basmeih Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٥٩
Wa-inna rabbaka lahuwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ لُوطٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٦٠
Kaththabat qawmu lootinalmursaleen
MS • Basmeih (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
Audio (Mishary) Tafsir
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٦١
Ith qala lahum akhoohum lootunala tattaqoon
MS • Basmeih Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٦٢
Innee lakum rasoolun ameen
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٦٣
Fattaqoo Allaha waateeAAoon
MS • Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٦٤
Wama as-alukum AAalayhi min ajrin inajriya illa AAala rabbi alAAalameen
MS • Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary) Tafsir
أَتَأۡتُونَ ٱلذُّكۡرَانَ مِنَ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٦٥
Ata/toona aththukranamina alAAalameen
MS • Basmeih "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
Audio (Mishary) Tafsir
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمۡ رَبُّكُم مِّنۡ أَزۡوٰجِكُمۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ عَادُونَ ١٦٦
Watatharoona ma khalaqa lakumrabbukum min azwajikum bal antum qawmun AAadoon
MS • Basmeih "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَـٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُخۡرَجِينَ ١٦٧
Qaloo la-in lam tantahi yalootu latakoonanna mina almukhrajeen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ إِنِّى لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلۡقَالِينَ ١٦٨
Qala innee liAAamalikum mina alqaleen
MS • Basmeih Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
Audio (Mishary) Tafsir
رَبِّ نَجِّنِى وَأَهۡلِى مِمَّا يَعۡمَلُونَ ١٦٩
Rabbi najjinee waahlee mimmayaAAmaloon
MS • Basmeih (Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
Audio (Mishary) Tafsir
فَنَجَّيۡنَـٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ ١٧٠
Fanajjaynahu waahlahu ajmaAAeen
MS • Basmeih Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
Audio (Mishary) Tafsir
إِلَّا عَجُوزًا فِى ٱلۡغَـٰبِرِينَ ١٧١
Illa AAajoozan fee alghabireen
MS • Basmeih Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأَخَرِينَ ١٧٢
Thumma dammarna al-akhareen
MS • Basmeih Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
Audio (Mishary) Tafsir
وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرًاۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلۡمُنذَرِينَ ١٧٣
Waamtarna AAalayhim mataranfasaa mataru almunthareen
MS • Basmeih Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةًۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٧٤
Inna fee thalika laayatan wamakana aktharuhum mu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٧٥
Wa-inna rabbaka lahuwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
كَذَّبَ أَصۡحَـٰبُ لۡــَٔيۡكَةِ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٧٦
Kaththaba as-habual-aykati almursaleen
MS • Basmeih (Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
Audio (Mishary) Tafsir
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ شُعَيۡبٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٧٧
Ith qala lahum shuAAaybun alatattaqoon
MS • Basmeih Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٧٨
Innee lakum rasoolun ameen
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٧٩
Fattaqoo Allaha waateeAAoon
MS • Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٨٠
Wama as-alukum AAalayhi min ajrin inajriya illa AAala rabbi alAAalameen
MS • Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary) Tafsir
۞أَوۡفُواۡ ٱلۡكَيۡلَ وَلَا تَكُونُواۡ مِنَ ٱلۡمُخۡسِرِينَ ١٨١
Awfoo alkayla wala takoonoo minaalmukhsireen
MS • Basmeih "Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
Audio (Mishary) Tafsir
وَزِنُواۡ بِٱلۡقِسۡطَاسِ ٱلۡمُسۡتَقِيمِ ١٨٢
Wazinoo bilqistasialmustaqeem
MS • Basmeih "Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَا تَبۡخَسُواۡ ٱلنَّاسَ أَشۡيَآءَهُمۡ وَلَا تَعۡثَوۡاۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ ١٨٣
Wala tabkhasoo annasaashyaahum wala taAAthaw fee al-ardimufsideen
MS • Basmeih "Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱتَّقُواۡ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلۡجِبِلَّةَ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٨٤
Wattaqoo allathee khalaqakumwaljibillata al-awwaleen
MS • Basmeih "Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُوٓاۡ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ ١٨٥
Qaloo innama anta mina almusahhareen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثۡلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ ١٨٦
Wama anta illa basharunmithluna wa-in nathunnuka lamina alkathibeen
MS • Basmeih "Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَسۡقِطۡ عَلَيۡنَا كِسَفًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ١٨٧
Faasqit AAalayna kisafan minaassama-i in kunta mina assadiqeen
MS • Basmeih Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ رَبِّىٓ أَعۡلَمُ بِمَا تَعۡمَلُونَ ١٨٨
Qala rabbee aAAlamu bimataAAmaloon
MS • Basmeih Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".
Audio (Mishary) Tafsir
فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمۡ عَذَابُ يَوۡمِ ٱلظُّلَّةِۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ ١٨٩
Fakaththaboohu faakhathahumAAathabu yawmi aththullati innahu kanaAAathaba yawmin AAatheem
MS • Basmeih Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةًۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٩٠
Inna fee thalika laayatan wamakana aktharuhum mu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٩١
Wa-inna rabbaka lahuwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٩٢
Wa-innahu latanzeelu rabbi alAAalameen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary) Tafsir
نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ ١٩٣
Nazala bihi arroohu al-ameen
MS • Basmeih Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
Audio (Mishary) Tafsir
عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ ١٩٤
AAala qalbika litakoona mina almunthireen
MS • Basmeih Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
Audio (Mishary) Tafsir
بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّ مُّبِينٍ ١٩٥
Bilisanin AAarabiyyin mubeen
MS • Basmeih (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّهُۥ لَفِى زُبُرِ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٩٦
Wa-innahu lafee zuburi al-awwaleen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.
Audio (Mishary) Tafsir
أَوَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ ءَايَةً أَن يَعۡلَمَهُۥ عُلَمَـٰٓؤُاۡ بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ١٩٧
Awa lam yakun lahum ayatan anyaAAlamahu AAulamao banee isra-eel
MS • Basmeih (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَوۡ نَزَّلۡنَـٰهُ عَلَىٰ بَعۡضِ ٱلۡأَعۡجَمِينَ ١٩٨
Walaw nazzalnahu AAala baAAdial-aAAjameen
MS • Basmeih Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,
Audio (Mishary) Tafsir
فَقَرَأَهُۥ عَلَيۡهِم مَّا كَانُواۡ بِهِۦ مُؤۡمِنِينَ ١٩٩
Faqaraahu AAalayhim ma kanoobihi mu/mineen
MS • Basmeih Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
Audio (Mishary) Tafsir
كَذٰلِكَ سَلَكۡنَـٰهُ فِى قُلُوبِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ٢٠٠
Kathalika salaknahu feequloobi almujrimeen
MS • Basmeih Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.
Audio (Mishary) Tafsir
لَا يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ حَتَّىٰ يَرَوُاۡ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ ٢٠١
La yu/minoona bihi hattayarawoo alAAathaba al-aleem
MS • Basmeih Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,
Audio (Mishary) Tafsir
فَيَأۡتِيَهُم بَغۡتَةً وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ ٢٠٢
Faya/tiyahum baghtatan wahum layashAAuroon
MS • Basmeih Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.
Audio (Mishary) Tafsir
فَيَقُولُواۡ هَلۡ نَحۡنُ مُنظَرُونَ ٢٠٣
Fayaqooloo hal nahnu muntharoon
MS • Basmeih Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"
Audio (Mishary) Tafsir
أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ ٢٠٤
AfabiAAathabina yastaAAjiloon
MS • Basmeih (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
Audio (Mishary) Tafsir
أَفَرَءَيۡتَ إِن مَّتَّعۡنَـٰهُمۡ سِنِينَ ٢٠٥
Afaraayta in mattaAAnahum sineen
MS • Basmeih Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ جَآءَهُم مَّا كَانُواۡ يُوعَدُونَ ٢٠٦
Thumma jaahum ma kanooyooAAadoon
MS • Basmeih Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
Audio (Mishary) Tafsir
مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُم مَّا كَانُواۡ يُمَتَّعُونَ ٢٠٧
Ma aghna AAanhum ma kanooyumattaAAoon
MS • Basmeih (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَآ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ ٢٠٨
Wama ahlakna min qaryatin illalaha munthiroon
MS • Basmeih Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
Audio (Mishary) Tafsir
ذِكۡرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَـٰلِمِينَ ٢٠٩
Thikra wama kunnathalimeen
MS • Basmeih Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَا تَنَزَّلَتۡ بِهِ ٱلشَّيَـٰطِينُ ٢١٠
Wama tanazzalat bihi ashshayateen
MS • Basmeih Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَا يَنۢبَغِى لَهُمۡ وَمَا يَسۡتَطِيعُونَ ٢١١
Wama yanbaghee lahum wamayastateeAAoon
MS • Basmeih Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّهُمۡ عَنِ ٱلسَّمۡعِ لَمَعۡزُولُونَ ٢١٢
Innahum AAani assamAAilamaAAzooloona
MS • Basmeih Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
Audio (Mishary) Tafsir
فَلَا تَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُعَذَّبِينَ ٢١٣
Fala tadAAu maAAa Allahi ilahanakhara fatakoona mina almuAAaththabeen
MS • Basmeih Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
Audio (Mishary) Tafsir
وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ ٢١٤
Waanthir AAasheerataka al-aqrabeen
MS • Basmeih Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٢١٥
Wakhfid janahakalimani ittabaAAaka mina almu/mineen
MS • Basmeih Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
فَإِنۡ عَصَوۡكَ فَقُلۡ إِنِّى بَرِىٓءٌ مِّمَّا تَعۡمَلُونَ ٢١٦
Fa-in AAasawka faqul innee baree-onmimma taAAmaloon
MS • Basmeih Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"
Audio (Mishary) Tafsir
وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ ٢١٧
Watawakkal AAala alAAazeezi arraheem
MS • Basmeih Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
Audio (Mishary) Tafsir
ٱلَّذِى يَرَٮٰكَ حِينَ تَقُومُ ٢١٨
Allathee yaraka heenataqoom
MS • Basmeih Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
Audio (Mishary) Tafsir
وَتَقَلُّبَكَ فِى ٱلسَّـٰجِدِينَ ٢١٩
Wataqallubaka fee assajideen
MS • Basmeih Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٢٢٠
Innahu huwa assameeAAu alAAaleem
MS • Basmeih Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
هَلۡ أُنَبِّئُكُمۡ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَـٰطِينُ ٢٢١
Hal onabbi-okum AAala man tanazzaluashshayateen
MS • Basmeih Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
Audio (Mishary) Tafsir
تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ ٢٢٢
Tanazzalu AAala kulli affakinatheem
MS • Basmeih Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Audio (Mishary) Tafsir
يُلۡقُونَ ٱلسَّمۡعَ وَأَكۡثَرُهُمۡ كَـٰذِبُونَ ٢٢٣
Yulqoona assamAAa waaktharuhum kathiboon
MS • Basmeih Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُۥنَ ٢٢٤
WashshuAAaraoyattabiAAuhumu alghawoon
MS • Basmeih Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
Audio (Mishary) Tafsir
أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِى كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ ٢٢٥
Alam tara annahum fee kulli wadinyaheemoon
MS • Basmeih Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
Audio (Mishary) Tafsir
وَأَنَّهُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ ٢٢٦
Waannahum yaqooloona ma layafAAaloon
MS • Basmeih Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Audio (Mishary) Tafsir
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَعَمِلُواۡ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَذَكَرُواۡ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱنتَصَرُواۡ مِنۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُواۡۗ وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاۡ أَىَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ ٢٢٧
Illa allatheena amanoowaAAamiloo assalihati wathakaroo Allahakatheeran wantasaroo min baAAdi ma thulimoowasayaAAlamu allatheena thalamoo ayyamunqalabin yanqaliboon
MS • Basmeih Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
Audio (Mishary) Tafsir