MS · Basmeih Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Al-Waqi'ah•Ayat 10
وَٱلسَّـٰبِقُونَٱلسَّـٰبِقُونَ١٠
MS · Basmeih Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Al-Waqi'ah•Ayat 11
أُوۡلَـٰٓئِكَٱلۡمُقَرَّبُونَ١١
MS · Basmeih Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
Al-Waqi'ah•Ayat 12
فِىجَنَّـٰتِٱلنَّعِيمِ١٢
MS · Basmeih (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Al-Waqi'ah•Ayat 13
ثُلَّةٌمِّنَٱلۡأَوَّلِينَ١٣
MS · Basmeih (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Al-Waqi'ah•Ayat 14
وَقَلِيلٌمِّنَٱلۡأَخِرِينَ١٤
MS · Basmeih Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
Al-Waqi'ah•Ayat 15
عَلَىٰسُرُرٍمَّوۡضُونَةٍ١٥
MS · Basmeih (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Al-Waqi'ah•Ayat 16
مُّتَّكِــِٔينَعَلَيۡهَامُتَقَـٰبِلِينَ١٦
MS · Basmeih Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Al-Waqi'ah•Ayat 17
يَطُوفُعَلَيۡهِمۡوِلۡدٰنٌمُّخَلَّدُونَ١٧
MS · Basmeih Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Al-Waqi'ah•Ayat 18
بِأَكۡوَابٍوَأَبَارِيقَوَكَأۡسٍمِّنمَّعِينٍ١٨
MS · Basmeih Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Al-Waqi'ah•Ayat 19
لَّايُصَدَّعُونَعَنۡهَاوَلَايُنزِفُونَ١٩
MS · Basmeih Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Al-Waqi'ah•Ayat 20
وَفَـٰكِهَةٍمِّمَّايَتَخَيَّرُونَ٢٠
MS · Basmeih Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Al-Waqi'ah•Ayat 21
وَلَحۡمِطَيۡرٍمِّمَّايَشۡتَهُونَ٢١
MS · Basmeih Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Al-Waqi'ah•Ayat 22
وَحُورٌعِينٌ٢٢
MS · Basmeih Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Al-Waqi'ah•Ayat 23
كَأَمۡثَـٰلِٱللُّؤۡلُوِٕٱلۡمَكۡنُونِ٢٣
MS · Basmeih Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Al-Waqi'ah•Ayat 24
جَزَآءَۢبِمَاكَانُواۡيَعۡمَلُونَ٢٤
MS · Basmeih (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
Al-Waqi'ah•Ayat 25
لَايَسۡمَعُونَفِيهَالَغۡوًاوَلَاتَأۡثِيمًا٢٥
MS · Basmeih Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
Al-Waqi'ah•Ayat 26
إِلَّاقِيلاًسَلَـٰمًاسَلَـٰمًا٢٦
MS · Basmeih Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
Al-Waqi'ah•Ayat 27
وَأَصۡحَـٰبُٱلۡيَمِينِمَآأَصۡحَـٰبُٱلۡيَمِينِ٢٧
MS · Basmeih Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
Al-Waqi'ah•Ayat 28
فِىسِدۡرٍمَّخۡضُودٍ٢٨
MS · Basmeih Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Al-Waqi'ah•Ayat 29
وَطَلۡحٍمَّنضُودٍ٢٩
MS · Basmeih Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
Al-Waqi'ah•Ayat 30
وَظِلٍّمَّمۡدُودٍ٣٠
MS · Basmeih Dan naungan yang tetap terbentang,
Al-Waqi'ah•Ayat 31
وَمَآءٍمَّسۡكُوبٍ٣١
MS · Basmeih Dan air yang sentiasa mengalir,
Al-Waqi'ah•Ayat 32
وَفَـٰكِهَةٍكَثِيرَةٍ٣٢
MS · Basmeih Serta buah-buahan yang banyak,
Al-Waqi'ah•Ayat 33
لَّامَقۡطُوعَةٍوَلَامَمۡنُوعَةٍ٣٣
MS · Basmeih Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
Al-Waqi'ah•Ayat 34
وَفُرُشٍمَّرۡفُوعَةٍ٣٤
MS · Basmeih Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
Al-Waqi'ah•Ayat 35
إِنَّآأَنشَأۡنَـٰهُنَّإِنشَآءً٣٥
MS · Basmeih Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Al-Waqi'ah•Ayat 36
فَجَعَلۡنَـٰهُنَّأَبۡكَارًا٣٦
MS · Basmeih Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Al-Waqi'ah•Ayat 37
عُرُبًاأَتۡرَابًا٣٧
MS · Basmeih Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
Al-Waqi'ah•Ayat 38
لِّأَصۡحَـٰبِٱلۡيَمِينِ٣٨
MS · Basmeih (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Al-Waqi'ah•Ayat 39
ثُلَّةٌمِّنَٱلۡأَوَّلِينَ٣٩
MS · Basmeih Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
Al-Waqi'ah•Ayat 40
وَثُلَّةٌمِّنَٱلۡأَخِرِينَ٤٠
MS · Basmeih Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Al-Waqi'ah•Ayat 41
وَأَصۡحَـٰبُٱلشِّمَالِمَآأَصۡحَـٰبُٱلشِّمَالِ٤١
MS · Basmeih Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
Al-Waqi'ah•Ayat 42
فِىسَمُومٍوَحَمِيمٍ٤٢
MS · Basmeih Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
Al-Waqi'ah•Ayat 43
وَظِلٍّمِّنيَحۡمُومٍ٤٣
MS · Basmeih Serta naungan dari asap hitam,
Al-Waqi'ah•Ayat 44
لَّابَارِدٍوَلَاكَرِيمٍ٤٤
MS · Basmeih Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
Al-Waqi'ah•Ayat 45
إِنَّهُمۡكَانُواۡقَبۡلَذٰلِكَمُتۡرَفِينَ٤٥
MS · Basmeih Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
Al-Waqi'ah•Ayat 46
وَكَانُواۡيُصِرُّونَعَلَىٱلۡحِنثِٱلۡعَظِيمِ٤٦
MS · Basmeih Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
MS · Basmeih "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
Al-Waqi'ah•Ayat 52
لَأَكِلُونَمِنشَجَرٍمِّنزَقُّومٍ٥٢
MS · Basmeih Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
Al-Waqi'ah•Ayat 53
فَمَالِــُٔونَمِنۡهَاٱلۡبُطُونَ٥٣
MS · Basmeih "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
Al-Waqi'ah•Ayat 54
فَشَـٰرِبُونَعَلَيۡهِمِنَٱلۡحَمِيمِ٥٤
MS · Basmeih "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
Al-Waqi'ah•Ayat 55
فَشَـٰرِبُونَشُرۡبَٱلۡهِيمِ٥٥
MS · Basmeih "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
Al-Waqi'ah•Ayat 56
هَـٰذَانُزُلُهُمۡيَوۡمَٱلدِّينِ٥٦
MS · Basmeih Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
Al-Waqi'ah•Ayat 57
نَحۡنُخَلَقۡنَـٰكُمۡفَلَوۡلَاتُصَدِّقُونَ٥٧
MS · Basmeih Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
Al-Waqi'ah•Ayat 58
أَفَرَءَيۡتُممَّاتُمۡنُونَ٥٨
MS · Basmeih (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
MS · Basmeih Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
MS · Basmeih (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
MS · Basmeih Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
Al-Waqi'ah•Ayat 63
أَفَرَءَيۡتُممَّاتَحۡرُثُونَ٦٣
MS · Basmeih Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
Al-Waqi'ah•Ayat 64
ءَأَنتُمۡتَزۡرَعُونَهُۥٓأَمۡنَحۡنُٱلزّٰرِعُونَ٦٤
MS · Basmeih Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
MS · Basmeih Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
Al-Waqi'ah•Ayat 66
إِنَّالَمُغۡرَمُونَ٦٦
MS · Basmeih (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
Al-Waqi'ah•Ayat 67
بَلۡنَحۡنُمَحۡرُومُونَ٦٧
MS · Basmeih "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
Al-Waqi'ah•Ayat 68
أَفَرَءَيۡتُمُٱلۡمَآءَٱلَّذِىتَشۡرَبُونَ٦٨
MS · Basmeih Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
MS · Basmeih Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
Al-Waqi'ah•Ayat 74
فَسَبِّحۡبِٱسۡمِرَبِّكَٱلۡعَظِيمِ٧٤
MS · Basmeih Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
Al-Waqi'ah•Ayat 75
۞فَلَآأُقۡسِمُبِمَوٰقِعِٱلنُّجُومِ٧٥
MS · Basmeih Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
Al-Waqi'ah•Ayat 76
وَإِنَّهُۥلَقَسَمٌلَّوۡتَعۡلَمُونَعَظِيمٌ٧٦
MS · Basmeih Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
Al-Waqi'ah•Ayat 77
إِنَّهُۥلَقُرۡءَانٌكَرِيمٌ٧٧
MS · Basmeih Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
Al-Waqi'ah•Ayat 78
فِىكِتَـٰبٍمَّكۡنُونٍ٧٨
MS · Basmeih Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
Al-Waqi'ah•Ayat 79
لَّايَمَسُّهُۥٓإِلَّاٱلۡمُطَهَّرُونَ٧٩
MS · Basmeih Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
Al-Waqi'ah•Ayat 80
تَنزِيلٌمِّنرَّبِّٱلۡعَـٰلَمِينَ٨٠
MS · Basmeih Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Al-Waqi'ah•Ayat 81
أَفَبِهَـٰذَاٱلۡحَدِيثِأَنتُممُّدۡهِنُونَ٨١
MS · Basmeih Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
Al-Waqi'ah•Ayat 82
وَتَجۡعَلُونَرِزۡقَكُمۡأَنَّكُمۡتُكَذِّبُونَ٨٢
MS · Basmeih Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
Al-Waqi'ah•Ayat 83
فَلَوۡلَآإِذَابَلَغَتِٱلۡحُلۡقُومَ٨٣
MS · Basmeih Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
Al-Waqi'ah•Ayat 84
وَأَنتُمۡحِينَئِذٍتَنظُرُونَ٨٤
MS · Basmeih Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -