Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
16. An-Nahl (128 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

An-Nahl Ayah 1
أَتَىٰٓ أَمۡرُ ٱللَّهِ فَلَا تَسۡتَعۡجِلُوهُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ١
Ata amru Allahi falatastaAAjiloohu subhanahu wataAAala AAammayushrikoon
MS • Basmeih Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 2
يُنَزِّلُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةَ بِٱلرُّوحِ مِنۡ أَمۡرِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦٓ أَنۡ أَنذِرُوٓاۡ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَاۡ فَٱتَّقُونِ ٢
Yunazzilu almala-ikata birroohimin amrihi AAala man yashao min AAibadihi ananthiroo annahu la ilaha illa anafattaqoon
MS • Basmeih Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 3
خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ‌ۚ تَعَـٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٣
Khalaqa assamawati wal-ardabilhaqqi taAAala AAammayushrikoon
MS • Basmeih Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 4
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ ٤
Khalaqa al-insana min nutfatinfa-itha huwa khaseemun mubeen
MS • Basmeih Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 5
وَٱلۡأَنۡعَـٰمَ خَلَقَهَا‌ۗ لَكُمۡ فِيهَا دِفۡءٌ وَمَنَـٰفِعُ وَمِنۡهَا تَأۡكُلُونَ ٥
Wal-anAAama khalaqahalakum feeha dif-on wamanafiAAu waminhata-kuloon
MS • Basmeih Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 6
وَلَكُمۡ فِيهَا جَمَالٌ حِينَ تُرِيحُونَ وَحِينَ تَسۡرَحُونَ ٦
Walakum feeha jamalun heenatureehoona waheena tasrahoon
MS • Basmeih Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 7
وَتَحۡمِلُ أَثۡقَالَكُمۡ إِلَىٰ بَلَدٍ لَّمۡ تَكُونُواۡ بَـٰلِغِيهِ إِلَّا بِشِقِّ ٱلۡأَنفُسِ‌ۚ إِنَّ رَبَّكُمۡ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ٧
Watahmilu athqalakum ilabaladin lam takoonoo baligheehi illa bishiqqial-anfusi inna rabbakum laraoofun raheem
MS • Basmeih Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 8
وَٱلۡخَيۡلَ وَٱلۡبِغَالَ وَٱلۡحَمِيرَ لِتَرۡكَبُوهَا وَزِينَةً‌ۚ وَيَخۡلُقُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٨
Walkhayla walbighalawalhameera litarkabooha wazeenatanwayakhluqu ma la taAAlamoon
MS • Basmeih Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 9
وَعَلَى ٱللَّهِ قَصۡدُ ٱلسَّبِيلِ وَمِنۡهَا جَآئِرٌ‌ۚ وَلَوۡ شَآءَ لَهَدَٮٰكُمۡ أَجۡمَعِينَ ٩
WaAAala Allahi qasdu assabeeliwaminha ja-irun walaw shaa lahadakumajmaAAeen
MS • Basmeih Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 10
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً‌ۖ لَّكُم مِّنۡهُ شَرَابٌ وَمِنۡهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ ١٠
Huwa allathee anzala mina assama-imaan lakum minhu sharabun waminhu shajarun feehituseemoon
MS • Basmeih Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 11
يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ ٱلزَّرۡعَ وَٱلزَّيۡتُونَ وَٱلنَّخِيلَ وَٱلۡأَعۡنَـٰبَ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً لِّقَوۡمٍ يَتَفَكَّرُونَ ١١
Yunbitu lakum bihi azzarAAa wazzaytoonawannakheela wal-aAAnaba wamin kulli aththamaratiinna fee thalika laayatan liqawmin yatafakkaroon
MS • Basmeih Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 12
وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ‌ۖ وَٱلنُّجُومُ مُسَخَّرٰتُۢ بِأَمۡرِهِۦٓ‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَـٰتٍ لِّقَوۡمٍ يَعۡقِلُونَ ١٢
Wasakhkhara lakumu allayla wannaharawashshamsa walqamara wannujoomumusakhkharatun bi-amrihi inna fee thalika laayatinliqawmin yaAAqiloon
MS • Basmeih Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 13
وَمَا ذَرَأَ لَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُخۡتَلِفًا أَلۡوٰنُهُۥٓ‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً لِّقَوۡمٍ يَذَّكَّرُونَ ١٣
Wama tharaa lakum fee al-ardimukhtalifan alwanuhu inna fee thalika laayatanliqawmin yaththakkaroon
MS • Basmeih Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 14
وَهُوَ ٱلَّذِى سَخَّرَ ٱلۡبَحۡرَ لِتَأۡكُلُواۡ مِنۡهُ لَحۡمًا طَرِيًّا وَتَسۡتَخۡرِجُواۡ مِنۡهُ حِلۡيَةً تَلۡبَسُونَهَا وَتَرَى ٱلۡفُلۡكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواۡ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ١٤
Wahuwa allathee sakhkhara albahralita/kuloo minhu lahman tariyyan watastakhrijoominhu hilyatan talbasoonaha watara alfulkamawakhira feehi walitabtaghoo min fadlihiwalaAAallakum tashkuroon
MS • Basmeih Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 15
وَأَلۡقَىٰ فِى ٱلۡأَرۡضِ رَوٰسِىَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَأَنۡهَـٰرًا وَسُبُلاً لَّعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٥
Waalqa fee al-ardi rawasiyaan tameeda bikum waanharan wasubulan laAAallakum tahtadoon
MS • Basmeih Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 16
وَعَلَـٰمَـٰتٍ‌ۚ وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَهۡتَدُونَ ١٦
WaAAalamatin wabinnajmihum yahtadoon
MS • Basmeih Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 17
أَفَمَن يَخۡلُقُ كَمَن لَّا يَخۡلُقُ‌ۗ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ١٧
Afaman yakhluqu kaman la yakhluquafala tathakkaroon
MS • Basmeih Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 18
وَإِن تَعُدُّواۡ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ١٨
Wa-in taAAuddoo niAAmata Allahi latuhsooha inna Allaha laghafoorun raheem
MS • Basmeih Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 19
وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ ١٩
Wallahu yaAAlamu matusirroona wama tuAAlinoon
MS • Basmeih Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 20
وَٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَخۡلُقُونَ شَيۡــًٔا وَهُمۡ يُخۡلَقُونَ ٢٠
Wallatheena yadAAoona mindooni Allahi la yakhluqoona shay-an wahumyukhlaqoon
MS • Basmeih Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah yang diciptakan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 21
أَمۡوٰتٌ غَيۡرُ أَحۡيَآءٍ‌ۖ وَمَا يَشۡعُرُونَ أَيَّانَ يُبۡعَثُونَ ٢١
Amwatun ghayru ahya-inwama yashAAuroona ayyana yubAAathoon
MS • Basmeih Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup; dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 22
إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ وٰحِدٌ‌ۚ فَٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأَخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسۡتَكۡبِرُونَ ٢٢
Ilahukum ilahun wahidunfallatheena la yu/minoona bil-akhiratiquloobuhum munkiratun wahum mustakbiroon
MS • Basmeih Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 23
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَ‌ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡتَكۡبِرِينَ ٢٣
La jarama anna Allaha yaAAlamuma yusirroona wama yuAAlinoona innahu la yuhibbualmustakbireen
MS • Basmeih Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 24
وَإِذَا قِيلَ لَهُم مَّاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمۡ‌ۙ قَالُوٓاۡ أَسَـٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤
Wa-itha qeela lahum mathaanzala rabbukum qaloo asateeru al-awwaleen
MS • Basmeih Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada nabi Muhammad)?" Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 25
لِيَحۡمِلُوٓاۡ أَوۡزَارَهُمۡ كَامِلَةً يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۙ وَمِنۡ أَوۡزَارِ ٱلَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيۡرِ عِلۡمٍ‌ۗ أَلَا سَآءَ مَا يَزِرُونَ ٢٥
Liyahmiloo awzarahum kamilatanyawma alqiyamati wamin awzari allatheena yudilloonahumbighayri AAilmin ala saa ma yaziroon
MS • Basmeih (Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 26
قَدۡ مَكَرَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَأَتَى ٱللَّهُ بُنۡيَـٰنَهُم مِّنَ ٱلۡقَوَاعِدِ فَخَرَّ عَلَيۡهِمُ ٱلسَّقۡفُ مِن فَوۡقِهِمۡ وَأَتَـٰهُمُ ٱلۡعَذَابُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَشۡعُرُونَ ٢٦
Qad makara allatheena min qablihimfaata Allahu bunyanahum mina alqawaAAidifakharra AAalayhimu assaqfu min fawqihim waatahumualAAathabu min haythu la yashAAuroon
MS • Basmeih Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 27
ثُمَّ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ يُخۡزِيهِمۡ وَيَقُولُ أَيۡنَ شُرَكَآءِىَ ٱلَّذِينَ كُنتُمۡ تُشَـٰٓقُّونَ فِيهِمۡ‌ۚ قَالَ ٱلَّذِينَ أُوتُواۡ ٱلۡعِلۡمَ إِنَّ ٱلۡخِزۡىَ ٱلۡيَوۡمَ وَٱلسُّوٓءَ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ ٢٧
Thumma yawma alqiyamati yukhzeehimwayaqoolu ayna shuraka-iya allatheena kuntum tushaqqoonafeehim qala allatheena ootoo alAAilma inna alkhizyaalyawma wassoo-a AAala alkafireen
MS • Basmeih Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang-orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir;
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 28
ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّـٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ ظَالِمِىٓ أَنفُسِهِمۡ‌ۖ فَأَلۡقَوُاۡ ٱلسَّلَمَ مَا كُنَّا نَعۡمَلُ مِن سُوٓءِۭ‌ۚ بَلَىٰٓ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٢٨
Allatheena tatawaffahumu almala-ikatuthalimee anfusihim faalqawoo assalamama kunna naAAmalu min soo-in bala inna AllahaAAaleemun bima kuntum taAAmaloon
MS • Basmeih (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya)." Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): "Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan". (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 29
فَٱدۡخُلُوٓاۡ أَبۡوٰبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۖ فَلَبِئۡسَ مَثۡوَى ٱلۡمُتَكَبِّرِينَ ٢٩
Fadkhuloo abwaba jahannama khalideenafeeha falabi/sa mathwa almutakabbireen
MS • Basmeih "Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekalah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 30
۞وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاۡ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمۡ‌ۚ قَالُواۡ خَيۡرًا‌ۗ لِّلَّذِينَ أَحۡسَنُواۡ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٌ‌ۚ وَلَدَارُ ٱلۡأَخِرَةِ خَيۡرٌ‌ۚ وَلَنِعۡمَ دَارُ ٱلۡمُتَّقِينَ ٣٠
Waqeela lillatheena ittaqaw mathaanzala rabbukum qaloo khayran lillatheena ahsanoofee hathihi addunya hasanatun waladarual-akhirati khayrun walaniAAma daru almuttaqeen
MS • Basmeih Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 31
جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ يَدۡخُلُونَهَا تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۖ لَهُمۡ فِيهَا مَا يَشَآءُونَ‌ۚ كَذٰلِكَ يَجۡزِى ٱللَّهُ ٱلۡمُتَّقِينَ ٣١
Jannatu AAadnin yadkhuloonahatajree min tahtiha al-anharu lahum feehama yashaoona kathalika yajzee Allahualmuttaqeen
MS • Basmeih (Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa,
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 32
ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّـٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ طَيِّبِينَ‌ۙ يَقُولُونَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمُ ٱدۡخُلُواۡ ٱلۡجَنَّةَ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٣٢
Allatheena tatawaffahumu almala-ikatutayyibeena yaqooloona salamun AAalaykumu odkhulooaljannata bima kuntum taAAmaloon
MS • Basmeih (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 33
هَلۡ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن تَأۡتِيَهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ أَوۡ يَأۡتِىَ أَمۡرُ رَبِّكَ‌ۚ كَذٰلِكَ فَعَلَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ وَمَا ظَلَمَهُمُ ٱللَّهُ وَلَـٰكِن كَانُوٓاۡ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ ٣٣
Hal yanthuroona illa anta/tiyahumu almala-ikatu aw ya/tiya amru rabbika kathalikafaAAala allatheena min qablihim wama thalamahumuAllahu walakin kanoo anfusahum yathlimoon
MS • Basmeih (Apakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang akan mencabut nyawa mereka), atau kedatangan azab Tuhanmu (yang akan membinasakan mereka). Demikianlah juga yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka (lalu dibinasakan); dan (sebenarnya) Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 34
فَأَصَابَهُمۡ سَيِّـَٔـاتُ مَا عَمِلُواۡ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُواۡ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ٣٤
Faasabahum sayyi-atu maAAamiloo wahaqa bihim ma kanoo bihiyastahzi-oon
MS • Basmeih Oleh itu, mereka ditimpa azab sebagai balasan perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan azab Allah itu meliputi mereka sebagai balasan bagi apa yang mereka telah ejek-ejek dahulu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 35
وَقَالَ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواۡ لَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ مَا عَبَدۡنَا مِن دُونِهِۦ مِن شَىۡءٍ نَّحۡنُ وَلَآ ءَابَآؤُنَا وَلَا حَرَّمۡنَا مِن دُونِهِۦ مِن شَىۡءٍ‌ۚ كَذٰلِكَ فَعَلَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ فَهَلۡ عَلَى ٱلرُّسُلِ إِلَّا ٱلۡبَلَـٰغُ ٱلۡمُبِينُ ٣٥
Waqala allatheena ashrakoo lawshaa Allahu ma AAabadna min doonihimin shay-in nahnu wala abaonawala harramna min doonihi min shay-in kathalikafaAAala allatheena min qablihim fahal AAala arrusuliilla albalaghu almubeen
MS • Basmeih Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: "Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, - (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; - dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya". Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 36
وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ ٱعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواۡ ٱلطَّـٰغُوتَ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَـٰلَةُ‌ۚ فَسِيرُواۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواۡ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٣٦
Walaqad baAAathna fee kulli ommatinrasoolan ani oAAbudoo Allaha wajtaniboo attaghootafaminhum man hada Allahu waminhum man haqqatAAalayhi addalalatu faseeroo fee al-ardifanthuroo kayfa kana AAaqibatualmukaththibeen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 37
إِن تَحۡرِصۡ عَلَىٰ هُدَٮٰهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى مَن يُضِلُّ‌ۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ٣٧
In tahris AAala hudahumfa-inna Allaha la yahdee man yudillu wamalahum min nasireen
MS • Basmeih Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 38
وَأَقۡسَمُواۡ بِٱللَّهِ جَهۡدَ أَيۡمَـٰنِهِمۡ‌ۙ لَا يَبۡعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُ‌ۚ بَلَىٰ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّا وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ٣٨
Waaqsamoo billahi jahda aymanihimla yabAAathu Allahu man yamootu bala waAAdanAAalayhi haqqan walakinna akthara annasila yaAAlamoon
MS • Basmeih Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): "Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati". (Itu tidak benar), bahkan janji Allah membangkitkan orang-orang yang telah mati) tetap benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 39
لِيُبَيِّنَ لَهُمُ ٱلَّذِى يَخۡتَلِفُونَ فِيهِ وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاۡ أَنَّهُمۡ كَانُواۡ كَـٰذِبِينَ ٣٩
Liyubayyina lahumu allatheeyakhtalifoona feehi waliyaAAlama allatheena kafarooannahum kanoo kathibeen
MS • Basmeih (Allah menghidupkan semula orang-orang yang mati) untuk menerangkan kepada mereka apa yang mereka berselisihan padanya, dan supaya orang-orang kafir mengetahui bahawa mereka adalah orang-orang yang berdusta.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 40
إِنَّمَا قَوۡلُنَا لِشَىۡءٍ إِذَآ أَرَدۡنَـٰهُ أَن نَّقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ ٤٠
Innama qawluna lishay-inithaaradnahu an naqoola lahu kun fayakoon
MS • Basmeih Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: "Jadilah engkau! ", maka menjadilah ia.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 41
وَٱلَّذِينَ هَاجَرُواۡ فِى ٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُواۡ لَنُبَوِّئَنَّهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً‌ۖ وَلَأَجۡرُ ٱلۡأَخِرَةِ أَكۡبَرُ‌ۚ لَوۡ كَانُواۡ يَعۡلَمُونَ ٤١
Wallatheena hajaroofee Allahi min baAAdi ma thulimoolanubawwi-annahum fee addunya hasanatanwalaajru al-akhirati akbaru law kanoo yaAAlamoon
MS • Basmeih Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 42
ٱلَّذِينَ صَبَرُواۡ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ ٤٢
Allatheena sabaroo waAAalarabbihim yatawakkaloon
MS • Basmeih Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 43
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالاً نُّوحِىٓ إِلَيۡهِمۡ‌ۚ فَسۡــَٔلُوٓاۡ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٤٣
Wama arsalna min qablika illarijalan noohee ilayhim fas-aloo ahla aththikriin kuntum la taAAlamoon
MS • Basmeih Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 44
بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلزُّبُرِ‌ۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ٤٤
Bilbayyinati wazzuburiwaanzalna ilayka aththikra litubayyina linnasima nuzzila ilayhim walaAAallahum yatafakkaroon
MS • Basmeih (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 45
أَفَأَمِنَ ٱلَّذِينَ مَكَرُواۡ ٱلسَّيِّـَٔـاتِ أَن يَخۡسِفَ ٱللَّهُ بِهِمُ ٱلۡأَرۡضَ أَوۡ يَأۡتِيَهُمُ ٱلۡعَذَابُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَشۡعُرُونَ ٤٥
Afaamina allatheena makaroo assayyi-atian yakhsifa Allahu bihimu al-arda aw ya/tiyahumualAAathabu min haythu la yashAAuroon
MS • Basmeih (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 46
أَوۡ يَأۡخُذَهُمۡ فِى تَقَلُّبِهِمۡ فَمَا هُم بِمُعۡجِزِينَ ٤٦
Aw ya/khuthahum fee taqallubihim famahum bimuAAjizeen
MS • Basmeih Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 47
أَوۡ يَأۡخُذَهُمۡ عَلَىٰ تَخَوُّفٍ فَإِنَّ رَبَّكُمۡ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ٤٧
Aw ya/khuthahum AAalatakhawwufin fa-inna rabbakum laraoofun raheem
MS • Basmeih Atau Ia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit? Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 48
أَوَلَمۡ يَرَوۡاۡ إِلَىٰ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ مِن شَىۡءٍ يَتَفَيَّؤُاۡ ظِلَـٰلُهُۥ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَٱلشَّمَآئِلِ سُجَّدًا لِّلَّهِ وَهُمۡ دٰخِرُونَ ٤٨
Awa lam yaraw ila ma khalaqaAllahu min shay-in yatafayyao thilaluhuAAani alyameeni washshama-ili sujjadan lillahiwahum dakhiroon
MS • Basmeih Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 49
وَلِلَّهِ يَسۡجُدُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ مِن دَآبَّةٍ وَٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ وَهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٤٩
Walillahi yasjudu ma fee assamawatiwama fee al-ardi min dabbatin walmala-ikatuwahum la yastakbiroon
MS • Basmeih Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 50 ۩ Sajdah
يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ ۩
Yakhafoona rabbahum min fawqihimwayafAAaloona ma yu/maroon
MS • Basmeih Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 51
۞وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓاۡ إِلَـٰهَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ‌ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَـٰهٌ وٰحِدٌ‌ۖ فَإِيَّـٰىَ فَٱرۡهَبُونِ ٥١
Waqala Allahu latattakhithoo ilahayni ithnayni innama huwailahun wahidun fa-iyyaya farhaboon
MS • Basmeih Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 52
وَلَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًا‌ۚ أَفَغَيۡرَ ٱللَّهِ تَتَّقُونَ ٥٢
Walahu ma fee assamawatiwal-ardi walahu addeenu wasibanafaghayra Allahi tattaqoon
MS • Basmeih Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 53
وَمَا بِكُم مِّن نِّعۡمَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيۡهِ تَجۡــَٔرُونَ ٥٣
Wama bikum min niAAmatin famina Allahithumma itha massakumu addurru fa-ilayhitaj-aroon
MS • Basmeih Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 54
ثُمَّ إِذَا كَشَفَ ٱلضُّرَّ عَنكُمۡ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمۡ يُشۡرِكُونَ ٥٤
Thumma itha kashafa addurraAAankum itha fareequn minkum birabbihim yushrikoon
MS • Basmeih Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 55
لِيَكۡفُرُواۡ بِمَآ ءَاتَيۡنَـٰهُمۡ‌ۚ فَتَمَتَّعُواۡ‌ۖ فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ٥٥
Liyakfuroo bima ataynahumfatamattaAAoo fasawfa taAAlamoon
MS • Basmeih (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 56
وَيَجۡعَلُونَ لِمَا لَا يَعۡلَمُونَ نَصِيبًا مِّمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ‌ۗ تَٱللَّهِ لَتُسۡــَٔلُنَّ عَمَّا كُنتُمۡ تَفۡتَرُونَ ٥٦
WayajAAaloona lima layaAAlamoona naseeban mimma razaqnahum tallahilatus-alunna AAamma kuntum taftaroon
MS • Basmeih Dan mereka (yang musyrik itu) menentukan untuk keperluan benda-benda yang mereka tidak mengetahui hal keadaannya, sebahagian dari harta-benda yang kami kurniakan kepada mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu ada-adakan secara dusta itu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 57
وَيَجۡعَلُونَ لِلَّهِ ٱلۡبَنَـٰتِ سُبۡحَـٰنَهُۥ‌ۙ وَلَهُم مَّا يَشۡتَهُونَ ٥٧
WayajAAaloona lillahi albanatisubhanahu walahum ma yashtahoon
MS • Basmeih Dan mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha Suci Ia. Sedang bagi mereka pula mereka sediakan apa yang mereka sukai (anak-anak lelaki).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 58
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِٱلۡأُنثَىٰ ظَلَّ وَجۡهُهُۥ مُسۡوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ ٥٨
Wa-itha bushshira ahaduhum bilonthathalla wajhuhu muswaddan wahuwa katheem
MS • Basmeih Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 59
يَتَوٰرَىٰ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ مِن سُوٓءِ مَا بُشِّرَ بِهِۦٓ‌ۚ أَيُمۡسِكُهُۥ عَلَىٰ هُونٍ أَمۡ يَدُسُّهُۥ فِى ٱلتُّرَابِ‌ۗ أَلَا سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ ٥٩
Yatawara mina alqawmi minsoo-i ma bushshira bihi ayumsikuhu AAala hoonin amyadussuhu fee atturabi ala saa mayahkumoon
MS • Basmeih Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 60
لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأَخِرَةِ مَثَلُ ٱلسَّوۡءِ‌ۖ وَلِلَّهِ ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰ‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٦٠
Lillatheena la yu/minoona bil-akhiratimathalu assaw-i walillahi almathalu al-aAAlawahuwa alAAazeezu alhakeem
MS • Basmeih Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 61
وَلَوۡ يُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِظُلۡمِهِم مَّا تَرَكَ عَلَيۡهَا مِن دَآبَّةٍ وَلَـٰكِن يُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى‌ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَــٔۡخِرُونَ سَاعَةً‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٦١
Walaw yu-akhithu Allahuannasa bithulmihim ma tarakaAAalayha min dabbatin walakin yu-akhkhiruhumila ajalin musamman fa-itha jaa ajaluhum layasta/khiroona saAAatan wala yastaqdimoon
MS • Basmeih Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 62
وَيَجۡعَلُونَ لِلَّهِ مَا يَكۡرَهُونَ وَتَصِفُ أَلۡسِنَتُهُمُ ٱلۡكَذِبَ أَنَّ لَهُمُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۖ لَا جَرَمَ أَنَّ لَهُمُ ٱلنَّارَ وَأَنَّهُم مُّفۡرَطُونَ ٦٢
WayajAAaloona lillahi mayakrahoona watasifu alsinatuhumu alkathiba annalahumu alhusna la jarama anna lahumu annarawaannahum mufratoon
MS • Basmeih Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 63
تَٱللَّهِ لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰٓ أُمَمٍ مِّن قَبۡلِكَ فَزَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَعۡمَـٰلَهُمۡ فَهُوَ وَلِيُّهُمُ ٱلۡيَوۡمَ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ٦٣
Tallahi laqad arsalnaila omamin min qablika fazayyana lahumu ashshaytanuaAAmalahum fahuwa waliyyuhumu alyawma walahum AAathabunaleem
MS • Basmeih Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 64
وَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ ٱلَّذِى ٱخۡتَلَفُواۡ فِيهِ‌ۙ وَهُدًى وَرَحۡمَةً لِّقَوۡمٍ يُؤۡمِنُونَ ٦٤
Wama anzalna AAalayka alkitabailla litubayyina lahumu allathee ikhtalafoo feehiwahudan warahmatan liqawmin yu/minoon
MS • Basmeih Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 65
وَٱللَّهُ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَآ‌ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً لِّقَوۡمٍ يَسۡمَعُونَ ٦٥
Wallahu anzala mina assama-imaan faahya bihi al-arda baAAdamawtiha inna fee thalika laayatan liqawminyasmaAAoon
MS • Basmeih Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 66
وَإِنَّ لَكُمۡ فِى ٱلۡأَنۡعَـٰمِ لَعِبۡرَةً‌ۖ نُّسۡقِيكُم مِّمَّا فِى بُطُونِهِۦ مِنۢ بَيۡنِ فَرۡثٍ وَدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَآئِغًا لِّلشَّـٰرِبِينَ ٦٦
Wa-inna lakum fee al-anAAamilaAAibratan nusqeekum mimma fee butoonihi min baynifarthin wadamin labanan khalisan sa-ighan lishsharibeen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 67
وَمِن ثَمَرٰتِ ٱلنَّخِيلِ وَٱلۡأَعۡنَـٰبِ تَتَّخِذُونَ مِنۡهُ سَكَرًا وَرِزۡقًا حَسَنًا‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً لِّقَوۡمٍ يَعۡقِلُونَ ٦٧
Wamin thamarati annakheeli wal-aAAnabitattakhithoona minhu sakaran warizqan hasanan innafee thalika laayatan liqawmin yaAAqiloon
MS • Basmeih Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 68
وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ ٦٨
Waawha rabbuka ila annahliani ittakhithee mina aljibali buyootan wamina ashshajariwamimma yaAArishoon
MS • Basmeih Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 69
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً لِّقَوۡمٍ يَتَفَكَّرُونَ ٦٩
Thumma kulee min kulli aththamaratifaslukee subula rabbiki thululan yakhruju min butoonihasharabun mukhtalifun alwanuhu feehi shifaonlinnasi inna fee thalika laayatanliqawmin yatafakkaroon
MS • Basmeih Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 70
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ ثُمَّ يَتَوَفَّـٰكُمۡ‌ۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرۡذَلِ ٱلۡعُمُرِ لِكَىۡ لَا يَعۡلَمَ بَعۡدَ عِلۡمٍ شَيۡــًٔا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ ٧٠
Wallahu khalaqakum thummayatawaffakum waminkum man yuraddu ila arthalialAAumuri likay la yaAAlama baAAda AAilmin shay-an innaAllaha AAaleemun qadeer
MS • Basmeih Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 71
وَٱللَّهُ فَضَّلَ بَعۡضَكُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ فِى ٱلرِّزۡقِ‌ۚ فَمَا ٱلَّذِينَ فُضِّلُواۡ بِرَآدِّى رِزۡقِهِمۡ عَلَىٰ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُمۡ فَهُمۡ فِيهِ سَوَآءٌ‌ۚ أَفَبِنِعۡمَةِ ٱللَّهِ يَجۡحَدُونَ ٧١
Wallahu faddala baAAdakumAAala baAAdin fee arrizqi fama allatheenafuddiloo biraddee rizqihim AAala mamalakat aymanuhum fahum feehi sawaon afabiniAAmatiAllahi yajhadoon
MS • Basmeih Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 72
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوٰجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَزۡوٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أَفَبِٱلۡبَـٰطِلِ يُؤۡمِنُونَ وَبِنِعۡمَتِ ٱللَّهِ هُمۡ يَكۡفُرُونَ ٧٢
Wallahu jaAAala lakum minanfusikum azwajan wajaAAala lakum min azwajikumbaneena wahafadatan warazaqakum mina attayyibatiafabilbatili yu/minoona wabiniAAmati Allahihum yakfuroon
MS • Basmeih Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 73
وَيَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَمۡلِكُ لَهُمۡ رِزۡقًا مِّنَ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ شَيۡــًٔا وَلَا يَسۡتَطِيعُونَ ٧٣
WayaAAbudoona min dooni Allahi mala yamliku lahum rizqan mina assamawatiwal-ardi shay-an wala yastateeAAoon
MS • Basmeih Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 74
فَلَا تَضۡرِبُواۡ لِلَّهِ ٱلۡأَمۡثَالَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٧٤
Fala tadriboo lillahial-amthala inna Allaha yaAAlamu waantum lataAAlamoon
MS • Basmeih Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 75
۞ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً عَبۡدًا مَّمۡلُوكًا لَّا يَقۡدِرُ عَلَىٰ شَىۡءٍ وَمَن رَّزَقۡنَـٰهُ مِنَّا رِزۡقًا حَسَنًا فَهُوَ يُنفِقُ مِنۡهُ سِرًّا وَجَهۡرًا‌ۖ هَلۡ يَسۡتَوُۥنَ‌ۚ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ‌ۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٧٥
Daraba Allahu mathalan AAabdanmamlookan la yaqdiru AAala shay-in waman razaqnahuminna rizqan hasanan fahuwa yunfiqu minhu sirranwajahran hal yastawoona alhamdu lillahi balaktharuhum la yaAAlamoon
MS • Basmeih Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 76
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً رَّجُلَيۡنِ أَحَدُهُمَآ أَبۡكَمُ لَا يَقۡدِرُ عَلَىٰ شَىۡءٍ وَهُوَ كَلٌّ عَلَىٰ مَوۡلَـٰهُ أَيۡنَمَا يُوَجِّههُّ لَا يَأۡتِ بِخَيۡرٍ‌ۖ هَلۡ يَسۡتَوِى هُوَ وَمَن يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ‌ۙ وَهُوَ عَلَىٰ صِرٰطٍ مُّسۡتَقِيمٍ ٧٦
Wadaraba Allahu mathalanrajulayni ahaduhuma abkamu la yaqdiru AAalashay-in wahuwa kallun AAala mawlahu aynamayuwajjihhu la ya/ti bikhayrin hal yastawee huwa wamanya/muru bilAAadli wahuwa AAala siratinmustaqeem
MS • Basmeih Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya; dan ia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya, tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan, dan ia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 77
وَلِلَّهِ غَيۡبُ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَمَآ أَمۡرُ ٱلسَّاعَةِ إِلَّا كَلَمۡحِ ٱلۡبَصَرِ أَوۡ هُوَ أَقۡرَبُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ ٧٧
Walillahi ghaybu assamawatiwal-ardi wama amru assaAAatiilla kalamhi albasari aw huwa aqrabu innaAllaha AAala kulli shay-in qadeer
MS • Basmeih Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 78
وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡــًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡــِٔدَةَ‌ۙ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ٧٨
Wallahu akhrajakum min butooniommahatikum la taAAlamoona shay-an wajaAAala lakumuassamAAa wal-absara wal-af-idatalaAAallakum tashkuroon
MS • Basmeih Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 79
أَلَمۡ يَرَوۡاۡ إِلَى ٱلطَّيۡرِ مُسَخَّرٰتٍ فِى جَوِّ ٱلسَّمَآءِ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَـٰتٍ لِّقَوۡمٍ يُؤۡمِنُونَ ٧٩
Alam yaraw ila attayrimusakhkharatin fee jawwi assama-i mayumsikuhunna illa Allahu inna fee thalika laayatinliqawmin yu/minoon
MS • Basmeih Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 80
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُيُوتِكُمۡ سَكَنًا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ بُيُوتًا تَسۡتَخِفُّونَهَا يَوۡمَ ظَعۡنِكُمۡ وَيَوۡمَ إِقَامَتِكُمۡ‌ۙ وَمِنۡ أَصۡوَافِهَا وَأَوۡبَارِهَا وَأَشۡعَارِهَآ أَثَـٰثًا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍ ٨٠
Wallahu jaAAala lakum minbuyootikum sakanan wajaAAala lakum min juloodi al-anAAamibuyootan tastakhiffoonaha yawma thaAAnikumwayawma iqamatikum wamin aswafihawaawbariha waashAAariha athathanwamataAAan ila heen
MS • Basmeih Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 81
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلَـٰلاً وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلۡجِبَالِ أَكۡنَـٰنًا وَجَعَلَ لَكُمۡ سَرٰبِيلَ تَقِيكُمُ ٱلۡحَرَّ وَسَرٰبِيلَ تَقِيكُم بَأۡسَكُمۡ‌ۚ كَذٰلِكَ يُتِمُّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَيۡكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تُسۡلِمُونَ ٨١
Wallahu jaAAala lakum mimmakhalaqa thilalan wajaAAala lakum mina aljibaliaknanan wajaAAala lakum sarabeela taqeekumu alharrawasarabeela taqeekum ba/sakum kathalika yutimmuniAAmatahu AAalaykum laAAallakum tuslimoon
MS • Basmeih Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 82
فَإِن تَوَلَّوۡاۡ فَإِنَّمَا عَلَيۡكَ ٱلۡبَلَـٰغُ ٱلۡمُبِينُ ٨٢
Fa-in tawallaw fa-innama AAalaykaalbalaghu almubeen
MS • Basmeih Kemudian, jika mereka masih berpaling ingkar maka sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan cara yang jelas nyata.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 83
يَعۡرِفُونَ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ ثُمَّ يُنكِرُونَهَا وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ ٨٣
YaAArifoona niAAmata Allahi thummayunkiroonaha waaktharuhumu alkafiroon
MS • Basmeih Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 84
وَيَوۡمَ نَبۡعَثُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا ثُمَّ لَا يُؤۡذَنُ لِلَّذِينَ كَفَرُواۡ وَلَا هُمۡ يُسۡتَعۡتَبُونَ ٨٤
Wayawma nabAAathu min kulli ommatinshaheedan thumma la yu/thanu lillatheenakafaroo wala hum yustaAAtaboon
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah kepada mereka yang musyrik tentang) hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi; kemudian tidak diizinkan bagi orang-orang yang kafir (memberi sebarang alasan), dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan Allah.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 85
وَإِذَا رَءَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواۡ ٱلۡعَذَابَ فَلَا يُخَفَّفُ عَنۡهُمۡ وَلَا هُمۡ يُنظَرُونَ ٨٥
Wa-itha raa allatheena thalamooalAAathaba fala yukhaffafu AAanhum wala humyuntharoon
MS • Basmeih Dan apabila orang-orang yang melakukan kezaliman (dengan kekufurannya) itu melihat azab, maka tidak akan diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka pula tidak diberi tempoh.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 86
وَإِذَا رَءَا ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواۡ شُرَكَآءَهُمۡ قَالُواۡ رَبَّنَا هَـٰٓؤُلَآءِ شُرَكَآؤُنَا ٱلَّذِينَ كُنَّا نَدۡعُواۡ مِن دُونِكَ‌ۖ فَأَلۡقَوۡاۡ إِلَيۡهِمُ ٱلۡقَوۡلَ إِنَّكُمۡ لَكَـٰذِبُونَ ٨٦
Wa-itha raa allatheenaashrakoo shurakaahum qaloo rabbana haola-ishurakaona allatheena kunna nadAAoomin doonika faalqaw ilayhimu alqawla innakum lakathiboon
MS • Basmeih Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu". Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: "Sesungguhnya kamu adalah berdusta".
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 87
وَأَلۡقَوۡاۡ إِلَى ٱللَّهِ يَوۡمَئِذٍ ٱلسَّلَمَ‌ۖ وَضَلَّ عَنۡهُم مَّا كَانُواۡ يَفۡتَرُونَ ٨٧
Waalqaw ila Allahi yawma-ithinassalama wadalla AAanhum ma kanooyaftaroon
MS • Basmeih Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 88
ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ وَصَدُّواۡ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ زِدۡنَـٰهُمۡ عَذَابًا فَوۡقَ ٱلۡعَذَابِ بِمَا كَانُواۡ يُفۡسِدُونَ ٨٨
Allatheena kafaroo wasaddooAAan sabeeli Allahi zidnahum AAathaban fawqaalAAathabi bima kanoo yufsidoon
MS • Basmeih Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 89
وَيَوۡمَ نَبۡعَثُ فِى كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيۡهِم مِّنۡ أَنفُسِهِمۡ‌ۖ وَجِئۡنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَـٰٓؤُلَآءِ‌ۚ وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ تِبۡيَـٰنًا لِّكُلِّ شَىۡءٍ وَهُدًى وَرَحۡمَةً وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ ٨٩
Wayawma nabAAathu fee kulli ommatinshaheedan AAalayhim min anfusihim waji/na bika shaheedanAAala haola-i wanazzalna AAalaykaalkitaba tibyanan likulli shay-in wahudan warahmatanwabushra lilmuslimeen
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 90
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِيتَآىِٕ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡىِ‌ۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ ٩٠
Inna Allaha ya/muru bilAAadliwal-ihsani wa-eeta-i theealqurba wayanha AAani alfahsha-i walmunkariwalbaghyi yaAAithukum laAAallakum tathakkaroon
MS • Basmeih Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 91
وَأَوۡفُواۡ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ إِذَا عَـٰهَدتُّمۡ وَلَا تَنقُضُواۡ ٱلۡأَيۡمَـٰنَ بَعۡدَ تَوۡكِيدِهَا وَقَدۡ جَعَلۡتُمُ ٱللَّهَ عَلَيۡكُمۡ كَفِيلاً‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا تَفۡعَلُونَ ٩١
Waawfoo biAAahdi Allahi ithaAAahadtum wala tanqudoo al-aymanabaAAda tawkeediha waqad jaAAaltumu Allaha AAalaykumkafeelan inna Allaha yaAAlamu ma tafAAaloon
MS • Basmeih Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 92
وَلَا تَكُونُواۡ كَٱلَّتِى نَقَضَتۡ غَزۡلَهَا مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٍ أَنكَـٰثًا تَتَّخِذُونَ أَيۡمَـٰنَكُمۡ دَخَلاَۢ بَيۡنَكُمۡ أَن تَكُونَ أُمَّةٌ هِىَ أَرۡبَىٰ مِنۡ أُمَّةٍ‌ۚ إِنَّمَا يَبۡلُوكُمُ ٱللَّهُ بِهِۦ‌ۚ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ مَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ ٩٢
Wala takoonoo kallatee naqadatghazlaha min baAAdi quwwatin ankathan tattakhithoonaaymanakum dakhalan baynakum an takoona ommatun hiya arbamin ommatin innama yablookumu Allahu bihiwalayubayyinanna lakum yawma alqiyamati ma kuntumfeehi takhtalifoon
MS • Basmeih Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 93
وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلَـٰكِن يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَلَتُسۡــَٔلُنَّ عَمَّا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٩٣
Walaw shaa Allahu lajaAAalakumommatan wahidatan walakin yudillu man yashaowayahdee man yashao walatus-alunna AAamma kuntumtaAAmaloon
MS • Basmeih Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 94
وَلَا تَتَّخِذُوٓاۡ أَيۡمَـٰنَكُمۡ دَخَلاَۢ بَيۡنَكُمۡ فَتَزِلَّ قَدَمُۢ بَعۡدَ ثُبُوتِهَا وَتَذُوقُواۡ ٱلسُّوٓءَ بِمَا صَدَدتُّمۡ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۖ وَلَكُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ ٩٤
Wala tattakhithoo aymanakumdakhalan baynakum fatazilla qadamun baAAda thubootiha watathooqooassoo-a bima sadadtum AAan sabeeli Allahiwalakum AAathabun AAatheem
MS • Basmeih Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 95
وَلَا تَشۡتَرُواۡ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلاً‌ۚ إِنَّمَا عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرٌ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٩٥
Wala tashtaroo biAAahdi Allahithamanan qaleelan innama AAinda Allahi huwa khayrunlakum in kuntum taAAlamoon
MS • Basmeih Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 96
مَا عِندَكُمۡ يَنفَدُ‌ۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍ‌ۗ وَلَنَجۡزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓاۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواۡ يَعۡمَلُونَ ٩٦
Ma AAindakum yanfadu wamaAAinda Allahi baqin walanajziyanna allatheenasabaroo ajrahum bi-ahsani ma kanooyaAAmaloon
MS • Basmeih (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 97
مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ فَلَنُحۡيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةً طَيِّبَةً‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواۡ يَعۡمَلُونَ ٩٧
Man AAamila salihan min thakarinaw ontha wahuwa mu/minun falanuhyiyannahu hayatantayyibatan walanajziyannahum ajrahum bi-ahsani makanoo yaAAmaloon
MS • Basmeih Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 98
فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ ٩٨
Fa-itha qara/ta alqur-ana fastaAAithbillahi mina ashshaytani arrajeem
MS • Basmeih Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 99
إِنَّهُۥ لَيۡسَ لَهُۥ سُلۡطَـٰنٌ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ ٩٩
Innahu laysa lahu sultanun AAalaallatheena amanoo waAAala rabbihimyatawakkaloon
MS • Basmeih Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 100
إِنَّمَا سُلۡطَـٰنُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يَتَوَلَّوۡنَهُۥ وَٱلَّذِينَ هُم بِهِۦ مُشۡرِكُونَ ١٠٠
Innama sultanuhu AAalaallatheena yatawallawnahu wallatheena humbihi mushrikoon
MS • Basmeih Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 101
وَإِذَا بَدَّلۡنَآ ءَايَةً مَّكَانَ ءَايَةٍ‌ۙ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوٓاۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُفۡتَرِۭ‌ۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ١٠١
Wa-itha baddalna ayatanmakana ayatin wallahu aAAlamu bimayunazzilu qaloo innama anta muftarin bal aktharuhumla yaAAlamoon
MS • Basmeih Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, - berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta"; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 102
قُلۡ نَزَّلَهُۥ رُوحُ ٱلۡقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِٱلۡحَقِّ لِيُثَبِّتَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَهُدًى وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ ١٠٢
Qul nazzalahu roohu alqudusi minrabbika bilhaqqi liyuthabbita allatheena amanoowahudan wabushra lilmuslimeen
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 103
وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّهُمۡ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُۥ بَشَرٌ‌ۗ لِّسَانُ ٱلَّذِى يُلۡحِدُونَ إِلَيۡهِ أَعۡجَمِىٌّ وَهَـٰذَا لِسَانٌ عَرَبِىٌّ مُّبِينٌ ١٠٣
Walaqad naAAlamu annahum yaqooloona innamayuAAallimuhu basharun lisanu allathee yulhidoonailayhi aAAjamiyyun wahatha lisanun AAarabiyyunmubeen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 104
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔـايَـٰتِ ٱللَّهِ لَا يَهۡدِيهِمُ ٱللَّهُ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ١٠٤
Inna allatheena la yu/minoonabi-ayati Allahi la yahdeehimu Allahuwalahum AAathabun aleem
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 105
إِنَّمَا يَفۡتَرِى ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔـايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۖ وَأُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَـٰذِبُونَ ١٠٥
Innama yaftaree alkathibaallatheena la yu/minoona bi-ayati Allahiwaola-ika humu alkathiboon
MS • Basmeih Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabikat berdusta.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 106
مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَـٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَـٰنِ وَلَـٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرًا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ ١٠٦
Man kafara billahi minbaAAdi eemanihi illa man okriha waqalbuhu mutma-innunbil-eemani walakin man sharaha bilkufrisadran faAAalayhim ghadabun mina Allahiwalahum AAathabun AAatheem
MS • Basmeih Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 107
ذٰلِكَ بِأَنَّهُمُ ٱسۡتَحَبُّواۡ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا عَلَى ٱلۡأَخِرَةِ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ ١٠٧
Thalika bi-annahumu istahabbooalhayata addunya AAala al-akhiratiwaanna Allaha la yahdee alqawma alkafireen
MS • Basmeih (Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 108
أُوۡلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ وَسَمۡعِهِمۡ وَأَبۡصَـٰرِهِمۡ‌ۖ وَأُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ ١٠٨
Ola-ika allatheena tabaAAaAllahu AAala quloobihim wasamAAihim waabsarihimwaola-ika humu alghafiloon
MS • Basmeih Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang-orang yang lalai.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 109
لَا جَرَمَ أَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ ١٠٩
La jarama annahum fee al-akhiratihumu alkhasiroon
MS • Basmeih Tidak syak lagi, bahawa mereka ialah orang-orang yang rugi pada hari akhirat kelak.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 110
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ هَاجَرُواۡ مِنۢ بَعۡدِ مَا فُتِنُواۡ ثُمَّ جَـٰهَدُواۡ وَصَبَرُوٓاۡ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعۡدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ١١٠
Thumma inna rabbaka lillatheena hajaroomin baAAdi ma futinoo thumma jahadoo wasabarooinna rabbaka min baAAdiha laghafoorun raheem
MS • Basmeih Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan - adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 111
۞يَوۡمَ تَأۡتِى كُلُّ نَفۡسٍ تُجَـٰدِلُ عَن نَّفۡسِهَا وَتُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسٍ مَّا عَمِلَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ١١١
Yawma ta/tee kullu nafsin tujadiluAAan nafsiha watuwaffa kullu nafsin maAAamilat wahum la yuthlamoon
MS • Basmeih (Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat), hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 112
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً قَرۡيَةً كَانَتۡ ءَامِنَةً مُّطۡمَئِنَّةً يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا كَانُواۡ يَصۡنَعُونَ ١١٢
Wadaraba Allahu mathalanqaryatan kanat aminatan mutma-innatanya/teeha rizquha raghadan min kulli makaninfakafarat bi-anAAumi Allahi faathaqaha Allahulibasa aljooAAi walkhawfi bima kanooyasnaAAoon
MS • Basmeih Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 113
وَلَقَدۡ جَآءَهُمۡ رَسُولٌ مِّنۡهُمۡ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُ وَهُمۡ ظَـٰلِمُونَ ١١٣
Walaqad jaahum rasoolun minhum fakaththaboohufaakhathahumu alAAathabu wahum thalimoon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, mereka pula telah didatangi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, lalu mereka mendustakannya; maka mereka pun ditimpa azab sedang mereka berkeadaan zalim.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 114
فَكُلُواۡ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً طَيِّبًا وَٱشۡكُرُواۡ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ ١١٤
Fakuloo mimma razaqakumu Allahuhalalan tayyiban washkuroo niAAmataAllahi in kuntum iyyahu taAAbudoon
MS • Basmeih Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 115
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ بِهِۦ‌ۖ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ١١٥
Innama harrama AAalaykumualmaytata waddama walahma alkhinzeeri wamaohilla lighayri Allahi bihi famani idturra ghayra baghinwala AAadin fa-inna Allaha ghafoorun raheem
MS • Basmeih Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 116
وَلَا تَقُولُواۡ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُكُمُ ٱلۡكَذِبَ هَـٰذَا حَلَـٰلٌ وَهَـٰذَا حَرَامٌ لِّتَفۡتَرُواۡ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ ١١٦
Wala taqooloo lima tasifualsinatukumu alkathiba hatha halalunwahatha haramun litaftaroo AAala Allahialkathiba inna allatheena yaftaroona AAalaAllahi alkathiba la yuflihoon
MS • Basmeih Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 117
مَتَـٰعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ١١٧
MataAAun qaleelun walahum AAathabunaleem
MS • Basmeih (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 118
وَعَلَى ٱلَّذِينَ هَادُواۡ حَرَّمۡنَا مَا قَصَصۡنَا عَلَيۡكَ مِن قَبۡلُ‌ۖ وَمَا ظَلَمۡنَـٰهُمۡ وَلَـٰكِن كَانُوٓاۡ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ ١١٨
WaAAala allatheena hadooharramna ma qasasnaAAalayka min qablu wama thalamnahumwalakin kanoo anfusahum yathlimoon
MS • Basmeih Dan kepada orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah kami ceritakan kepadamu dahulu; dan tiadalah Kami menganiaya mereka (dengan pengharaman itu), tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 119
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُواۡ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَـٰلَةٍ ثُمَّ تَابُواۡ مِنۢ بَعۡدِ ذٰلِكَ وَأَصۡلَحُوٓاۡ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعۡدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ١١٩
Thumma inna rabbaka lillatheenaAAamiloo assoo-a bijahalatin thumma taboomin baAAdi thalika waaslahoo inna rabbakamin baAAdiha laghafoorun raheem
MS • Basmeih Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 120
إِنَّ إِبۡرٰهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمۡ يَكُ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ١٢٠
Inna ibraheema kana ommatan qanitanlillahi haneefan walam yaku mina almushrikeen
MS • Basmeih Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 121
شَاكِرًا لِّأَنۡعُمِهِ‌ۚ ٱجۡتَبَـٰهُ وَهَدَٮٰهُ إِلَىٰ صِرٰطٍ مُّسۡتَقِيمٍ ١٢١
Shakiran li-anAAumihi ijtabahuwahadahu ila siratin mustaqeem
MS • Basmeih Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 122
وَءَاتَيۡنَـٰهُ فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً‌ۖ وَإِنَّهُۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٢٢
Waataynahu fee addunyahasanatan wa-innahu fee al-akhirati lamina assaliheen
MS • Basmeih Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 123
ثُمَّ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ أَنِ ٱتَّبِعۡ مِلَّةَ إِبۡرٰهِيمَ حَنِيفًا‌ۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ١٢٣
Thumma awhayna ilayka aniittabiAA millata ibraheema haneefan wama kanamina almushrikeen
MS • Basmeih Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 124
إِنَّمَا جُعِلَ ٱلسَّبۡتُ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱخۡتَلَفُواۡ فِيهِ‌ۚ وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَحۡكُمُ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ فِيمَا كَانُواۡ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ ١٢٤
Innama juAAila assabtu AAalaallatheena ikhtalafoo feehi wa-inna rabbaka layahkumubaynahum yawma alqiyamati feema kanoo feehiyakhtalifoon
MS • Basmeih Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya; dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 125
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ ١٢٥
OdAAu ila sabeeli rabbika bilhikmatiwalmawAAithati alhasanati wajadilhumbillatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamubiman dalla AAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bilmuhtadeen
MS • Basmeih Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 126
وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواۡ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦ‌ۖ وَلَئِن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٌ لِّلصَّـٰبِرِينَ ١٢٦
Wa-in AAaqabtum faAAaqiboobimithli ma AAooqibtum bihi wala-in sabartum lahuwakhayrun lissabireen
MS • Basmeih Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 127
وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِ‌ۚ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَلَا تَكُ فِى ضَيۡقٍ مِّمَّا يَمۡكُرُونَ ١٢٧
Wasbir wama sabrukailla billahi wala tahzanAAalayhim wala taku fee dayqin mimmayamkuroon
MS • Basmeih Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
An-Nahl Ayah 128
إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواۡ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ ١٢٨
Inna Allaha maAAa allatheenaittaqaw wallatheena hum muhsinoon
MS • Basmeih Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Audio (Mishary) Tafsir