MyQuran360

Surah Al-Ma'arij

Surah 70 · 44 ayat · Makkiyah · Juzuk 29

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

70. Al-Ma'arij 44 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Ma'arij • Ayat 1
سَأَلَ سَآئِلُۢ بِعَذَابٍ وَاقِعٍ ١
MS · Basmeih Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,
Al-Ma'arij • Ayat 2
لِّلۡكَـٰفِرِينَ لَيۡسَ لَهُۥ دَافِعٌ ٢
MS · Basmeih Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -
Al-Ma'arij • Ayat 3
مِّنَ ٱللَّهِ ذِى ٱلۡمَعَارِجِ ٣
MS · Basmeih Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik -
Al-Ma'arij • Ayat 4
تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِى يَوۡمٍ كَانَ مِقۡدَارُهُۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ ٤
MS · Basmeih Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).
Al-Ma'arij • Ayat 5
فَٱصۡبِرۡ صَبۡرًا جَمِيلاً ٥
MS · Basmeih Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.
Al-Ma'arij • Ayat 6
إِنَّهُمۡ يَرَوۡنَهُۥ بَعِيدًا ٦
MS · Basmeih Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),
Al-Ma'arij • Ayat 7
وَنَرَٮٰهُ قَرِيبًا ٧
MS · Basmeih Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),
Al-Ma'arij • Ayat 8
يَوۡمَ تَكُونُ ٱلسَّمَآءُ كَٱلۡمُهۡلِ ٨
MS · Basmeih (Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,
Al-Ma'arij • Ayat 9
وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ كَٱلۡعِهۡنِ ٩
MS · Basmeih Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)
Al-Ma'arij • Ayat 10
وَلَا يَسۡــَٔلُ حَمِيمٌ حَمِيمًا ١٠
MS · Basmeih Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
Al-Ma'arij • Ayat 11
يُبَصَّرُونَهُمۡ‌ۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِى مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِئِذِۭ بِبَنِيهِ ١١
MS · Basmeih Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,
Al-Ma'arij • Ayat 12
وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَأَخِيهِ ١٢
MS · Basmeih Dan isteri serta saudaranya,
Al-Ma'arij • Ayat 13
وَفَصِيلَتِهِ ٱلَّتِى تُــٔۡوِيهِ ١٣
MS · Basmeih Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,
Al-Ma'arij • Ayat 14
وَمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنجِيهِ ١٤
MS · Basmeih Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
Al-Ma'arij • Ayat 15
كَلَّآ‌ۖ إِنَّهَا لَظَىٰ ١٥
MS · Basmeih Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,
Al-Ma'arij • Ayat 16
نَزَّاعَةً لِّلشَّوَىٰ ١٦
MS · Basmeih (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,
Al-Ma'arij • Ayat 17
تَدۡعُواۡ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ ١٧
MS · Basmeih Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),
Al-Ma'arij • Ayat 18
وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰٓ ١٨
MS · Basmeih Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).
Al-Ma'arij • Ayat 19
۞إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا ١٩
MS · Basmeih Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
Al-Ma'arij • Ayat 20
إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعًا ٢٠
MS · Basmeih Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
Al-Ma'arij • Ayat 21
وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا ٢١
MS · Basmeih Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
Al-Ma'arij • Ayat 22
إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ ٢٢
MS · Basmeih Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
Al-Ma'arij • Ayat 23
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ دَآئِمُونَ ٢٣
MS · Basmeih Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
Al-Ma'arij • Ayat 24
وَٱلَّذِينَ فِىٓ أَمۡوٰلِهِمۡ حَقٌّ مَّعۡلُومٌ ٢٤
MS · Basmeih Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
Al-Ma'arij • Ayat 25
لِّلسَّآئِلِ وَٱلۡمَحۡرُومِ ٢٥
MS · Basmeih Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
Al-Ma'arij • Ayat 26
وَٱلَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ٢٦
MS · Basmeih Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
Al-Ma'arij • Ayat 27
وَٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ ٢٧
MS · Basmeih Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
Al-Ma'arij • Ayat 28
إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمۡ غَيۡرُ مَأۡمُونٍ ٢٨
MS · Basmeih Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
Al-Ma'arij • Ayat 29
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ ٢٩
MS · Basmeih Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Al-Ma'arij • Ayat 30
إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ ٣٠
MS · Basmeih Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
Al-Ma'arij • Ayat 31
فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذٰلِكَ فَأُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ ٣١
MS · Basmeih Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Al-Ma'arij • Ayat 32
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رٰعُونَ ٣٢
MS · Basmeih Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Al-Ma'arij • Ayat 33
وَٱلَّذِينَ هُم بِشَهَـٰدٰتِهِمۡ قَآئِمُونَ ٣٣
MS · Basmeih Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
Al-Ma'arij • Ayat 34
وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَاتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ٣٤
MS · Basmeih Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Al-Ma'arij • Ayat 35
أُوۡلَـٰٓئِكَ فِى جَنَّـٰتٍ مُّكۡرَمُونَ ٣٥
MS · Basmeih Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Al-Ma'arij • Ayat 36
فَمَالِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ قِبَلَكَ مُهۡطِعِينَ ٣٦
MS · Basmeih Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu -
Al-Ma'arij • Ayat 37
عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ عِزِينَ ٣٧
MS · Basmeih (Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.
Al-Ma'arij • Ayat 38
أَيَطۡمَعُ كُلُّ ٱمۡرِىٍٕ مِّنۡهُمۡ أَن يُدۡخَلَ جَنَّةَ نَعِيمٍ ٣٨
MS · Basmeih Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?
Al-Ma'arij • Ayat 39
كَلَّآ‌ۖ إِنَّا خَلَقۡنَـٰهُم مِّمَّا يَعۡلَمُونَ ٣٩
MS · Basmeih Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.
Al-Ma'arij • Ayat 40
فَلَآ أُقۡسِمُ بِرَبِّ ٱلۡمَشَـٰرِقِ وَٱلۡمَغَـٰرِبِ إِنَّا لَقَـٰدِرُونَ ٤٠
MS · Basmeih Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa -
Al-Ma'arij • Ayat 41
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ٤١
MS · Basmeih (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.
Al-Ma'arij • Ayat 42
فَذَرۡهُمۡ يَخُوضُواۡ وَيَلۡعَبُواۡ حَتَّىٰ يُلَـٰقُواۡ يَوۡمَهُمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ ٤٢
MS · Basmeih Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! -
Al-Ma'arij • Ayat 43
يَوۡمَ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ سِرَاعًا كَأَنَّهُمۡ إِلَىٰ نُصُبٍ يُوفِضُونَ ٤٣
MS · Basmeih Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),
Al-Ma'arij • Ayat 44
خَـٰشِعَةً أَبۡصَـٰرُهُمۡ تَرۡهَقُهُمۡ ذِلَّةٌ‌ۚ ذٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلَّذِى كَانُواۡ يُوعَدُونَ ٤٤
MS · Basmeih Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation