MyQuran360

Surah Ad-Duhaa

Surah 93 · 11 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

93. Ad-Duhaa 11 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ad-Duhaa • Ayat 1
وَٱلضُّحَىٰ ١
MS · Basmeih Demi waktu dhuha,
Ad-Duhaa • Ayat 2
وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ ٢
MS · Basmeih Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
Ad-Duhaa • Ayat 3
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ٣
MS · Basmeih (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Ad-Duhaa • Ayat 4
وَلَلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ ٤
MS · Basmeih Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Ad-Duhaa • Ayat 5
وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ ٥
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Ad-Duhaa • Ayat 6
أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمًا فَـَٔـاوَىٰ ٦
MS · Basmeih Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Ad-Duhaa • Ayat 7
وَوَجَدَكَ ضَآلاًّ فَهَدَىٰ ٧
MS · Basmeih Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Ad-Duhaa • Ayat 8
وَوَجَدَكَ عَآئِلاً فَأَغۡنَىٰ ٨
MS · Basmeih Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
Ad-Duhaa • Ayat 9
فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ ٩
MS · Basmeih Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Ad-Duhaa • Ayat 10
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ ١٠
MS · Basmeih Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
Ad-Duhaa • Ayat 11
وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ ١١
MS · Basmeih Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation