MyQuran360

Surah Al-Qiyamah

Surah 75 · 40 ayat · Makkiyah · Juzuk 29

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

75. Al-Qiyamah 40 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Qiyamah • Ayat 1
لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ ١
MS · Basmeih Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Al-Qiyamah • Ayat 2
وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ ٢
MS · Basmeih Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Al-Qiyamah • Ayat 3
أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُۥ ٣
MS · Basmeih Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Al-Qiyamah • Ayat 4
بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ ٤
MS · Basmeih Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
Al-Qiyamah • Ayat 5
بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَـٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُۥ ٥
MS · Basmeih (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Al-Qiyamah • Ayat 6
يَسۡــَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَـٰمَةِ ٦
MS · Basmeih Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
Al-Qiyamah • Ayat 7
فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ ٧
MS · Basmeih Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Al-Qiyamah • Ayat 8
وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ ٨
MS · Basmeih Dan bulan hilang cahayanya,
Al-Qiyamah • Ayat 9
وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ ٩
MS · Basmeih Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
Al-Qiyamah • Ayat 10
يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَئِذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ ١٠
MS · Basmeih (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
Al-Qiyamah • Ayat 11
كَلَّا لَا وَزَرَ ١١
MS · Basmeih Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
Al-Qiyamah • Ayat 12
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ ١٢
MS · Basmeih Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
Al-Qiyamah • Ayat 13
يُنَبَّؤُاۡ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَئِذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ ١٣
MS · Basmeih Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Al-Qiyamah • Ayat 14
بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ ١٤
MS · Basmeih Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
Al-Qiyamah • Ayat 15
وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ ١٥
MS · Basmeih Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Al-Qiyamah • Ayat 16
لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦٓ ١٦
MS · Basmeih Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
Al-Qiyamah • Ayat 17
إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُۥ وَقُرۡءَانَهُۥ ١٧
MS · Basmeih Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Al-Qiyamah • Ayat 18
فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُۥ ١٨
MS · Basmeih Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Al-Qiyamah • Ayat 19
ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُۥ ١٩
MS · Basmeih Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
Al-Qiyamah • Ayat 20
كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ ٢٠
MS · Basmeih Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
Al-Qiyamah • Ayat 21
وَتَذَرُونَ ٱلۡأَخِرَةَ ٢١
MS · Basmeih Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
Al-Qiyamah • Ayat 22
وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ ٢٢
MS · Basmeih Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
Al-Qiyamah • Ayat 23
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ ٢٣
MS · Basmeih Melihat kepada Tuhannya.
Al-Qiyamah • Ayat 24
وَوُجُوهٌ يَوۡمَئِذِۭ بَاسِرَةٌ ٢٤
MS · Basmeih Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
Al-Qiyamah • Ayat 25
تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ ٢٥
MS · Basmeih Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
Al-Qiyamah • Ayat 26
كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ ٢٦
MS · Basmeih Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
Al-Qiyamah • Ayat 27
وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ ٢٧
MS · Basmeih Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
Al-Qiyamah • Ayat 28
وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ ٢٨
MS · Basmeih Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
Al-Qiyamah • Ayat 29
وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ ٢٩
MS · Basmeih Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
Al-Qiyamah • Ayat 30
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمَسَاقُ ٣٠
MS · Basmeih (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
Al-Qiyamah • Ayat 31
فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ ٣١
MS · Basmeih (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
Al-Qiyamah • Ayat 32
وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ٣٢
MS · Basmeih Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
Al-Qiyamah • Ayat 33
ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ ٣٣
MS · Basmeih Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
Al-Qiyamah • Ayat 34
أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ ٣٤
MS · Basmeih (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
Al-Qiyamah • Ayat 35
ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ ٣٥
MS · Basmeih Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
Al-Qiyamah • Ayat 36
أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى ٣٦
MS · Basmeih Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
Al-Qiyamah • Ayat 37
أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً مِّن مَّنِىٍّ يُمۡنَىٰ ٣٧
MS · Basmeih Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
Al-Qiyamah • Ayat 38
ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ ٣٨
MS · Basmeih Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
Al-Qiyamah • Ayat 39
فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ ٣٩
MS · Basmeih Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
Al-Qiyamah • Ayat 40
أَلَيۡسَ ذٰلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡــِۧىَ ٱلۡمَوۡتَىٰ ٤٠
MS · Basmeih Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation