MyQuran360

Surah Al-Muddaththir

Surah 74 · 56 ayat · Makkiyah · Juzuk 29

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

74. Al-Muddaththir 56 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Muddaththir • Ayat 1
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ ١
MS · Basmeih Wahai orang yang berselimut!
Al-Muddaththir • Ayat 2
قُمۡ فَأَنذِرۡ ٢
MS · Basmeih Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Al-Muddaththir • Ayat 3
وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ ٣
MS · Basmeih Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Al-Muddaththir • Ayat 4
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ ٤
MS · Basmeih Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Al-Muddaththir • Ayat 5
وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ ٥
MS · Basmeih Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Al-Muddaththir • Ayat 6
وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ ٦
MS · Basmeih Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Al-Muddaththir • Ayat 7
وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ ٧
MS · Basmeih Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Al-Muddaththir • Ayat 8
فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ ٨
MS · Basmeih Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
Al-Muddaththir • Ayat 9
فَذٰلِكَ يَوۡمَئِذٍ يَوۡمٌ عَسِيرٌ ٩
MS · Basmeih Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
Al-Muddaththir • Ayat 10
عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٍ ١٠
MS · Basmeih Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
Al-Muddaththir • Ayat 11
ذَرۡنِى وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدًا ١١
MS · Basmeih (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
Al-Muddaththir • Ayat 12
وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالاً مَّمۡدُودًا ١٢
MS · Basmeih Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
Al-Muddaththir • Ayat 13
وَبَنِينَ شُهُودًا ١٣
MS · Basmeih Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
Al-Muddaththir • Ayat 14
وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدًا ١٤
MS · Basmeih Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
Al-Muddaththir • Ayat 15
ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ ١٥
MS · Basmeih Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
Al-Muddaththir • Ayat 16
كَلَّآ‌ۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأَيَـٰتِنَا عَنِيدًا ١٦
MS · Basmeih Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
Al-Muddaththir • Ayat 17
سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا ١٧
MS · Basmeih Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
Al-Muddaththir • Ayat 18
إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ١٨
MS · Basmeih Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
Al-Muddaththir • Ayat 19
فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ١٩
MS · Basmeih Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
Al-Muddaththir • Ayat 20
ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ٢٠
MS · Basmeih Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
Al-Muddaththir • Ayat 21
ثُمَّ نَظَرَ ٢١
MS · Basmeih Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
Al-Muddaththir • Ayat 22
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ ٢٢
MS · Basmeih Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
Al-Muddaththir • Ayat 23
ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ ٢٣
MS · Basmeih Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
Al-Muddaththir • Ayat 24
فَقَالَ إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا سِحۡرٌ يُؤۡثَرُ ٢٤
MS · Basmeih Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
Al-Muddaththir • Ayat 25
إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ ٢٥
MS · Basmeih "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
Al-Muddaththir • Ayat 26
سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ ٢٦
MS · Basmeih (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
Al-Muddaththir • Ayat 27
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا سَقَرُ ٢٧
MS · Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
Al-Muddaththir • Ayat 28
لَا تُبۡقِى وَلَا تَذَرُ ٢٨
MS · Basmeih Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
Al-Muddaththir • Ayat 29
لَوَّاحَةٌ لِّلۡبَشَرِ ٢٩
MS · Basmeih Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
Al-Muddaththir • Ayat 30
عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ ٣٠
MS · Basmeih Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
Al-Muddaththir • Ayat 31
وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓئِكَةً‌ۙ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُواۡ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواۡ ٱلۡكِتَـٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاۡ إِيمَـٰنًا‌ۙ وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواۡ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلۡكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلاً‌ۚ كَذٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ ٣١
MS · Basmeih Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
Al-Muddaththir • Ayat 32
كَلَّا وَٱلۡقَمَرِ ٣٢
MS · Basmeih Sebenarnya! Demi bulan,
Al-Muddaththir • Ayat 33
وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ ٣٣
MS · Basmeih Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
Al-Muddaththir • Ayat 34
وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ ٣٤
MS · Basmeih Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
Al-Muddaththir • Ayat 35
إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ ٣٥
MS · Basmeih Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
Al-Muddaththir • Ayat 36
نَذِيرًا لِّلۡبَشَرِ ٣٦
MS · Basmeih Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
Al-Muddaththir • Ayat 37
لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ ٣٧
MS · Basmeih (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
Al-Muddaththir • Ayat 38
كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ ٣٨
MS · Basmeih Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
Al-Muddaththir • Ayat 39
إِلَّآ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡيَمِينِ ٣٩
MS · Basmeih Kecuali puak Kanan,
Al-Muddaththir • Ayat 40
فِى جَنَّـٰتٍ يَتَسَآءَلُونَ ٤٠
MS · Basmeih (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
Al-Muddaththir • Ayat 41
عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ٤١
MS · Basmeih Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
Al-Muddaththir • Ayat 42
مَا سَلَكَكُمۡ فِى سَقَرَ ٤٢
MS · Basmeih (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
Al-Muddaththir • Ayat 43
قَالُواۡ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ ٤٣
MS · Basmeih Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
Al-Muddaththir • Ayat 44
وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ ٤٤
MS · Basmeih "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
Al-Muddaththir • Ayat 45
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ ٤٥
MS · Basmeih "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
Al-Muddaththir • Ayat 46
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤٦
MS · Basmeih "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
Al-Muddaththir • Ayat 47
حَتَّىٰٓ أَتَـٰنَا ٱلۡيَقِينُ ٤٧
MS · Basmeih "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
Al-Muddaththir • Ayat 48
فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَـٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِينَ ٤٨
MS · Basmeih Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
Al-Muddaththir • Ayat 49
فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ ٤٩
MS · Basmeih (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
Al-Muddaththir • Ayat 50
كَأَنَّهُمۡ حُمُرٌ مُّسۡتَنفِرَةٌ ٥٠
MS · Basmeih Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
Al-Muddaththir • Ayat 51
فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ ٥١
MS · Basmeih Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
Al-Muddaththir • Ayat 52
بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِىٍٕ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً ٥٢
MS · Basmeih (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
Al-Muddaththir • Ayat 53
كَلَّا‌ۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأَخِرَةَ ٥٣
MS · Basmeih Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
Al-Muddaththir • Ayat 54
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٌ ٥٤
MS · Basmeih Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
Al-Muddaththir • Ayat 55
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ٥٥
MS · Basmeih Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
Al-Muddaththir • Ayat 56
وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ ٥٦
MS · Basmeih Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation