MyQuran360

Surah Al-Bayyinah

Surah 98 · 8 ayat · Madaniyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

98. Al-Bayyinah 8 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Bayyinah • Ayat 1
لَمۡ يَكُنِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأۡتِيَهُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ ١
MS · Basmeih Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -
Al-Bayyinah • Ayat 2
رَسُولٌ مِّنَ ٱللَّهِ يَتۡلُواۡ صُحُفًا مُّطَهَّرَةً ٢
MS · Basmeih Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
Al-Bayyinah • Ayat 3
فِيهَا كُتُبٌ قَيِّمَةٌ ٣
MS · Basmeih Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
Al-Bayyinah • Ayat 4
وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواۡ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ ٤
MS · Basmeih Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
Al-Bayyinah • Ayat 5
وَمَآ أُمِرُوٓاۡ إِلَّا لِيَعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواۡ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواۡ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذٰلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ ٥
MS · Basmeih Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
Al-Bayyinah • Ayat 6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ‌ۚ أُوۡلَـٰٓئِكَ هُمۡ شَرُّ ٱلۡبَرِيَّةِ ٦
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
Al-Bayyinah • Ayat 7
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَعَمِلُواۡ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوۡلَـٰٓئِكَ هُمۡ خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ ٧
MS · Basmeih Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
Al-Bayyinah • Ayat 8
جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا‌ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواۡ عَنۡهُ‌ۚ ذٰلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُۥ ٨
MS · Basmeih Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation