MyQuran360

Surah Ash-Sharh

Surah 94 · 8 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

94. Ash-Sharh 8 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ash-Sharh • Ayat 1
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ ١
MS · Basmeih Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Ash-Sharh • Ayat 2
وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ ٢
MS · Basmeih Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Ash-Sharh • Ayat 3
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ ٣
MS · Basmeih Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Ash-Sharh • Ayat 4
وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ ٤
MS · Basmeih Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Ash-Sharh • Ayat 5
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٥
MS · Basmeih Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Ash-Sharh • Ayat 6
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٦
MS · Basmeih (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Ash-Sharh • Ayat 7
فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ ٧
MS · Basmeih Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Ash-Sharh • Ayat 8
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب ٨
MS · Basmeih Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation