MS • Basmeih Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
Wa-innee khiftu almawaliya min wara-eewakanati imraatee AAaqiran fahab lee min ladunkawaliyya
MS • Basmeih Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
Ya zakariyya innanubashshiruka bighulamin ismuhu yahya lamnajAAal lahu min qablu samiyya
MS • Basmeih (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
Qala rabbi anna yakoonu leeghulamun wakanati imraatee AAaqiran waqadbalaghtu mina alkibari AAitiyya
MS • Basmeih Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"
Qala kathalika qalarabbuka huwa AAalayya hayyinun waqad khalaqtuka min qablu walamtaku shay-a
MS • Basmeih Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
Qala rabbi ijAAal lee ayatan qalaayatuka alla tukallima annasa thalathalayalin sawiyya
MS • Basmeih Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat".
Fakharaja AAala qawmihi mina almihrabifaawha ilayhim an sabbihoo bukratan waAAashiyya
MS • Basmeih Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
Ya yahya khuthialkitaba biquwwatin waataynahu alhukmasabiyya
MS • Basmeih "Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
MS • Basmeih Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).
Wathkur fee alkitabimaryama ithi intabathat min ahliha makanansharqiyya
MS • Basmeih Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.
Fattakhathat min doonihim hijabanfaarsalna ilayha roohanafatamaththala laha basharan sawiyya
MS • Basmeih Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
Qalat anna yakoonu lee ghulamunwalam yamsasnee basharun walam aku baghiyya
MS • Basmeih Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"
Qala kathaliki qalarabbuki huwa AAalayya hayyinun walinajAAalahu ayatan linnasiwarahmatan minna wakana amran maqdiyya
MS • Basmeih Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
Maryam•Ayah 22
۞فَحَمَلَتۡهُفَٱنتَبَذَتۡبِهِۦمَكَانًاقَصِيًّا٢٢
Fahamalat-hu fantabathatbihi makanan qasiyya
MS • Basmeih Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
MS • Basmeih (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
Fanadaha min tahtihaalla tahzanee qad jaAAala rabbuki tahtakisariyya
MS • Basmeih Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
MS • Basmeih "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
Faatat bihi qawmaha tahmiluhuqaloo ya maryamu laqad ji/ti shay-an fariyya
MS • Basmeih Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!
Faasharat ilayhi qaloo kayfanukallimu man kana fee almahdi sabiyya
MS • Basmeih Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
MS • Basmeih Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
MS • Basmeih Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
MS • Basmeih Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
Ma kana lillahi anyattakhitha min waladin subhanahu itha qadaamran fa-innama yaqoolu lahu kun fayakoon
MS • Basmeih Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
Fakhtalafa al-ahzabumin baynihim fawaylun lillatheena kafaroo min mashhadiyawmin AAatheem
MS • Basmeih Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.
MS • Basmeih Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata
MS • Basmeih Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
Wathkur fee alkitabiibraheema innahu kana siddeeqan nabiyya
MS • Basmeih Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.
Ith qala li-abeehi yaabati lima taAAbudu ma la yasmaAAu wala yubsiruwala yughnee AAanka shay-a
MS • Basmeih Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?
Ya abati innee qad jaanee minaalAAilmi ma lam ya/tika fattabiAAnee ahdika siratansawiyya
MS • Basmeih " Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.
Ya abati innee akhafu anyamassaka AAathabun mina arrahmanifatakoona lishshyatani waliyya
MS • Basmeih " Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka".
MS • Basmeih (Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".
Qala salamun AAalaykasaastaghfiru laka rabbee innahu kana bee hafiyya
MS • Basmeih Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
MS • Basmeih Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".
MS • Basmeih Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
Wawahabna lahum min rahmatinawajaAAalna lahum lisana sidqin AAaliyya
MS • Basmeih Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.
Wathkur fee alkitabimoosa innahu kana mukhlasan wakanarasoolan nabiyya
MS • Basmeih Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.
Wathkur fee alkitabiismaAAeela innahu kana sadiqa alwaAAdi wakanarasoolan nabiyya
MS • Basmeih Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.
Wathkur fee alkitabiidreesa innahu kana siddeeqan nabiyya
MS • Basmeih Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi.
Maryam•Ayah 57
وَرَفَعۡنَـٰهُمَكَانًاعَلِيًّا٥٧
WarafaAAnahu makanan AAaliyya
MS • Basmeih Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
MS • Basmeih Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
Fakhalafa min baAAdihim khalfun adaAAooassalata wattabaAAoo ashshahawatifasawfa yalqawna ghayya
MS • Basmeih Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
Illa man taba waamanawaAAamila salihan faola-ika yadkhuloonaaljannata wala yuthlamoona shay-a
MS • Basmeih Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -
Jannati AAadnin allatee waAAada arrahmanuAAibadahu bighaybi innahu kana waAAduhuma/tiyya
MS • Basmeih (Iaitu) Syurga " Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.
La yasmaAAoona feeha laghwanilla salaman walahum rizquhum feeha bukratanwaAAashiyya
MS • Basmeih Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).
Wama natanazzalu illa bi-amrirabbika lahu ma bayna aydeena wama khalfanawama bayna thalika wama kana rabbukanasiyya
MS • Basmeih Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, -
Rabbu assamawati wal-ardiwama baynahuma faAAbudhu wastabirliAAibadatihi hal taAAlamu lahu samiyya
MS • Basmeih "Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"
Awa la yathkuru al-insanuanna khalaqnahu min qablu walam yaku shay-a
MS • Basmeih Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?
MS • Basmeih Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.
Thumma lananziAAanna min kulli sheeAAatinayyuhum ashaddu AAala arrahmaniAAitiyya
MS • Basmeih Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka.
Wa-in minkum illa wariduhakana AAala rabbika hatman maqdiyya
MS • Basmeih Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
MS • Basmeih Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.
MS • Basmeih Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman: "Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?
Wakam ahlakna qablahum min qarnin humahsanu athathan wari/ya
MS • Basmeih Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka, kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.
Qul man kana fee addalalatifalyamdud lahu arrahmanu maddan hattaitha raaw ma yooAAadoona imma alAAathabawa-imma assaAAata fasayaAAlamoona man huwasharrun makanan waadAAafu junda
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, - sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya."
MS • Basmeih Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.
MS • Basmeih Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta ia berkata: "Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?"
Wattakhathoo min dooni Allahialihatan liyakoonoo lahum AAizza
MS • Basmeih Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
Kalla sayakfuroona biAAibadatihimwayakoonoona AAalayhim didda
MS • Basmeih Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.
Alam tara anna arsalna ashshayateenaAAala alkafireena taozzuhum azza
MS • Basmeih Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?
Fala taAAjal AAalayhim innamanaAAuddu lahum AAadda
MS • Basmeih Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.
La yamlikoona ashshafaAAatailla mani ittakhatha AAinda arrahmaniAAahda
MS • Basmeih Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!.
Maryam•Ayah 88
وَقَالُواۡٱتَّخَذَٱلرَّحۡمَـٰنُوَلَدًا٨٨
Waqaloo ittakhatha arrahmanuwalada
MS • Basmeih Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
Maryam•Ayah 89
لَّقَدۡجِئۡتُمۡشَيۡــًٔاإِدًّا٨٩
Laqad ji/tum shay-an idda
MS • Basmeih Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
MS • Basmeih Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
Maryam•Ayah 91
أَندَعَوۡاۡلِلرَّحۡمَـٰنِوَلَدًا٩١
An daAAaw lirrahmaniwalada
MS • Basmeih Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
Maryam•Ayah 92
وَمَايَنۢبَغِىلِلرَّحۡمَـٰنِأَنيَتَّخِذَوَلَدًا٩٢
Wama yanbaghee lirrahmanian yattakhitha walada
MS • Basmeih Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.
MS • Basmeih . Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
MS • Basmeih Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.
Wakam ahlakna qablahum min qarnin haltuhissu minhum min ahadin aw tasmaAAu lahum rikza
MS • Basmeih Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation