MyQuran360

Surah Az-Zalzalah

Surah 99 · 8 ayat · Madaniyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

99. Az-Zalzalah 8 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Az-Zalzalah • Ayat 1
إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا ١
MS · Basmeih Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
Az-Zalzalah • Ayat 2
وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا ٢
MS · Basmeih Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
Az-Zalzalah • Ayat 3
وَقَالَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا لَهَا ٣
MS · Basmeih Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
Az-Zalzalah • Ayat 4
يَوۡمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا ٤
MS · Basmeih Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
Az-Zalzalah • Ayat 5
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا ٥
MS · Basmeih Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
Az-Zalzalah • Ayat 6
يَوۡمَئِذٍ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتًا لِّيُرَوۡاۡ أَعۡمَـٰلَهُمۡ ٦
MS · Basmeih Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Az-Zalzalah • Ayat 7
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرًا يَرَهُۥ ٧
MS · Basmeih Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Az-Zalzalah • Ayat 8
وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ ٨
MS · Basmeih Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation