MyQuran360

Surah Al-Haqqah

Surah 69 · 52 ayat · Makkiyah · Juzuk 29

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

69. Al-Haqqah 52 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Haqqah • Ayat 1
ٱلۡحَآقَّةُ ١
MS · Basmeih Saat yang tetap berlaku itu -
Al-Haqqah • Ayat 2
مَا ٱلۡحَآقَّةُ ٢
MS · Basmeih Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
Al-Haqqah • Ayat 3
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحَآقَّةُ ٣
MS · Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
Al-Haqqah • Ayat 4
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ وَعَادُۢ بِٱلۡقَارِعَةِ ٤
MS · Basmeih Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.
Al-Haqqah • Ayat 5
فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهۡلِكُواۡ بِٱلطَّاغِيَةِ ٥
MS · Basmeih Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.
Al-Haqqah • Ayat 6
وَأَمَّا عَادٌ فَأُهۡلِكُواۡ بِرِيحٍ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ ٦
MS · Basmeih Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -
Al-Haqqah • Ayat 7
سَخَّرَهَا عَلَيۡهِمۡ سَبۡعَ لَيَالٍ وَثَمَـٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى ٱلۡقَوۡمَ فِيهَا صَرۡعَىٰ كَأَنَّهُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٍ خَاوِيَةٍ ٧
MS · Basmeih Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.
Al-Haqqah • Ayat 8
فَهَلۡ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍ ٨
MS · Basmeih Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
Al-Haqqah • Ayat 9
وَجَآءَ فِرۡعَوۡنُ وَمَن قَبۡلَهُۥ وَٱلۡمُؤۡتَفِكَـٰتُ بِٱلۡخَاطِئَةِ ٩
MS · Basmeih Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.
Al-Haqqah • Ayat 10
فَعَصَوۡاۡ رَسُولَ رَبِّهِمۡ فَأَخَذَهُمۡ أَخۡذَةً رَّابِيَةً ١٠
MS · Basmeih Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
Al-Haqqah • Ayat 11
إِنَّا لَمَّا طَغَا ٱلۡمَآءُ حَمَلۡنَـٰكُمۡ فِى ٱلۡجَارِيَةِ ١١
MS · Basmeih Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
Al-Haqqah • Ayat 12
لِنَجۡعَلَهَا لَكُمۡ تَذۡكِرَةً وَتَعِيَهَآ أُذُنٌ وٰعِيَةٌ ١٢
MS · Basmeih (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.
Al-Haqqah • Ayat 13
فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ نَفۡخَةٌ وٰحِدَةٌ ١٣
MS · Basmeih Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -
Al-Haqqah • Ayat 14
وَحُمِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وٰحِدَةً ١٤
MS · Basmeih Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -
Al-Haqqah • Ayat 15
فَيَوۡمَئِذٍ وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ١٥
MS · Basmeih Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -
Al-Haqqah • Ayat 16
وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوۡمَئِذٍ وَاهِيَةٌ ١٦
MS · Basmeih Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),
Al-Haqqah • Ayat 17
وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآئِهَا‌ۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَئِذٍ ثَمَـٰنِيَةٌ ١٧
MS · Basmeih Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
Al-Haqqah • Ayat 18
يَوۡمَئِذٍ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٌ ١٨
MS · Basmeih Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
Al-Haqqah • Ayat 19
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواۡ كِتَـٰبِيَهۡ ١٩
MS · Basmeih Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
Al-Haqqah • Ayat 20
إِنِّى ظَنَنتُ أَنِّى مُلَـٰقٍ حِسَابِيَهۡ ٢٠
MS · Basmeih "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
Al-Haqqah • Ayat 21
فَهُوَ فِى عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ ٢١
MS · Basmeih Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -
Al-Haqqah • Ayat 22
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ ٢٢
MS · Basmeih Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -
Al-Haqqah • Ayat 23
قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ ٢٣
MS · Basmeih Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
Al-Haqqah • Ayat 24
كُلُواۡ وَٱشۡرَبُواۡ هَنِيٓـــَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِى ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ ٢٤
MS · Basmeih (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
Al-Haqqah • Ayat 25
وَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى لَمۡ أُوتَ كِتَـٰبِيَهۡ ٢٥
MS · Basmeih Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -
Al-Haqqah • Ayat 26
وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ ٢٦
MS · Basmeih "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
Al-Haqqah • Ayat 27
يَـٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ ٢٧
MS · Basmeih "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -
Al-Haqqah • Ayat 28
مَآ أَغۡنَىٰ عَنِّى مَالِيَهۡۜ ٢٨
MS · Basmeih "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -
Al-Haqqah • Ayat 29
هَلَكَ عَنِّى سُلۡطَـٰنِيَهۡ ٢٩
MS · Basmeih Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".
Al-Haqqah • Ayat 30
خُذُوهُ فَغُلُّوهُ ٣٠
MS · Basmeih (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -
Al-Haqqah • Ayat 31
ثُمَّ ٱلۡجَحِيمَ صَلُّوهُ ٣١
MS · Basmeih "Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -
Al-Haqqah • Ayat 32
ثُمَّ فِى سِلۡسِلَةٍ ذَرۡعُهَا سَبۡعُونَ ذِرَاعًا فَٱسۡلُكُوهُ ٣٢
MS · Basmeih "Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
Al-Haqqah • Ayat 33
إِنَّهُۥ كَانَ لَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ ٱلۡعَظِيمِ ٣٣
MS · Basmeih "Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
Al-Haqqah • Ayat 34
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ ٣٤
MS · Basmeih "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.
Al-Haqqah • Ayat 35
فَلَيۡسَ لَهُ ٱلۡيَوۡمَ هَـٰهُنَا حَمِيمٌ ٣٥
MS · Basmeih "Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -
Al-Haqqah • Ayat 36
وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنۡ غِسۡلِينٍ ٣٦
MS · Basmeih "Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,
Al-Haqqah • Ayat 37
لَّا يَأۡكُلُهُۥٓ إِلَّا ٱلۡخَـٰطِــُٔونَ ٣٧
MS · Basmeih "Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".
Al-Haqqah • Ayat 38
فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَا تُبۡصِرُونَ ٣٨
MS · Basmeih Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -
Al-Haqqah • Ayat 39
وَمَا لَا تُبۡصِرُونَ ٣٩
MS · Basmeih Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -
Al-Haqqah • Ayat 40
إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ ٤٠
MS · Basmeih Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
Al-Haqqah • Ayat 41
وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَاعِرٍ‌ۚ قَلِيلاً مَّا تُؤۡمِنُونَ ٤١
MS · Basmeih Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
Al-Haqqah • Ayat 42
وَلَا بِقَوۡلِ كَاهِنٍ‌ۚ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ ٤٢
MS · Basmeih Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.
Al-Haqqah • Ayat 43
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٤٣
MS · Basmeih (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Al-Haqqah • Ayat 44
وَلَوۡ تَقَوَّلَ عَلَيۡنَا بَعۡضَ ٱلۡأَقَاوِيلِ ٤٤
MS · Basmeih Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
Al-Haqqah • Ayat 45
لَأَخَذۡنَا مِنۡهُ بِٱلۡيَمِينِ ٤٥
MS · Basmeih Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
Al-Haqqah • Ayat 46
ثُمَّ لَقَطَعۡنَا مِنۡهُ ٱلۡوَتِينَ ٤٦
MS · Basmeih Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);
Al-Haqqah • Ayat 47
فَمَا مِنكُم مِّنۡ أَحَدٍ عَنۡهُ حَـٰجِزِينَ ٤٧
MS · Basmeih Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
Al-Haqqah • Ayat 48
وَإِنَّهُۥ لَتَذۡكِرَةٌ لِّلۡمُتَّقِينَ ٤٨
MS · Basmeih Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Al-Haqqah • Ayat 49
وَإِنَّا لَنَعۡلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ ٤٩
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
Al-Haqqah • Ayat 50
وَإِنَّهُۥ لَحَسۡرَةٌ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ ٥٠
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
Al-Haqqah • Ayat 51
وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلۡيَقِينِ ٥١
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).
Al-Haqqah • Ayat 52
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٥٢
MS · Basmeih Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation