Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
15. Al-Hijr (99 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Hijr Ayah 1
الٓر‌ۚ تِلۡكَ ءَايَـٰتُ ٱلۡكِتَـٰبِ وَقُرۡءَانٍ مُّبِينٍ ١
Alif-lam-ra tilka ayatualkitabi waqur-anin mubeen
MS • Basmeih Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 2
رُّبَمَا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ لَوۡ كَانُواۡ مُسۡلِمِينَ ٢
Rubama yawaddu allatheenakafaroo law kanoo muslimeen
MS • Basmeih Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 3
ذَرۡهُمۡ يَأۡكُلُواۡ وَيَتَمَتَّعُواۡ وَيُلۡهِهِمُ ٱلۡأَمَلُ‌ۖ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ٣
Tharhum ya/kuloo wayatamattaAAoowayulhihimu al-amalu fasawfa yaAAlamoon
MS • Basmeih Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 4
وَمَآ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ إِلَّا وَلَهَا كِتَابٌ مَّعۡلُومٌ ٤
Wama ahlakna min qaryatin illawalaha kitabun maAAloom
MS • Basmeih Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 5
مَّا تَسۡبِقُ مِنۡ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسۡتَــٔۡخِرُونَ ٥
Ma tasbiqu min ommatin ajalahawama yasta/khiroon
MS • Basmeih Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 6
وَقَالُواۡ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِى نُزِّلَ عَلَيۡهِ ٱلذِّكۡرُ إِنَّكَ لَمَجۡنُونٌ ٦
Waqaloo ya ayyuha allatheenuzzila AAalayhi aththikru innaka lamajnoon
MS • Basmeih Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 7
لَّوۡ مَا تَأۡتِينَا بِٱلۡمَلَـٰٓئِكَةِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ٧
Law ma ta/teena bilmala-ikatiin kunta mina assadiqeen
MS • Basmeih "Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 8
مَا نُنَزِّلُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَمَا كَانُوٓاۡ إِذًا مُّنظَرِينَ ٨
Ma nunazzilu almala-ikata illabilhaqqi wama kanoo ithan munthareen
MS • Basmeih Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 9
إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ ٩
Inna nahnu nazzalna aththikrawa-inna lahu lahafithoon
MS • Basmeih Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 10
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ فِى شِيَعِ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٠
Walaqad arsalna min qablika feeshiyaAAi al-awwaleen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 11
وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا كَانُواۡ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ١١
Wama ya/teehim min rasoolin illakanoo bihi yastahzi-oon
MS • Basmeih Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 12
كَذٰلِكَ نَسۡلُكُهُۥ فِى قُلُوبِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ١٢
Kathalika naslukuhu fee quloobialmujrimeen
MS • Basmeih (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 13
لَا يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ‌ۖ وَقَدۡ خَلَتۡ سُنَّةُ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣
La yu/minoona bihi waqad khalatsunnatu al-awwaleen
MS • Basmeih Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 14
وَلَوۡ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَابًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فَظَلُّواۡ فِيهِ يَعۡرُجُونَ ١٤
Walaw fatahna AAalayhim babanmina assama-i fathalloo feehiyaAArujoon
MS • Basmeih Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 15
لَقَالُوٓاۡ إِنَّمَا سُكِّرَتۡ أَبۡصَـٰرُنَا بَلۡ نَحۡنُ قَوۡمٌ مَّسۡحُورُونَ ١٥
Laqaloo innama sukkirat absarunabal nahnu qawmun mashooroon
MS • Basmeih Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 16
وَلَقَدۡ جَعَلۡنَا فِى ٱلسَّمَآءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّـٰهَا لِلنَّـٰظِرِينَ ١٦
Walaqad jaAAalna fee assama-iburoojan wazayyannaha linnathireen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 17
وَحَفِظۡنَـٰهَا مِن كُلِّ شَيۡطَـٰنٍ رَّجِيمٍ ١٧
Wahafithnahamin kulli shaytanin rajeem
MS • Basmeih Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 18
إِلَّا مَنِ ٱسۡتَرَقَ ٱلسَّمۡعَ فَأَتۡبَعَهُۥ شِهَابٌ مُّبِينٌ ١٨
Illa mani istaraqa assamAAafaatbaAAahu shihabun mubeen
MS • Basmeih Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 19
وَٱلۡأَرۡضَ مَدَدۡنَـٰهَا وَأَلۡقَيۡنَا فِيهَا رَوٰسِىَ وَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ شَىۡءٍ مَّوۡزُونٍ ١٩
Wal-arda madadnahawaalqayna feeha rawasiya waanbatnafeeha min kulli shay-in mawzoon
MS • Basmeih Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 20
وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيهَا مَعَـٰيِشَ وَمَن لَّسۡتُمۡ لَهُۥ بِرٰزِقِينَ ٢٠
WajaAAalna lakum feeha maAAayishawaman lastum lahu biraziqeen
MS • Basmeih Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 21
وَإِن مِّن شَىۡءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَآئِنُهُۥ وَمَا نُنَزِّلُهُۥٓ إِلَّا بِقَدَرٍ مَّعۡلُومٍ ٢١
Wa-in min shay-in illa AAindanakhaza-inuhu wama nunazziluhu illa biqadarinmaAAloom
MS • Basmeih Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 22
وَأَرۡسَلۡنَا ٱلرِّيَـٰحَ لَوٰقِحَ فَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَسۡقَيۡنَـٰكُمُوهُ وَمَآ أَنتُمۡ لَهُۥ بِخَـٰزِنِينَ ٢٢
Waarsalna arriyaha lawaqihafaanzalna mina assama-i maanfaasqaynakumoohu wama antum lahu bikhazineen
MS • Basmeih Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 23
وَإِنَّا لَنَحۡنُ نُحۡىِۦ وَنُمِيتُ وَنَحۡنُ ٱلۡوٰرِثُونَ ٢٣
Wa-inna lanahnu nuhyeewanumeetu wanahnu alwarithoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 24
وَلَقَدۡ عَلِمۡنَا ٱلۡمُسۡتَقۡدِمِينَ مِنكُمۡ وَلَقَدۡ عَلِمۡنَا ٱلۡمُسۡتَــٔۡخِرِينَ ٢٤
Walaqad AAalimna almustaqdimeenaminkum walaqad AAalimna almusta/khireen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu, dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 25
وَإِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَحۡشُرُهُمۡ‌ۚ إِنَّهُۥ حَكِيمٌ عَلِيمٌ ٢٥
Wa-inna rabbaka huwa yahshuruhuminnahu hakeemun AAaleem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menghimpunkan mereka semuanya; sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 26
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلٍ مِّنۡ حَمَإٍ مَّسۡنُونٍ ٢٦
Walaqad khalaqna al-insana minsalsalin min hama-in masnoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 27
وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ مِن نَّارِ ٱلسَّمُومِ ٢٧
Waljanna khalaqnahumin qablu min nari assamoom
MS • Basmeih Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 28
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّى خَـٰلِقُۢ بَشَرًا مِّن صَلۡصَـٰلٍ مِّنۡ حَمَإٍ مَّسۡنُونٍ ٢٨
Wa-ith qala rabbuka lilmala-ikatiinnee khaliqun basharan min salsalin min hama-inmasnoon
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 29
فَإِذَا سَوَّيۡتُهُۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواۡ لَهُۥ سَـٰجِدِينَ ٢٩
Fa-itha sawwaytuhu wanafakhtu feehimin roohee faqaAAoo lahu sajideen
MS • Basmeih "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 30
فَسَجَدَ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ كُلُّهُمۡ أَجۡمَعُونَ ٣٠
Fasajada almala-ikatu kulluhumajmaAAoon
MS • Basmeih (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 31
إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰٓ أَن يَكُونَ مَعَ ٱلسَّـٰجِدِينَ ٣١
Illa ibleesa aba an yakoonamaAAa assajideen
MS • Basmeih Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 32
قَالَ يَـٰٓإِبۡلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ ٱلسَّـٰجِدِينَ ٣٢
Qala ya ibleesu ma lakaalla takoona maAAa assajideen
MS • Basmeih Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 33
قَالَ لَمۡ أَكُن لِّأَسۡجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقۡتَهُۥ مِن صَلۡصَـٰلٍ مِّنۡ حَمَإٍ مَّسۡنُونٍ ٣٣
Qala lam akun li-asjuda libasharinkhalaqtahu min salsalin min hama-in masnoon
MS • Basmeih Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 34
قَالَ فَٱخۡرُجۡ مِنۡهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ ٣٤
Qala fakhruj minhafa-innaka rajeem
MS • Basmeih Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 35
وَإِنَّ عَلَيۡكَ ٱللَّعۡنَةَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٣٥
Wa-inna AAalayka allaAAnata ila yawmiaddeen
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 36
قَالَ رَبِّ فَأَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ ٣٦
Qala rabbi faanthirneeila yawmi yubAAathoon
MS • Basmeih Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 37
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ ٣٧
Qala fa-innaka mina almunthareen
MS • Basmeih Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 38
إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡوَقۡتِ ٱلۡمَعۡلُومِ ٣٨
Ila yawmi alwaqti almaAAloom
MS • Basmeih "Hingga ke hari - masa yang termaklum".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 39
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِيَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ ٣٩
Qala rabbi bima aghwaytaneelaozayyinanna lahum fee al-ardi walaoghwiyannahumajmaAAeen
MS • Basmeih Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 40
إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡهُمُ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ٤٠
Illa AAibadaka minhumualmukhlaseen
MS • Basmeih "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 41
قَالَ هَـٰذَا صِرٰطٌ عَلَىَّ مُسۡتَقِيمٌ ٤١
Qala hatha siratunAAalayya mustaqeem
MS • Basmeih Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 42
إِنَّ عِبَادِى لَيۡسَ لَكَ عَلَيۡهِمۡ سُلۡطَـٰنٌ إِلَّا مَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ٤٢
Inna AAibadee laysa laka AAalayhimsultanun illa mani ittabaAAaka mina alghaween
MS • Basmeih "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 43
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوۡعِدُهُمۡ أَجۡمَعِينَ ٤٣
Wa-inna jahannama lamawAAiduhum ajmaAAeen
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 44
لَهَا سَبۡعَةُ أَبۡوٰبٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنۡهُمۡ جُزۡءٌ مَّقۡسُومٌ ٤٤
Laha sabAAatu abwabin likullibabin minhum juz-on maqsoom
MS • Basmeih "Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 45
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ٤٥
Inna almuttaqeena fee jannatinwaAAuyoon
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 46
ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَـٰمٍ ءَامِنِينَ ٤٦
Odkhulooha bisalamin amineen
MS • Basmeih (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 47
وَنَزَعۡنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ إِخۡوٰنًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ ٤٧
WanazaAAna ma fee sudoorihimmin ghillin ikhwanan AAala sururin mutaqabileen
MS • Basmeih Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 48
لَا يَمَسُّهُمۡ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنۡهَا بِمُخۡرَجِينَ ٤٨
La yamassuhum feeha nasabunwama hum minha bimukhrajeen
MS • Basmeih Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 49
۞نَبِّئۡ عِبَادِىٓ أَنِّىٓ أَنَا ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ٤٩
Nabbi/ AAibadee annee anaalghafooru arraheem
MS • Basmeih Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 50
وَأَنَّ عَذَابِى هُوَ ٱلۡعَذَابُ ٱلۡأَلِيمُ ٥٠
Waanna AAathabee huwa alAAathabual-aleem
MS • Basmeih Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 51
وَنَبِّئۡهُمۡ عَن ضَيۡفِ إِبۡرٰهِيمَ ٥١
Wanabbi/hum AAan dayfi ibraheem
MS • Basmeih Dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 52
إِذۡ دَخَلُواۡ عَلَيۡهِ فَقَالُواۡ سَلَـٰمًا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ ٥٢
Ith dakhaloo AAalayhi faqaloosalaman qala inna minkum wajiloon
MS • Basmeih Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 53
قَالُواۡ لَا تَوۡجَلۡ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَـٰمٍ عَلِيمٍ ٥٣
Qaloo la tawjal innanubashshiruka bighulamin AAaleem
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 54
قَالَ أَبَشَّرۡتُمُونِى عَلَىٰٓ أَن مَّسَّنِىَ ٱلۡكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ ٥٤
Qala abashshartumoonee AAalaan massaniya alkibaru fabima tubashshiroon
MS • Basmeih Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 55
قَالُواۡ بَشَّرۡنَـٰكَ بِٱلۡحَقِّ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡقَـٰنِطِينَ ٥٥
Qaloo bashsharnaka bilhaqqifala takun mina alqaniteen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 56
قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ ٥٦
Qala waman yaqnatu min rahmatirabbihi illa addalloon
MS • Basmeih Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 57
قَالَ فَمَا خَطۡبُكُمۡ أَيُّهَا ٱلۡمُرۡسَلُونَ ٥٧
Qala fama khatbukumayyuha almursaloon
MS • Basmeih Nabi Ibrahim bertanya pula: "Apa hal kamu wahai Utusan Tuhan?"
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 58
قَالُوٓاۡ إِنَّآ أُرۡسِلۡنَآ إِلَىٰ قَوۡمٍ مُّجۡرِمِينَ ٥٨
Qaloo inna orsilna ilaqawmin mujrimeen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka)".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 59
إِلَّآ ءَالَ لُوطٍ إِنَّا لَمُنَجُّوهُمۡ أَجۡمَعِينَ ٥٩
Illa ala lootin innalamunajjoohum ajmaAAeen
MS • Basmeih "Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, -
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 60
إِلَّا ٱمۡرَأَتَهُۥ قَدَّرۡنَآ‌ۙ إِنَّهَا لَمِنَ ٱلۡغَـٰبِرِينَ ٦٠
Illa imraatahu qaddarna innahalamina alghabireen
MS • Basmeih "Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 61
فَلَمَّا جَآءَ ءَالَ لُوطٍ ٱلۡمُرۡسَلُونَ ٦١
Falamma jaa ala lootinalmursaloon
MS • Basmeih Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 62
قَالَ إِنَّكُمۡ قَوۡمٌ مُّنكَرُونَ ٦٢
Qala innakum qawmun munkaroon
MS • Basmeih Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 63
قَالُواۡ بَلۡ جِئۡنَـٰكَ بِمَا كَانُواۡ فِيهِ يَمۡتَرُونَ ٦٣
Qaloo bal ji/naka bimakanoo feehi yamtaroon
MS • Basmeih Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 64
وَأَتَيۡنَـٰكَ بِٱلۡحَقِّ وَإِنَّا لَصَـٰدِقُونَ ٦٤
Waataynaka bilhaqqiwa-inna lasadiqoon
MS • Basmeih "Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar ".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 65
فَأَسۡرِ بِأَهۡلِكَ بِقِطۡعٍ مِّنَ ٱلَّيۡلِ وَٱتَّبِعۡ أَدۡبَـٰرَهُمۡ وَلَا يَلۡتَفِتۡ مِنكُمۡ أَحَدٌ وَٱمۡضُواۡ حَيۡثُ تُؤۡمَرُونَ ٦٥
Faasri bi-ahlika biqitAAin minaallayli wattabiAA adbarahum wala yaltafitminkum ahadun wamdoo haythutu/maroon
MS • Basmeih "Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 66
وَقَضَيۡنَآ إِلَيۡهِ ذٰلِكَ ٱلۡأَمۡرَ أَنَّ دَابِرَ هَـٰٓؤُلَآءِ مَقۡطُوعٌ مُّصۡبِحِينَ ٦٦
Waqadayna ilayhi thalikaal-amra anna dabira haola-i maqtooAAunmusbiheen
MS • Basmeih Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 67
وَجَآءَ أَهۡلُ ٱلۡمَدِينَةِ يَسۡتَبۡشِرُونَ ٦٧
Wajaa ahlu almadeenati yastabshiroon
MS • Basmeih Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 68
قَالَ إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ ضَيۡفِى فَلَا تَفۡضَحُونِ ٦٨
Qala inna haola-i dayfeefala tafdahoon
MS • Basmeih Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 69
وَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَلَا تُخۡزُونِ ٦٩
Wattaqoo Allaha walatukhzoon
MS • Basmeih "Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 70
قَالُوٓاۡ أَوَلَمۡ نَنۡهَكَ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٧٠
Qaloo awa lam nanhaka AAani alAAalameen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?"
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 71
قَالَ هَـٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِىٓ إِن كُنتُمۡ فَـٰعِلِينَ ٧١
Qala haola-i banateein kuntum faAAileen
MS • Basmeih Nabi Lut berkata: "Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 72
لَعَمۡرُكَ إِنَّهُمۡ لَفِى سَكۡرَتِهِمۡ يَعۡمَهُونَ ٧٢
LaAAamruka innahum lafee sakratihimyaAAmahoona
MS • Basmeih Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 73
فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّيۡحَةُ مُشۡرِقِينَ ٧٣
Faakhathat-humu assayhatumushriqeen
MS • Basmeih Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 74
فَجَعَلۡنَا عَـٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِمۡ حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ ٧٤
FajaAAalna AAaliyaha safilahawaamtarna AAalayhim hijaratan minsijjeel
MS • Basmeih Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 75
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَـٰتٍ لِّلۡمُتَوَسِّمِينَ ٧٥
Inna fee thalika laayatinlilmutawassimeen
MS • Basmeih Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 76
وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُّقِيمٍ ٧٦
Wa-innaha labisabeelin muqeem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 77
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً لِّلۡمُؤۡمِنِينَ ٧٧
Inna fee thalika laayatanlilmu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 78
وَإِن كَانَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡأَيۡكَةِ لَظَـٰلِمِينَ ٧٨
Wa-in kana as-habual-aykati lathalimeen
MS • Basmeih Dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang yang berlaku zalim.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 79
فَٱنتَقَمۡنَا مِنۡهُمۡ وَإِنَّهُمَا لَبِإِمَامٍ مُّبِينٍ ٧٩
Fantaqamna minhum wa-innahumalabi-imamin mubeen
MS • Basmeih Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 80
وَلَقَدۡ كَذَّبَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡحِجۡرِ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ٨٠
Walaqad kaththaba as-habualhijri almursaleen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya penduduk "Al-Hijr" telah mendustakan Rasul-rasul.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 81
وَءَاتَيۡنَـٰهُمۡ ءَايَـٰتِنَا فَكَانُواۡ عَنۡهَا مُعۡرِضِينَ ٨١
Waataynahum ayatinafakanoo AAanha muAArideen
MS • Basmeih Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran ugama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 82
وَكَانُواۡ يَنۡحِتُونَ مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتًا ءَامِنِينَ ٨٢
Wakanoo yanhitoona mina aljibalibuyootan amineen
MS • Basmeih Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 83
فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّيۡحَةُ مُصۡبِحِينَ ٨٣
Faakhathat-humu assayhatumusbiheen
MS • Basmeih Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 84
فَمَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُم مَّا كَانُواۡ يَكۡسِبُونَ ٨٤
Fama aghna AAanhum ma kanooyaksiboon
MS • Basmeih Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 85
وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَآ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ‌ۗ وَإِنَّ ٱلسَّاعَةَ لَأَتِيَةٌ‌ۖ فَٱصۡفَحِ ٱلصَّفۡحَ ٱلۡجَمِيلَ ٨٥
Wama khalaqna assamawatiwal-arda wama baynahuma illabilhaqqi wa-inna assaAAata laatiyatunfasfahi assafhaaljameel
MS • Basmeih Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 86
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ ٱلۡخَلَّـٰقُ ٱلۡعَلِيمُ ٨٦
Inna rabbaka huwa alkhallaqualAAaleem
MS • Basmeih Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Yang Maha Mengetahui (akan hal mereka).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 87
وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَـٰكَ سَبۡعًا مِّنَ ٱلۡمَثَانِى وَٱلۡقُرۡءَانَ ٱلۡعَظِيمَ ٨٧
Walaqad ataynaka sabAAan minaalmathanee walqur-ana alAAatheem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 88
لَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦٓ أَزۡوٰجًا مِّنۡهُمۡ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِلۡمُؤۡمِنِينَ ٨٨
La tamuddanna AAaynayka ila mamattaAAna bihi azwajan minhum wala tahzanAAalayhim wakhfid janahaka lilmu/mineen
MS • Basmeih Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 89
وَقُلۡ إِنِّىٓ أَنَا ٱلنَّذِيرُ ٱلۡمُبِينُ ٨٩
Waqul innee ana annatheerualmubeen
MS • Basmeih Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (tentang turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)".
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 90
كَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَى ٱلۡمُقۡتَسِمِينَ ٩٠
Kama anzalna AAalaalmuqtasimeen
MS • Basmeih (Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 91
ٱلَّذِينَ جَعَلُواۡ ٱلۡقُرۡءَانَ عِضِينَ ٩١
Allatheena jaAAaloo alqur-anaAAideen
MS • Basmeih (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 92
فَوَرَبِّكَ لَنَسۡــَٔلَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ ٩٢
Fawarabbika lanas-alannahum ajmaAAeen
MS • Basmeih Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), -
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 93
عَمَّا كَانُواۡ يَعۡمَلُونَ ٩٣
AAamma kanoo yaAAmaloon
MS • Basmeih Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 94
فَٱصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٩٤
FasdaAA bima tu/maruwaaAArid AAani almushrikeen
MS • Basmeih Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 95
إِنَّا كَفَيۡنَـٰكَ ٱلۡمُسۡتَهۡزِءِينَ ٩٥
Inna kafaynaka almustahzi-een
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 96
ٱلَّذِينَ يَجۡعَلُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ٩٦
Allatheena yajAAaloona maAAa Allahiilahan akhara fasawfa yaAAlamoon
MS • Basmeih (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 97
وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدۡرُكَ بِمَا يَقُولُونَ ٩٧
Walaqad naAAlamu annaka yadeequ sadrukabima yaqooloon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 98
فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِينَ ٩٨
Fasabbih bihamdi rabbika wakunmina assajideen
MS • Basmeih Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
Audio (Mishary) Tafsir
Al-Hijr Ayah 99
وَٱعۡبُدۡ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأۡتِيَكَ ٱلۡيَقِينُ ٩٩
WaAAbud rabbaka hattaya/tiyaka alyaqeen
MS • Basmeih Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
Audio (Mishary) Tafsir