Lahu ma fee assamawatiwama fee al-ardi wama baynahuma wamatahta aththara
MS • Basmeih Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
MS • Basmeih Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
MS • Basmeih Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
Taha•Ayah 11
فَلَمَّآأَتَـٰهَانُودِىَيَـٰمُوسَىٰٓ١١
Falamma ataha noodiya yamoosa
MS • Basmeih Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! " -
MS • Basmeih "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
Fala yasuddannaka AAanhaman la yu/minu biha wattabaAAa hawahufatarda
MS • Basmeih "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.
Taha•Ayah 17
وَمَاتِلۡكَبِيَمِينِكَيَـٰمُوسَىٰ١٧
Wama tilka biyameenika ya moosa
MS • Basmeih "Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
MS • Basmeih Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
Taha•Ayah 19
قَالَأَلۡقِهَايَـٰمُوسَىٰ١٩
Qala alqiha ya moosa
MS • Basmeih Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
Taha•Ayah 20
فَأَلۡقَـٰهَافَإِذَاهِىَحَيَّةٌتَسۡعَىٰ٢٠
Faalqaha fa-itha hiya hayyatuntasAAa
MS • Basmeih Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
Wadmum yadaka ila janahikatakhruj baydaa min ghayri soo-in ayatan okhra
MS • Basmeih "Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.
Taha•Ayah 23
لِنُرِيَكَمِنۡءَايَـٰتِنَاٱلۡكُبۡرَى٢٣
Linuriyaka min ayatinaalkubra
MS • Basmeih "(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.
Taha•Ayah 24
ٱذۡهَبۡإِلَىٰفِرۡعَوۡنَإِنَّهُۥطَغَىٰ٢٤
Ithhab ila firAAawna innahu tagha
MS • Basmeih "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".
Taha•Ayah 25
قَالَرَبِّٱشۡرَحۡلِىصَدۡرِى٢٥
Qala rabbi ishrah lee sadree
MS • Basmeih Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
Taha•Ayah 26
وَيَسِّرۡلِىٓأَمۡرِى٢٦
Wayassir lee amree
MS • Basmeih "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
Taha•Ayah 27
وَٱحۡلُلۡعُقۡدَةًمِّنلِّسَانِى٢٧
Wahlul AAuqdatan min lisanee
MS • Basmeih "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
Taha•Ayah 28
يَفۡقَهُواۡقَوۡلِى٢٨
Yafqahoo qawlee
MS • Basmeih "Supaya mereka faham perkataanku;
Taha•Ayah 29
وَٱجۡعَللِّىوَزِيرًامِّنۡأَهۡلِى٢٩
WajAAal lee wazeeran min ahlee
MS • Basmeih "Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
Taha•Ayah 30
هَـٰرُونَأَخِى٣٠
Haroona akhee
MS • Basmeih "Iaitu Harun saudaraku;
Taha•Ayah 31
ٱشۡدُدۡبِهِۦٓأَزۡرِى٣١
Oshdud bihi azree
MS • Basmeih "Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
Taha•Ayah 32
وَأَشۡرِكۡهُفِىٓأَمۡرِى٣٢
Waashrik-hu fee amree
MS • Basmeih "Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
Taha•Ayah 33
كَىۡنُسَبِّحَكَكَثِيرًا٣٣
Kay nusabbihaka katheera
MS • Basmeih "Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
Taha•Ayah 34
وَنَذۡكُرَكَكَثِيرًا٣٤
Wanathkuraka katheera
MS • Basmeih "Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Taha•Ayah 35
إِنَّكَكُنتَبِنَابَصِيرًا٣٥
Innaka kunta bina baseera
MS • Basmeih "Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami".
Taha•Ayah 36
قَالَقَدۡأُوتِيتَسُؤۡلَكَيَـٰمُوسَىٰ٣٦
Qala qad ooteeta su/laka yamoosa
MS • Basmeih Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!
Taha•Ayah 37
وَلَقَدۡمَنَنَّاعَلَيۡكَمَرَّةًأُخۡرَىٰٓ٣٧
Walaqad mananna AAalayka marratanokhra
MS • Basmeih "Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.
Taha•Ayah 38
إِذۡأَوۡحَيۡنَآإِلَىٰٓأُمِّكَمَايُوحَىٰٓ٣٨
Ith awhayna ilaommika ma yooha
MS • Basmeih "Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:
Ani iqthifeehi fee attabootifaqthifeehi fee alyammi falyulqihi alyammu bissahiliya/khuthhu AAaduwwun lee waAAaduwwun lahu waalqaytuAAalayka mahabbatan minnee walitusnaAAa AAalaAAaynee
MS • Basmeih "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Ith tamshee okhtuka fataqoolu haladullukum AAala man yakfuluhu farajaAAnaka ilaommika kay taqarra AAaynuha wala tahzanawaqatalta nafsan fanajjaynaka mina alghammi wafatannakafutoonan falabithta sineena fee ahli madyana thumma ji/ta AAalaqadarin ya moosa
MS • Basmeih "Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!
Taha•Ayah 41
وَٱصۡطَنَعۡتُكَلِنَفۡسِى٤١
WastanaAAtuka linafsee
MS • Basmeih "Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu.
MS • Basmeih "Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku.
Taha•Ayah 43
ٱذۡهَبَآإِلَىٰفِرۡعَوۡنَإِنَّهُۥطَغَىٰ٤٣
Ithhaba ila firAAawnainnahu tagha
MS • Basmeih "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.
MS • Basmeih "Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: "Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk ugama Allah.
Inna qad oohiya ilaynaanna alAAathaba AAala man kaththaba watawalla
MS • Basmeih "Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya".
Taha•Ayah 49
قَالَفَمَنرَّبُّكُمَايَـٰمُوسَىٰ٤٩
Qala faman rabbukuma yamoosa
MS • Basmeih (Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: "Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?"
Qala rabbuna allatheeaAAta kulla shay-in khalqahu thumma hada
MS • Basmeih Nabi Musa menjawab: "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya".
Taha•Ayah 51
قَالَفَمَابَالُٱلۡقُرُونِٱلۡأُولَىٰ٥١
Qala fama balualqurooni al-oola
MS • Basmeih Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?"
Qala AAilmuha AAinda rabbeefee kitabin la yadillu rabbee walayansa
MS • Basmeih Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa".
Allathee jaAAala lakumu al-ardamahdan wasalaka lakum feeha subulan waanzala mina assama-imaan faakhrajna bihi azwajan min nabatinshatta
MS • Basmeih (Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.
MS • Basmeih Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.
MS • Basmeih Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami; dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman.
Falana/tiyannaka bisihrin mithlihi fajAAalbaynana wabaynaka mawAAidan la nukhlifuhu nahnuwala anta makanan suwa
MS • Basmeih "Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak".
MS • Basmeih Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Ia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan.
MS • Basmeih Nabi Musa berkata kepada mereka: "Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Ia akan membinasakan kamu dengan azab seksa; dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa".
Qaloo in hathani lasahiraniyureedani an yukhrijakum min ardikum bisihrihimawayathhaba bitareeqatikumu almuthla
MS • Basmeih Mereka berkata: "Dua orang ini, sebenarnya dua ahli sihir yang bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka, dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama.
MS • Basmeih "Oleh itu, satukanlah segala cara helah kamu, kemudian datanglah beramai-ramai dalam satu barisan untuk menentangnya; dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini".
Qala bal alqoo fa-itha hibaluhumwaAAisiyyuhum yukhayyalu ilayhi min sihrihim annahatasAAa
MS • Basmeih Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.
Taha•Ayah 67
فَأَوۡجَسَفِىنَفۡسِهِۦخِيفَةًمُّوسَىٰ٦٧
Faawjasa fee nafsihi kheefatan moosa
MS • Basmeih Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.
Taha•Ayah 68
قُلۡنَالَاتَخَفۡإِنَّكَأَنتَٱلۡأَعۡلَىٰ٦٨
Qulna la takhaf innaka antaal-aAAla
MS • Basmeih Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.
MS • Basmeih "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".
MS • Basmeih (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".
Qala amantum lahu qabla an athanalakum innahu lakabeerukumu allathee AAallamakumu assihrafalaoqattiAAanna aydiyakum waarjulakum min khilafinwalaosallibannakum fee juthooAAi annakhliwalataAAlamunna ayyuna ashaddu AAathaban waabqa
MS • Basmeih Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal".
Qaloo lan nu/thiraka AAala majaana mina albayyinati wallatheefatarana faqdi ma anta qadininnama taqdee hathihi alhayataaddunya
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.
Inna amanna birabbinaliyaghfira lana khatayana wamaakrahtana AAalayhi mina assihri wallahukhayrun waabqa
MS • Basmeih "Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya.
Innahu man ya/ti rabbahu mujriman fa-innalahu jahannama la yamootu feeha wala yahya
MS • Basmeih "Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.
Waman ya/tihi mu/minan qad AAamila assalihatifaola-ika lahumu addarajatu alAAula
MS • Basmeih "Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:
Jannatu AAadnin tajree min tahtihaal-anharu khalideena feeha wathalikajazao man tazakka
MS • Basmeih "(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat".
Walaqad awhayna ilamoosa an asri biAAibadee fadriblahum tareeqan fee albahri yabasan la takhafudarakan wala takhsha
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam".
FaatbaAAahum firAAawnu bijunoodihifaghashiyahum mina alyammi ma ghashiyahum
MS • Basmeih Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.
Taha•Ayah 79
وَأَضَلَّفِرۡعَوۡنُقَوۡمَهُۥوَمَاهَدَىٰ٧٩
Waadalla firAAawnu qawmahu wamahada
MS • Basmeih Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar.
Ya banee isra-eela qad anjaynakummin AAaduwwikum wawaAAadnakum janiba attoorial-aymana wanazzalna AAalaykumu almanna wassalwa
MS • Basmeih Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa",
Kuloo min tayyibati marazaqnakum wala tatghaw feehi fayahillaAAalaykum ghadabee waman yahlil AAalayhi ghadabeefaqad hawa
MS • Basmeih Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.
Wa-innee laghaffarun liman tabawaamana waAAamila salihan thumma ihtada
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.
Taha•Ayah 83
۞وَمَآأَعۡجَلَكَعَنقَوۡمِكَيَـٰمُوسَىٰ٨٣
Wama aAAjalaka AAan qawmika yamoosa
MS • Basmeih Dan apakah yang menyebabkan engkau segera datang ke mari lebih dahulu dari kaum engkau wahai Musa?.
Qala hum ola-i AAalaatharee waAAajiltu ilayka rabbi litarda
MS • Basmeih Nabi Musa menjawab: "Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini; dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku".
Qala fa-inna qad fatannaqawmaka min baAAdika waadallahumu assamiriy
MS • Basmeih (Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"
FarajaAAa moosa ila qawmihighadbana asifan qala ya qawmi alamyaAAidkum rabbukum waAAdan hasanan afatalaAAalaykumu alAAahdu am aradtum an yahilla AAalaykum ghadabunmin rabbikum faakhlaftum mawAAidee
MS • Basmeih Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata: "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"
Qaloo ma akhlafnamawAAidaka bimalkina walakinna hummilnaawzaran min zeenati alqawmi faqathafnahafakathalika alqa assamiriy
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang dibawanya.
MS • Basmeih "Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!"
Afala yarawna alla yarjiAAuilayhim qawlan wala yamliku lahum darran walanafAAa
MS • Basmeih Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?
Walaqad qala lahum haroonu minqablu ya qawmi innama futintum bihi wa-innarabbakumu arrahmanu fattabiAAooneewaateeAAoo amree
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku".
Qaloo lan nabraha AAalayhi AAakifeenahatta yarjiAAa ilayna moosa
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami".
Qala yabnaomma la ta/khuthbilihyatee wala bira/see innee khasheetu an taqoolafarraqta bayna banee isra-eela walam tarqub qawlee
MS • Basmeih Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' "
Taha•Ayah 95
قَالَفَمَاخَطۡبُكَيَـٰسَـٰمِرِىُّ٩٥
Qala fama khatbuka yasamiriy
MS • Basmeih (Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"
Qala basurtu bima lamyabsuroo bihi faqabadtu qabdatan min athariarrasooli fanabathtuha wakathalikasawwalat lee nafsee
MS • Basmeih Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".
Qala fathhab fa-innalaka fee alhayati an taqoola la misasawa-inna laka mawAAidan lan tukhlafahu wanthurila ilahika allathee thaltaAAalayhi AAakifan lanuharriqannahu thummalanansifannahu fee alyammi nasfa
MS • Basmeih Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.
Kathalika naqussu AAalayka minanba-i ma qad sabaqa waqad ataynakamin ladunna thikra
MS • Basmeih Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan.
Nahnu aAAlamu bima yaqooloonaith yaqoolu amthaluhum tareeqatan in labithtum illayawma
MS • Basmeih (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat".
MS • Basmeih Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: "Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.
Taha•Ayah 106
فَيَذَرُهَاقَاعًاصَفۡصَفًا١٠٦
Fayatharuha qaAAan safsafa
MS • Basmeih "Lalu Ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin".
Taha•Ayah 107
لَّاتَرَىٰفِيهَاعِوَجًاوَلَآأَمۡتًا١٠٧
La tara feeha AAiwajanwala amta
MS • Basmeih Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.
MS • Basmeih Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.
Yawma-ithin la tanfaAAu ashshafaAAatuilla man athina lahu arrahmanuwaradiya lahu qawla
MS • Basmeih Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya.
YaAAlamu ma bayna aydeehim wamakhalfahum wala yuheetoona bihi AAilma
MS • Basmeih Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi.
WaAAanati alwujoohu lilhayyialqayyoomi waqad khaba man hamala thulma
MS • Basmeih Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.
Waman yaAAmal mina assalihatiwahuwa mu/minun fala yakhafu thulmanwala hadma
MS • Basmeih Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.
Wakathalika anzalnahu qur-ananAAarabiyyan wasarrafna feehi mina alwaAAeedilaAAallahum yattaqoona aw yuhdithu lahum thikra
MS • Basmeih Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.
MS • Basmeih Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
Walaqad AAahidna ila adamamin qablu fanasiya walam najid lahu AAazma
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.
Wa-ith qulna lilmala-ikatiosjudoo li-adama fasajadoo illa ibleesa aba
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.
Faqulna ya adamu innahatha AAaduwwun laka walizawjika falayukhrijannakuma mina aljannati fatashqa
MS • Basmeih Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.
Taha•Ayah 118
إِنَّلَكَأَلَّاتَجُوعَفِيهَاوَلَاتَعۡرَىٰ١١٨
Inna laka alla tajooAAa feehawala taAAra
MS • Basmeih "Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.
Taha•Ayah 119
وَأَنَّكَلَاتَظۡمَؤُاۡفِيهَاوَلَاتَضۡحَىٰ١١٩
Waannaka la tathmaofeeha wala tadha
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari".
Fawaswasa ilayhi ashshaytanuqala ya adamu hal adulluka AAalashajarati alkhuldi wamulkin la yabla
MS • Basmeih Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"
MS • Basmeih Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
MS • Basmeih Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
MS • Basmeih "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Qala kathalika atatka ayatunafanaseetaha wakathalika alyawma tunsa
MS • Basmeih Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".
Wakathalika najzee man asrafa walamyu/min bi-ayati rabbihi walaAAathabu al-akhiratiashaddu waabqa
MS • Basmeih Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.
Afalam yahdi lahum kam ahlaknaqablahum mina alqurooni yamshoona fee masakinihim inna feethalika laayatin li-olee annuha
MS • Basmeih Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran.
MS • Basmeih Dan jika tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah Tuhanmu (wahai Muhammad), dan satu tempoh yang ditentukan nescaya balasan jenayah mereka sudah semestinya berlaku.
MS • Basmeih Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
MS • Basmeih Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Wa/mur ahlaka bissalatiwastabir AAalayha la nas-alukarizqan nahnu narzuquka walAAaqibatu littaqwa
MS • Basmeih Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
MS • Basmeih Dan mereka yang kafir berkata: "Mengapa ia tidak membawa kepada kami satu tanda mukjizat dari Tuhannya yang membuktikan kebenarannya?" Bukankah telah datang kepada mereka berbagai-bagai keterangan dan khasnya Al-Quran yang menjadi kenyataan yang menerangkan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab yang dahulu?
Walaw anna ahlaknahum biAAathabinmin qablihi laqaloo rabbana lawla arsaltailayna rasoolan fanattabiAAa ayatika minqabli an nathilla wanakhza
MS • Basmeih Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa Al-Quran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: "Wahai Tuhan Kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia), dan mendapat malu (dengan azab di akhirat)?"
Qul kullun mutarabbisun fatarabbasoofasataAAlamoona man as-habu assiratiassawiyyi wamani ihtada
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kamu! Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat petunjuk".
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation